Khamis, September 10, 2009

Tiga Line BUKAN Pekida

Jam 3 petang 10 September 2009, saya ke Jalan Horly, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertemu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ayahanda Roslan Dahaman. Roslan, 55 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis menyertai Pekida pada usia 19 tahun, 28 tahun kemudian beliau dilantik sebagai ayahanda.

Hampir 2 jam kami bersembang di pejabat terbaharu Pekida Wilayah itu. Pelbagai isu disentuh, ada sensitif, ada tidak. Majoriti temubual dirakam akan disiarkan pada 30 September 2009, jam 9 malam di ‘360’.

Roslan dikenali dengan nama ‘Lan Gajah’ di kalangan ahli Pekida, mungkin kerana saiz tubuhnya agak besar. Beliau lancar berkata-kata dan mudah didekati.

“TV tak pernah lagi interview tetapi Harian Metro adalah,” ujar Roslan.

Mungkinkah ’360’ bakal menjadi program TV pertama merungkai ‘kemelut’ didepani Pekida? Barangkali.

“Ramai takut, bila cakap fasal Pekida, siapa nak jumpa? Inikan nak datang kepejabat,” usik saya.

Menurut Roslan, lebih 2 juta ahli Pekida berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh negara.

“Masa saya jadi pengerusi Pekida Bukit Bintang, lebih 15,000 ahli berdaftar di bawah saya”

“Adakah Pekida itu Tiga Line dan Tiga Line itu Pekida?,” soal saya.

“Pekida tidak ada kena mengena dengan Tiga Line. Pekida, persatuan berdaftar, Tiga Line tidak. Registrar Of Company patut kena siasat Tiga Line tu apa sebenarnya sebab dia ‘persatuan’ tidak berdaftar,” jelas Roslan selamba.

Rakaman soal-jawab lain, biarlah saya ‘simpan’ dahulu buat masa ini. Tetapi saya yakin perkara bakal didedahkan melalui kenyataan ‘panas’ Roslan akan mengejutkan ramai penonton.

30 ulasan:

  1. Baru tahu hari ini. 'Tiga Line' bukan Pekida.. Selama ni ingatkan 'tiga line' adalah Pekida juga. Mereka menggunakan warna (merah, hijau dan kuning) sama macam Pekida.

    BalasPadam
  2. Kita tunggu sama-sama kupasan 360 tentang Pekida dan 'Tiga Line' nanti.

    BalasPadam
  3. macam2 yg kita dengar pasal pekida ini. ada yang kata mereka baik. ada yang kata mereka samseng melayu. ada juga yang kata kalau masuk pekida ini sesiapa tak boleh usik dah.

    mesti tengok ini 360 untuk mendengar lebih lanjut pasal pekida.

    BalasPadam
  4. Bro Maz

    TIga Line tu kan ke Datok G S Gill punya merchandise...ADIDAS ///

    Nota: Gi Sarawak ye?

    Raya nj nak beli kasut Tiga Line la... kasut Adidas

    he he...

    BalasPadam
  5. kebenaran yang di cari, tepat dan sesuai, ayahanda lan gajah adalah orangnya mengulas dan bercerita tentang pekida. terima kasih En. Mazidul kerana pergi berjumpa dan bertemu dengan Ayah lan gajah. itu yang saya syorkan.

    BalasPadam
  6. tksh usaha anda.

    ada yg lebih penting saya ingin ketahui dgn pertubuhan ini.

    BalasPadam
  7. Abg Mazidul,
    Saya mmg dah tau lama dah benda ni. Tiga line tu dah teruk cemarkan nama Pekida ni. Keluarga saya memang ahli sejak 2 generasi yang lepas bermula dari TokWan saya. Tokwan saya ni masih hidup dan dia cukup benci dengan Tiga Line. Katanya, tiga line ni cemarkan nama baik pekida dgn keharam jadahan perangai diorang. Samseng, tarik kereta, bouncer dan macam2 perkara rosak akhlak yang lain....

    BalasPadam
  8. Zulshaari, saya akan membuat laporan seimbang. Semua pihak boleh bercakap dan berhujah.

    Lebih baik dijelaskan daripada membiarkan tanggapan buruk berterusan.

    BalasPadam
  9. Saya tidak sabar menanti 360 untuk cerita yang lebih lanjut... sekarang baru ada idea tentang pekida dan tiga line...

    BalasPadam
  10. 2 juta tu ramai,

    lepas ini bila anggota 3 Lnie jual nama PEKIDA, ahli2nya bolehlah membuat report polis, bela nama, bila berdiam diri, pertubuhan lain mencemar pertubuhan sendiri maknanya tidak sayang.

    terima kasih menambah info.

    BalasPadam
  11. terima kasih En. mazidul. semoga insan-insan di luar sana dapat menilai siapa orang-orang pekida. salam dari kami semua Jemaah Cochrane untuk En. Mazidul.

    BalasPadam
  12. 30/09/09? 360 ada ulang tayang tak sebab selepas sue berniaga nasi lemak berlauk pada belah malam, payah nak mengikuti rancangan tu lagi..

    persatuan/ahli yg tidak berdaftar yg kdg2 selalu buat line panas.. serang orang sana sini, debik orang lah.. padahal terpijak selipar pun boleh buat gaduh (kes terpencil di bandaraya jb)

    BalasPadam
  13. Ooo...baru faham...harap pendedahan 360 kali ni dapat merungkai kekeliruan yang dihadapi masyarakat mengenai Tiga line dan PEKIDA..

    BalasPadam
  14. kesian plak kat PEKIDA...segala usaha dan imej yang dibentuk diusahakan telah 'dikotori'oleh warga 3 line...

    warga 3 line...atas dasar apa yang diperjuangkan...yang saya tahu selalu gaduh n bersamseng jer aderla..

    BalasPadam
  15. Apa yang AM tahu, selama ini orang anggap PEKIDA itu adalah Tiga Line dan Tiga Line itu adalah PEKIDA.

    Perkataan Tiga Line timbul disebabkan logo yang digunakan oleh PEKIDA iaitu berbentuk tiga line, hijau, merah dan kuning.

    Setahu AM lagi, tiga line bukan pertubuhan lain yang mempunyai pengerusi dan AJK dan juga tidak ada permis berdafar. Tidak kisah lah samada pertubuhan berdaftar atau tidak.

    Tiga Line itu adalah nama komersial bagi PEKIDA. Jika betul ada penafian oleh ayahnda, maka PEKIDA hendaklah menghebahkan perkara ini di akhbar-akhbar utama agar semua orang tahu dan tidak dikelirukan lagi oleh orang-orang tiga line.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Salam kat semua
    Abang mazidul buat la cepat2 pasal geng PEKIDA nie..sebabnya saya kalau sebut pasal diorang je..memang tak pernah positif yang saya nampak..ye la..asyiknya gaduh, belasah orang, pukui orang..bila masa nak berjihadnya..takat nie tak pernah saya dengar bila orang sebut PEKIDA.."PEKIDA anjur baca Yasin kat masjid"; atau "PEKIDA buat majlis gotong royong kat kubur" atau seangkatan dengannya..pada sesapa ahli PEKIDA yang terbaca komen saya, maaf lah ye..saya tidak berniat memperlecehkan kalian..tapi itulah yang dimomokkan pada saya dan saya percaya momokan itu...

    BalasPadam
  17. laaa...
    kawan sy pena bgtau tau die 3line..
    die ckp same je dgn pekida..
    rupe2 nye lain ek..

    BalasPadam
  18. miss siv;

    soal samada atau tidak pekida dan 3 line geng yang sama, tetapi dakwaan Ayahda pekida boleh dipakai.

    cuma bagi saya tetap kata, 3 line ada pertalian dengan pertubuhan politik.
    Untuk membuktikannya memakan masa, tenaga dan wang, samada terjadi secara spontan kes atau menyamar/umpan, nak tangakp pemburu ayam hutan pun kena menyamar.

    jarang mangsa yang berani tampil memberi bukti, kerana kes pukul pada malam hari serta pukul curi, ramai memukul seorang,lepas pukul lari, jika mereka berani kenapa tidak tunggu sejam dua, beri peluang mangsa yang rebah bangun/bangkit dan menelifon kawan-kawan.Juga berselindung/menjual atas nama VVIP

    Nak tangkap buaya pun kena pakai umpan.

    BalasPadam
  19. Masih ada persatuan underground yg betol2 memperjuangkan dakwah dan kebenaran di samping mempertahankan orang melayu.

    -panji hitam ufuk timur-

    BalasPadam
  20. salam.
    Berbicara apa itu pekida mahupun tiga line.Bagi saya pekida mahupun tiga line merupakan satu badan ngo yang berteraskan amal makruf nahi mungkar.
    Sebenarnya ia baik untuk sesiapa sahaja yang mahukan kebaikan dan bukan kejahatan semata-mata namun apa yang berlaku sebaliknya ialah ada ahli yang mengambil kesempatan dalam pertubuhan ini untuk melakukan perkara yang tidak baik seperti menarik kereta,memukul orang,pusat hiburan dan sebagainya.
    Apa yang saya lihat inilah yang berlaku pada golongan anak muda yang terlalu taksub yang hanya untuk menjaga kepentingan mahupun cover line.
    Sedangkan saya lihat bila mereka memasuki pertubuhan ini semuanya telah bersumpah untuk melakukan yang terbaik dan bukan untuk kepentingan satu pihak sahaja.
    Dilihat begitu banyak sekali pada hari ini pertubuhan ala kebaikan seperti Al-Insan,Tiga Line dan macam lagi yang fokus utama adalah menuju kebaikan namun ada juga yang berlaku bila satu2 pertubuhan itu ditubuhkan untuk tujuan mendapatkan wang ringgit pada ketua yang memimpin pertubuhan ini.
    Penarik kereta kebanyakanya dari golongan pertubuhan yang disebutkan ini dan mereka bebas kecuali bila penarik kereta adalah dari satu aliran dan mudah counting.
    Ada setengan ahli terasa ego dengan menjadi anggota pertubuhan ini maka timbullah riak bila berlaku pergaduhan dan mengambil tindakan yang melulu sehingga menjadi kes polis.
    Diharap mana-mana pihak agar menjaga tujuan asal pertubuhan ini supaya berada dilandasan yang betul.
    wasalam.

    BalasPadam
  21. Terima Kasih Abg Maz
    Ini ulasan dan soalan saya.
    Ada sesetengah ahli pekida cuba bersikap mencari gaduh dan pernah juga mereka berckp, mereka di lindungi oleh pihak polis.Adakah benar kenyataan berikut???Mereka tidak takut kerana polis melindungi mereka.Malah mereka selalu membuat bising apabila datang berkumpul di kawasan perumahan pada waktu malam pukul 11malam.Adakah mereka memperolehi kekebalan seperti VIP di mata polis???BAGAIMANA dan Di mana untuk kami yang tidak di lindungi dan tidak mendapat kekebalan untuk kami membuat report???
    Abg Maz...Sila ulas di 360.Tahniah Abg Maz

    BalasPadam
  22. Lupa Pula , Malam esok kerja plak . mesti xdpt tgk 360 . kalau boleh sesiapa tolong rakam dan upload dlm youtube ok . nanti kita sama2 download letak dlm Handphone. and sesapa dakwak dia ahli 3 line sama macam pekida kita tunjuk video 360 .

    BalasPadam
  23. as'kum,
    kekeliruan yang akan terus membuat orang lain keliru,itulah masaalahnya sekarang.....
    persoalannya skrg,pasti ker yang kerja bouncer,tarik kereta dan yang jahat2 tu bukannya pekida tapi individu yang kononya dikatakan 3line atau ahli yang tidak berdaftar...pasti ker...?jangan terburu2 percaya terus,selidik dulu,kalau salah kan fitnah namanya tu,fitnah tu lebih dasyat dari membunuh....jgn main2........
    mcm ni lah,kita fikir dengan halus,selagi ia bernama insan dia xkan lepas dari kesilapan,bukan semua yang kononnya 3line tu jahat,dan xsemestinya semua ahli pekida tu ahli surau,janganlah yang baik2 semua pekida tapi yang salah,teruk tu semua 3line,kalau macam tu namanya baling batu sorok tangan,asal yang teruk semuanya perbuatan bukan ahli berdaftar,lagi satu bab dartar atau tidak tu hak masing2....xkanlah kita masuk pertubuhan bola tapi kita wajib daftar dgn pekida...tu contohnya la,zaman rasulullah dulu nak daftar pekida kat mana...?padahal apa yang 30 buat tu berpandukan al-quran dan sunnah rasul s.a.w,sebagai rujukan sila buka al-quran ,surah al-fath,ayat 10-18.apa2 pun dari pandangan peribadi saya kalau masih bergelar manusia orang itu xkan lepas dari kesilapan,xkira lah 30 yang berdaftar dgn pekida atau 30 yang tidak berdaftar dgn pekida,yang penting niat individu,bukannya moto persatuan sbb motor persatuan xkan dapat mengubah seseorang tapi nawaitu seseorang insyallah dapat mengubah semua orang,xkira jalan mana asalkan baik yng diminta baiklah dapat,buruk yang diminta buruklah dapat bak kat puteri buluh betong dlm cerita do-re-me...dan sebelum seseorang tu pergi lebih dalam fahamilah dulu makna sebenar TERSIRAT DAN TERSURAT agar kita tidak keliru...w'salam

    BalasPadam
  24. haik.... member saya ramai yang pekida... sebahagian diorang nie cakap 3line ngan pekida adalah pertubuhan yang sama.... rupanya lain ek.... x sabar nak tengok kupasan dengan Ayahanda Roslan Dahaman

    BalasPadam
  25. Setakat yang saya tahu...kalau d tempat saya...kalau sebut 3 line tuuu....makna nya. P @#%&* A....

    BalasPadam
  26. geng 30, 3 line & pekida adalah 3 dlm 1.....period. ada borang keluaq dak?

    BalasPadam
  27. aku x fhm kenape ayah lan gajah nak nafikan mende ni... mungkin ahli PEKIDA bawah die ramai. tp die pun ade ckp bawah die ade ahli yg blom daftar. so sape yg paham, paham la. kepada korang yg kat atas yg sebok duk burukkan 3line.. ahli pekida pun ade gak yg buat hal.. tp x baik la citer hal adk bradik so just aku nk ckp.. kalau korang xtau lebih baikk diam. kalau nak tau, DUDUK DALAM dan BELAJAR bukan dah naek sebok nk jd gangster... ///

    BalasPadam
  28. ABANG MAZIDUL,

    MCM MANE DGN GENG 30? ADAKAH MEREKA NI JG ADA KAITAN DGN PEKIDA

    BalasPadam
  29. Buat malu ja....ramai yg muda ni tukang pelingkup...sy pon pnh kena ugut..dahla sepupu sendiri menipu mak ayah saya..bila sy marah dia..dia ugut plak nak panggey geng 3 line dia turun cr sy... Dahla penipu pembongak...kita plak nak dipukulnya...and sy perempuan...Samalah ada kes lain..xtahu hujung pangkal main percaya jer turn 30 org nak gi pukul adik sy....nasib baik ada yg kenal...sbb kenal baru mau duk sembang tanya..rupanya geng dorg tu yg menipu sbb nak coevr line sendiri...bygkan kalu xkenal..ntah cacat adik sy dipukul dorg...Maaf lah bukn nak ckp besar tp pd sy kita patut taku dgn Allah jelah.. N ramai sy tgk yg masuk ni jenis mengaji xhabis tp sbb nak buktikankata dorg something tu yg masuk geng mcm ni...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.