Sabtu, Mac 06, 2010

Selamat Datang Ke Perhimpunan Bloggers Paling Ramai!

Biar sedikit terlewat tetapi tetap menyumbang. Mungkin itu misi termetri di jiwa pembaca setia blog ini, Puan Liza menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya. Dia akan menambahkan lagi hadiah acara cabutan bertuah sempena 'Perhimpunan Bloggers' hari ini bermula jam 12 tengahari di Commonwealth Forest Park & Resort.

1. 1 beg berisi kurma dan sambal tumis ikan bilis.
2. 1 beg madu dan sambal tumis ikan bilis.
3. 1 beg Kopi Radix (satu papan).
4. 1 Kad diskaun 20% untuk pelanggan bakal membeli barangan di gerainya sempena Pertandingan Nasi Lemak Malaysia (baca: tanya perinciannya dengan Puan Liza).

Terima kasih Puan Liza dan keluarga.

Di tampalan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada blogger Hazrey kerana tanpa mengenal erti jemu menghubungi syarikat menguruskan Malaysia Book of Records, MBR. Memang dia bukan bapak-gula-gula (baca: he is not a sugar daddy) tetapi kemahiran komunikasi dan mulut manisnya memungkinkan rekod  'Perhimpunan bloggers paling ramai' dicipta hari ini, 6 Mac 2010.

"Good news! Setiap pemilik blog hanya perlu mencatatkan nama, alamat blog dan nombor kad pengenalan. Senarai kehadiran semua bloggers itu perlu disahkan pegawai polis atau ketua kampung di kawasan rekod dicatat. Lepas itu, gambar pegun (still pictures) dan video semua bloggers akan dirakam.  Memang setakat ini MBR mengesahkan tiada rekod dicatat untuk kategori kita usulkan," kata Hazrey sewaktu saya temui malam tadi.

MBR mengenakan bayaran RM1,500 untuk setiap rekod baharu, namun memandangkan kita semua tidak membuat sebarang keuntungan kewangan hasil perhimpunan ini, InsyaAllah Hazrey sekali lagi akan berusaha menggunakan kemahirannya untuk mendapatkan persetujuan MBR agar bayaran terbabit dikecualikan.

Sekalung penghargaan kepada pasukan Jabatan Pertahanan Awam 3 kerana sudi menyediakan logistik kepada semua peserta antaranya rawatan kecemasan (baca: jika perlu) dan pemandu arah. Jasa kalian semua dikenang.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih dihulurkan kepada syarikat Future World Avenues, Kumpulan MKSB, Miraxis Sdn. Bhd dan beberapa individu lain kerana sudi memberikan pelbagai bentuk sumbangan.

Untuk pengetahuan semua, perhimpunan ini dirancang dan dilaksanakan dalam tempoh 7 hari sahaja. Justeru, saya percaya misi ini tidak mungkin tercapai tanpa usaha gigih pemilik blog Ondscene, Shamsul Liani Abas. Dalam kesibukan kerjaya, dia masih mampu meluangkan masa menyusun atur pengisian perhimpunan ini.

Jika selama ini majoriti kita hanya bertemu di dunia maya namun hari ini senario  itu akan berubah. Di samping bertemu bloggers datang dari jauh dan dekat kita juga akan berpeluang berkenalan dengan ahli keluarga dan rakan taulan mereka. Gunakan peluang terbabit sebaik mungkin semoga ikatan persahabatan antara kita semua akan menjadi semakin kukuh.

Andai ada terkurang, kami memohon ampun dan maaf  terlebih dahulu.

Semua 'door gifts' akan diagihkan kepada peserta (baca: samada bloggers atau tidak) megikut waktu mereka mendaftar, first come first serve. Jangan lupa untuk membawa  makanan dan minuman secara 'pot luck' di samping menikmati BBQ pada lewat petang, InsyaAllah.

Mewakili penganjur, selamat datang ke perhimpunan bloggers paling ramai di Malaysia! 

NOTA Kepada bloggers tidak berpeluang menghadirkan diri atas pelbagai kekangan, usah risau, ratusan gambar akan dirakam dan dimuatkan di setiap blog kelak. Jika perhimpunan kali ini berjaya, penganjur bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan.

15 ulasan:

  1. Salam Sdr MAS..

    alangkah bagusnya (sekadar cadangan kakcik) kalau kita dapat mengadakan sembahyang berjemaah bila masuk waktu, kan?

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ...

    Nanti kenalkan saya dgn Dak HAZREY tu yerrrr... Saya banyak buat salah dgn dia..hehehehe selalu saya dok ngutuk dia depan-depan komputer... Malu ler saya nanti kalu berdepan-depan muka...

    ONDSCENE tu rasa macam dah kenai dah dulu. Tahun 2005 dulu pernah kami terlibat dalam suatu program anak yatim di Sg Congkak bersama SIM. Ntah dia ingat lagi ke idak...

    Tingin benor nak jumpa Pn Liza yang baik hati lagi pemurah tu..

    BalasPadam
  3. Seronoknyer kalau dapat hadir. Nampaknya saya tak dapat hadir, banyak program yang saya perlu hadir kat sini. Hari ni saja ceramah ada 3 tempat, pagi, petang dan malam. Esok lagi...

    Insyaallah lain kesempatan saya hadir.Kirim salam kepada semua bloger yang mengenali saya di alam maya

    BalasPadam
  4. tak sabarr!! 12 tghari ya..insyaAllah sampai..baju merah baekk punya

    BalasPadam
  5. baiknya hati Syam kerja kerja suRELA..

    *
    pstt...Od od..bangganya jika ex BF tau hhee..

    BalasPadam
  6. syoknya!teringin nak join, tapi telah bertembung dengan acara lain:) Semoga berjaya dianugerahi MBR!(^_^)

    BalasPadam
  7. Aduhai...hajat hati tinggi melangit nak join tp tak kesampaian krn urusan lain...saya nak ucapkan TAHNIAH pd Abg Mazidul n rakan2 dan SELAMAT BERJAYA kpd semua yang terlibat nanti..Hav Fun..!!

    BalasPadam
  8. Terima kasih kembali - Sharing is caring as u mentioned...

    Pack kurma yg saya bakal bawa ni bukan spt di atas - kecik boxnya sebab stok kurma ada ciput aje- Saya terharu dgn Nabi Muhammad s.a.w, sebiji kurma yg hampir disuapnya masih mampu dikongsinya dgn musafir yg kelaparan - Jadikan Idola...

    Saya tgh menunggu kawan2 dtg ke rumah-est.jam 11pg.00 - 11.30pg kami bertolak.

    Jazakallah buat semua perancangan & usaha oleh pihak En.Mazidul & rakan2 penganjur yg lain - kami menumpang aje..

    BalasPadam
  9. salam bro, insyaALLAH saya sekeluarga akan hadir ke gathering hari ini tapi mungkin tiba lewat sedikit dalam jam 3 pm... sori lambat buat confirmation..!!!

    BalasPadam
  10. Tuan Khalil, InsyaAllah akan saya sampaikan salam itu. Selamat berceramah.

    Ice, terima kasih kerana sudi datang. Masa panjang, 12-6 petang. Cuma ingin diingatkan, setiap blogger kena daftarkan diri, itu sahaja.

    BalasPadam
  11. "....alangkah bagusnya (sekadar cadangan kakcik) kalau kita dapat mengadakan sembahyang berjemaah bila masuk waktu, kan...""

    mentang2la saya liat solat dan lupa cara kopiah songkok,pakai kain pelikat..huhu


    nota: PEDAS weh

    BalasPadam
  12. kalau acara tahunan buat dlm bulan dec yer.. :)

    *cadangan jer

    BalasPadam
  13. Salam.. semoga perhimpunan ini berjaya seperti yang dirancang... sekiranya tidak memuaskan... masa akan datang boleh dirancang dengan lebih rapi lagi

    * sayang sekali... saya dari Lembah Kelang harus ke Selatan tanah air kerana urusan kerja yang tidak dijangka :(

    BalasPadam
  14. Satu ikatan ukhuwah nan murni!, saya begitu yakin jika dijadikan majlis tahunan ianya akan bertambah ramai pemblog! yang akan sama berkumpul.

    Jika kita tenguk skala pengikut pun, saya yang baru berjinak di blogspot ini pun telah ada sekitar 250 pengikut; jangan bandingkan pengikut Sdr Mazidul emmm! tentunya takkan terlayan nanti jika separuh sahaja pengikutnya punyai masa bersantai begini.

    Sepanjang hari saya sentiasa bersama dengan pemblog di potret ini. Tak sabar nak lihat gambar-gambar yg lain!.

    Tahniah kepada mereka yang berkerja kuat & menganjurkan pertemuan ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.