Jumaat, Februari 12, 2010

Bahana 'Friend Finder'

Beberapa syarikat operator telefon bimbit di negara kita menawarkan ‘Friend Finder’, perkhidmatan membenarkan pengguna mengenal pasti lokasi pengguna lain dengan kebenaran mereka.

Malangnya lokasi terbabit dilaporkan tidak begitu tepat. Anggaran ketepatan di antara beberapa ratus meter dan beberapa kilometer, seperti tercatat di laman web operator terbabit.

Kasihan melihat sebilangan pengguna Friend Finder, biarpun bukan semua. Kepada kelompok tua, andai tidak tahu apa itu Friend Finder, sila rujuk Pak Cik ‘Google’, tidak salah belajar berhubung teknologi baharu.

Jika pengguna pasangan sudah berkahwin, barangkali tidak timbul masalah besar. Jarang benar suami mencari isteri dan sebaliknya menggunakan perkhidmatan sama.

“You makan di mana?,” soal suami.

“Makan di The Well dengan kawan-kawan,” jawab isteri.

Suami selalunya percaya berhubung lokasi isteri, no other questions asked. Justeru itu, saya percaya mereka jarang menggunakan Friend Finder. Kenyataan kedua pihak berasaskan kepada kepercayaan lama terbina di antara mereka.

Kepercayaan itu jauh berbeza berbanding di antara pasangan bercinta. Friend Finder seringkali menimbulkan syak wasangka.

Ha! Ha! Ha!

Gelak lagi.

Ha! Ha! Ha!

Gelaklah, apabila berasa hidup terkongkong, hilang tawa, timbul duka.

“I mula rimas. Friend Finder ni bukannya accurate (tepat) sangat,” komen gadis.

“Rimas?,” soal saya.

“Ya lah. Boyfriend I ni lah, asyik guna Friend Finder, nak tahu I pergi mana. Sampaikan I nak bergerak sikitpun sibuk bertanya. You di mana? Buat apa di situ? Dengan siapa? Takkan nak pergi beli pads pun kena bagi laporan kut,” sambungnya.

Apapun, bukan lelaki sahaja bersikap begitu, perempuanpun dua kali lima, lima kali dua. Sepuluh jawabannya. Sepuluh kali pening, sepuluh kali timbul syak wasangka, sepuluh kali tercetus perasaan cemburu.

“I tahu, for sure, you bukan di rumah. Lokasi you, No 3, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Club De Vegas. Menggatal dengan perempuan mana? Tengah dipeluk dek GRO (pegawai perhubugan pelanggan) mana? Kalau perangai macam ini, tak payah jumpa I lagi, pergi mampus!” katanya emosi.

Sedangkan teman lelaki mungkin keluar minum bersama rakan di ibu kota berhampiran dengan pusat hiburan itu.

Jangan kata impossible ya! Kejadian itu pernah berlaku dan dilaporkan tetapi bukanlah di ‘999’. Kalau di ‘999’, itu dianggap kes jenayah berat.

Kesimpulannya, jika sebilangan menggunakan Friend Finder tetapi kepercayaan dikesampingkan, apa gunanya perkhidmatan itu?

16 ulasan:

  1. nak buat senang pun ade masalah. teknologi, teknologi..

    BalasPadam
  2. 'wah mcm best jer ni, saya pun nak satu'

    lalalala....

    BalasPadam
  3. Friendfinder memang dah lama ada..malahan di luar negara dah lama wujudpun. Kalo di negara kita ni memang la tak dpt lokasi yang benar2 tepat mcm kita tengok dlm GPS yg guna bantuan satelit. Friendfinder ni kalo tak silap dia berpandukan kepada 'sel' operator telefon itu sendiri..cth kalo org check lokasi kita..masa tu kita dok lepak kt kedai mamak berdekatan KLCC..friendfinder akan cari signal mana yang terdekat dengan hp kita (pencawang Maxis cthnya)..jawabnya KLCC la yg terdekat..so resultnya dia kata kita di KLCC walaupn kita tak masuk dlm KLCC pun...get the idea???

    BalasPadam
  4. Salam hormat angkel,

    Betul tu, ai sokom stetmen yu ni .. "Suami selalunya percaya berhubung lokasi isteri, no other questions asked. Justeru itu, saya percaya mereka jarang menggunakan Friend Finder. Kenyataan kedua pihak berasaskan kepada kepercayaan lama terbina di antara mereka."

    ai selalo di "fren fainder" kan oleh mai waif...beliau sendiri yam ngaku...('',) selalo x tepat lokasi yam diberi...hanya dipaparkan alamat lokasi terdekat...misal kata ai main bekminten di Presint 18 Putrajaya, di SMS yam diterima akan terpapar ai berada di Presint 1. ape² pun, TEKNOLOGI dikawal oleh manusia, bukan bergerak sendiri...

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ..

    secanggih mana pun teknologi, tiada yg sempurna. Mungkin bagi setengah orang, tidak sesuai pula bagi setengah orang..

    Rasanya Friend Finder ni mesti diset di kedua-dua hp berkenaan. Jika si suami tidak mahu “diekori” dia boleh reject servis tu dari hp dia.. so tetap tak leh trace juga, kan?

    So, hanya dua pihak yang sama-sama setuju dan rela saja akan dapat hasilnya..

    Kalu saya? ohhh tidakkk.. Macam tidak dipercayai saja?

    BalasPadam
  6. owh..dulu pernah guna...saje suka-suka cuba....kadang-kadang lokasi yang diberitahu kat kita pun kurang tepat....hehe

    BalasPadam
  7. Saya setuju dgn entri ini. Friend finder berikan maklumat tak tepat. Contohnya, suami saya selalu beranggapan yg saya sedang membeli belah di Nilai 3, padahal saya masih lagi di pejabat (saya bekerja di Nilai). Jarak pejabat saya ke Nilai 3 pula dalam 6-8km! Langsung tersasar!

    BalasPadam
  8. saya guna pakai friend finder
    tp mmg x caya sgt pon
    better called tanya kt mana
    lain la kalu friend finder ckp dia kt ampang
    pdhal kita tepon dia dia ckp dia kat bangi...

    haaa situ boleh menimbulkan curiga..

    BalasPadam
  9. combi guna sixth sense jer utk mengesan suami...hebat kan! :D

    lalalla..

    BalasPadam
  10. Kalu jujur ikhlas, tak payah guna teknologi.. bagitau jer terus terang..

    Friend Finder ni macam sesuai untuk orang yang selalu kelentong jerrr.. hahaha...

    atau jenis yang suka goreng BOS.. :)

    BalasPadam
  11. awat xde pulak org nk pakai bnde tue mencari orang yang hilang ke ape ke

    he..23x

    nie nk cari orng yg kita xpercaya apa dia buat

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  12. bila lelaki ditipu 10 kali maka wanita akan ditipu 20 kali..

    bila wanita ditipu 10 kali
    maka lelaki akan ditipu 20 kali
    elak dari memulakan penipuan.

    jika pasangan yang tahu menipu akan buat tak tau..saja nak bagi peluang sejauh mana langkah nak ulangi lagi, menipu lagi, tanpa disedari pasangan ..

    --gaya bagi sesetengah pasangan..

    BalasPadam
  13. Kepercayaan sekarang makin susah dibina dlm perhubungan padahal masalah percaya ni masalah kepercayaan ini jarang wujud pada zaman bapak-bapak kita dulu. mengapa ya?

    BalasPadam
  14. Satu hari nanti semua keluarga tanam chip dalam badan seisi keluarga, silap-silap apa terjadi kat kubur pun nak tahu!.

    Bagus!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.