Ahad, Februari 21, 2010

Melampau!

Saya dimaklumkan berikutan kekurangan doktor di hospital kerajaan, jika berlaku kes kecemasan semua doktor merawat pesakit luar akan bergegas membantu kakitangan bahagian kecemasan. Pesakit lain tepaksa menunggu.

Justeru, tidak hairan jika purata masa menunggu untuk mendapat rawatan sebagai pesakit luar di antara 2 dan 4 jam.

Kakitangan hospital akan berkata …

“Tak ada doktor”

Bagaimanapun Persatuan Perubatan Malaysia, MMA mendakwa tidak wujud masalah kekurangan doktor di negara ini tetapi lebih kepada isu penempatan doktor terbabit. Kata Presiden MMA, Dr David K. L Quek, kebanyakan doktor keberatan untuk ditempatkan di kawasan pedalaman sekalipun Kementerian Kesihatan menawarkan insentif lebih menarik.

Maksudnya, sebilangan besar doktor di negara ini enggan berkhidmat di kawasan pedalaman. Kawasan jauh daripada kemajuan dikecapi penduduk bandar atau bandaraya.

Jika diteliti, guru juga (baca: bukan semua) dikata menimbulkan karenah sama. Baranglkali takut kasut berlumpur, tidur tidak berhawa dingin dan baju dibasuh menggunakan air sungai keruh.

Satu kelompok bergelar pekerja profesional, bertanggungjawab menyediakan rawatan kesihatan berbakti kepada masyarakat (baca: berbayar bukan percuma) manakala satu kelompok lagi terbabit dalam misi mendidik anak bangsa.

Tetapi kedua pihak mencetus masalah akibat sikap memilih tempat kerja.

Melampau!
 

24 ulasan:

  1. alasan diorang, kalau nak rawatan kelas peratama, pegi private/specialist.
    diorang kata orang2 biasa ni kena bersyukur sebab dapat rawatan dgn hanay bayar RM1 je..

    BalasPadam
  2. Shah Farin (no profile), jawatan pembantu pegawai perubatan, MA, kerjaya berbayar (baca: gaji dibayar kerajaan). Justeru, memang wajar MA membantu merawat masyarakat. Samada pesakit dapat diselamatkan nyawa atau tidak.

    Tiada siapa mempertikaikan sumbangan MA. Perkara baik mereka lakukan tetap baik, perkara tidak baik, tetap tidak baik.

    Teguran saya sebelum ini berhubung masalah sikap (baca: bukan semua MA tetapi kalau termakan cili, mungkin pedas) dan bukan sumbangan MA. Tolong baca tempelan sebelum ini secara terperinci dan usah mencetuskan tanggapan. Letih bro!

    Suatu ketika dahulu, Pulau Tioman di Johor tidak mempunyai doktor untuk merawat penduduk dan pelancong. Hanya MA menawarkan perkhidmatan di klinik pulau. Bagaimanapun, MA difahamkan tidak berkelayakan merawat kes kritikal tanpa pemantauan doktor.

    Kini, masalah itu selesai, doktor ditempatkan di Pulau Tioman.

    Kekadang apabila tiada doktor, sebilangan MA lagak mereka bagai pegawai perubatan.

    Itu masalah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik berlagak doktor pun nak dikritik juga, dah memang pembantu doktor, kalo doktor tak de kita yg jadi balaci untuk buat itu dan ini,, bro kita bukan berlagak, tapi itu dah menjadi tanggungjawab ma, abis tu kalo kita tak buat tugas doktor, siapa lagi nak diharapkan, attandant kah, kita no hal, kalo gov bagi green light, kita boleh lepas tangan, abis tu skarang ni, kalo ma tak berlagak bagaikan doktor kampung ketika ketiadaan doktor, siapa lagi yg akan buat tugas tu,, awak ker,,

      Padam
  3. Salam,
    kalau nak di ikutkan kes kekurangan atau ketidakmahuan doktor ke pendalaman ni sepatutnya bukan jadi satu isu,
    Dalam bidang pendidikan, seseorang pendidik boleh sambung belajar agar dinaikkan pangkat serta gaji..sampai ke tahap pengetua..kalau lagi rajin boleh kerja dengan jabatan pendidikan malaysia..
    jadi persoalan saya yang belajo takat SPM sahaja, tak bolehkah jururawat yg ada memohon untuk sambung belajar agar dapat menjadi seorang doktor? walhal jururawat kerja lebey kurang ja ngan bidang tugas doktor..cuma ilmu dan pengalaman jer menjadi tembok jawatan..boleh la kot?

    jangan jadi seperti di alor setar, (rasanya tak ramai orang yg tahu)..akibat terlalu ramai pesakit, doktor nya pulak ada 2 3 orang di wad kecemasan,jururawat plak tak berani buat keputusan, seorang anak kecil meninggal dunia di atas riba ibunya aakibat demam panas yang berlebihan, si ibu dan ayah tak mampu menjerit kerana bisu..kalaulah jururawat dapat menjalankan tugas seperti doktor rasanya kejadian sebegini rupa takkan berlaku...
    wassalam

    BalasPadam
  4. bukan cikgu dgn doktor jer semua org pun sama.bohong lah kalau ada yg tak suka suasana tempat kerja yg bole memberi motivasi pada diri.kalau diberi pilihan semua mahu tempat kerja yg selesa ada kemudahan 1st class.betul tak??

    kesian doktor dan cikgu selalu jadi mangsa perbahasan.pekerjaan anda mmg MULIA.

    BalasPadam
  5. Bro ,

    Negara memang amat2 kekurangan doctor.Appointment dgn doctor pun kena tunggu sehingga sebulan :( , so sad.Kasihan kat rakyat yg kurang mampu .

    BalasPadam
  6. kes terkini saya di hospital raja permaisuri bainun.Tangan saya tertimpa besi, lalu dgn sakit2 tu pegi le ke wad kecemasan,seperti biasa, kena tunggu lebih dari 30 minit untuk di jenguk oleh pegawai perubatan.(30 minit tu kira cepat le apa, betul..).

    jadi, MA tu tgk, tanay sakit apa, pastu suruh x-ray.lepas x ray, technician (agaknya) xray tu kata takde apa2 dan hanay terseliuh biadsa je.

    so, ma bagi pain killer.Panadol.

    esoknya masih sakit, saya tak puas hati, pegi klinik dan doktor tu suruh pegi x ray kat pantai puteri, kena RM35 untuk xray tangan.

    dapat result,rupanya tangan saya tu ada 'spiral fracture'.(retak)

    lepas dpt result tu, doktor klinik forward saya pada GH, dan terus jumpa pakar ortopedik, bayar lagi RM30 (sebab di forward dari private- tak kisah le).

    dan memang dr pakar ortopedik tu sah kan yg tangan saya retak..

    sekarang tgh balut simen..

    -point is, saya tahu MA ni pengganti doktor, tapi mcm mana kes2 mcm saya ni? berapa banyak kes agaknya yg berlaku seperti saya.
    Itu dgn izin Allah saya ke private (ada duit sikit), aklau jenis org susah? retak le kut sampai bercantum tulang tu..

    BalasPadam
  7. Pengalaman saya ke hospital kerajaan (klinik juga), 5 kali pergi, hanya sekali jumpa doktor. Selebihnya hanya MA. Rasa tak berbaloi sebab, tunggu 3-4 jam, masuk jumpa utk rawatan tak sampai pun 5 minit. Itupun nak bagi ubat pun bertanya-tanya dengan MA lain kdg2 pada nurse... Naik marah plak kita...
    hmmm... DOKTOR pun manusia biasa, kalu boleh nak jaga ler standard, takkan lah doktor nak naik sampan lak, kan? Mesti dgn keta besar... Yalahh penat belajar bertahun2, mesti kerjaya mahu disanjung tinggi dan dipandang atas... berapa ramai yg sanggup bertugas di pedalaman dgn kurang kemudahan dan segala kesenangan yg mampu dicapai dek gaji beribu-ribu?

    BalasPadam
  8. shah farin berkata...

    bro mazidul.isu ni dah lapuk.selapuk kulat ditunggul.cuma baru2 ni je up balik.utk pengetahuan bro,baik DR, cikgu,kerani, cleaner or sape2 je,smua nak keje kt tmpt yg best, ada kemudahan lengkap (baca:bandar)

    Tang ni saya setuju. Tanyalah mana2 pun yg baru posting tak naknya ke luar bandar, tambah2 tempat jin bertendang. Kecuali anak tempatan nak balik ke tempat sendiri. Brp ramai yg guna "kabel" utk keluar dr kawasan pendalaman. Tinggal yg tak ada kabel aje terus bertugas dikawasan pendalaman..

    kesian guru dan doktor selalu di momokkan enggan bertugas di kawasan pendalaman sedangkan betapa byk jabatan kerajaan lain di pedalaman juga tak ada pekerja tp senyap tanpa diwar warkan... iya mungkin tugas guru dan doktor berkaitan berhadapan dgn org ramai selalu!

    BalasPadam
  9. SupaNoo8, I am really sorry to hear that.

    Kes seperti awak lalui bukan unik, ker berulang. Sebab itu saya mempersoalkan 'triage', sistem saringan di hospital.

    Saringan dilakukan MA, bukan doktor. Pelbagai masalah timbul berikutan tindakan itu. Contoh terdekat, ayah saya, disaring dan kemudian diminta menemui doktor sebagai pesakit luar. 7 jam kemudian dia menjalani pembedahan major, pembuangan batu di hempedu. Jadi, saringan itu tidak tepat, jika tidak masakan dia hanya menjadi pesakit luar pada awalnya seperti diarahkan MA bertugas.

    Setelah selesai pembedahan, saya cuba mendapatkan penjelasan daripada MA, mereka 'angin' tidak menentu. Lebih menarik, keluarga MA terbabit kemudian menghubungi saya dan mendakwa membuat 6 laporan polis berhubung kejadian itu. Kesalahan mengikut hemat mereka, kerana saya memasukkan tangan ke dalam 'lubang bulat' di kaunter.

    Untuk pengetahuan bersama, perlakuan itu BUKAN ancaman jenayah dan tidak pernah diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

    Ancaman jenayah terbahagi kepada 2perbuatan. Pertama ancaman terhadap tubuh badan. Contohnya, jika seseorang berkata "Aku bunuh engkau" (saya tidak sebodoh itu) ATAU "Aku bakar kereta engkau" (ancaman terhadap harta benda). Jika berlaku satu di antara dua ancaman, memang sipelaku boleh disiasat.

    Jika tidak, mengapa perlu?

    Kekadang manusia mentafsirkan undang-undang mengikut hemat mereka dan bukan mengikut peruntukan perundangan sebenar.

    Apapun, sebagai pelanggan dan pengguna juga rakyat Malaysia, tidak salah jika kita bertanya dan menegur perbuatan tidak wajar di kalangan kakitangan hospital.

    Mereka manusia, mereka juga membuat kesilapan. Jika tidak ditegur, kita membiarkan kesilapan itu berlaku dan akibatnya akan menyusahkan oran lain pula.

    BalasPadam
  10. Salam Sdr Mazidul,

    Pada saya isu ini mungkin kita perlu meletakkan diri kita di tempat cikgu dan doktor2 ini. Andai kata kita di tempat mereka, kemungkinan besar daripada kita sendiri pun tidak akan tinggalkan tempat selesa yang dah pun kita ada.

    Tapi daripada satu sudut pemikiran yang lain akan lihat andaikata mereka tidak mahu diletakkan ditempatkan di kawasan luar bandar, kenapa mereka memilih profesion ini.

    Sekarang yang hanya boleh dilakukan mungkin mengadakan program-program yang boleh meningkatkan kesedaran mereka betapa mereka amat diperlukan di kawasan-kawasan pendalaman.

    Sekian

    Ashraf Zabidi
    UiTM Malaysia

    BalasPadam
  11. Shah Farin, awak menjolok sarang tebuan, bila tebuan mula berterbangan, awak kata "Tolong! Tolong! Jangan gigit!"

    Apalah.

    BalasPadam
  12. MrsNor >> "Tang ni saya setuju. Tanyalah mana2 pun yg baru posting tak naknya ke luar bandar, tambah2 tempat jin bertendang. Kecuali anak tempatan nak balik ke tempat sendiri. "

    sebenarnye anak tempatan pun takmoh balik ke kg sendiri sbb kepayahan & kedaifan dorang dibesarkan membuat dorang ingin keluar dari situ.

    disabah kebanyakkan cikgu dikawasan pendalaman terdiri dari org luar yg diposting ke sana selepas tamat dari institut perguruan.

    bukan mudah tinggal ditempat yg begitu daif dgn kemudahan asas mlm berlampukan pelita dan air hujan sebagai minuman.nyamuk dan agas menjadi teman.

    nak ke pekan yg kecil pun mengambil masa berjam-jam dgn laluan balak dan sebagainye.

    hanya mereka yg diberi kekuatan mental dapat mengharungi situasi ini dgn hati yg terbuka.

    BalasPadam
  13. Jarang apapun yang dijolok kalau pemikiran bijak pandai kita camtu, tetap camtu gak, mungkin wang ringgit lebih penting.....hebatttt...

    BalasPadam
  14. Sungguh gelak entry ni. Sebenarnya entry ni cerita serious atau kelakar sebab saya dok gelak jek ni baca komen.

    Ok serious hazrey, serious.

    Wait, this pendalaman issue is sooooo lapuk like what the other readers mentioned. Memacam kerajaan buat, bagi elaun cola, bagi elaun rumah, memacam lah, sampai habis budget untuk rakyat lain. Tapi rakyat tak kisah, sebab mereka pun kerja untuk berbakti pada rakyat.

    Tetapi. Ya, tetapi. Kenapa depa tak mau pergi?

    1. Masa awal pergi belajar medic, depa dah berangan akan ada rumah banglo macam specialist.

    2. Masa dah nak grad, depa dah pikir bestnya aku ada klinik sendiri.

    Akhirnya, kita bertanya, apakah tujuan ambik medic kalau tak mau berbakti pada rakyat, tak kira di mana juga lokasinya?

    About MA, part of Shah Farin cakap tu betul, MA tak diberikan kuasa untuk merawat tetapi sekadar membuat rujukan sebelum doktor jumpa, tetapi percaya atau tidak, jururawat dengan MA lebih banyak tahu dari doktor, sebab I have an experience with my younger brother di mana doktor ulang alik kat meja dia untuk tengok buku, macam mana nak balut kaki patah. Best tak?

    Hooray hospital kerajaan.

    And Shah Farin, takyahlah marah atau terusik dengan komen orang lain. Cerita kat blog pasal hospital ni memang selalu, kebanyakannya komplen. Kena redhalah. haha. Tapi as long as kau tunaikan tanggungjawab dengan baik, ignore jek, and jadikan panduan supaya nama tak naik kat blog ni!! Betul tak? Ok sekarang boleh sambung ketawa.

    BalasPadam
  15. Shah Farin, 'naik ambulan sabung nyawa'?

    Dari awal kerja pun, awak tahukan, antara sepcs kerja naik ambulan, atau tidak tahu? :)

    Pandangan saya, sekali lagi, jangan buat tanggapan sendiri. Jika awak mengatakan "Semua MA low class", itu kenyataan awak. Awak tulis sendiri ya.

    Saya cuma membangkitkan isu wajarkah MA membuat saringan? Did I say that they are low class? Don't think so. Therefore, don't put words in my mouth.

    Apapun selamat bertugas, tanpa MA, perkhidmatan tidak lengkap. Selagi ada kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan tugas, InsyaAllah semua OK.

    BalasPadam
  16. salam,,
    errr..dah jadi topik perjuangan dan pengorbanan seorang MA la plak...

    MA ni tak dinafikan memang penting dalam bidang perubatan..cuma alasan susah nak sambung belajar..atas kos sendiri..tu alasan yang tak munasabah buat saya...
    bukan apa..saya tak la terer, malah jauh lebih bodoh dari semua bloggers yg ada di sini..bodoh dari MA..sebab blajo tak tinggi cam MA...
    tapi rasa saya la..guru nak sambung belajar pon kena modal sendiri jugak kan?gaji di potong setengah..sebab dah tak pegi keja..gomen potong la setengah..tapi dengan semangat nak maju kehadapan..maka seseorang pendidik tu tekadkan jua hasrat sambung belajar...maka MA pon boleh sambung belajar gak asalkan ada nawaitu yang betul..kalau salah rotan lah saya..

    DR suka ke hospital swasta cause bayaran tinggi gilerrr dari gomen..DR yg baru posting..basic gaji RM2500+ elaun dan perlindungan dalam maybe RM1k hingga 2k..

    sejarah hidup saya dengan hospital swasta..ketika anak saya berumur 1tahun lebih...dia punya aktif sampai tulang kaki kanan retak..jatuh terpijak mainan...

    bila di bawa ke spital swasta, xray+doktor+MA+simen= RM1000..bayangkan MA pon di bayar tugas dia membantu...ada termaktub dalam bil lagik!..tetapi berbaloi la sebab dalam masa 1 jam sahaja semuanya selesai..tak perlu tunggu lebih dari 15minit..Ubah tarikh utk temujanji dengan doktor pun dah RM75..di ulang..belum jumpak doktornya..ubah tarikh sahaja pon berbayar..tapi bila dibukak simen..terpaksa jugak saya bawak pi urut cara tradisional..sebab DR pon tak leh handle benda urat ni..
    kiranya berbeza pula di hospital kerajaan...
    anak saya demam panas yang berpanjangan tahun lepas..hampir seminggu tak kebah2 juga..maka anak saya di sarankan masuk wad..bayangkan..dari pukul 7am saya menunggu dengan isteri..dok dukung anak..pukul 1pm baru anak saya diberi katil..jam 6pm baru dapat berjumpa dengan doktor..bayangkan seksanya terpaksa menunggu..tapi sabar jugak..terpaksa pulak saya gi cari MA mintak anak saya di berikan sebarang ubat demam ka antibiotik ka..MA plak dah kena terbang merata cari doktor nak minta kebenaran nak kasik ubat..last2 saya pi cari ubat sendiri yg di beli dari farmasi dalam spital tu sendiri...bila saya dapat bertemu dengan DR..jawapan yg di terima "DR yg ada tak mencukupi sebab zaman kini tak ramai minat nak jadi doktor"...kenapa yaaaa?
    kenapa alasan tak minat?reply DR tu "tahap ekonomi yg rendah, mengakibatkan seseorang tu nak senang..nak gaji yg tinggi..tapi kerja tak susah..tak kena duty sampai lewat malam..jadi semua cecita kerja di pejabat atau jadi PTD"..
    ada asas jugak jawapan DR tu..
    jadi siapa yang berminat?
    reply DR tu.."MA lah sapa lagi".."tapi berapa kerat la MA yg nak sambung blajo..yer la..gaji tak seberapa..duit gaji pun dah potong buat loan beli kereta,loan nak kahwen,loan anak masuk U..kalau gomen potong gaji bila sambung belajo..family nak tinggal apo?"kalau PJJ (bukan penendang jarak jauh yaaa)di beri keistimewaan pinjaman pendidikan mungkin ramai yg apply kot?"

    jadi benda ni sapo yang boleh selesaikan sebenarnya? pak menteri ke diri sendiri?

    p/s teringin nak hidup bertugas dalam bidang perubatan..teringin nak bertugas dalam pelbagai bidang..tapi apokan daya..mengaji takat cap ayam jaaaa..maka jadilah saya seorang ayah dan suami sahaja...

    BalasPadam
  17. Cerita cikgu takmau pergi ke kawasan pedalaman cerita lama. Sekarang ni timbul balik.. akhir tahun 70-an, sepupu saya baru keluar dari maktab, ditempatkan di kawasan pedalaman di Pahang, nak pegi ke tempat tu kena naik bot atau sampan. Jumlah pelajarnya cuma 6, 1 orang setiap darjah. Beliau bertugas di situ selama 8 tahun, sebelum pindah ke kampungnya kerana dia sudah berkahwin.

    Cikgu-cikgu sekarang rata-rata mementingkan kesenangan dan $$$$$. Contoh terbaik, kalau dulu-dulu, 16 Mei diraikan sebagai hari Guru dan terpulanglah kepada pelajar cara untuk meraikannya. Sekarang, ibubapa terpaksa menyediakan hadiah untuk setiap guru yang mengajar anak-anak mereka, tak kira guru yang sama atau tidak. Dan ini bukanlah sukarela, malah anak-anak pulang dan beritau ibubapa, cikgu suruh sediakan hadiah.

    Pasal doktor pulak, serupalah, dari mula sudah disogokkan dengan keindahan kerjaya tersebut, dengan kot putih, gaji yang besar, dsb, tapi bila dihantar ke pedalaman, ramai yang sanggup "lari".

    Rasanya kena "brainwash" mereka ni tentang objektif karier mereka. Hakikatnya, tiada jalan senang untuk menjadi lebih senang dan berjaya dan akhirnya.. kaya raya...

    BalasPadam
  18. Apa yang berlaku di sana Sdr Al Amin Ahmad... pasti pernah berlaku di tempat lain.

    Saya seorang pesakit kronik bukan sekali dua diarak ke Wad Kecemasan. Perkara ini sering saya tulis betapa sebenarnya rakyat marhaen amat kecewa layanan hospital kerajaan ini.

    Setakad dua ke empat jam menunggu itu kira okeylah!. Cuma congak berapa lama masa yang diambil untuk berjumpa doktor di wad kecemasan Hospital Serdang yang pernah saya alami.

    Saya dibawa dengan Ambulan sekitar jam 12:00 tengah hari. Sudah gelap hari, magrib di sana... baru dapat berjumpa doktor!.

    Dari sakit darah tinggi saya melambung naik, sampai ketika jumpa doktor telah menjadi normal tekanannya. Agaknya nak tunggu strok tumbang depan mereka barulah dilayan.

    Alasan mereka hari tersebut banyak kemalangan jalan raya; doktor sekadar dua orang kena utamakan mereka yang kemalangan. Pesakit darah tinggi seperti saya bukan dianggap kecemasan; pun ramai lain terkapar-kapar di ruang menunggu.

    Dalam tempoh tersebut pelbagai kejadian sedih masalah pesakit yang menunggu dapat saya perhatikan. Ibu meriba bayi menangis tak henti-henti, rakan memapah rakannya nak bercakap pun tak keluar suara, uzur sangat. Bangla patah kaki, Indo berdarahan tangan sekadar balut dengan tuala lusuh yg di bawa sendiri. Anak gadis menangis demam denggi. Adoi! memang tak terdaya melihatnya.

    Ini cerita sekitar tahun lalu. Cuba ke sana... saksikanlah bagaimana penderitaan rakyat marhaen mahu berjumpa doktor di sana!.

    Kerajaan kena ambil serius masalah Wad Kecemasan ini.

    BalasPadam
  19. kepada semua yg ada di pedalaman or perbatasansempadan negara(askar,guru,doktor,polis dan Lain2)
    selamat bertugas
    "SAbar itu separuh daripada IMAN"

    ~sabar~

    BalasPadam
  20. Saya pelik juga, time nak usahakan ke pendalaman. Kata ada tenaga Doktor cukup. Bila bangkitkan isu layanan dijawab Doktor tak cukup. Yang pasti tengok realitilah, kalau semua tak nak ke pedalaman patutnya ramai la kat bandar tuh. Ke Doktor dok menyorok dalam rumah??

    BalasPadam
  21. kalau dr pakar tak mencukupi mungkin boleh difahami tetapi dr biasa dikatanya cukup oleh MAA tetapi hakikatnya rakyat sukar mendapatkan rawatan. Adakah dr berlebihan di bandar berbanding desa. Kekadang lihat dokumentasi the flying dr, terharu dengan dr yang sanggup berkorban memberikan rawatan kepada golongan miskin diluar banda, tetapi hakikatnya tak semua mampu begitu.

    Kalau ditanya anak-anak kecil mengapa nak jadi dr, jawapannya sebab nak selamatkan nyawa manusia, tapi kalau tanya anak-anak yang sudah agak dewasa jawapannya pula kerana kerjaya dr ni boleh hidup mewah. Kalau nak duduk mewah memang susahlah nak berkhidmat diluar bandar. Entahlah manusia ni memang unik.

    BalasPadam
  22. Mazidul: pasal ambulan bawak laju tu saya rasa satu yg kurang tepat.
    Prnah terjadi satu eksiden kat depan rumah bapa saya kat manjoi. Dan jarak GH ke manjoi, hanya 10 minit berkereta, kalau siang (sebab sibuk), kalau malam, dan pasang siren, kurang dari 7 minit (saya tak pasang siren pun buleh sampai 7 minit).
    Eksiden tu terjadi kat warder penjara bermotor, kes langgar lari.Pukul 1 pagi. So, kami pun call lah ambulan.
    Nak di angkat mangsa, tak berani takut patah riuk, so tunggulah.
    mengejutkan stengah jam pun tak sampai. 2 -3 kali kami call.
    last2 sebab takleh tunggu, takut mangsa pengsan ke apa ke, maka jiran kami hantar dia ke hospital.

    Tu ambulan bawak laju bersabung nyawa tu (stengah jam tak sampai2), belum lagi di abawak biasa2. maunya esok tahun pun tak sampai lagi..

    yang heran nya, takde pun dispatch (yg amik report bila kita call tu) nak call balik tanya lokasi (kalau kata ambulan tu sesat).- (bawak ambulan dlm ipoh, dah jadi kerja pun buleh sesat ke?)

    diorang ni pantang kena komplen. tak habis2 bagi alasan "bayar pun seringgit,nak komplen".

    BalasPadam
  23. ambulans- saya H.O pantai timur yang sering berulang alik menghantar emergency case ke HKL. bayangkan, kelajuan ambulans yang mencecah 160 di selekoh.. bygkan betapa saya berdoa agar ambulans tidak terbalik, bayangkan ketika itu, oksigen pesakit tidak baik, bayangkan tekanan darah pesakit yanhg tidak stabil ketika dalam perjalanan.. bayangkan ketika anda melintasi traffic light merah dan ada kereta melintasi.. bayangkan apabila sampai ke HKL, anda terpaksa menahan muntah semata2 untuk pastikan pesakit ditolak terlebih dahulu ke bahagian kecemasan.. ketika menaiki ambulans- sedih..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.