Isnin, November 30, 2009

HIV Tertinggi Di Kelantan

Saya petik berita dipaparkan Berita Harian semalam berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), biar dia beri (royalti minyak), kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku”

Lebih baik tokoh agama dihormati terbabit berdoa agar bilangan rakyat Kelantan dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia, HIV, berkurangan. Menurut Kementerian Kesihatan, negeri pimpinan Nik Aziz mencatat jumlah jangkitan HIV tertinggi di Malaysia tahun lalu, 749 kes berbanding Johor, 501 dan Selangor, 441 kes.

 .... Gambar III



I have no comment about it!


So sad if it is true ...

Ahad, November 29, 2009

Kisah Fatine

Beberapa anak Malaysia mencipta nama besar di persada dunia. Antara meraka, angkasawan, pendaki Gunung Everest dan juga juara squash.

Apapun, kisah mereka jauh berbeza berbanding kejadian terbaharu dilapor menarik perhatian ramai warga United Kingdom, UK, sejak dipaparkan akhbar The Sun versi internet di negara terbabit.

Warga Malaysia, Fatine, 36 tahun, mengahwini lelaki British, Ian Young, 30, Mei lalu mengikut British Civil Partnership Ceremony. Young, pemilik syarikat penyelengaraan hartanah mengahwini bekas jurusolek terbabit setelah mendapat restu ibunya. Mereka bertemu di Starbucks Menara Berkembar Petronas pada Ogos 2006 ketika Ian bertugas sebagai pegawai keselamatan di Kuala Lumpur.

Malangnya Fatine kini terpaksa pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visanya. Untuk rekod, sebelum ini dia memasuki UK menggunakan visa pelancong, dokumen sah selama 6 bulan sahaja.

"I know it is hard for people to understand but I love Fatine. I feel lucky to have met such a caring, wonderful person," ujar Ian.

Jika pulang ke Malaysia, Fatine atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Min Bahari, berkemungkinan besar akan berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat perkahwinan sejenis, tidak dibenarkan di negara ini.

Seks penting dalam hubungan pasangan suami isteri. Dalam kes ini Fatine, pondan, tidak pernah menjalani pembedahan mengubah alat jantina tetapi mengaku mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Maksudnya, Fatine mempunyai alat kemaluan lelaki.

Uh! Gugup sekiranya perlu dihuraikan 'hubungan' itu secara terperinci. Masakan 2 alat kelamin berjenis sama boleh 'dilaga-laga' begitu sahaja.

Alam


1. Maktab Melayu Kuala Kangsar ( Gambar dari atas)
2. Bot usang (Kuala Sepetang, Taiping, Perak)
3. Lelaki Cina dan motosikal (Pekan Kuala Sepetang)
4. Basikal tua (Pekan Kuala Sepetang)
5. Pandangan Beranda (Bukit Merah Lake Town Resort)
6. Ikan (Bukit Merah Lake Town Resort)
7. Banglo (Bukit Merah Lake Town Resort)
8 Tasik (Bukit Merah Lake Town Resort)

Sabtu, November 28, 2009

Mee Longkang

Saya dan keluarga tiba di Kuala Sepetang, Taiping, Perak pada jam 3.08 petang tadi.

“Pergi kedai Mak ***, mee udang dia sedap,” kata rakan isteri melalui telefon.

Ketika itu kami sudah duduk menanti pesanan diambil, malangnya bukan di kedai Mak *** tetapi di kedai Mak Jah di Kampung Menteri. Kata kenalan, lawatan ke Kuala Sepetang dianggap tidak lengkap jika tidak menjamah mee udang.

“Alamak! Tersilap gerai eh?,” soal saya.

Kurang 20 minit, pesanan kami terhidang di atas meja kayu, mee udang untuk 5 orang. Tanpa berlengah, 2 anak, isteri, saya dan adik menjamah mee kelihatan begitu menyelerakan. Udangnya segar, berasa manis apabila digigit dan ditelan.

Selepas makan, saya berjalan ke dapur.

“Mee semua kakak buat sendiri, bukan mee Cina. Pekerja kedai, semua adik-beradik,” ujar Sabri Sidan.

Menurut Sabri, dia dan isteri berkerja di Kuala Lumpur namun pulang membantu perniagaan keluarga sejak hampir setahun lalu.

Lebih 10 minit berdiri sambil memerhati keadaan dapur. Saya berpuas hati dengan kebersihan ruang di belakang kedai terbabit biarpun semua pekerja sibuk memasak dan menghantar makanan kepada pelanggan.

Selalunya pengusaha kedai makan amat kurang senang andai pelanggan ‘melawat’ dapur tetapi di kedai itu pekerja kelihatan selesa mengukirkan senyuman dan menyapa saya secara baik.

"Murah, RM49 termasuk air," ujar isteri tersenyum .

Selesai makan, kami menuju ke pekan Kuala Sepetang terletak kurang 2 kilometer dari kedai Mak Jah. Kami disambut asap tebal berikutan sampah di tong besar terbakar. Pekan kecil dengan deretan kedai Cina, sesak berikutan jalan terlalu sempit. Kurang selesa, kami segera beredar keluar.

“Jom minum di kedai Mak ***. Teringin nak tengok kedai famous dengan mee udang tu,” saya mengajak keluarga.

Dua anak saya, biarpun kekenyangan, tidak membantah. Sewaktu mendekati kedai di Kampung Tebok terbabit, saya berasa agak terkejut melihat persekelilingannya. Kedai atau lebih layak dipanggil gerai terbabit terletak bersebelahan longkang cetek dengan air tidak mengalir. Hairannya, ramai pelanggan duduk menunggu makanan dihidangkan. Saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Kami semua sempat duduk sebentar di gerai terbabit sebelum saling berpandangan dan kemudian beredar menuju ke kereta diparkir di tepi jalan.

Melalui tinjauan saya, banyak gerai dan kedai menjual mee udang di Kuala Sepetang. Justeru, mereka berkunjung ke daerah sama mempunyai pilihan untuk menjamu selera. Buatlah pilihan tepat, itu peringatan saya.

Pendapat Kedua

Khamis lalu, saya ke Damansara Specialist, Petaling Jaya, Selangor.

“I have to admit you, this is very serious,” kata pegawai perubatan wanita bertugas.

Itu komen beliau berhubung kecederaan di tumit kaki kiri saya sewaktu menyertai operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Maran, Pahang tempoh hari.

“It’s ok for me to be admitted but right after that I will walk out from this hospital,” usik saya.

Malangnya doktor wanita itu langsung tidak tersenyum.

“Dr. Rozman is here. He can have a look at his injury,” kata jururawat bertugas.

Saya kemudian dibawa pakar tulang terbabit ke bilik bedah.

“Brother, don’t worry, this is not serious since your wound is not infected. I potong kulit sikit then cuci dan balut, after that you can go. Make an appointment to see me on Monday,” kata beliau.

Terima kasih Doktor Rozman Md Idrus.

Sekarang saya bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping, Perak. Semalam bersama keluarga melihat orang memancing dan hari ini akan ke Kuala Sepetang, makan mee udang.

Apapun, mesej penting ingin saya kongsikan di sini, jika berhadapan dengan masalah kesihatan, dapatkan ‘the second opinion’. Kita sebagai pesakit mendapat rawatan berbayar, bukan percuma lalu berhak untuk mendapat nasihat daripada pakar. Maklumkah, doktor ramai, kepakaran mereka berbeza justeru keputusan mereka tidak sama.

Keputusan mereka membawa kesan kepada kehidupan kita seterusnya.

Khamis, November 26, 2009

God Is Fair

Jika ada individu atau pihak berniat jahat terhadap kita, usah bimbang. Jika perbuatan mereka dijalin perasaan hasad dan dengki, usah sesekali goyah.

Tanpa kita bertindak membalas dendam, balasan itu akan tetap datang kepada mereka, percayalah.

God is fair.

Saya banyak kali melalui dan melihat kejadian terbabit berlaku.

Nota Kepada semua pembaca blog ini, Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Diusik Sedikit Melatah Lebih

Sanubari saya dapat merasakan selepas tersiarnya episod ‘Lambaian Lombok’ di ‘360’ pada jam 9 malam tadi, ramai warga pulau sama tinggal di Malaysia berasa tergugat. Maklumlah, pekung di dada terbongkar dan disaksikan jutaan penonton.

Seperti biasa banyak pesanan ringkas menerjah hotline 360 (013 6330 360) dan peti masuk emel saya, majoriti penghantar mesej mendakwa warga Lombok bermaustautin di negara ini, Malaysia.

Penghantar emel mendakwa warga Lombok, spesis lontar batu sembunyi tangan (kerana tidak berani memperkenalkan identiti sebenar), ‘Abdullah’ mencatatkan komen berikut.

‘360 kurang mendapatkan maklumat mengenai adat istiadat Lombok, mengenai sejarah adat istiadat lombok yang digambarkan malam ini dan ini akan menimbulkan kesan yang negatif bagi semua warga Lombok yang ada di Malaysia khususnya dan dunia umumnya sedangkan yang berbuat (melarikan gadis Malaysia ke Pulau Lombok) adalah sebahagian kecil’

Si Abdullah ini mungkin menulis mengikut andaianya kerana tiada kenyataan di '360’ menyatakan semua warga Lombok melarikan gadis warga Malaysia ke kampung halaman mereka.

Memang saya tidak mempunyai masa untuk mengkaji adat Lombok secara terperinci. Namun, paparan terbabit memetik penerangan lelaki Lombok berhubung amalan adat Sasak di pulau dihuni 2.5 juta penduduk itu. Sasak, ringkasnya, adat membenarkan jejaka Lombok melarikan gadis dari desa lain ke rumah mereka dan kemudian dikahwini. Jika ‘Abdullah’ mendakwa kenyataan responden kurang tepat, itu penjelasan warga sepulau dengannya, bukan komen ciptaan saya.

Kesan negatif kepada warga Lombok menetap di Malaysia? Ya, barangkali. Tetapi rakyat Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan. Contohnya, biarpun gerakan ‘sweeping Malaysia’ bersenjatakan buluh runcing bertujuan menggugat keselamatan pelajar negara kita tercetus di Indonesia, rakyat Malaysia masih bersifat toleransi mendepani karenah lebih 2 juta warga mereka di negara ini. Malah rakyat Indonesia di Malaysia bebas berkerja dan berniaga, sebilangan taksub meragut dan merompak.

6 mangsa, kecil, 60 juga kecil bilangannya tetapi jika benar dakwaan Migrant Care berhubung jumlah gadis dan wanita Malaysia dilarikan ke Lombok, 600, bukan kecil. Mungkin gegendang telinga 'Abdullah' rosak lalu tidak mendengar kenyataan saya di awal program.

Semoga kini rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati jika didekati warga Lombok. Mulut sebilangan lelaki Lombok manis, dijangka lebah mampu bersarang di tepi bibir mereka tetapi malang hati berniat jahat.

Berikut komennya lagi.

‘Harapan saya untuk kebaikan warga Malaysia yang ada di Malaysia dan di Lombok yang sudah terlanjur berkawin, alangkah bagusnya kalau perkahwinan mereka direstui oleh kedua belah pihak, khususnya orang tua si gadis. Insyallah kalau direstui mereka akan datang lagi ke Malaysia dan bisa hidup berkumpul semula dan juga mempermudah pengurusan perkahwinan mereka di Malaysia. dari pada mereka menanggung dosa yang berpanjangan’

Easily said than done. Melarikan anak gadis Malaysia, tindakan bodoh dan tidak berperikemanusiaan, noktah. Jika dilihat kebanyakkan mangsa, remaja di bawah umur. Kes terkini, Sasabila Yunan atau Bella, 15 tahun, mengikut lelaki Lombok, Hafis, satu tindakan boleh dipertikaikan. Bella masih mentah, berusia setahun jagung, keputusan ke Lombok bukan terhasil dari minda dewasa.

Bagaimana jika jejaka negara kita melarikan anak perempuan ‘Abdullah’ berusia sama ke Malaysia tanpa pengetahuannya? Ops! Mungkin dia tidak membantah malah tersenyum lebar kerana InsyaAllah anaknya berpeluang mengecapi kehidupan lebih sempurna berbanding terpaksa membanting tulang menanam jagung, padi dan tembakau di pulau berhampiran Bali itu.

Pesan saya kepada pembaca warga Malaysia, usah biarkan anak gadis anda terjatuh ke tangan lelaki Lombok. Kepada warga Lombok, usah praktikkan adat anda di negara ini kerana kami mempunyai adat tersendiri.

Huh! Baharu diusik sedikit sudah melatah!

Gambar Harian Metro

Rabu, November 25, 2009

Perjumpaan Bloggers Lembah Klang

Saya meminta bantuan blogger Azrul untuk mengkoordinasikan perjumpaan di kalangan kita. Dia bersetuju seperti dinyatakan di ruang komen blognya. Azrul bertugas sebagai Pegawai Penyokong Teknologi Maklumat, pelajar lulusan Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda, Rejimen Askar Wataniah.

Tarikh: 13 Disember 2009 (Ahad)
Lokasi: FRIM, Kepong, Selangor.
Masa : 10 pagi - 2 petang.

Kita ‘pot luck’, semua bloggers, berkahwin dan bujang akan membawa makanan dan minuman dari rumah (read: beli pun boleh). Masak sesedap mungkin (read: kurang sedap ok) kemudian kongsikan dengan rakan lain. Sila bawa keluarga, anak, isteri, suami dan amah (read: isteri kedua boleh, lelaki simpanan dilarang, amah warga asing wajib lengkap berdokumen). Kepada bloggers bujang, bawalah boyfriends atau girlfriends terkini, bakal boyfriends atau girlfriends, bekas boyfriends atau girlfriends, tiada masalah. Asalkan jangan bawa lelaki Lombok ke lokasi terbabit, bimbang nanti dia tidak balik (read: kerana sibuk mengayat anak dara bloggers).

FRIM, kawasan sungai berair terjun dan diserikan pepohon hijau, oleh itu sila bawa pakaian sesuai untuk bermandi manda (read: swimming suit hanya dipakai bloggers memiliki body cantik, mengikut berat ideal, berusia di bawah 21 tahun sahaja), no kain batik atau pelikat, please. Jika tidak tersilap, setiap kenderaan memasuki kawasan terbabit dikenakan bayaran RM2 sahaja.

Sesiapa boleh hadir, sila emailkan nama penuh (read: mengikut kad pengenalan) dan nombor telefon bimbit ke mazidul.

Update Bilangan peserta setakat ini : 7

It's a sin!

Jam 3 pagi kelmarin saya berborak bersama 3 pelajar kolej dari Arab Saudi.

“We don’t mix with girls, it’s a sin!,” kata Yaser, penuntut Kolej Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya di Arab Saudi, mereka belajar di kelas berasingan dengan pelajar perempuan.

“The girls there, they wear hijab and black jubah,” tambahnya.

“We don’t even have movie theaters in Saudi. The government is afraid if youngsters will make their own ‘movies’ instead of watching one. It’s a sin!,” sampuk rakannya, Salem.

Salem, penuntut Segi College, Kota Damansara, sedang mempelajari bahasa Inggeris.

“People who want to drink beer have to cross a bridge to Bahrin, not in Saudi, it’s a sin!,” celah rakan mereka, Hassan.

“So, it seems that this country is full of sins, hah?,” soal saya kepada mereka.

“Yah!,” mereka bertiga menjawab serentak.

Tiba-tiba perbualan kami terhenti seketika. Dua gadis muda berkulit putih melepak, berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan melintas di sebelah meja, tempat kami minum. Salem kelihatan tercengang dengan mulut ternganga.

“Do you know those ladies?,” tanya Salem spontan kepada saya.

“No. Who are they?,” tanya saya.

“They work at the massage parlor, it's not far from here, 5 minutes,” balasnya.

Hassan dan Yaser memerhatikan Salem, serius wajah mereka.

“Have you been there?,” soal saya.

"Yah! Have you been there?," ulang Yaser garang.

“No!,” ujar Salem dengan wajah serba salah.

“Salem, do you know it’s a sin to lie? Let me put it to you again, have you been there?,” soalan saya ajukan.

Dia terdiam.

“Noooo,” ulangnya teragak-agak.

“In the name of God …,” ujar saya.

“Ada! Ada! Urut kakilah ...,” katanya sambil tersenyum.

Kami semua tertawa. Huh! Nakal juga rupanya pelajar Arab Saudi.

Tipu Perempuan

Ada orang kata …

Sebilangan perempuan, jika ditipu mereka percaya.

Andai diberi tahu perkara sebenar dipertikaikan dek mereka.

Selasa, November 24, 2009

Alza MPV Perodua


Jam 8.45 pagi tadi saya berpeluang menemubual Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar di lintas langsung program Malaysia Hari Ini. Menurut beliau MPV Alza mempunyai 6 pilihan warna, CC 1.5, manual dan automatik berharga di antara RM56,000 dan RM70,000.

"InsyaAllah, kita ada stok, jika pesanan dibuat, pembeli akan menerima MPV ini selewat-lewatnya 3 bulan bukan seperti mana terjadi kepada pesanan MyVi, ada hampir setahun baharu dapat," ujar beliau.

Barangkali ramai mempersoalkan 'kekuatan' enjin Alza, berikut kenyataan beliau mungkin berguna kepada bakal pembeli.

"Berat kereta ini lebih kurang 1 tan dan boleh ditampung kekuatan enjin 1.5 CC, tiada masalah. Ini kali pertama Perodua mengeluarkan kereta mempunyai CC sebegini"

Dahulu, saya diberikan peluang menemubual Pengarah Urusan Proton semperna pelancaran Exora, kali ini Alza. Saya berasa gembira menjadi saksi kepada sebahagian daripada sejarah automotif negara.

Lentik Gadis Peneman

Dia bukan pegawai perhubungan pelanggan, GRO, kerana tidak bermajikankan pemilik pusat hiburan. Bukan juga gadis pengiring, ‘escort girl’, kerana upah perkhidmatannya tidak begitu lumayan.

“Kawan akan bagi tahu bila ada job,” kata Yuna.

Yuna, anak ke-5 daripada 7 beradik, dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, mula berkerja sebagai gadis peneman sejak setahun lalu.

“Kawan sejak sekolah panggil saya 'lentik', sampai sekarang gelaran itu lekat,” tambahnya.

Biarpun usianya 23 tahun, dia kelihatan 3 tahun lebih muda manakala tubuhnya berukuran, 34-24-34, ‘melentik’, dilihat aset mampu memancing perhatian ramai lelaki pengunjung pusat hiburan bermata keranjang.

“Klien bayar saya, RM100 untuk jadi teman pergi karaoke. Saya tak minum (arak), cuma menyanyi sahaja. Kalau dia menggatal, saya akan tepis. Memang tak ada feeling langsung, kerja untuk dapat duit. Pernah ada klien kiss saya kat mulut, lepas tu saya marah dia,” katanya.

“Jadi apa klien boleh buat, dia kan bayar?,” soal saya.

“Setakat peluk and dance, saya tak kisah, lebih-lebih sorry, saya maki. Kalau tak dengar, saya balik, tak dapat duit pun tak apa,” jelasnya.

Menurut Yuna, kliennya, majoriti Melayu, antara mereka, kapten kapal, ahli korporat dan pegawai kerajaan memburu keseronokan berhibur di waktu malam.

“Emak tahu ke kegiatan awak?,” tanya saya.

“Dia tahu saya pergi menyanyi, mak call setiap hari,” jawabnya.

Sejak menetap di rumah bujang bersama rakan sekerjaya di Johor Bahru, keluarga gagal mengesan kegiatannya. Tambahnya lagi, hampir setiap hari dia pulang kerumah sewa menjelang waktu subuh.

“Pernah tak GRO tidak berpuas hati tengok awak?,” soal saya.

“Ada, siap tanya, saya ni siapa lagi? Saya cakaplah, kawan. Tetapi sekarang dah jadi satu tren, klien tak ambil GRO. GRO, bayaran mahal, sampai lima ratus ringgit semalam, lepas tu perangai dia orang pelik, sambil berhibur, sambil mengadu nasib. Bagi tahu klien, kononnya ansuran kereta tak berbayar tiga bulanlah, bayaran sewa rumah tertunggaklah, anak sakitlah. Menagih simpati supaya dapat duit tips lebih. Saya tak macam itu, berhibur, bayar dan blah,” terang Yuna.

Yuna juga sempat berkongsi sikap klien tidak digemarinya.

“Ada klien berlagak gila, cakap besar, kononnya banyak duit sangat, I hate them. Macam malam tadi, satu group ni berhibur sakan, mabuk, tetapi masa nak bayar bil RM4,000 terkehel juga”

“Awak dara lagi?,” tanya saya spontan.

“No personal question please. Tanya soalan lain, boleh bang …,” balasnya selamba dan manja.

“Ada boyfriend?,” soal saya lagi.

“Ada. Bercinta dah 7 tahun, dia baharu habis belajar di politeknik tetapi jumpapun lima bulan sekali. Dia tahu saya berhibur tetapi bukanlah macam ini,” ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

Dakwa Yuna, ramai lagi anak gadis seusianya mencari wang dengan cara sama.

“Tak kisah ke kerja macam ini?,” tanya saya.

“Bang, kalau tak ada lelaki gatal banyak duit, gila berhibur, saya pun tak buat kerja ni. Kata orang tua, tepuk sebelah tangan tak menjadi, kan?,” jawabnya.

Saya terdiam, mungkin itulah kuasa wang.

Isnin, November 23, 2009

Remaja Teguk Arak

Kelmarin sekitar jam 3.15 pagi sewaktu berdiri di hadapan The Zon Hotel di Johor Bahru, Johor, saya terlihat 2 remaja Melayu berjalan terhoyong-hayang berusaha memapah rakan mereka. Kesemuanya baharu keluar dari pusat hiburan bersebelahan hotel ditutup pada jam 3 pagi. Berulangkali rakan cuba diangkat, dia terjelepuk jatuh lalu terbaring di laluan pejalan kaki. Remaja terbabit kelihatan bagai sudah tidak mempunyai kaki. Lemah, dipercayai tubuh berada di bawah pengaruh alkohol.

Saya berasa hairan, jika begitu teruk akibat terlalu banyak meneguk arak, mengapa harus minum?

Jika dilihat di negara kita, pihak polis hanya boleh menahan individu memandu mabuk, tidak penumpang kenderaan biarpun mereka berada di bawah pengaruh alkohol. Manakala andai benar telahan saya, sewaku operasi di pusat hiburan, jabatan agama pula dilihat hanya berhak menahan mereka sedang minum arak, itupun harus berserta bukti. Maksudnya, gelas, jag dan botol arak berada berhampiran si peminum. Pengunjung Islam lain, biarpun kelihatan mabuk tidak boleh ditahan kerana jabatan terbabit tidak memiliki ‘breath analyzer’ untuk membuktikan wujud kandungan alkohol dalam darah di kalangan mereka disyaki meminum arak.

Hemat saya, jika kerajaan berhasrat serius mengekang umat Islam meminum arak, mereka harus dibekalkan dengan peralatan terbabit.

Ahad, November 22, 2009

Kita Mungkin Terlupa

Jika dia bersama hanya ketika kita senang, itu 'kawan-kawan'. Mereka ramai, umpama bilangan butiran pasir di pantai.

Jika dia bersama ketika kita senang dan sesekali mendampingi kita di waktu kita susah, itu 'kawan'. Mereka mampu dikira, umpama bilangan kuntuman bunga di halaman rumah.

Jika dia bersama di waktu kita susah dan senang, itu 'sahabat'. Bilangan mereka terhad bukan seperti bilangan butiran pasir di pantai mahupun kuntuman bunga di halaman rumah.

'Kawan-kawan' boleh dilupakan, kawan boleh dipilih, sahabat, hargai dia. Hari ini, apa kata kita bersama menghubungi sahabat kita dan ucapkan terima kasih. Ya lah, mungkin selama ini kita terlupa.

Sabtu, November 21, 2009

Guru Mencabul Lagi

Saya puji keperibadian majoriti guru perempuan.

Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, SMJK Slim River, Perak, guru kelas saya, Puan Wong Pok Hing, mengajar subjek Matematik Tambahan. Biarpun garang, ada waktunya kami sekelas tersenyum terusik dek jenaka spontan beliau. Puan Wong, guru berdedikasi, sama seperti kesemua guru pernah mendidik saya sejak melangkah ke darjah satu pada tahun 1974.

“Thanks God, finally, you jadi orang. I am so proud of you,” kata Puan Wong sewaktu terserempak dengan saya di Slim River lima tahun lalu.

Jadi orang? Ha! Ha! Ha! Terserahlah kepada pembaca semua mentafsirkan kenyataan bekas guru saya itu. Apapun, terima kasih Puan Wong, thank you from the bottom of my heart.

35 tahun lalu, ketika saya mula bergelar pelajar sekolah, tidak pernah terdengar kes guru mencabul pelajar. Maruah dijunjung tinggi lalu kejadian memalukan tidak berlaku. Guru, ibu bapa pelajar di sekolah. Mereka dipercayai bagi memikul tanggungjawab memperturunkan ilmu kepada anak bangsa agar menjadi manusia berguna.

Kini, segelintir guru tidak boleh dipercayai. Mereka mungkin mampu berkongsi ilmu pengetahuan tetapi gagal menjadi ‘penjaga’ kepada pelajar di sekolah. Bagi mereka, pelajar tidak dianggap anak malah dijadikan ‘bahan’ memuaskan nafsu.

Gila.

Kes berlaku berulang kali.

The Star Online melaporkan, di Pulau Pinang, guru lelaki berusia 47 tahun dituduh dan ditahan reman 5 hari kerana mencabul pelajarnya berusia 8 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Wan Abdullah Tuanku Said, selasa lalu, guru terbabit dilapor membogelkan anak kecil itu dan menyentuh bahagian sulitnya di bilik muzik sekolah sewaku waktu rehat. Dia kemudian didakwa melakukan seks oral kepada pelajar sama.

Hairan, kebelakangan ini bukan sahaja datuk, ayah, adik beradik lelaki malah guru terbabit mencabul anak kecil perempuan.

Mereka manusia kronik, sakit nurani.

Lelaki Dicabul Perempuan

Kerap kali kita mendengar kes perempuan dicabul lelaki.

“Ada juga lelaki mendakwa dicabul perempuan. Siap datang ke balai buat report”

Itu kenyataan pegawai polis, sebelum ini bertugas di bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor, ketika saya temui di Hotel The Zon.

Menurut beliau, perempuan dicabul lelaki boleh disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan dia boleh didenda dan dipenjara.

“Ada kes pernah dilaporkan, perempuan mencabul rakan serumah boyfriend dia, masa itu boyfriend tak ada di rumah. Dia masuk, ternampak kawan boyfriend baharu keluar bilik mandi, pakai tuala. Mungkin geram sangat, dicabulnya lelaki tu,” jelasnya lagi.

Tetapi usah terkeliru, gambar saya muatkan di tempelan ini bukan perempuan dimaksudkan. Lynn antara mereka menyertai ‘gathering’ bloggers di Restoran Singgah Selalu, jam 8 malam tadi.

Kata orang tua, rezeki usah ditolak. Makanan, ‘Bihun Kari Ketam’ dibelanja dek taukeh restoran, Razali Awang, 51 tahun, kawan baik Hazrey (gambar teratas di tempelan bawah).

Terfikir, apa kata jika bloggers di Lembah Klang menganjurkan perhimpunan di kalangan kita?

Kawasan perkelahan air terjun di FRIM, Sungai Buloh, lokasi menarik. Sambil berborak, ahli keluarga boleh bermandi manda. Makanan, ‘pot luck’, setiap blogger dan keluarga boleh menunjukkan bakat memasak dan membawa makanan dan minuman, kemudian kita kongsi bersama.

Ada sesiapa ingin menawarkan diri menjadi penganjur?

Jumaat, November 20, 2009

Gathering 'Singgah Selalu' Johor Bahru

5A dan 5E

Tahniah kepada 48, 171 pelajar sekolah rendah berjaya meraih keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semalam. Pelajar gembira, ibu ayah tumpang ceria begitu juga para guru.

Manakala lebih 3,000 pelajar mendapat keputusan 5E, usah bersugul. Peringatan sama juga disasarkan kepada guru dan ibu bapa mereka. Saya percaya pelajar terbabit bukan dungu. Keluarga dan guru perlu menilai semula faktor penyebab mereka mendapat keputusan sebegitu.

Hakikatnya, segelintir pelajar pada usia 12 tahun masih tidak mengerti kepentingan ilmu lantas kurang berminat semasa belajar di dalam kelas. Kadangkala, segelintir guru pula samada secara sedar atau tidak menganaktirikan kelompok sama. Maksudnya guru lebih cenderung memberikan tumpuan membimbing pelajar lebih cemerlang. Bukan menuduh tetapi senario itu mungkin kerap berlaku sebelum ini, kini dan di masa akan datang.

Pelajar sama juga barangkali tidak berpeluang mendapatkan latihan tambahan berbanding rakan lain. Banyak faktor penyebab, antaranya sikap ibu bapa tidak ambil pusing berhubung prestasi pelajaran anak mereka di rumah. Perhatikan, majoriti ibu bapa berkemampuan menghantar anak ke kelas tuition. Sebahagian lagi tidak, berikutan kekangan ekonomi biarpun mereka juga berhasrat melihat anak lebih berjaya.

Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam bidang pendidikan dilihat berhubungkait rapat dengan sikap guru dan keluarga. Jika pelajar mencatat keputusan cemerlang, sebahagian daripada kejayaan dicapai hasil titik peluh usaha gigih guru dan keluarga. Jika sebaliknya berlaku, sebahagian daripada kegagalan harus ditanggung dan dikongsi kumpulan sama.

Apapun semua harus sedar, keputusan 5A atau 5E bukan faktor penentu mutlak kejayaan atau kegagalan kehidupan anak-anak di masa hadapan. Mereka masih berpeluang memperbetulkan keadaan. Kebanyakkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah dan berpeluang meimba ilmu di universiti. Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar mendapat keputusan 5A, usah cuai, ramai pelajar kita cemerlang dari aspek keputusan peperiksaan sebelum ini tetapi kemudian hancur kehidupan sewaktu dewasa akibat gagal mendepani pelbagai cabaran secara sempurna.

Ketika itu guru, ibu dan ayah sudah tiada untuk memimpin tangan mereka.

Khamis, November 19, 2009

Jom Jumpa Di JB

Berkurun dahulu, kali pertama saya bertemu wakil TV3 di Johor, Zulhazri Abu Bakar (Hazrey), perkara pertama tergerak di hati, isteri dia mesti gemuk.

Mengapa saya berprasangka sedemikian? Kerana dia kuat bercakap, pandai berjenaka dan cepat mesra. Lelaki sebegitu selalunya bijak membodek isteri akibat dijangkiti STB, ‘sindrom takut bini’. Maksudnya, kalau di hadapan isteri, pijak semut pasti tidak mati, lembut gigi daripada lidah kerana isteri gemuk selalunya garang (tolong baca baik-baik, saya guna perkataan ‘selalu’ bukan ‘semestinya’).

Apapun, telahan itu ternyata meleset. Isteri Hazrey manis orangnya, baik budinya dan kalau tersenyum manis bak gula, tidak tumpah macam anak dara.

Saya buat kesekian kalinya akan ke Johor Bahru, Johor, esok, 20 November 2009, sekali lagi akan menyusahkan kehidupannya. Siang kami kerja, malam selalunya keluar minum bersama. Jika dia pulang lewat ke rumah pada setiap malam saya di JB, kami tidak ke mana, carilah di gerai peniaga Melayu berhampiran Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan, di gerai menjual nasi lemak 'Simple' di hadapan Hotel Selesa atau di Restoran Singgah Selalu. Semuanya tempat awam, tidak tersorok dari pandangan manusia lain.

Barangkali, itu sebab utama isteri Hazrey senang 'membebaskannya' dengan hati tenang dan jiwa ceria.

"Kalau keluar dengan Mazidul, ayang tak balik pun tak apa. Tetapi kalau nak balik boleh, tak salah, janji jangan sebelum pukul 3 pagi, awal sangat"

Itu kenyataan isterinya (harapnyalah, biarpun saya tidak pernah dengar).

Saya dan Hazrey merancang menjemput bloggers tinggal berhampiran Johor Bahru atau di Singapura untuk minum bersama. Perincian perjumpaan terbabit dicatatkan Hazrey di blognya, [ Blog Hazrey ]. Jika mempunyai masa, ruang dan peluang, silalah sertai kami.

Gambar Hazrey dan jurukamera junior dia (sahaja suruh budak jinjing kamera) - anak saya.

Di Sebalik Kes Kehilangan Siti

Berikut laporan 2 akhbar tempatan hari ini.

‘Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan pembantu rumah warga Indonesia kelmarin ditemui selamat di Stesen Komuter di Batu Tiga, Shah Alam semalam’ - Kosmo.

‘Siti Nurdiana Aung Soe, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan amah dari rumah di Shah Alam semalam, ditemui seorang pekerja restoran di Chow Kit petang tadi’ - Berita Harian.

Ok.

Apapun, kesimpulannya, Siti Nurdiana kini selamat berada di pangkuan ibu bapanya.

Jika hanya membaca perenggan pertama laporan kedua akhbar terbabit, mungkin ramai terkeliru berhubung lokasi tepat dia ditemui.

Kisah sebenarnya barangkali begini.

Siti Nurdiana, 2 tahun, disedari hilang bapanya, Aung Soe@Abu Hussin, 38 tahun dan ibunya, Haslinda Damanik, 35 tahun, pada jam 7.30 malam kelmarin. Berikutan itu, mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor.

Keduanya percaya, anak mereka dilarikan amah warga Indonesia, Suparmi, 50 tahun dari kediaman mereka di Apartmen Brunsfields Riverview, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Suparmi juga didakwa membawa bersama semua pakaian Siti Nurdiana dan meninggalkan rumah dalam keadaan berselerak.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, amah terbabit membawa Siti Nurdiana ke restoran di Chow Kit, Kuala Lumpur. Curiga, pekerja wanita restoran kemudian mempersoalkan identiti anak kecil dibawanya. Mengakui kanak-kanak itu anak majikannya, setelah dipujuk, Suparmi bersetuju mengembalikan Siti Nurdiana kepada ibu bapanya. Namun dia meminta pekerja restoran terbabit menemaninya untuk menghantar Siti Nurdiana ke Stesen Komuter Batu Tiga.

Setibanya mereka di stesen komuter, Suparmi kemudian dikata menghilangkan diri.

Itu kesudahan kisah, noktah.

Eh! Ya ke? Tak! Tak! Ada lagi. Mari bersama kita teliti beberapa fakta lain tidak kurang ‘menarik’ berhubung kes ini.

1. Ayah, ibu Siti Nurdiana (mereka berdua dilaporkan menetap di negara ini sejak 10 tahun lalu), Suparmi dan pekerja restoran, SEMUA warga asing. Ayah berasal dari Myanmar, ibunya, Suparmi dan pekerja restoran, dari Indonesia.

2. Berita Harian dan Utusan Malaysia melaporkan, Suparmi dikatakan mula berkerja sebagai amah sejak September lalu, TANPA permit dengan gaji RM400 sebulan. Maksudnya, ibu dan ayah Siti Nurdiana selaku majikan menggaji sekaligus melindungi pendatang tanpa izin. Justeru, saranan saya Jabatan Imigresen harus menjalankan siasatan terhadap tindakan 'berani' pasangan terbabit, mengengkari perundangan negara ini.

3. Kes ini menuntut polis Malaysia meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Siti Nurdiana. Bukan itu sahaja, sebelum mangsa ditemui, polis dilapor melancarkan gerakan mencari mangsa di seluruh Lembah Klang sekaligus mengadakan sekatan jalanraya di beberapa laluan keluar masuk utama di Selangor tetapi ternyata Suparmi bersama Siti Nurdiana berjaya memboloskan diri ke Chow Kit di Kuala Lumpur.

4. Setakat ini motif kejadian tidak disingkap secara jelas. Akhbar menggunakan beberapa istilah berbeza menggambarkan perbuatan amah terbabit, antaranya, 'melarikan' dan 'menculik'. Saya tidak berpeluang membaca laporan dan kertas siasatan polis, justeru tidak pasti mana satu.

Satu pengajaran penting khususnya bagi semua warga Malaysia, jika sudah terlalu ramai warga asing, begitulah jadinya, mereka punyai kisah tersendiri, kisah tersurat dan tersirat.

Update Suparmi diberkas polis pada 19 November 2009 di kawasan Chow Kit

Rabu, November 18, 2009

Definasi 'Pentauliahan' JAIS?

Saya dihubungi kenalan, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, jam 3.56 petang tadi.

“Betul ke TV3 akan menjemput tiga tetamu termasuk Dr. Asri untuk program agama malam esok, cerita tentang pentauliahan?,” itu soalannya.

“Tajuk apa?,” soal saya untuk kepastian.

“Pentauliahan,” jelas beliau.

“Saya rasa TV3 tidak sebodoh itu, kita faham erti ‘contempt of court’,” jawab saya ringkas.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 38 tahun, di tuduh di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi tadi atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah di No 2, Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak di antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November lalu.

Saya yakin TV3 tidak akan terjerumus dalam kes menghina mahkamah (contempt of court) biarpun menjemput Dr. Asri sebagai tetamu. Tajuk Al-Kuliyyah malam esok, ‘Satu Aqidah’, bukan ‘Pentauliahan’, seperti dimaklumkan pihak tertentu kepada pegawai terbabit.

Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka, jam 9 malam, 19 November 2009. Turut bersama Dr. Asri sebagai tetamu, Dr. Fauzi Deraman dan Dr. Uthman El-Muhammady.

Terfikir, banyak program agama dirakam atau disiarkan secara langsung syarikat televisyen swasta dan RTM selama ini. Pakar agama, ustaz mahupun ustazah tampil di kaca TV bertujuan berkongsi ilmu agama.

Bertauliahkah mereka menurut definasi perundangan JAIS?

Dr. Asri dilapor mengajar agama kepada lebih 100 orang sewaktu tangkapan dilakukan. Malam esok saya percaya, program Al-Kuliyyah akan disaksikan ratusan ribu penonton dari seluruh pelusuk tanah air.

Adakah semua tetamu bakal didakwa JAIS?

Ops! Saya terlupa, siaran langsung dipancarkan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, bukan di Selangor.

Tertanggal Coli

Mundar mandir berjalan, matanya liar mencari mangsa. Kesibukan pasar sehari, Kota Sarang Semut, Alor Star, Kedah menjadi pelindung perlakuan jahat dipercayai dilakukan berulang kali. Rantai leher berharga RM360 dipakai anak kecil 3 tahun, Afza Adlina Ibrahim, itu menjadi sasaran berharga.

Namun, kes ini berbeza.

Dia dilaporkan ditangkap dek peniaga pasar sehari sama. Paling ‘unik’ dia perempuan berusia 45 tahun.

Ya, dia peragut perempuan. Sekali lagi, PEREMPUAN.

Semasa diberkas dia dikatakan membuang rantai diragut dan spontan mendakwa tidak terbabit dengan jenayah kerap kali dilakukan lelaki itu.

Sebelum ini di Indonesia, jika benar seperti dilaporkan, peragut perempuan dibelasah sehingga mati. Di Malaysia, peragut berjantina sama lebih bernasib baik, ditangkap dan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Kalau peragut lelaki, boleh dibelasah sehingga separuh mati. Ini perempuan, baharu dimarahi, berderai airmatanya. Jika dijentik, zalim pula kelihatannya. Andai 'dirembat', bimbang tertanggal colinya.

Susah, serba salah.

Gambar Ibu Afza, Hamidah Ishak (Kosmo)

Terup Semut Merah

Dahulu, anak kecil main daun terup kecil bergambar super hero, Semut Merah dan Ultraman di halaman rumah. Bosan main tepuk, mereka main baling selipar. Daun terup diletak di atas tin di dalam lakaran bulatan di tanah, dibaling menggunakan selipar, terup terkeluar, milik si pembaling. Anak menang gembira, anak tewas berduka seketika. Esok mereka main lagi.

Ibu bapa memerhati, senang hati.

Sekarang, anak kecil melepak di kafe siber konon menimba ilmu di dunia tanpa sempadan. Walhal pantang berpeluang mereka pantas melayari laman web lucah. Tersengeh, tersenyum, terbeliak biji mata, menonton perlakuan pelik, manusia dewasa tunggang terbalik, sesekali kedengaran jeritan manja, “Yes! Yes! Yes!”.

Orang tua tidak menjengah, ibu ayah sibuk berkerja, pihak berkuasa entah di mana.

Dahulu, anak kecil lelaki dan perempuan sekampung, bergaul sama. Main guli, ‘police century’, galah panjang dan kondak kondi. Bersentuhan, tidak berasa apa, barangkali kerana itu, biarpun di darjah 5 masih lagi berbogel, mandi sungai bersama. Mereka terjun, menyelam dan terapung gembira.

“Jangan hanyut sudah,” cuma itu pesan ringkas orang tua.

Lalu melangkah mereka ke kebun, berhati ceria.

Sekarang, anak kecil duduk berkumpul di tangga flat. Mata liar memerhati, menunggu mangsa.

“Kenapa menangis?,” tanya ibu.

“Man raba masa lalu ikut tangga,” jawab anaknya, Riyana.

Man, 12 tahun, Riyana 11.

Bergegas si ibu ke balai polis membuat laporan, anak kecil dicabul dek anak kecil lain, itu kesnya.

Dahulu, anak kecil duduk sopan bersila, memerhati opah menggulung rokok daun. Opah menghisap rokok berisi tembakau Cina, cucu hisap rokok daun ‘kosong’ dihulur dek opah tua. Cucu terbatuk, opah tesenyum.

“Tak payah hisap rokok lagi kalau batuk,” kata opah sambil menggosok belakang cucunya.

Sekarang, anak kecil jarang kenal rokok daun, mereka menghisap rokok Dunhill, dibeli 60 sen sebatang dari kedai runcit Aceh atau mamak berhampiran. Tersilap langkah, mereka menghidu gam kasut Cap Senapang dijual dek Ah Seng. Khayal, berjalan terhoyong-hayang bagai lalang. Tiada siapa peduli.

Hanya ayat klise terpancul dari mulut orang tua memerhati.

“Apa nak jadi dengan budak tu?”

Jauh sungguh perbezaan di antara dulu dan sekarang.