Khamis, Februari 18, 2010

Aku Tuan Tanah

Saya amat berterima kasih kepada setiap pelayar (baca: lama dan baharu)  sudi menjengok blog ini saban hari. Sebahagian daripada mereka sudah hampir 2 tahun menjadikan TANAH ini sebagai tapak diskusi.

Pelbagai isu dan subjek disentuh dan dihuraikan di TANAH sama (read: di sini).

Sebilangan daripada bloggers bertemu di TANAH ini telah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka rakan taulan, seperti adik-beradik. Justeru tidak janggal jika mereka melontarkan komen peribadi di kalangan mereka di TANAH ini bukan menjadi penghurai kepada setiap komen dihantar blogger lain.

Justeru berikan komen berhubung tempelan dan BUKAN terlalu taksub menghuraikan komen orang lain secara terperinci di TANAH ini kerana TANAH ini ada tuannya.

AKU.

Komen blogger Ibnu Marzuki al Firdaus berikut menarik perhatian saya.

'Jangan terpengaruh sangat dengan blogger lain dalam bentuk perli!

jika tak, how kita nak solve problem bodoh (buang bayi non stop) ni dengan berkesan...'

Berikut respon saya.

Saya berhak menentukan dengan siapa saya harus percaya atau sebaliknya. Setiap stail penulisan berbeza, itu hakikat.

'How to solve problem (whatever)'?

Berapa banyak problems berjaya awak selesaikan (read: solved) setakat ini?

NOTA Baharu tersedar, tidak semua orang perlu dilayan karenahnya. Everybody, please say bye! bye! to that bugger.

49 ulasan:

  1. Baik tuan tanah. tumpang lalu ye jangan mintak tol sudah la ye. Gurau je, mesej yang jelas dan difahami.

    BalasPadam
  2. SAMA2 LAH KITA BERFORUM. JIKA TAK BOLEH DEFENCE THEN HOW? NANTI MEREKA INGAT SEMUA KOMEN DEPA NI BETUL PULAK PADAHAL... MUNGKIN JIKA KAT BLOG PUN SUKAR UNTUK BERJUANG, NAMPAKNYA COURT JALAN TERBAIK UNTUK MERAIH PUBLISITI & KEADILAN

    BalasPadam
  3. malu cheQ tau..over lah pulak :p

    I'M SORRY!

    tapi cheQ nak TUMPANG glamor gak kat sini maklumlah cheQ org baru :D

    ha ha ha *gelak setan si alid :)

    *ehh lama tak nmpk dak alid ni rindu pulak.cewahhh rindu konon! *sengaja nak bodek (^_^)

    BalasPadam
  4. Ibnu Marzuki al Firdaus, adakah semua pandangan awak terhadap komen dilontarkan bloggers lain berbentuk MUTLAK dan WAJIB diterima semua orang?

    BalasPadam
  5. LEBIH KEPADA BERBINCANG, WAHAI ABANG MAZ...

    MANA ADA GADUH2 KAT SINI.

    CUMA BERI PANDANGAN YANG PERLU DIKUPAS SECARA SERIUS AGAR MOGA2 KARUT MARUT BAKAR BAYI & ETCS TAK WUJUD LAGI.

    BalasPadam
  6. ibnu marzuki al firdaus
    Age: 34
    Gender: Male
    Astrological Sign: Libra
    Zodiac Year: Rabbit
    Location: ALAM SEMESTA DUNIA : GALAKSI BUMI : Malaysia

    About Me

    "adek" rj petra (ah ngah bkn along) @ putra 1 dr 2 (jmlh 5) kpd 'al marhum' sm (A) marzuki smpg 4 kangkung loqstaq KDH... *p.s. A utk arwah berbndg B bg bsara

    Setiap pendekatan ada adab dan caranya, andai wujud maklhluk di planet Marikh dan Pluto pasti berbeza tatacara kehidupan mereka berbanding cara pengurusan hidup awak di 'Alam Semesta Dunia di Galaksi Bumi'.

    Sebab itu, pesan orang tua, lain padang, lain belalang.

    BalasPadam
  7. jangan marah2 bang nanti cepat tua.. sesenang jemput ke blog saya ya.. nanti abang puny amarah oleh reda.. InsyaAllah...

    BalasPadam
  8. Faizal, tiada siapa marah. Membuat tanggapan awal itu ada risikonya :)

    BalasPadam
  9. 360 & 999 boleh panas, nape blog ni tak boleh?

    jangan terpengaruh sangat dengan blogger lain dalam bentuk perli!

    jika tak, how kita nak solve problem bodoh (buang bayi non stop) ni dengan berkesan...

    BalasPadam
  10. Marzuki, saya tidak perlu memberikan ulasan berhubung 360 dan 999, kerana blog ini bukan milik Media Prima Berhad.

    Awak mencatatkan ...

    'jangan terpengaruh sangat dengan blogger lain dalam bentuk perli!'

    Baik bos! So, should I TRUST you 100% then?

    BalasPadam
  11. yup bro..aku pun nak tumpang lalu jgk..mintak izin ye..:)

    BalasPadam
  12. 50/50 cukuplah... jadi bak dacing betul, mah. bukan berat sebelah punya macam Barang Naik @ Bala Negara!

    moga2 Kaunter Pelawat cepat sikit masuk angka juta pulak!

    BalasPadam
  13. anyway, ibnu marzuki bermakna anak kepada marzuki so saya bukanlah beliau tetapi pewarisnya...

    BalasPadam
  14. Putri sokong.
    Blog adalah sesawang milik peribadi seseorang untuk berkarya.
    Saya juga mempunyai blog sendiri dan berkarya mengikut jalan saya sendiri selagi tidak melampaui batas sebagai orang Malaysia.

    BalasPadam
  15. Tanah ini perlu benih - En mazidul taburkan.

    Benih itu perlu Baja, air & penjagaan - Bloggers sumbangkan.

    Benih itu akan bercambah/berhasil - Bloggers & En. Mazidul tuaikan.

    1 sama.

    Pada hemat saya tiada tujuan lain di tanah ini - Yang baik jadikan tauladan, yg sebaliknya jadikan sempadan.

    BalasPadam
  16. Pn. Liza, ada manusia tanah sendiri tidak begitu terjaga kemudian cuba mendesak pemilik tanah lain mengikut kaedah dia bercucuk tanam.

    Kurma 1 pek! Please.

    BalasPadam
  17. Putri sokong.
    Blog adalah sesawang milik peribadi seseorang untuk berkarya.
    Saya juga mempunyai blog sendiri dan berkarya mengikut jalan saya sendiri selagi tidak melampaui batas sebagai orang Malaysia.

    ITU PENDAPAT ANDA. MASING2 ADA. BLOG JUGA BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI WADAH PERJUANGAN BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA.

    CAKAP PASAL SOLVE CASE, SAYA MENUJU KE ARAH ITU. SEMOGA SAMAN SEBAGAI PEMBUKA TIRAI KEPADA SEGALA PERMASALAHAN...

    *P.S. ANYWAY, SAYA TAK MUDAH MENGALAH ATAU TUNDUK KEPADA SEGALA BENTUK TEKANAN BAIK PERLI, KUTOK & WHAT SO EVER. THATS WHY RAMAI PELAJAR LEPAS DARIPADA PINJAMAN PTPTN KERANA MEREKA AMBIK MARA INSTEAD BOLEH TURN TO BIASISWA (SEBAGAI CONTOH KES). DENGAN KATA LAIN, SAYA SERING MELAWAN ARUS SEKIRA IANYA MERUGIKAN.

    BalasPadam
  18. amboi bro mazidul...mkin panas di sini.. harap March nnt cuaca akan kembali normal...

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  19. MOH KITA KE SIAM..BAWA SUAMI MASING- MASING YE!

    oppps salah komen ekk.

    BalasPadam
  20. Iskk.... setiap blogger ada pendapat masing2... diorang boleh cakap ape je diorang rasa tentang sesuatu topik. Kita boleh beritahu orang juga tentang pendapat kita yang mungkin bercanggah dengan pendapat orang lain... tapi tak boleh la paksa orang ikut pendapat kita. Pendapat "kita" tu pun bukanlah 100% betul... tak tentunya lagi.

    Lagipun org sekarang bijak pandai dah. Takde je nak telan bulat2 apa yg orang suap. Masing2 ada otak... dah pandai fikir... kadang2 apa yg disiarkan kat berita pun orang dah tak caya...

    Nak takut apa???

    BalasPadam
  21. SAYA DAH TAK BOLEH DEFENCE LAGI KAT ARTIKEL LAPORAN POLIS. MUNGKIN BRO MAZ DAH LEBIH KEPADA DACING BE END & SEMOGA TEORI RAHMAN MEMANG BETUL2 MENJADI REALITI SELEPAS N JADI END (TAMAT=NO MORE KERIS JUGAK)

    BalasPadam
  22. Marzuki, saya malas hendak melayan awak.

    Full stop.

    I thank you for visiting this blog.

    Salam.

    BalasPadam
  23. Bosan dengan gelagat orang yang perasan ulama dan warak tapi semakin banyak yang dicakap (atau ditaip) semakin terserlah kedangkalan otak dan kejahilannya....

    Orang sekarang dah pandai fikir....
    Dah pandai menilai mana kaca mana permata...

    BalasPadam
  24. salam bloggers,

    masing2 kan ade tanah sendiri, lu pikir lah sendiri...

    BalasPadam
  25. En. Mazidul,

    Terima kasih di atas kesudian. Saya tau kadangkala bila kita offer kat KAWAN, dia rasa belum mahu terima - bukan bermakna tak sudi utk selama-lamanya..

    Tungguuuu...

    BalasPadam
  26. SAYA TAK MINTA DILAYAN PUN CUMA KITA PATUT BINCANG ISU PANAS SAMPAI IANYA SEJUK, THATS ALL... BUKAN MEMANASKAN LAGI KES.

    SEKALI LAGI, SAYA BUKAN MARZUKI TAPI PEWARISNYA. NAMA BLOG SEMPENA NAMA ARWAH YANG SUKA TOLONG ORANG.

    YOUR VERY WELCOME.

    *P.S. SALAM BAHASA IRAN SYIAH ANYWAY. BAGITAU JE BUKAN KONDEM SEBAB SAYA GERAM AS'KUM, MEREKA CAKAP AKUM BAHASA YAHUDI PULAK. INILAH AKIBAT JIKA KITA MUDAH MELATAH (ORANG LAIN DI LUAR SANA BUKAN BRO MAZ).

    BalasPadam
  27. tarik nafas bilang sampai 5..lepaskan!

    LEGA dah aihh.jom pekena teh tarik kaw-kaw gelas besaQ punya! :D

    BalasPadam
  28. Kalau diletakkan sebiji buah dihadapan 100 orang. 2 orang kata buah tu buah epal, manakala 98 orang kata buah tu ialah buah oren.

    Si dua orang ni plak konfiden buah tu memang epal walaupun rasa, bentuk dan rupanya seperti buah oren. Malah dikatanya yang 98 org tu bodoh.

    Tak tahulah nak kata si dua orang tu memang bodoh giler atau pun si bodoh yg berlagak pandai.

    Biarlah luncai terjun labu2nya...

    biarkan.....

    BalasPadam
  29. Pn. Liza, saya sebenarnya telah lama sudi makan kurma kalau puan bagi biarpun tidak di bulan Ramadan :)

    Cuma teragak-agak, barangkali menyusahkan.

    Apapun terima kasih. Kalau kurma tidak sampai sekalipun, memang sudah terasa kenikmatannya.

    Ibnu Marzuki, setiap orang ada namanya. Guna nama sendiri, mudah orang lain merujuk awak sebagai manusia.

    Jika tidak bernama, what's your nick? Macam semua dibuat serba tidak kena dengan citarasa awak, sedangkan maklumat tentang diri awak (read: nama) TIDAK ada.

    VIC, kebosanan berada di mana-mana.

    Entah mengapakah hati ku bergetaran .. bila bertemu lagi oh! kekasih lama .. Ku cuba selindungkan api keresahan ..

    BalasPadam
  30. "Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibu Maqaffa.

    BalasPadam
  31. terima kasih TUAN BLOG..


    NOTA*
    bagi saya MELAYU beradap, bila semua(termasuk tuan tanah) pakai huruf kecil, ada specis guna CAP lock itu tanda KURANG AJAR..bila kurang ajar kena belajar ICT atau cuci minda daripada mereka yang arif.Malu belajar. sesat minda.

    ada bawah 18 SX tak kat sini yang tak boleh beza bulat atau leper??

    BalasPadam
  32. Dari mata sedikit rabun gua, gua nampak hamba silang kaki pegang tempurung... Mungkin esok lusa dia boleh beli bangunan dua ratus tingkat.....

    Echah:- Mana dia brader Alid sekarang?

    BalasPadam
  33. salam bro... lama tak melawat blog bro ni... hmmmm makin panas plak cuaca kat sini ye bro... keh3

    BalasPadam
  34. cerpelai >> kena tanya TUAN TANAH sbb dorang ni berjiran.. :)

    selalu borak pakai kain pelikat minum kopi jantan sambil usha awekz :p

    BalasPadam
  35. Echah, Cerpelai, Alid sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sekejap then katanya akan pulang ke Myanmar. Tahulan, ehem! sana sedang berbadan 2.

    Sekarang dia missing in action. Nantilah saya hubungi dia.

    ANYWAY, blogger baharu-taksub-nak-glamor itu baharu sahaja mengaku pernah menghantar SMS (read: terlalu banyak, irritating) ke hotline 360 sebelum ini sehingga mendesak saya hampir membuat laporan polis. Dia memang kurang ajar!

    Dia mengakui perbuatan itu dan dengan bangga mencatatkan nombor telefon digunakan in his last comment which I didn't publish.
    Rupanya dia cuba melakukan tindakan bodoh sama di blog ini.

    Saya sebenarnya simpati dengan kelompok manusia berasa diri terlalu gah, bijak, benar dan amat mudah melontarkan tuduhan terhadap orang lain, KONON nya dia pandai di dalam segala hal.

    Jadi, saya membuat keputusan tidak akan melayan semua komen dihantar dek dia tidak bernama itu, selepas ini.

    He is not really a blogger BUT a true bugger!

    BalasPadam
  36. Echah:-
    Terima kasih Combi.. Yang itu Alid memang pernah bagitau.. Pukul 3 pagi semeja dengan tuan tanah ni minum teh tarik... Kehkehkeh..!!

    Bro:-
    Dia ke Yangon balik? Bukan dia kata nak tinggal sini terus? Katanya dah beli rumah dekat Setapak..

    Macam yang gua tulis di atas, hamba tu mungkin mahu beli bangunan dua ratus tingkat dengan cepat..

    BalasPadam
  37. begitu alkisahnyer... :(

    kesian ishh ishh ishh *suruh dia pi sekolah pondok khatam semula ape yg patut :p

    BalasPadam
  38. ohh... patut la..
    pesakit mental rupanya
    patut la psiko giler

    zaman skang memang ramai org gila
    yang tak sedar diri mereka dah gila..
    kesian... kalau tak tau diri mereka gila.. camna nak pergi pakai psikiatri berubat...

    Kesian dia...

    BalasPadam
  39. Mesej yang jelas oleh tuan tanah tetapi masih ada yang minta disekolahkan. Memang manusia unik dan berbeza-beza. Apa-apapun baguslah ianya telah ditamatkan tanpa pertumpahan darah. usik je semua ye.

    BalasPadam
  40. Dulu aku pernah kata seorang student master di U*M, dunia ni makin kucar kacir sebab terlalu ramai sangat orang yang pandai.. Terus dia marah kat aku dan tak mahu kawan dengan aku lagi.

    Hakikatnya ? Anda tahu, kan ?

    Jadi, marilah kita sama-sama membodohkan diri supaya dunia ini tidak kucar kacir lagi .. hua hua hua

    Respek sikit kat tuan tanah tu, tak yah tunjuk pandai nak meng"solve"kan masalah dunia.. sedangkan masalah sendiri pun tak solve-solve jugak

    BalasPadam
  41. Lanunlawak, tidak salah melontarkan pandangan tetapi apabila mula merasakan komen orang lain itu tidak betul hanya kerana bercanggah dengan pandangan kita, itu bermasalah.

    BalasPadam
  42. mushkil mushkil 10 kali heran bila ada IKLAN Mangkuk tinggkat di blognya.

    ..bukan mangkuk hayun

    BalasPadam
  43. salam en maz, macam tu lah manusia, mana ada yang merasakan sendiri banyak buat silap dan rupanya paling ramai yang jenis perasan bagus. Macam Vic ckp kt atas, ada yang perasan diri setaraf ulama, namun hakikatnya...ada yang terlalu merasakan diri hebat, namun hakikatnya... dan ada yang merasakan diri sudah pandai serba serbi, namun hakikatnya.....

    sy sendiri muak dgn perangai manusia mcm ni, tak kira secara realiti atau di alam maya ni. En maz sendiri pn ada beri komen dlm blog sy tentang manusia yang perasan bagus ni kan? Dn kdg2 memang kita merasakan mereka ni hanyalah 'bugger' dlm kehidupan kita.

    sabar banyak2 en maz, kalau perlu just delete jer komen2 yang tidak berkenaan tu, menyemak jer

    p/s.. sekali sekala nk tumpang lalu...heee

    BalasPadam
  44. Salam Mazidul

    Saya kurang mengerti apa yang cuba diwar-warkan oleh ibnu marzuki al firdaus disini.

    Menulis dan melontarkan pandangan tu baik tetapi jadilah seorang yang rasional dan membena sikap terbuka menerima pandangan orang lain dan jangan cepat melatah.

    Ambil masa dan cuba fikirkan tentang sesuatu perkara yang mungkin berbeza sedikit dengan apa yang kita fikir sebelum ini.

    Insyaallah kita akan mendapat jawapan yang lebih baik.

    Saya tak nampak apakah rasionalnya perbincangan ini dengan pinjaman PTPTN dan MARA?

    Sukar nak berhujah jika menjadi topik bertikam lidah.

    Saya hargai sikap Mazidul yang banyak bersabar dan tabah melayan orang-orang yang terlebih pandai dan super active ni.

    BalasPadam
  45. Salam bro Mazidul,

    Berani kerana benar.. Sampaikanlah dengan hikmah dan bijaksana..

    Lagipun makhluk dan kejadian tak boleh bawa mudarat dan manfaat tanpa izin Allah Taala...

    rileks ar...

    BalasPadam
  46. Encik Tuan Tanah, memang betul dia bermasalah, sebab dia seorang saja yang pandai..Orang yang pandai akan marah bila pandangannya tidak diterima.. Itulah masalahnya bila dia rasa dia pandai..
    -P e a c e -

    BalasPadam
  47. Pemblog bagi saya adalah rakan seagama. Tak seagama pun rakan sealiran. Sering dalam isu politik ianya amat panas & terguris. Silap taip mahu kena tahan masuk ISA. Tinggi musibahnya.

    Namun dalam isu semasa antara kita sering berbeda tafsiran & penerimaan. Ada yang membenci terus ada yang mahu merapati isu, ada yang Dajjal suka mengapi-api isu.

    Yang penting jika sudah bersaudara ikutlah resmi carik-carik bulu ayam... lama lama bercantum semula.. jangan togel. Ikutlah macam hubungan adik beradik; tetak air takkan putus.

    Bersangka baik sahaja dengan kelemahan diri masing-masing.

    Agar medan blog ini akan bercambah megar bukan renggeh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.