Selasa, Februari 23, 2010

Wanita Usah Marah Menghadapi Kenyataan

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zain semalam meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan penguasaan penjawat wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam (baca: kakitangan kerajaan) semakin meningkat.

Contohnya, hampir ¾ jawaran baharu dalam perkhidmatan pegawai tadbir diplomatik diisi wanita sekaligus bertentangan dengan polisi kerajaan (baca: hanya memperuntukkan 30% jawatan pembuat keputusan kepada wanita).

Keadaan itu menurut beliau mampu mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang.

Berikut antara alasan dikemukakan.

1. Perempuan kerap mengambil cuti panjang selepas bersalin justeru banyak keputusan tertangguh.

2. Lelaki dikatakan lebih kreatif dan fleksibel (baca: lebih mampu bertolak ansur) lalu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi.

3. Wanita tidak menggerunkan (baca: mereka lebih penyayang) menjadi halangan menyelesaikan masalah.

Saya yakin kita bersama mampu mencari banyak lagi sebab lain biarpun dipercayai  kenyataan Ahmad Shah bakal mencetuskan reaksi berbeza di kalangan wanita.

Apapun, pekerja wanita jarang berpuas hati dengan sikap dan tindakan bos wanita. Selalunya begitulah, kan?

24 ulasan:

  1. Saya seorang wanita dan juga bos. Saya tidak cerewet tak tentu hala, staff nak cuti, saya luluskan saja sebab pada pendapat saya tak guna nak paksa orang kerja kalau dorang dah merancang nak cuti.
    Saya tak pernah meninggikan suara pada staff saya. Tapi kalau nak tegur, saya akan tegur one to one. Maknanya saya takkan tegur staff saya depan orang lain sampai dia rasa rendah diri atau malu atau sebagainya.
    Cerewetnya saya terletak kepada productivity, deliverables and professionalism dalam bekerja. Kalau tiga perkara ni tak boleh ditepati, maka appraisal akan menjadi teruk walau apa alasan sekalipun.

    BalasPadam
  2. setuju dan tak setuju... :)

    setuju >> sbb bos wanita ni selalu lebih peka,kuat bekerja adil jarang yg pilih kasih.kalau bos lelaki pantang nmpk pompuan cantik mulalah 'koner' semacam.iman mudah goyah :p

    tak setuju >> sbb bos wanita ni kekadang (bukan semua tapi ada) ego sampai tumbuh tanduk.tak bole ditegur,cepat baran sgt 'ikut buku'sehingga menyusahkan org lain.

    'ikut buku' tu tak fleksibel langsung..aduiii leceh betul!

    apapun bos tetap bos!

    .............

    *disabah ni perkataan 'bos' dah biasa utk panggilan kpd seseorg.

    contoh :" mau pigi mana bos??

    ho ho ho semua org pun bole jadi 'bos' :D

    sape2 yg teringin nak jadi bos moh ler kesini! (^_~)

    BalasPadam
  3. saya sendiri pernah bertugas di bawah bos wanita, setakat ini semua 'thumbs up'. bos lelaki agak cerewet? susah untuk berunding. namun pada saya tetap ada pro and cons terhadap bos kedua2 jantina.
    apa pun untung sape jadi anak buah Pn. Audra :)

    BalasPadam
  4. Che, timbul masalah apabila bos wanita mula berasa dia lebih tinggi darjatnya berikutan jawatan dipertanggungjawabkan.

    Suatu ketika dahulu, saya mempunyai bos wanita, kerjanya menjerit sahaja. Dibuatnya kita macam anak dia (baca: suami dia menerima nasib sama). Akhirnya, dia tidak kemana dan kemudian berhenti kerja.

    Satu lagi bos, sewaktu berkuasa, memang nampak ketara 'KUASA' nya. Kini apabila bos lelaki di atas, dia berubah perwatakan, lembut dan bersopan.

    Suatu pagi saya mengacarakan Malaysia Hari Ini, 2 hari kemudian di 'domestic enquiry' nya saya. Why?

    Kerana saya kata "Junjunglah keadilan sewaktu kita hidup di muka bumi ini".

    Saya dituduh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana menyebut perkataan keadilan. Bangang ke tidak?

    BalasPadam
  5. masalahnya lelaki ramai sangat masuk univeriti/pusat serenti!

    BalasPadam
  6. Saya pernah dengar kata2 ni...

    "Iskkk.... pengarah Majlis Bandaraya Bla bla bla tu perempuan. Bukan senang nak hulur under table. Kalau lelaki senang sikit."

    "Alamak, polis trafik dia pmpn la... konfem kena saman ni... tak leh kawtim ni"

    Sedar atau tak... memang itulah persepsi orang tu perempuan berbanding lelaki.

    Adakah salah wanita menjadi terlalu jujur dan amanah berbanding lelaki? Renung2kan... selamat beramal.

    BalasPadam
  7. Positifnya bila BOS adalah wanita, tiada demand RASUAH BETIN*, padang GOlf, kelab Dang..peralatan memancing dan sewaktu dengannya.

    Bos wanita, hanya ber' shoping dan ber' makan sahaja.

    BalasPadam
  8. huhu...bos perempuan?? bos kat tempat saya perempuan...agak tegas dengan staff...so kalau kena berleter tu kena tahan telinga la...hehe..

    BalasPadam
  9. Ya... saya mengaku lebih suka berBOSkan lelaki... Wanita leceh sbb terlalu specific... banyak tanya kadang2 sampai melalui terpesong dari topik kerja..

    hehehehe.. BOS lelaki tak banyak songeh.. Mudah berurusan...

    BalasPadam
  10. Saya tidak kisah berBOSkan wanita atau lelaki. Saya pernah berBOSkan org Jepun dan org Amerika.

    Kesimpulan yg saya dapat adalah... jeng jengg jenggg!!!

    Ianya terletak di atas keupayaan kita di dalam melaksanakan tugas, tanggungjawap dan amanah majikan berikan.

    Kalau dah suka curi tulang, berlagak pandai tapi bodoh sombong, tak tahu nak buat kerja selain mengampu yg mana above all the result is not there, BOS lelaki ka BOS wanita ka mesti melenting.

    Dah menjadi adat poliTAIK di tempat kerja. Ada BOS wanita sure yg lelaki kata dia byk songeh dll. Ada BOS lelaki sure yg wanita kata dia berlagak. Macam tu la tak ada kesudahannya.

    Bottom line adalah how we manage conflict and interpersonal skill at work place.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  11. Kamal, let me ask you one question. Jika awak terpaksa memilih di antara bos lelaki dan perempuan. Mana satu pilihan awak? Pilih satu jantina sahaja.

    BalasPadam
  12. Bro, IMHO... 3 things:

    1. Kaum lelaki, kalau diikutkan, tak sanggup jugak kalau kena kerja dalam suasana dimana pegawai atasan adalah perempuan. Kalau boleh simpan ego (baca: macam kat rumah), ada jugak keputusan yang dibuat orang rumah, takkan semua kitorang jer yang monopoli? Ada jugak yang gaji lebih tinggi daripada suami, so what's the big deal... Soal muka, put aside first ler...

    2. Sekarang kan dah banyak suara lantang mintak "gender equality"? (baca: keadilan jantina) oops... that "k" word...
    So, if men are given & not given certain privileges at work, can all ladies accept them equally?

    3. Adoi, I also used the word "keadilan" earlier in this comment... What am I then? Kalau macam tu, tak berani saya guna perkataan "lulus" (baca: PASS) dalam Bahasa Inggeris la pulak, bingai... :P

    Bro...Bontot Rosak, Thursday, ok mou? :)

    BalasPadam
  13. bos wanita mmg kebanyakan agak sengal, tak kira laa terhadap laki ke pompuan. ada jgk yg best, tp byknya kurengg

    BalasPadam
  14. saya sendiri mengisi salah satu tempat di 3/4 perjawatan PTD di government..kesimpulan yang saya nampak adalah...better bos perempuan sebab tegas, strict dan keje jalan...kalau lelaki...kerja sampai kat dia...dia pass kat orang bawah...so kita yang kena buat keje dia...bila boss besar dapat tahu...kita yang kene tolong jawab...boss lelaki ni tak semua plak macam tue..ader yang gurau pun gurau...gelak tawa pun gelak tawa juga...tapi bila time keja...jalan...kalau dier minta jangan kate nanti...tak siap lagi...bertubi - tubi persoalan akan timbul kenapa lambat...tapi better dari kene marah dengan boss perempuan....:)

    BalasPadam
  15. ikut pengalaman masing2..mmg ada yg bagus dan tak krg juga yg sengal..sama juga dgn lelaki..
    pengalaman saya..?bos perempuan cerewet yg menyusahkan..skit2 tak pe la jgk..terlalu mengikut buku sampai tak ada budi bicara..
    bila ditanya unit sumber manusia biasanya borang permohonan bagi perempuan lebih byk dr lelaki..dr pengalaman sbg panel penemuduga saya dpti wanita lebih berkualiti dr sudut akademik dan memberikan jawapan sesuatu perkara..yg lelaki macam tak bersedia untuk menghadiri temuduga (wpun tak semua) tp tlh menjejaskan kuota mereka utk pengisian jawatan..

    stephen=
    "Sekarang kan dah banyak suara lantang mintak "gender equality"? (baca: keadilan jantina) oops... that "k" word...
    So, if men are given & not given certain privileges at work, can all ladies accept them equally?"
    yang ni saya sokong..bkn apa, salah satunya perempuan ada hak utk bertukar atas alasan mengikut suami bekerja (padahal yg sebenarnya tak suka kat tpt tu) tapi lelaki tak dpt..pastu suruh keje lebih masa ke kerja malam ke,tak nak pulak..hal itu lah, ini lah.. nak sama tinggi dan rendah dgn lelaki kenalah sama berat kerja dan tanggungjwb mcm lelaki..

    jgn lupa..aku pun ada isteri yg bekerja,adik perempuan yg bekerja dan sepupu sepapat perempuan yg bekerja..

    :P

    BalasPadam
  16. Well Bro Mazidul, to answer you very much depend on what is your point on the question raised.

    Asking such a kind of question is just a simple way to so called getting people to agree and be at your side on said issue.

    As mentioned earlier, I don't really care who is the boss be it is a man or woman so long the end result is in accordance to our objective.

    Normally, people will cry foul when they cannot get along with bosses or cannot accept changes made for betterment. Even worst when they are not professional enough to differentiate between work and out-of-office life.

    Baru leh main golf ngan boss dah perasan boss suka tapi time keja kena bambu baru pot pet sana sini.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  17. Kamal, pity me! At this moment, I don't even have a boss, either a man or a woman.

    Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam
  18. echah_syed : boleh bah kalau kau..
    memg ramai bos...huhu

    ~organisasi aku tak ramai wanita~

    BalasPadam
  19. Salam,

    Memang benar, di fakulti perakaunan uitm shah alam sendiri, ketiga-tiga timbalan dekan dan pengurusan adalah daripada kalangan wanita.

    Justeru itu, perkara ini tidaklah saya anggap pelik tapi kita kena ingat betapa kadangkala wanita lebih menggunakan emosi dalam membuat keputusan. (Hanya pandangan dari pengalaman)

    Sekian

    Ashraf Zabidi
    UiTM Shah Alam

    BalasPadam
  20. Rule #1
    THE BOSS IS ALWAYS RIGHT

    Rule #2
    IF THE BOSS IS WRONG, REFER RULE #1

    Well, that is the name of the game whether you like it or not.

    Heheeheee!!!...

    BalasPadam
  21. cakap byk tak guna, tepuk dada tanya diri sendiri ...."anda pilih bos lelaki/ wanita?"
    > ...no! no ..no ... takde jawapan "depends" or "well, both ada pros/ cons" or "kalau...."
    > straight to the point! ..bos lelaki atau wanita??

    ...aku pilih lelaki (fullstop).

    BalasPadam
  22. sekarang bos aku perempuan....
    mmg ok..senang bekerjasama...memahami kebajikan pekerja....
    sebelum nie bos aku lelaki...pun ok...

    seorang boss yang bagus dan berjaya selalunya mesti berjaya memenangi hati stafnya...bos yang tak memenangi hati stafnya mmg tk layak jadi boss sebab merekan tahu guna kuasa dan ugutan jer...

    pilahan aku: bos wanita yang baik dan comei....

    BalasPadam
  23. Salam... bagi saya secara peribadi, wanita tidak sesuai menjadi pemimpin (boss perempuan kdang2 lebih leceh berbanding lelaki walaupun tidak semuanya boss wanita itu 'payah')

    BalasPadam
  24. Saya suka bos wanita kalau bos tu suka kat saya sebab saya boleh pergunakan dia untuk menyelamatkan diri saya. Lagi satu, tak semua bos lelaki suka ppuan cantik. Bukan gay yang saya maksudkan di sini tetapi bekas bos saya dulu dah berkahwin tetapi lebih cenderung memilih lelaki untuk bekerja di bawahnya. Saya sendiri pun tak suka kat semua perempuan tak tentu hala

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.