Khamis, Disember 26, 2013

HAZLIN HUSSAIN (999) BERNIKAH SECARA SENYAP?


"Nikah secara senyap, tidak baik," kata saya kepada Hazlin Hussain.

Hazlin, rakan sekerja sewaktu saya mengendalikan program 999 ditemui di pejabat petang tadi.


Saya terlihat gambar Hazlin memakai gaun putih di skrin telefon bimbitnya tatkala dia merakamkan gambar di atas berhampiran meja penerbitan 999.

Sebelum itu dia kelihatan mengheret beg pakaian besar masuk ke pejabat.

"Lin, hendak pergi ke Jom Heboh," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

"Bila nikahnya?," soal saya sambil memerhatikan cincin di jari manisnya.


"Bukan nikah abang. Lin menghadiri sesi bergambar untuk sebuah majalah di Shah Alam, Selangor, semalam.  Gambar itu dan banyak lagi bakal dipaparkan oleh majalah terbabit pada bulan Februari 2014," jelasnya.

"Cincin?," tanya saya lagi.

"Lin beli sendiri sewaktu hari jadi," jelasnya.


Hazlin bertugas mengendalikan 999 sejak 3 tahun lalu dan menjadi pembaca berita Buletin Utama sejak setahun lalu.

Biarpun kini personaliti itu lebih dikenali masyarakat, sikap merendah dirinya tetap kekal.

Dalam kelembutan gadis ini, terselit keberanian payah disangkal. Pada tahun 2011, kami menyertai operasi membanteras pendatang haram bersama pegawai dan anggota polis di Kota Kinabalu, Sabah.

Klik di sini.


4 ulasan:

  1. Cik Hazlin ni sekarang nampak slim. Boleh Bro Mazidul tanyakan apa petua atau diet dia amalkan?
    Saya lelaki bujang 3 kalau boleh nak slim jugak ni ;)

    BalasPadam
  2. Setuju dgn pendapat en mazidul dgn sikap rendah diri Lin Hussin..

    BalasPadam
  3. Setuju dengan apa yang dipaparkan dalam video Perangkap Maut Kellie's Castle tu, pihak berwajib perlu membuat tindakan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.