Sabtu, Februari 13, 2010

Sekejap Kepit Sekejap Kangkang

Kalau esok kita terlihat gadis tempatan berjalan sekejap ‘kepit’ sekejap ‘kangkang’, usah hairan. Malah, mungkin sebilangan berjalan perlahan kemudian berhenti, berbisik dengan rakan sebaya.

“Ish! Rasa tak selesalah, bergesel”

“Sesekali, inikan bukti kasih sayang,” balas rakan.

Yup!

Mungkin kejadian itu bakal berlaku berikutan ‘no-panties promotion’, kini hangat diperkatakan di Selangor. Promosi menuntut gadis keluar tanpa memakai seluar dalam, ‘panty’ kononnya untuk menzahirkan kasih sayang menyambut Valentine’s Day.

Desas-desus berhubung promosi terbabit dilapor mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Adakah ini isu besar?

Siapa tahu samada mereka memakai seluar dalam atau sebaliknya? Siapa berhak memeriksa? Tambahan pula Kanun Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan tidak memperuntukkan hak kepada pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas gadis tidak memakai seluar dalam. Tetapi andaikata seluar dalam tercampak di tepi katil manakala gadis terbabit didapati berdua-duaan dengan lelaki tanpa perhubungan sah di dalam hotel atau tempat tersorok, mereka boleh dituduh berkhalwat.

Selalunya denda dikenakan di antara RM2,000 dan RM3,000.

Tempelan ini ditulis pada Valentine’s eve, berkebetulan Tahun Baharu Cina, hari cuti umum. Saya yakin malam ini ramai pasangan kekasih akan tetap memadu asmara di pelbagai lokasi, menyambut Valentine’s Day biarpun ditegah agama Islam. Pada masa sama pasukan Jabatan Agama Islam negeri bakal menjalankan operasi mencegah maksiat di seluruh negara.

Tunggulah, esok di media akan terpapar kes pasangan ditangkap berkhalwat samada mereka berseluar dalam atau tidak. 

Kejadian sama berulang saban tahun. Hairan jika tiada kes berlaku.

21 ulasan:

  1. Dunia makin kehadapan, tapi moral manusia makin ke belakang..Dunia ke era kemodenan, tetapi sikap manusia menuju ke zaman jahiliah..Petanda akhir zaman...Moga semua pihak yang terlibat dalam usaha membanteras kegiatan tidak bermoral ini tidak kenal erti jemu demi menyelamatkan maruah kaum sebangsa & seAGAMA.

    BalasPadam
  2. alahai dunia nak kiamat.
    masing-masing tak sedar diri.
    doa je la..
    semoga mereka dpt hidayah.
    huhu~

    BalasPadam
  3. betul! betul! betul! malam ni mesti ramai yang buat anak! banyak lah lokasi2 hangat yang akan menjadi katil beradu tenaga mereka. =/

    BalasPadam
  4. mungkin diorang nak tunggu gempa bumi kat msia baru nk insaf...hrp xde org islam yg b#d#h ikut mende promotion tuh....

    BalasPadam
  5. Maryam, I am confused. Selesa sungguhkah perempuan kalau berjalan without panties?

    Soalan cepumas ...

    Terima kasih atas komen pertama awak di blog ini.

    BalasPadam
  6. aik blog ni dah kena content warning ke? pelik seh...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. tunggu 9 bulan dari tarikh esok pasti banyak anak luar nikah akan dilahirkan...

    BalasPadam
  9. sebenarnye saya dah dengar perbincangan ni kat ikim.fm online beberapa hari lalu tajuk valentines n ade dengar ttg promotion ni tapi ingatkan salah dengar,,,xkan la blaku kt msia....tengok2 mmg ye...hurmm sedih...xlame lagi msia pon bakal dpt bencana alam....serius...cam yg kami hadapi kat indo ni...

    apa la nasib roh2 xberdosa...ntah2 mereka pon lebih rela mati dr dilahirkn ke dunia sbg anak haram....

    mudah2an ramai yg jumpa tok kadi mntk nikah mlm ni b4 wt mende alah tu....amin....

    BalasPadam
  10. Malam nie ber kerja keras lah sang jais dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya....tapi yang jadi masalahnya cukup ker kakitangan petugas? Tak per.. apapun amal makruf nahi mungkar. Allahuakhbar!!!!

    BalasPadam
  11. ish..lolaq sungguh kedengaran ayat awak ek mazidul!!
    tp..itu hakikat!! so..terimalah..
    mgkin besa bg yg slalu buat..tp msa dlu penah jmpa ngan roomate x suke pkai bra bila kuaq ngan byfriend.senang wat keje...tp panties ni x penah dgr la...dh akhir zaman ye??

    BalasPadam
  12. kadangkala 'kelainan' itu yg disukai oleh remaja, walaupun ianya terlalu bodoh dan mengAIBkan maruah diri..

    bagi mereka ini hanya KESERONOKKAN yang dimahukan. maruah digadai untuk membeli keseronokkan yang sekejap.

    kalau MALU pun sudah tiada, bagaimana pula mahu mendekati AGAMA?

    BalasPadam
  13. jgnlah mcm ni anak2 melayu n islam. tak perlu ikut kempen yg takde bawa manfaat.

    BalasPadam
  14. mana org perasan ada panty ker tak... kalo tak pakai panty, xde laa bisnes victoria secret

    BalasPadam
  15. apa dah jadi dengan orang malaysia?.
    banyakkan mengucap...

    BalasPadam
  16. bagi saya sebagai perempuan..saya memang x selesa..apatah lagi lelaki..juga samakan??

    remaja memang mcm tu..makin dilarang makin nak buat juga..tunggu sajala berita besok..:)

    BalasPadam
  17. erkk...no panty...ishh222...jgn ler dok terikut sgt2 budaya barat yg kita tau..telanjang tgh jalan pun xkisah...eeee...

    BalasPadam
  18. Perempuan kalau tak berseluar dalam bagi saya boleh diterimapakai. Sebabnya ketika nak beribadah kena pakai telekong pelbagai.

    Lelaki jangan, tak pakai seluar dalam bayangkan jika sujud seluarnya terkoyak!. Adoi!.

    Apa-apa pun kita ada kekasih pun cuma bini seorang tak faham sangat apa Valentine's Day ini.

    BalasPadam
  19. Nabi dah pesan jangan hampiri zina. Ni salah satu perbuatan yang patut dielakkan. memang ikut nafsu tu seronok tapi kena ada batasan dan kawalan. Macama gambar yang mazidul paparkan di atas tupun macam boleh bawak ghairah je kan? masing-masing punya iman la ye.

    BalasPadam
  20. Mungkin inilah harga kemajuan yang perlu kita bayar. Manusia benar-benar makin gila dan mengila jangan kemudian mengilai pulak dan tinggal kat pohon-pohon tinggi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.