Khamis, November 26, 2009

Diusik Sedikit Melatah Lebih

Sanubari saya dapat merasakan selepas tersiarnya episod ‘Lambaian Lombok’ di ‘360’ pada jam 9 malam tadi, ramai warga pulau sama tinggal di Malaysia berasa tergugat. Maklumlah, pekung di dada terbongkar dan disaksikan jutaan penonton.

Seperti biasa banyak pesanan ringkas menerjah hotline 360 (013 6330 360) dan peti masuk emel saya, majoriti penghantar mesej mendakwa warga Lombok bermaustautin di negara ini, Malaysia.

Penghantar emel mendakwa warga Lombok, spesis lontar batu sembunyi tangan (kerana tidak berani memperkenalkan identiti sebenar), ‘Abdullah’ mencatatkan komen berikut.

‘360 kurang mendapatkan maklumat mengenai adat istiadat Lombok, mengenai sejarah adat istiadat lombok yang digambarkan malam ini dan ini akan menimbulkan kesan yang negatif bagi semua warga Lombok yang ada di Malaysia khususnya dan dunia umumnya sedangkan yang berbuat (melarikan gadis Malaysia ke Pulau Lombok) adalah sebahagian kecil’

Si Abdullah ini mungkin menulis mengikut andaianya kerana tiada kenyataan di '360’ menyatakan semua warga Lombok melarikan gadis warga Malaysia ke kampung halaman mereka.

Memang saya tidak mempunyai masa untuk mengkaji adat Lombok secara terperinci. Namun, paparan terbabit memetik penerangan lelaki Lombok berhubung amalan adat Sasak di pulau dihuni 2.5 juta penduduk itu. Sasak, ringkasnya, adat membenarkan jejaka Lombok melarikan gadis dari desa lain ke rumah mereka dan kemudian dikahwini. Jika ‘Abdullah’ mendakwa kenyataan responden kurang tepat, itu penjelasan warga sepulau dengannya, bukan komen ciptaan saya.

Kesan negatif kepada warga Lombok menetap di Malaysia? Ya, barangkali. Tetapi rakyat Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan. Contohnya, biarpun gerakan ‘sweeping Malaysia’ bersenjatakan buluh runcing bertujuan menggugat keselamatan pelajar negara kita tercetus di Indonesia, rakyat Malaysia masih bersifat toleransi mendepani karenah lebih 2 juta warga mereka di negara ini. Malah rakyat Indonesia di Malaysia bebas berkerja dan berniaga, sebilangan taksub meragut dan merompak.

6 mangsa, kecil, 60 juga kecil bilangannya tetapi jika benar dakwaan Migrant Care berhubung jumlah gadis dan wanita Malaysia dilarikan ke Lombok, 600, bukan kecil. Mungkin gegendang telinga 'Abdullah' rosak lalu tidak mendengar kenyataan saya di awal program.

Semoga kini rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati jika didekati warga Lombok. Mulut sebilangan lelaki Lombok manis, dijangka lebah mampu bersarang di tepi bibir mereka tetapi malang hati berniat jahat.

Berikut komennya lagi.

‘Harapan saya untuk kebaikan warga Malaysia yang ada di Malaysia dan di Lombok yang sudah terlanjur berkawin, alangkah bagusnya kalau perkahwinan mereka direstui oleh kedua belah pihak, khususnya orang tua si gadis. Insyallah kalau direstui mereka akan datang lagi ke Malaysia dan bisa hidup berkumpul semula dan juga mempermudah pengurusan perkahwinan mereka di Malaysia. dari pada mereka menanggung dosa yang berpanjangan’

Easily said than done. Melarikan anak gadis Malaysia, tindakan bodoh dan tidak berperikemanusiaan, noktah. Jika dilihat kebanyakkan mangsa, remaja di bawah umur. Kes terkini, Sasabila Yunan atau Bella, 15 tahun, mengikut lelaki Lombok, Hafis, satu tindakan boleh dipertikaikan. Bella masih mentah, berusia setahun jagung, keputusan ke Lombok bukan terhasil dari minda dewasa.

Bagaimana jika jejaka negara kita melarikan anak perempuan ‘Abdullah’ berusia sama ke Malaysia tanpa pengetahuannya? Ops! Mungkin dia tidak membantah malah tersenyum lebar kerana InsyaAllah anaknya berpeluang mengecapi kehidupan lebih sempurna berbanding terpaksa membanting tulang menanam jagung, padi dan tembakau di pulau berhampiran Bali itu.

Pesan saya kepada pembaca warga Malaysia, usah biarkan anak gadis anda terjatuh ke tangan lelaki Lombok. Kepada warga Lombok, usah praktikkan adat anda di negara ini kerana kami mempunyai adat tersendiri.

Huh! Baharu diusik sedikit sudah melatah!

Gambar Harian Metro

33 ulasan:

  1. Apa pun alasan, kita kena hormat adat antara satu sama lain, melarikan anak dara orang tak elok bagi orang Melayu sepatutnya orang Lombok pun kena hormat pendirian dan adat orang Melayu, bagaimana kalau-kalau orang Melayu buat benda-benda yang tak disukai orang Lombok, agak-agak diorang mengamuk ke atau diamkan diri sahaja. Kalau tak boleh terima kritikan kita, sekurang-kurangnya hormatilah adat resam kita, tak taulah kalau-kalau orang Lombok ni jenis tak hormat adat resam orang lain tapi nak orang hormati adat resam mereka pulak.

    BalasPadam
  2. Boleh dikatakan hampir semua orang di dunia ini tidak suka dengan kritikan.

    Abdullah mungkin agak terpelajar, kerana membuat komen atas apa yang disiarkan oleh 360.

    Dia bertindak betul dengan memberi respon terhadap apa yang dipaparkan. Mungkin dia tidak terima dengan pandangan yang mengatakan lelaki Lombok membawa lari gadis Malaysia.

    Jika tajuknya "gadis Malaysia menculik jejaka Lombok", komen Abdullah mungkin berlainan.

    Ada antara blogers di Malaysia menggunakan nama 'Anonymous' yang berhujah panjang, mengomen sipenulis blog dan bukannya mengulas apa yang penulis blog tuliskan. Dua perkara yang berbeza.

    Misalnya jika seseorang bercerita tentang kesihatan, kita sepatutnya berbahas tentang topik yang diperkatakan itu dan bukan memperkatakan size tubuh (sebagai contoh) si penulis blog.

    Mungkin itu adalah cara paling mudah untuk mereka mematikan hujah penulis blog berkenaan. Ianya sudah lari dari konsep kritik mengkritik.

    Ehh lari tajuk ke ni? :)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam Bro Mazidul,

    Satu kepuasan menonton kupasan "Lambaian Lombok" malam tadi.

    Saya dan isteri tercengang dengar pengakuan warga Lombok tentang adat "Sasak".

    Patutlah ramai gadis kita diperdaya, lalu dibawa ke sana.

    Saya paling tak puas hati mendengar perbualan Bella dan ayahnya. Kedengarannya, si Bella sangat tidak matang dan kebudak-budakan. Iyalah, baru 15 tahun, dengan tiada PMR dan kemahiran lain, apalah boleh dibuat di sana, kecuali membanting tulang empat kerat.

    BalasPadam
  4. Ish... apake degil beno budak Bella tu?? Kesian kat ayah dia... :(

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ...

    atas sbb tak leh elak, semalam I missed 360.

    y, kadang2 kita merasa amat marah, bila budaya dan tatacara kita tidak dihormati oleh orang luar dan kita cuba menerima kritikan (dan kebencian) orang kerana kita tahu bukan semua begitu (sebahagiannya sahaja). Begitu juga bukan semua Lombokian (betul ek perkataan ni?) itu biadap dan tidak hormat..

    Respon itu nak menunjukkan mereka tu saling menyokong dn membela. Tapi membela pada perkara yang tidak baik?

    Alaaa orang melatah ni biasanya orang yang rasa hidung dia kena simbah air, atau pinggang dia kene cucuk..

    BalasPadam
  6. macam adat RED INDIAN aje..pi lari anak dara orang kemudian nikah tanpa persetujuan orang tua ..kurang ajar..orang2 macam lombok tak patut diberi layanan ..bunyi LOMBOK tu pun dah menggelikan telinga. Boleh sapa2 tolong jelaskan keterunan dan bangsa siLombok ni. Harap maaf kalau ada yg tersinggung.

    BalasPadam
  7. Penyiaran beri perhatian kepada gadis dan keluarga, betapa sedihnya bila dilarikan. walaupun segelintir sekurang2 nya perlu berhati-hati.Positif bagi warga Malaysia. Sebagaimana pendedahan perangai gagak hitam. Kalau tak dedah orang tak tau.
    Macam mana jika kanak-k
    anak bawa balik basikal baru ke-rumah, tak nak tanya ke ambik mana siapa beri? curi mana? Kalau ayah bersekongkol dengan anak, itu maknanya kena masuk BTN, belajar adab sopan (oppss, selain Selangor )

    BalasPadam
  8. Saya suka sangattttt kenyataan balas Mazidul kepada warga Lombok ni. Diorang ni bercakap tanpa berfikir SEKIRANYA mereka berada di tempat kita. Bukan sebagai warga Lombok... tapi sebagai warganegara Malaysia... yang anak gadis bawah umurnya dilarikan ke Lombok dan dipaksa menjalani hidup susah.

    BalasPadam
  9. pada saya warga lombok bukan sekadar datang ke Msia hanya untuk mencari rezeki,tetapi tetap mempunyai impian untuk menunjuk kejantanan mereka dengan membawa lari anak gadis Msia kekampung mereka dan untuk dinikahi,disamping itu akan mendapat nama dilombok dan seterusnya berjaya membuktikan kepada semua yang dia telah berjaya mengikut ada budaya kaum sasak itu...
    Dan pada saya,saya tetap mengatakan yang mereka bukan hanya berani untuk tackle anak gadis dimalaysia dengan kosanong sahaja,tetapi ada amalan penunduk...kalau tidak masakan begitu ramai anak gadis yang kebanyakan belasan tahun dan awal 20an begitu mudah untuk jatuh cinta dan sanggup tinggalkan keluarga untuk megikut mereka balik kesana yang keadaan kehidupan yang seribu kali lagi susah pada kita di malaysia ini....
    Melalui apa yang saya tonton di 360semalam ternyata yang bella bermati-matian tetap sayang dan tak sanggup berpisah dengan suaminya sekarang iaitu jejaka lombok....ternyata ilmu yang digunakan terlalu kuat untuk si gadis melepaskan diri bila terkena...Dan itu hayalah pada pandangan dan pengamatan saya terhadap beberapa kes yang telah berjaya kita bongkarkan sebelum ini sekian.

    BalasPadam
  10. masuk kandang kambing,kenala mengembek...masuk kandang rimau kena la mengaum....respek la sket budaya org Malaysia ni....takde sivik ke org lombok yg bawak lari anak dara kita ni?

    BalasPadam
  11. .....dah adat diorang mengatakan melarikan gadis dari desa lain kedaerah mereka dan kemudian dikahwini adalah tidak salah itu sebab dia orang rasa tak salah...tapi mesti ingat perkara yg mereka lakukan adalah diMalaysia bukan disana..mestilah kena hormat dan akur undang2 dan juga adat resam orang Malaysia...mengapa kita pula kena kaji selidik adat diaorang...merekalah sepatutnya kena selidik adat kita sebab mereka datang kesini,tinggal disini dan juga cari makan disini..kenapa mesti melenting pula..kita berhak menyuarakan apa saja sebab ini negara kita..orang malaysia masih cool lagi dgn apa sahaja yg mereka lakukan disini terhadap orang kita bukan macam orang mereka disana bertindak melulu sahaja...syabas cik mazidul harap dgn tersiarnya topik tersebut dapat memberi manafaat terutama pada gadis remaja siapa sebenarnya warga lombok ini..

    BalasPadam
  12. Sejak bila sebilangan mereka ni menghormati undang-undang dan adat resam masyarakat di negara kita?

    Mestilah mereka tu melatah sebab semuanya sudah terbongkar dan kini semestinya masyarakat kita lebih berhati-hati.

    Cakap senang, restui pernikahan la perhubungan la.. tak rasa tak tau. Saya takde pengalaman mengenai perkara ini (saudara/anak saudara dilarikan lelaki Lombok) tapi saya dapat merasakan sengsara yang ditanggung oleh keluarga terbabit kerana ada juga saudara mara saya yang pergi bernikah di Thailand sehingga keluarga dia berpecah belah, ibubapa sakit dan meninggal kerana terlalu sedih dan sebagainya. Jadi saya faham sengsara sedih yang dirasakan..

    Kepada keluarga Bella dan yang lain-lain, jangan berhenti berusaha membawa dia balik ke sini. Tak kiralah jika dia bersama dengan anaknya sekali atau tidak, yang penting masa depannya kerana dia masih sangat-sangat muda..

    BalasPadam
  13. ramai Melayu, Cina dan India Malaysia kahwin dengan Indo..apa cerita....jangan bias sangat...

    apapun cerita 360 semalam amat menyentuh perasaan...


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Sepatutnya ada lagi kupasan kisah 'Lambaian Lombok 2'. Tapi, kali ni Bro @ krew-krew pergi betul ke Lombok secara terang- terangan @ sembunyi. Rakam betul kisah kehidupan masyarakat di sana.

    BalasPadam
  15. Bro

    Mereka memang 'berani'

    sebab kita semua orang baik-baik belaka adanya

    nota: ada juga 'pendatang' yang 'tidak berani', kerana takut mereka sentiasa mengikut undang undang negara kita dan juga negara Myanmar

    ha ha ha

    BalasPadam
  16. partially talking,
    indonesians are what they are...

    they love to defend themselves and talk without struggling hard enough to think with their brain. period.

    will they stop messing with malaysian?
    no
    i aint tink so...

    they're completely lack of every single thing INCLUDING mature women to marry with...
    holahuha~
    now thats a fact...
    600 girls equals to 600 families and THOUSANDS of relatives...

    15 years old?
    she cant even take care of her own self for their sake.
    geeh...

    what an abnormal behaviour they had...

    BalasPadam
  17. apa pun alasan.. tindakan melarikan anak gadis tempatan agak keterlaluan.. sama2 kita jaga anak gadis masing2 agar tidak terpesong.. insyaallah...

    BalasPadam
  18. Datang mencari rezeki yg halal disertai dengan permit, tidak melakukan jenayah, menjaga kebersihan & menghormati agama Islam, adat & budaya Malaysia - Masih boleh diterima.

    Tetapi datang membuat onar & melarikan gadis sunti yg belum matang fikiran - Menunjukkan mereka bangsa yang terlalu mementingkan diri sendiri!

    BalasPadam
  19. saya rasa isu ini tak payah dipanjangkan,lagipun yang empunya badan yang rela,bukan kena paksa pun,kalau tengok kes salsabila dia sendiri yang mengaku dia bahagia,sanggup balik malaysia tapi nak bawa laki dia,banyak lagi kes yang serius seperti kes AWANG HITAM,maaf bukan tak prihatin,tapi naik menyampah dgn gadis malaysia,bila dah susah baru minta bantuan nak balik malaysia,kepada ibubapa yang dah terkena tu,harap selesaikan cara baik kalau nak jumpa anak anda balik,salsabila dah cakap dia takkan balik tanpa laki dia,wassalam

    BalasPadam
  20. Heh...bukan nak menghina la, tapi typical indon mesti akan melatah bila pekung di dada terbuka akibat kesalahan yang dibuat....

    BalasPadam
  21. ...mcm mana nk selesaikan masalah ni seblm lbh ramai lagi yg terkena??? Ada tk undang2 didunia ni @ Malaysia yg kata kita tak blh sekat terus pendatang dr Lombok utk masuk ke negara ini???

    BalasPadam
  22. sedih dengar perbualan di antara si ayah dan anak daranya bella...

    betapa dia tidak menghargai kasih-sayang dan kesusahan bapanya itu..

    ish..ish...

    BalasPadam
  23. hehehe jejaka lombok ni ensem2 kot... hehehhehe ni nak tanya mayb kuar topik... kenapa en mazidul tak buat kajian ttg planet NIBIRU,kompius gak bila dgr mcm2 pendapat org...

    BalasPadam
  24. PutuBambu,

    sayu jer, ayat ayah


    "Ayah rindu tau"

    BalasPadam
  25. salam...
    sape2 pun akan melenting bila pekung di dada terbuka...
    tetapi dalam kes ni saya rasa ape yang 360 lakukan adelah x salah...pendedahan dibuat supaya x akan berlaku lagi kes yang sama....
    supaya rakyat Malaysia yang lain lebih berhati2...

    X kanla x cukup kot lelaki dalam Malaysia ni sampaikan nak ikut ke Lombok??? sedangkan mereka pun mencari rezeki di sini...kenapa kita mesti nak ikut mereka di sana??keje kat Malaysia ni saja dah banyak.....

    Lelaki yang idung belang, memang manis kata-katanya...jadi, berwaspadalah...

    BalasPadam
  26. Selamat menyambut Aidil Adha buat BRO MAZ dan semua bloggers...

    BalasPadam
  27. sebenarnya apa yang 360 kupas adalah benar. Sebab tu mereka ( warga Lombok) ni berasa terancam. Mereka bimbang rahsia mereka di Lombok terbongkar. Jadi susah mereka mengayat gadis kita.

    BalasPadam
  28. dalam kes ni.. kerjaan pun kena prihatin..

    BalasPadam
  29. Kepada warga Lombok.. sekiranya benar-benar punya keupayaan fizikal dan kebatinan adalah lebih wajar jika anda bangun memajukan negeri sendiri, konon dgn pegangan ugama dimana iman syahid mereka jika hanya mampu seleweng niat merantau cari rezeki halal. Rezeki halal bererti tujuan, cara, usaha dan peraturan yg sah dan betul kalau masuk haram bawa lari anak dara cara haram mana ada rezeki halal maka haram sampai bila-bila mana berkatnya... Arwah nenek dari ayah saya dulu asal memang dari Jawa tapi kemana saja urusan bertanya akan peraturan ...

    BalasPadam
  30. Kalau Anda di Lombok dan ingin menikah curilah anak gadis itu, bawa lari tanpa sepengetahuan keluarganya, bila sehari semalam tidak ada kabar maka dianggap gadis itu telah menikah!

    Mencuri untuk menikah lebih kesatria dibandingkan meminta kepada orang tuanya. Namun ada aturan dalam mencuri gadis di suku asli di Pulau Lombok.

    Memang cukup unik dari suku Sasak penduduk asli warga di Pulau Lombok Propinsi Nusa Tenggara Barat. Untuk urusan perjodahan suku ini menyerahkan semuanya pada anak, bila keduanya sudah saling suka, tidak perlu menunggu lama untuk menikah, curi saja anak gadis itu, pasti menikah. mencuri anak gadis itu lebih diterima keluarganya. Merarik istilah bahasa setempat untuk menyebutkan proses pernikahan dengan cara dicuri. Caranya cukup sederhana, jika keduanya saling menyukai dan tidak ada paksaan dari pihak lain, gadis pujaan itu tidak perlu memberitahukan kepada kedua orangtuanya. Bila ingin menikah langsung aja bawa gadis itu pergi dan tidak perlu izin.Mencuri gadis dengan melarikan dari rumah menjadi prosesi pernikahan yang lebih terhormat dibandingkan meminta kepada orang tuanya.

    Saya ambil fakta dari adat perkahwinan lombok.Setelah wat carian mengenai adat perkahwinan mereka,saya berasa geram ngn kaum laki lombok...dan terkilan kerana gadis bawah umo menjadi mangsa cinta yang kita tak pasti lagi..

    Bagi saya remaja seperti Bella patut sudah mengambil periksa PMR dan mengutamaka masa depan,bukan keseronokann bercinta..nasihat saya pada bukan saja Bella tapi remaja luar sana usah terpedaya dgn janji manis bercinta..UTAMAKAN MASA DEPAN!!!

    BalasPadam
  31. Saya menyarankan anak gadis kita kejar lelaki Lombok jangan kahwin lelaki Melayu, lelaki tempatan pemalas, tak jantan, pengecut penakut nak larikan anak dara orang. Dalam komen di 360 ada isteri lelaki Lombok ini amat rasa terlindung & suaminya lelaki Lombok katanya amat baik tak pernah pun meninggi suara dengannya.

    Kalau hati sudah suka, kalau cinta telah bersemi & tak boleh dipisahkan lagi. Pergilah lari jauh-jauh!. Ini memang hak masing-masing. Ditegur pun tak boleh, nak buat apa ikut adat!. Adat Melayu pun kebanyakannya adat India.. katanya.

    Sedangkan saya sendiri cuba mengembalikan fikiran kita ke arah adat pun ramai kalangan kita semakin membencinya. Menganggap ianya tinggal kenangan.

    Okey!, moh! kita hidup tanpa ada, hidup tak beradat lagi maju lagi gah!, kahwin koboi lagi mudah kan? Tak perlu belanja besar.

    Dah nak keluar anak luar nikah baru bernikah, tak sempat bernikah campak anak luar nikah dalam longkang, bagusnya bangsa kita!.

    Benci akan hidup yang terikat dengan adat, bangga lagi hidup dilarikan lelaki Lombok tanpa adat & tak beradat!. bagus.. bagus!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.