Sabtu, September 19, 2009

Pengorbanan Dihargai

Lembah Klang lengang. Majoriti penduduk kota berugama Islam pulang kekampung menyambut hari raya. Mereka daripada kaum lain juga mengambil kesempatan bercuti panjang. Itulah antara keindahan tinggal di negara pelbilang kaum, banyak perayaan, banyak cuti untuk semua.

Bagaimanapun, bukan semua bercuti. Masih ramai menjalankan tugasan dan tanggungjawab. Antaranya pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Angkatan Tentera Diraja Malaysia, ATM. Tanpa PDRM pasti penjenayah ‘berhari raya’, merompak dan menyamun harta benda awam. Jika ATM tidak berkerja, sempadan negara berkemungkinan diceroboh anasir jahat sekaligus mengancam keselamatan negara.

Mereka semua mempunyai suami, isteri dan anak tercinta menanti kepulangan biarpun mungkin sedikit terlambat berbanding kita semua. Itu hakikatnya.

Sekalung terima kasih kepada semua pegawai dan anggota keselamatan di atas pengorbanan berulangkali mereka.

Selamat hari raya dan jumpa lagi di blog ini pada hari lebaran kedua. Kepada pembaca tinggal berhampiran Tg, Malim, Perak, dipersilakan kerumah keluarga saya di Kg. Sg. Bill di hari raya kedua.

5 ulasan:

  1. terima kasih atas pengorbanan semua anggota.

    kita rakyat Malaysia..kawn-kawan tak mau lawan lawan sesama memerlukan.

    Gagak di pepohon bebas terbang ke udara..

    BalasPadam
  2. Salam kat semua
    Saya dah pernah dan selalu raya dengan mak saya takde di pagi hari raya..mak saya dulu keje polis..dah pencen dah pun sekarang..apa2pun..terima kasih kepada semua yang bertugas pada hari lebaran demi menjaga keamanan negara..Allah bless you guys..

    BalasPadam
  3. Tabik kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa dalam usaha memelihara keselamatan rakyat... :)

    Selamat Hari Raya kepada semua..

    BalasPadam
  4. selamat hari raya semua..maaf zahir&batin..
    rraikan kemenangan bersama.. =)

    BalasPadam
  5. Selamat Hari raya Aidilfitri semua terutama kepada tuan punya blog, bro mazidul.

    Dan kepada sesiapa yang akan memandu berhati-hatilah di jalan raya. Biar lamabt asal selamat. =)

    Dari kami,
    -Free Our Mind Crew-

    Info kebangkitan akhir zaman, dajal, Imam Mahdi, konspirasi, kebangkitan Islam dan banyak lagi sila bertandang ke http://holywar-efairy.blogspot.com/

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.