Jumaat, September 11, 2009

Meluat

Dia buat tidak endah. Mungkin menganggap hidangan disajikan percuma, lalu langsung tidak menunjukkan niat atau inisiatif membayar. Mungkin dia menganggap kita ‘taukeh’, sentiasa mempunyai wang mencukupi di kocek melangsaikan bil kepunyaannya.

Dia tidak pernah berkata ...

“Tak apalah, last time awak bayar, sekarang turn saya pula, kita selang seli bayarlah”

Barangkali ada antara permbaca pernah berhadapan senario sebegitu sebaik selesai makan dan minum di gerai, restoran mahupun di hotel bersama rakan taulan. Rakan duduk semeja, makan bersama, tanpa kekok membuat pesanan tetapi amat liat menjelaskan bayaran juadah dimakan.

Apa salahnya, jika tidak dibayar semua bil, hulurkan sedikit wang berkadaran dengan hidangan dijamah. Hulurkan wang itu kepada rakan, sambil berkata ...

“Nah! Aku tambah sikit”

Tiada salahnya berbuat begitu. Jadi tidaklah rakan menjadi ‘mangsa’, terpaksa ‘menanggung’ semua bil bersendirian walhal makan bersama.

Mungkin ada berfikiran ...

“Dia bos, dia banyak duit, biarlah dia bayar semua” atau "Dia kerja bagus, gaji banyak, biar dia belanja semua”

Tetapi sampai bila? Tidakkah dia berasa segan, setiap kali selepas makan dan minum bersama, dia sentiasa lepas tangan begitu sahaja?

Meluat.

Pernah jumpa 'rakan' seperti itu?

* Saya berada di Sarawak di antara 11 dan 13 September 2009 menghadirkan diri di majlis berbuka puasa bersama YB

35 ulasan:

  1. Bro Maz

    Ada 2 3 orang 'rakan' yang begitu

    Bila kami gi makan atau lepak teh tarik sahaja

    Orang orang ini akan muncul

    lepas tu dia pun join sekali dan order seseuka hati

    Mula mula tu 'tak kisah'

    Tapi kalau dah selalu tu, ada sikit bengang

    Masa aku tak de kat KL, dengar cerita mamat tu selamba je join kawan kawan pastu order makan mahal mahal...

    Baru baru ni, beberapa hari yang lalu, di adatang lagi... lepas tu kami selamba je bila dah nak balik, terus pergi Cash Counter dan bayar masing masing punya he he he he

    Itu je kaedahnya...

    BalasPadam
  2. ade je yang macam tu...tp apa yg saya buat ialah masa nak bayar tu bila org yg kira tu tanya "bayar skali ke asing2?" terus je cakap asing2...

    xpun dengan selamaba masa nak bayar tu cakap apa yg kita makan je kt casher...bukan nk bekira ke apa..tp kalau dh kerap sgt dh mcm amik kesempatan plak...

    BalasPadam
  3. salam...
    memang banyak rakan yang macam tu hari ni! diaorang semua ni jenis yang memang buat bodo! nak cakap diarong tak mampu, lebih daripada mampu tapi bila sampai bab makan jer, mula lah datang kedekut dia.
    sekali sekala tu memang boleh lah tapi bila dah selalu sangat, tokey khinzir pon ley bankrup kowt!
    kita dah bagi betis, nak peha lak!

    BalasPadam
  4. Syaz, jika dilihat, perempuan berbeza. Mereka lebih selesa 'bayar asing-asing'.

    Apa salahnya, di kalangan lelaki, jika makan bersama, 'cip in'. Hulurlah RM10 seorang contohnya, biarpun mungkin harga makan minum cuma RM8.50. Wang baki, boleh dikembalikan semula.

    Alid, memang ada sebilangan kawan, sikap tidak boleh berubah. Kekadang bil dibayar dek rakan, ucapan terima kasihpun tidak kedengaran. Pelik 'spesis' sebegitu.

    BalasPadam
  5. cik Mazidul,
    betul.. betul.. betul betul.. (Upin & Ipin)..

    memang ada yg mcm tu.. kaedahnya mcam cik Alid ckp laa time p kat kaunter, bagitau apa yg kita mkn je.. baru dia tau sket..

    tak pun sound awai2.. sendri mkn sendri bayar laa.. tak gitu?

    BalasPadam
  6. lebih parah lagi bila, bila nampak kawan dia, terus pangil;

    'hai, meh minum'

    nampak lagi seorang;

    'hoi, singgah minum'

    masing-masing sengaja melambatkosongkan air. Sudah agak.

    mana boleh nak tunggu sepetang. Kita ada kerja.

    anggap itu derma pertama dan terakhir

    BalasPadam
  7. kerap juga...

    tp lagi parah jika kita yang mnegjak mereka keluar di mana kia sendiri yang bayarnya...tetapi lauk yang mereka order sedikit pun tidak terusik...

    nk tegur... kita yang berniat nk belanja dorg... erm alahai....

    p/s- so bulan pose xperlu belanje orang2 seperti ini open table untuk berbuka...entah pe2 dorg order..makan pun xtau ye ke idak..(nafsu semata2)

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  8. ramai jer spesis camtu... buat muka selamba jer.. tp bila dah kenal org2 yg perangai camtu.. mmg time bayar terus minta kira asing2.. biar la sendiri makan sendiri tanggung.. bukannya apa.. kalau selalu sgt kita jer bayar.. bimbang nanti tak dpt pahala plak sbb dlm hati dok tak puas hati ngan kawan tu.. heheheh

    BalasPadam
  9. bro maz, memang betul, pompuan lebih selesa bayar asing2... tak memeningkan kepala. takde la rasa terhutang budi ke apa ke...

    tapi saya juga pernah terjumpa 'kawan' yang pesen lepas makan terus blah, orang lain pulak yang tolong bayarkan untuk dia, hampeh!!!

    nasib baik 'kawan' tak lama dengan dia, hehehe...

    BalasPadam
  10. saya stuju ngan MAS (Mazidul Akmal Sidik)wanita mmg berkira...mmg selesa bayar asing2. tak tau nape...sendri telan sendri bayar la...ye tak?? biarla buat Q panjang kat dpn cash register tu...tokey nak duit ke taknak? Siapkan je la duit kecik banyak2.

    BalasPadam
  11. biasanya lelaki yang ramai cam tu kan? hubby i pun ada bercerita hal ini kat i. Kalau pompuan ni lain sikit tapi tak dinafikan mungkin ada juga pompuan yg sebegitu diluar sana.

    eh, abg mazidul akmal sidik please visit n follow my blog (tanpa segan silu) axuerha.blogspot.com

    BalasPadam
  12. hehehe... ade je kwn2 yg mcm tu.. cemane bleh kluar idea nak tulis entri ni? Selalu kena ke?

    BalasPadam
  13. betul tu en mazidul..lebih manis kalau bila time nak bayo hulur ler apa yg patut buat topup kalau terkurang.. :)

    anak dara combi pun cakap kalau bersama rakan2 dia (pompuan)dorang masing2 bayo sendiri.so takde yg TERmeluat.

    combi jarang keluar dgn kawan2 so biasa sape yg ajak dia lah yg bayo heheh :)

    BalasPadam
  14. dalam rancangan felda melambak ..bukan sedikit...tapi melambak-lambak..aku pun meluat juga

    BalasPadam
  15. tu dah bese jumpa dah..sampai last sekali malas dah nak kluar ngan dia..kalau jumpa setakat minum air tanpa pesan makanan..selepas jumpa dia lepak mana2 pesan makanan...*bukan kedekut kan..hehehe

    BalasPadam
  16. Salam untuk MAS,

    Perkara ini berlaku dimana-mana. Orang macam ni tak ada rasa malu agaknya asyik nak amik kesempatan. Yang bestnya kita bayar masing-masing so takde org nak amik kesempatan. Satu lagi, kalau kita take turn bayar itu yang lebih elok.

    BalasPadam
  17. hmm.. menarik betul entri kali ni..
    selalu lah kalau keluar or makan sama-sama (baik lelaki or perempuan) mesti ada yg buat muka dek bile time nak bayar... kalau sekali sekala tu takper lah,kami pun faham ekonomi poket dia mungkin merosot.. tapi kalau setiap bulan selalu merosot walhal bekerja laktu, takkan nak sponsor terus-terusan... :) bile bangsa ni ajak lepak, automatik terasa malas nak pergi... serik!

    BalasPadam
  18. Ni lumrah. Dulu, saya selalu terkena macam ni.. Bukan setakat bila keluar makan beramai-ramai, bila pegi karaoke pun sama jugak. Kadang-kadang umat ntah mana datangnya, kawan kepada kawan kepada rakan baik.. macam tu la selalunya.

    Bila bayar, selalunya kami "tong-tong" atau ada la antara kami yang offer nak belanja. Tapi kutu-kutu ni mesti "MIA" lepas tu.

    So, bila dah selalu terkena, kami buat cara alidyangon, bila tiba time bayar, kami bayar asing-asing. Heheheheh... memang berkesan kalau nak mengajar kutu-kutu macam ni.

    BalasPadam
  19. Salam semua,
    teringat wayang gambar arahan allahyarham T.S.P.Ramlee.
    dailognya berbunyi begini..
    (lokasi diwarung kopi)
    1.hai teman tak minum ke?
    2.arr tu tak dipelawe .. lohgat orang utagha...sampai sekarang dok ingat lagi dailog tu.. he he he

    orang spesis begini ramai.
    halalkan sajalah.

    BalasPadam
  20. hahaha...kelakar...
    mmg tak tau brbudi ke atau sengaja buat tak tau berbudi...

    BalasPadam
  21. ada jugak kawan2 macam ni...tapi bila tauke tanya bayar skali ke atau asing-asing, saya jawab asing-asing je....hehe

    BalasPadam
  22. Tak taulah Sdr Mazidul memang ada kawan kita jenis begini.

    Sedangkan kita kalau asyik makan belanja orang pasti terasa segan... sesekali buat cara Sdr Alid tu saya rasa okey!. Bayar masing-masing, kalau dia tak berduit masa itu baru padan. Bukanlah kita ini nak kedekut tapi bukankah kita sesama cari duit. Gaji kita pun tak sebanyak mana.

    Kes perokok tegar pun memang biasa terkena kawan bagini, asyik orang yang sama rembat rokok kita; bila dia ada rokok pelawa pun tidak. Rokok bukan murah zaman ini.

    Baik berhenti merokok!.

    BalasPadam
  23. Bro, Selamat datai ke sarawak . Gayu guru ngerai nyamai semasa di sarawak.

    BalasPadam
  24. Bro Mazidul,
    Saya berpendapat bahawa memang ramai daripada "rakan makan minum" yang sebegini rupa.

    Percaya atau tidak, jika begini perangai mereka, tentu sekali jika kita perlukan pertolongan, merekalah orang yang terakhir akan sampai, jika mereka betul betul sampai untuk meghulurkan pertolongan.

    Bagaimanapun, beginilah sepatutnya.
    Jika kita betul betul ingin berkongsi masa bersama di warung, gerai makan atau restoran mahal mahal sekalipun, biarlah bayar asing asing, sebab, jika orang itu ialah seorang yang kita mahukan dijadikan teman makan sambil berborak, sampai bila kita oleh belanja dia makan atau minum?

    Probably I'd say this better in English, if I enjoy the company of that certain person or people at a meal, I may be able to pay once or twice for it.

    But if the feeling is mutual & they also enjoy my company, we would rather "Go Dutch" (bayar asing asing) because we would eat together very often but we can't pay for the whole meal all the time.

    Saya rasakan amalan begini lebih "sihat" dan dapat mengekalkan hubungan yang terpupuk untuk masa yang lebih lama.

    One more thing, bro.
    Keep in touch.
    Long time no see... =)

    BalasPadam
  25. salam,
    tabiat manusia yang sebegini tidak kira jantina, lelaki atau perempuan sama sahaja.
    si lanang, alasannya duit 'besar' tiada tukar, tiada duit local currency atau hanya bayar dengan kredit kad kerana nak kumpul point lah katanya.
    si dara pula, tertinggal beg duit, nanti boleh kira, atau 'i makan sikit aje, you all yang habiskan'...
    bagaimana pula agaknya dengan manusia dgn tanpa segan silu yang minta dibelanja hanya kerana kita bergaji besar ataupun tukaran wang kita berganda daripada mereka?
    fikiran.

    BalasPadam
  26. Permisi pakk..

    Maaf Bro Mazidul AM nak cite lain topik tapi mencelah kat posting ini.

    Berkenaan dengan hamper. Sekarang ni musim raya, dah jadi macam tradisi orang suka beri hamper. Maka gedung membeli-belah berlumba-lumba bungkus hamper dan dijual kepada yang pembeli.

    Semalam AM dapat satu hamper. Tahun lepas pun terkena juga. Bila buka hamper, entah apa-apa yang dia orang bungkus. Biskut jenama entah apa-apa. Yang tak ada pun tanda halal. Ada 'nut' bersalut coklat, tetapi coklat dah cair (mungkin terlalu lama simpan dalam stor)

    Yang membeli dan memberi kepada orang mungkin tak tahu apa isi kandungan dalam hamper tersebut. Ini kes tauke supermarket menaguk di air keruhlah. Cari untung mudah. Bungkus stok yang tak laku.

    Mungkin Bro Mazidul boleh 'highlight'kan perkara ini agar pebeli lebih berhati hati dan tak jadi mangsa. Kalau boleh pilih sendiri apa nak bagi orang, kemudian suruh saje mereka bungkus.

    BalasPadam
  27. Ya Allah.. memang meluat + benci + geram dengan kawan macam ni. Sekali terkena takpe lagi. Ini tidak dua tiga kali asyik kita je yang bayarkan..

    BalasPadam
  28. Kalau nampak 'orang' yang macam ni datang seboleh-bolehnya nak makan pun bawah meja, nyorok-nyorok.. Bukan ape, kadang-kadang dia punya makanan lebih lagi dari harga makanan kita, dah tu kita pula yang 'cashkan'.. huh...

    BalasPadam
  29. Salam Bro Madz,
    hopely evthng succss lam bulan posa ni..
    "MELUAT"... 100% mmng betol le tu, kalo dah evry time kena ngan org yg same camtu.. species camni slalu buat derk je... kan nye x fhm, sje wat mka slmba@ tak malu2 kot...?
    Dosent matter, kalo kite yg ajak@ offer nak blnje, kalo dier yg ajak out@ lepak, tapi tang part byr, mula nak slowdown utk habiskan teh tarik segelas tu.. walhal air tu dah sejuk dah pon... tapi kalo kite nak cepat... dan bil nye tak seberat mane... well.. kena settle le jgak.. dah tu, mula lah dier ni pura2 nak seluk saku belakang n tanye, "awat hang yg bayaq???..., kkadang tarik angin je tu, part kena tu rse2nye, blom lg kot. kalo dengar story tu, byk dah.. huhu... kalo bro in this situation?? *pilih jwpn anda yg sebetoinye: A. Tak pee...
    B. Apee Tak nye...
    C. now, turn i, next u plak..
    D. American Exprss.. tau2 je le...
    Haaaa..2! Bole pakei ke tu bro...
    by d wy... nice topic.. kip it up Bro.

    BalasPadam
  30. dulu mmg byk le... tp skrg ni dh xde, kira kwn mcm 2 baik x yah jd kwn...

    paling sy terkilan... ada 1 kwn ni, kami brkwn sejak darjah 1, dia x prnh byr makanan dia klu makan brsama sy... buat donno je... bila dah dewasa... tambang teksi, bas, keretapi dn segala2nya atas sy, kalau kami kluar brsama... fade-up... sjak sy trpaksa byr tiket bas dia nk blik kpg 3 thn lepas, x prnh sy nak contact dia lg... bye bye buat dia...

    kwn yg lain tu jumpa kt kolej, tamat pengajian, bye bye kt kwn jnis biawak ni... skrg sy sgt memilih kwn, bkn apa, sy bkn kebajikan masyarakat, nak tanggung bil itu ini... sy x kisah blanja dia tapi at least belanja sy balik sekali sekala, x g2 namanya kwn?

    BalasPadam
  31. bro maz saya ader sorang kawan cam tue...yang lagi besh...mase blaja..dok serumah...saya ngan kawan saya gi beli barang dapur untuk masak makan malam la...duit kiterorang kuar...berabis gakla...masak pun kiterorang yang masak...tapi time melantak peh...kterorang yang terkejut sebab cara dier makan cam seminggu tak makan...abis plak tue...kat kedai plak klu order makan open table dier bawa diri terus lepas makan...klu sebut jer nak belanja...mintak lauk cam kat hotel2...serik beb...

    BalasPadam
  32. orang macam ni sebenarnya takder protokol dalam hidup...malah takder sikap segan dan malu dalam hidup dier...

    kesian orang macam ni sebab akan tidak disegani oleh orang lain...

    BalasPadam
  33. salam, biasanya orang perempuan lebih selesa bayar sendiri2 sebab xnak ada kes masam2 muka. Tapi bukan tak pernah jadi kes suka makan free sebab pernah terjadi masa keluar ramai2, si A ni tak beli apa2 sebab nak kongsi dengan kitaorang dengan alasan kami makan tak habis. Sebenarnya, time kami makan tu dengan muka tak malu dia minta rasa, kalu rasa betul takpe, tapi faham2 jer lah kalu orang lapar nak makan, mau dekat setengah habis kat dia jer

    pastu bila nak keluar gi mana2, tak pernah nak bawa kereta sendiri. Selalunya kami nye stail sape yang ajak, dia yang akan bawa kereta, tapi dia terbalik, dia ajak kita, keta kita yang kena jalan. Kalu sekali sekala ok ler lagi tapi kalu dah tiap2 kali meluat ler, sampai dah jadi buah mulut orang kat ofis. Bayangkan kes jadi di kalangan perempuan, tapi lelaki kat ofis pun dah maklum. Yer la kan, kalu orang tak tahan, orang akan bercerita, so news spreads out!
    Lama2 orang dh x tahan, bila dia ajak g mana2, samada tak ikut atau sound siap2 suruh bawa keta dia, bagi la alasan macam2 x nak bawa keta sendiri....alasan paling bodoh.. "hari ni letih la nak drive, you bawa keta you la yek"....hehehe...

    BalasPadam
  34. Selalu je jadi benda ni. Ehehe...

    Bro, satu je... kalau dah takde cara lain, halalkan je lah. Benda yang paling best atas dunia ni kan, 2 benda yang makin diberi akan menjadi semakin banyak, 1-Ilmu, 2-rezeki.

    Org yang dok kemut2 nak hulur tu... bukan akan makin kaya.. Insyallah kita yang sellau diperkotak-katik dan di perlakukan sebagai tukang bayar ni... akan bertambah2 rezeki.

    Bro perasan tak, rezeki bro murah? mungkin ni salah satu penyumbangnya? Saya rasa benda ni jadi kat saya. Sometime bagus gak jumpa manusia camni, perangai mereka mengajar saya agar behave... dan tambah pahala juga.

    Meluat tak payah sebut, mmg meluat! Tapi tu la... insan mcm ni ada di merata2.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.