Selasa, Mac 02, 2010

Jangan Siar (Baca: Kes Syafia)

Petang semalam saya dihubungi wartawan 999 ketika itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

“DSP Bakhtiar tidak boleh bercakap fasal kes ini lagi,” katanya.

“Ok,” balas saya ringkas.

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan berita Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangot, DSP Bakhtiar Rashid mengaku dihubungi Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Manan supaya tidak terus memberi kenyataan berhubung kes pembunuhan Syafia Humaira Sahari, 3 tahun.

Arahan itu dikeluarkan Bukit Aman.

Saya faham kenapa arahan itu dikeluarkan. Pihak polis bimbang sekiranya berita disiarkan bercanggah dengan fakta sebenar kejadian. Percanggahan fakta terbabit boleh dimanapulasikan peguambela suspek untuk menimbulkan keraguan, ‘reasonable doubt’ di mahkamah kelak, memungkinkan suspek terlepas daripada tuduhan membunuh.

Peranan media melaporkan kejadian kes jenayah menarik perhatian masyarakat. Namun laporan terbabit harus tepat. Maksudnya, wartawan bertugas membuat liputan harus berhati-hati menulis berhubung fakta kes. Saya percaya majoriti wartawan, khususnya melakukan liputan kes jenayah tidak mencipta kenyataan untuk disiarkan di media cetak atau elektronik sesuka hati mereka. Mereka selalunya memetik kenyataan pegawai polis seperti Ketua Polis Daerah atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, contohnya. Namun tidak dinafikan segelintir wartawan cuba mencari kelainan sekaligus mensensasikan butiran tidak disahkan, ‘hear say’ berhubung kes.

Terdahulu, satu daripada akhbar tempatan melaporkan ibu Syafia, Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun mengandung 4 bulan. Berita itu kemudian dinafikan Nurhanim. Sehingga tampalan ini ditulis saya tidak dapat memastikan sumber asal dakwaan berhubung kandungan Nurhanim. Biarpun butiran itu tidak penting bagi kes perbicaraan suspek, kaedah penulisan perlu diteliti.

Berikutan itu di tampalan sebelum ini saya menulis …

‘Nurhanim DIPERCAYAI melahirkan bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan hasil hubungan dengan suspek, kini dia DILAPOR mengandung 4 bulan’

Perkataan ‘dipercayai’ diguna untuk menunjukkan tiada pihak mengesahkan bayi itu anak Nurhanim sehingga dia mengesahkan fakta sama 2 hari lalu. Manakala perkataan ‘dilapor’ menunjukkan ada media menyiarkan kenyataan (baca: quoted) itu sebelum ditulis di tampalan ini.

Untuk laporan 999 minggu ini saya meminta krew cuba merakamkan visual bayi bernama Shakimi Iqbal Sahari itu. Setakat ini tiada visual dirakamkan.

Saya ingin menjawab 1 soalan sering diajukan. Mengapa sebilangan anggota masyarakat enggan membuat laporan polis jika terlihat kejadian jenayah? Mereka lebih rela menjadi pemerhati, bystanders.

Mudah. Pertama, pembuat laporan boleh dipanggail pegawai penyiasat, IO ke balai polis untuk dirakam kenyataan. Mereka terpaksa mengorbankan masa untuk menyalurkan maklumat terperinci kepada IO.

Kedua, pelapor juga boleh disapina untuk tampil di mahkamah sebagai saksi kejadian. Dalam erti kata lain, turun naik mahkamah, leceh dan mengganggu kerja apatah lagi jika perbicaraan ditangguh berulangkali. Saya pernah melalui saat itu ketika dipanggil ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi kes pembunuhan di Jalan Kemajuan, Subang Jaya, Selangor. Perinciannya, baca di sini.

Ketiga, ada sebilangan individu keliru, bimbang dia disabitkan sebagai suspek kes jenayah walhal sebenarnya dia hanya saksi sahaja. Pihak polis jarang menjelaskan senario itu kepada masyarakat.

18 ulasan:

  1. kesimpulan, setiap perkara yang hendak disampaikan mestilah dengan fakta dan bukti. Nanti tak pasal-pasal timbul pula fitnah. "wah.. tak syg mulut saya ni :P" apa-apa pun saya berdoa semoga kes arwah syafia segera diselesaikan.

    BalasPadam
  2. dipercyai MASYUK demi periuk nasi..
    segelitir dari atas smpai bawah JOB(Profesion yang mulia dinodai..

    ada SAHAM gak jika ada unsur fitnah..

    tak ubah salah etika semasa belajar berbeza dengan alam kerja..

    ..teringat jual Body dipeLACUR..

    bila jual prinsip dan maruah ETiq berita dipanggil apa??

    BalasPadam
  3. Salam Bro

    I would agree with your reasons on why people do not want to lodge a police report.

    Me too, with all kind of hassle faced, possibility to lodge an official police report might not be materialized.

    All I can do is just supply with info to policeman when having a teh-tarik session. Up to them to investigate or what not.

    It is vital for police to revamp their procedures (if possible) so that people are not confused. Not to forget their image.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  4. sensasi utk jual akhbar. tu laa always listen to the hear say. word "dipercayai" mmg selalu disalahguna

    BalasPadam
  5. kita tunggu dan lihat saja lah sambil spekulasi terus berligar dan berputar dalam masyarakat yg dahagakan kebenaran

    BalasPadam
  6. Matjoe, jika perkataan 'dipercayai' tidak digunakan nescaya berita dipaparkan mungkin tidak menarik perhatian awak sebagai pembaca akhbar dan penonton televisyen.

    Namun selalunya, kejadian 'dipercayai' berlaku itu kerap kali terjadi and happens to be a fact.

    BalasPadam
  7. btol2..mcm2 fakta yg kuar mengenai isu ni. Ada ckp hanim tu masih istri org, laki dok dlm jel, dok srumah ngn bf la..bla..bla..bla..kalo btol la dkwaan sumer tu, itu adalah balasan ats perbuatan nyer..tapi dah tak guna, sumer dh tlambat..yg jadi mangsa, anak kecil itu...kesian...

    BalasPadam
  8. Cuba ubah adat & budaya kerja kepada tatakerja yg sebenar-benarnya dgn mempraktikkan "TELUS, BERANI, YAKIN, BERHEMAH" (TBYB).

    Susah sangat ke? Kan ke KUASA ada di tangan?

    Namun, harus diingat bahawa KUASA yg dimiliki hendaklah digunakan oleh pihak berKUASA untuk meNGUASAi bidang/peraturan/undang-undang/mandat mengikut skop yg telah dikuatKUASAkan agar penguatKUASAan dapat dilaksanakan secara TBYB.

    BalasPadam
  9. Pn. Liza, thanks for the kurma.

    Pada mulanya tidak sampai hati hendak membuka bungkusan sebab terlalu cantik.

    On behalf of my family, terima kasih atas kad hari jadi dan semuanya.

    InsyaAllah, kita berjumpa di lokasi.

    BalasPadam
  10. yang saya geram tu kenapa org ramai tak tampil membantu semasa kejadian berlaku,,, aduhai... sampai hati betul dibiarkan...

    BalasPadam
  11. erm.. itu lah masalah yang selalu kita hadapi... kengkadang dah di terangkan pun sangat susah ada masyarakat kita yang sanggup beri keterangan...
    tidak dinafikan prosedur mahkamah yang mana perlu sapina saksi saksi untuk hadir ke mahkamah... cuba kita letakkan kita di tempat mangsa yang mana kes hanya dapat di buktikan dengan kehadiran saksi.. tiba tiba saksi yang juga jiran kita enggan untuk hadir....

    BalasPadam
  12. Salam BRO MAZ..

    pengalaman sorang kawan saya pernah TERJEBAK (dia sebut terjebak) hehehe..

    sebagai saksi suatu kes... Mak aiiii dengar kisah dia, saya pun naik serik.

    Turun naik mahkamah, cakap benda sama ulang-ulang sampai naik bosan.. letih..

    ganggu kerja lagi. Bila dah 3,4 kali pegi mahkamah, ada lak yang ragu sebab kita pegi..

    tak pasal-pasal..

    susah kan nak explain? takkan ler sepanjang jalan nak sebut “saya saksi jerr..! saya saksi jerr..! saya saksi jerr..!”

    heheheheheh...

    BalasPadam
  13. tak dinafikan memang leceh jadi saksi ni, tapi masa nilah 'kegunaannya' segala ajk/ketua kampung kawasan yang berkaitan...laporkan dulu kt diorang. sekurang2nya diorang ni blh pantau/nasihat or apa2 bagai tindakan lagi sebelum kes lebih parah...tapi nak buat macam mana benda dah berlaku:(

    BalasPadam
  14. 1 dr 1001 kisah org melayu yg mengaku islam.hukum manusia x dpt menginsafkan manusia.Hanya hukum Allah yg boleh menyedarkan manusia.inilah padah bila manusia berfikiran spt syaitan.

    BalasPadam
  15. Salam... elok jugalah tunggu sehingga siasatan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab selesai... ;)

    BalasPadam
  16. pada pandangan saya, jika ada cara yang lebih mudah untuk saksi memberikan kerjasama tanpa naik dan turun mahkamah, datang buat laporan ke balai polis dll, sudah pasti mereka akan membantu. mereka mungkin takut. even saya juga risau. jika suspek ingin membalas dendam pula bagaimana? nyawa saya juga terancam. =/

    BalasPadam
  17. moga kes ini dpt diselesaikan secepat mungkin..
    leh tak, org tak nak laporkan sebab takut dengan pembuat salah tu..

    BalasPadam
  18. Baiklah menunggu kes di Mahkamah. Terlalu banyak berita yang sensasi mungkin akan menyebabkan isu sebenar tertutup. Biarlah Polis dan Mahkamah menjalankan tugas mereka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.