Jumaat, November 20, 2009

5A dan 5E

Tahniah kepada 48, 171 pelajar sekolah rendah berjaya meraih keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semalam. Pelajar gembira, ibu ayah tumpang ceria begitu juga para guru.

Manakala lebih 3,000 pelajar mendapat keputusan 5E, usah bersugul. Peringatan sama juga disasarkan kepada guru dan ibu bapa mereka. Saya percaya pelajar terbabit bukan dungu. Keluarga dan guru perlu menilai semula faktor penyebab mereka mendapat keputusan sebegitu.

Hakikatnya, segelintir pelajar pada usia 12 tahun masih tidak mengerti kepentingan ilmu lantas kurang berminat semasa belajar di dalam kelas. Kadangkala, segelintir guru pula samada secara sedar atau tidak menganaktirikan kelompok sama. Maksudnya guru lebih cenderung memberikan tumpuan membimbing pelajar lebih cemerlang. Bukan menuduh tetapi senario itu mungkin kerap berlaku sebelum ini, kini dan di masa akan datang.

Pelajar sama juga barangkali tidak berpeluang mendapatkan latihan tambahan berbanding rakan lain. Banyak faktor penyebab, antaranya sikap ibu bapa tidak ambil pusing berhubung prestasi pelajaran anak mereka di rumah. Perhatikan, majoriti ibu bapa berkemampuan menghantar anak ke kelas tuition. Sebahagian lagi tidak, berikutan kekangan ekonomi biarpun mereka juga berhasrat melihat anak lebih berjaya.

Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam bidang pendidikan dilihat berhubungkait rapat dengan sikap guru dan keluarga. Jika pelajar mencatat keputusan cemerlang, sebahagian daripada kejayaan dicapai hasil titik peluh usaha gigih guru dan keluarga. Jika sebaliknya berlaku, sebahagian daripada kegagalan harus ditanggung dan dikongsi kumpulan sama.

Apapun semua harus sedar, keputusan 5A atau 5E bukan faktor penentu mutlak kejayaan atau kegagalan kehidupan anak-anak di masa hadapan. Mereka masih berpeluang memperbetulkan keadaan. Kebanyakkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah dan berpeluang meimba ilmu di universiti. Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar mendapat keputusan 5A, usah cuai, ramai pelajar kita cemerlang dari aspek keputusan peperiksaan sebelum ini tetapi kemudian hancur kehidupan sewaktu dewasa akibat gagal mendepani pelbagai cabaran secara sempurna.

Ketika itu guru, ibu dan ayah sudah tiada untuk memimpin tangan mereka.

39 ulasan:

  1. lebih suka baca kisah suka duka anak² yg cemerlang yang sekolah kat ceruk² dunia, yg kalau sebut nama sekolah tu sure jarang dengar..permata yg belum digilap..

    nak share blog cikgu yg berwibawa,lots of interesting stories inside: http://www.jimi-wiser.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. teringat kisah sorang pelajar cemerlang dgn keputusan SPM 10A smpi masuk astro buat iklan, skrg ... dgr khabar dh x sepandai dulu hanyut dek pengaruh negative sejak belajar kat luar negara...

    sapa nak disalahkan tu ye? ibubapa atau guru?

    BalasPadam
  3. lebih beruntung anak2 yang tiada masalah kewangan masuk kelas tambahan, berbanding anak-anak yang terpaksa menolong kerja ibubapa. Keputusan mereka sederhana.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada ibubapa yang anak mereka telah berjaya dalam keputusan UPSR dan kepada yang tidak berjaya pula janganlah berputus asa.Sesungguhnya perjalanan mereka masih terlalu jauh,banyak lagi halangan2 yang perlu ditempoh oleh mereka untuk menjadikan mereka benar2 berjaya sebagai seorang manusia...diulang sekali lagi seorang manusia yang berjiwa manusia.

    BalasPadam
  5. 3 k?
    bnyak tu
    ape la reaksi mak bapak
    ntah tahu ke ntah tak anak dapat result camtu

    kadang2 syuko dapat ibu bapa camku ni
    ;)

    kamo camne?
    syuko syuko

    BalasPadam
  6. Ada kecenderungan untuk tidak melihat peperiksaan UPSR sepenting PMR atau SPM (walaupun hakikatnya begitu)

    Sepatutnya semua jenis peperikasaan hendaklah dianggap sama penting, waimah ujian bulanan.

    Ada yang kata, tidak mengapa tak lulus UPSR, kerana mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu, tahun hadapan.

    Ada yang berkata, "kedudukan di bawah bukan bermaksud kita gagal, sebaliknya kita dianggap gagal jika tidak bangun semula".

    AM tidak berapa setuju dengan ungkapan itu, kerana dikhuatiri ianya akan menjadi 'penggalak' untuk membuatkan kita 'tidak kisah' jika gagal.

    Kejayaan pada percubaan kali kedua tidak sama manisnya dengan mencapai kejayaan pada percubaan pertama.

    Jangan biarkan diri kita sentiasa dalam kegagalan kerana dikhuatiri kita akan 'terbiasa' dengan kegagalan dan tidak peduli untuk mengejar kemenangan akibat sering diberi peluang kedua.

    Air mata yang mengalir setiap kali gagal, hanya boleh menggambarkan perasaan hati TETAPI tidak boleh mengubah kegagalan kepada kejayaan.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  7. AM mencatat, 'Kejayaan pada percubaan kali kedua tidak sama manisnya dengan mencapai kejayaan pada percubaan pertama'.

    Bagi saya, 'kenyataan' itu subjektif kerana perkataan 'manis' itu sendiri berbentuk subjektif.

    Saya juga boleh mencatatkan di sini, kejayaan dicipta pada peluang kedua, lebih manis berbanding pada peluang pertama. Jelasnya, 'kejayaan' itu memberikan gambaran berhubung kesedaran dan kebangkitan manusia berusaha lebih gigih membuktikan keupayaan sebenarnya.

    Kekadang, kegagalan kali pertama memang menjadi pengajaran untuk kita mempertingkatkan usaha, biarpun bukan semua begitu.

    Minggu ini saya menonton kisah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, ditayangkan di History Channel.

    Menurut kisahnya, Tun bukan pelajar paling cemerlang berbanding rakan seangkatannya, namun kemudian beliau berjaya menjadi doktor berjaya, membuka Maha Clinic di Kedah sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Itu antara fakta dikongsikan dalam paparan 2 episod masih ditayangkan kini.

    BalasPadam
  8. dungu?
    gyahahahhahhaha~
    perkataan ni lagi best dari b*d*h....
    adeyh...
    u surely sum up my mind bro...

    BalasPadam
  9. Salam BRO MAZ..

    benar, result UPSR titik mula sahaja. Mengajar untuk mengatur langkah seterusnya...

    Pengalaman saya berdepan dengan ramai anak yang berperingkat ambil exam. Ada yang cemerlang, ada yang sekadar 2A, 1A pun ada... padahal tumpuan kita (kita rasa lerrr..) adalah sama...

    Tauladan yang saya ingat hingga hari ini, anak rakan sepejabat saya, score pangkat 1, cemerlang dlm SPM, tapi di tahun 1 IPTA, gagal dan kini jadi surirumah tangga dengan anak berderet 4..

    sayang.... masa yang terbuang... Tak tahan jiwa dengar si ibu selalu merintih kesal.. sehingga menyalahkan dirinya sendiri pulak...

    BalasPadam
  10. Hellioz, yup! 'Dungu' is the word.

    Ada pelajar semasa kecil dianggap dungu kerana tidak banyak mendapat 'A' dalam peperiksaan.

    Bagaimanapun, 'end product' tidak mengambarkan kedunguannya apabila dia kemudian berjaya muncul menjadi insan berjaya dilengkapi ilmu dunia dan akhirat.

    Teringat kisah pelajar perempuan kini masih tinggal di luar negara, meraih banyak 'A' dalam peperiksaan malah disahkan genius. Akhirnya dilapor menjual tubuh dan kisahnya terpapar di Youtube.

    Itu antara kes membuktikan, kejayaan dalam bidang pelajaran bukan penjamin utama kejayaan kehidupan manusia di dunia.

    BalasPadam
  11. Azieazah, saya lihat ramai pelajar cemerlang pada awal pendidikan dan kemudian cemerlang dalam kerjaya.

    Pada masa sama, saya melihat pelajar kurang cemerlang pada awal pendidikan dan kemudian cemerlang dalam kerjaya.

    Saya juga pernah melihat pelajar kurang cemerlang pada awal pendidikan dan kurang cemerlang dalam kerjaya.

    BalasPadam
  12. Saya setuju dengan Bro Mazidul,

    Kejayaan pelajar yang terlampau diagung-agungkan, taburan wang dan banyak lagi keistimewaan yang diberikan awam dan kerajaan BOLEH (bukan semestinya) menyebabkan pelajar tersebut lupa diri dan alpa. Ada juga yang terkena tempias kejutan budaya sehingga menyebabkan mereka hanyut dan lupa tanggung jawab sebenar mereka sebagai pelajar. Akhirnya menjadikan mereka keciciran walaupun pada awalnya mereka lebih laju di hadapan.

    p/s: teringat cerita arnab dan kura-kura.

    BalasPadam
  13. Mazidul menulis;
    Azieazah, saya lihat ramai pelajar cemerlang pada awal pendidikan dan kemudian cemerlang dalam kerjaya.

    Pada masa sama, saya melihat pelajar kurang cemerlang pada awal pendidikan dan kemudian cemerlang dalam kerjaya.

    Saya juga pernah melihat pelajar kurang cemerlang pada awal pendidikan dan kurang cemerlang dalam kerjaya.

    TEPAT SEKALI KERANA DI DUNIA INI TIDAK SIAPA PUN TAHU APA AKAN TERJADI 1 SAAT DARI SKRG,ESOK HARI,MINGGU DEPAN, TAHUN DEPAN....
    perancangan manusia adalah tidak muktamad...
    kebanyakan mereka yang cemerlang akademi tidak menjadi Bos yang besar (kuli aje)..namun mereka yang lemah akademi ketika awal pendidikan menjadi PENGURUS YANG BESAR DAN MEMPUNYAI BISNESS YG TERSENDIRI.
    REZEKI JAMINAN ALLAH SWT.

    KEGAGALAN DI DUNIA BOLEH DI ULANG (REPEAT) JUTA KALI NAMUN JIKA GAGAL DI ALAM KUBUR MAKA IA BERMAKNA GAGAL SAMPAI INFINITI (TIADA PENGHUJUNG)

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  14. anak saya hanya mendapat 2A..alhamdullillah...

    BalasPadam
  15. Memang benar cemerlang di atas kertas bukanlah faktor utama kejayaan.

    Kerap kali di akhbar yang memaparkan kisah kejayaan individu terutamanya di dalam perniagaan hanyalah pemegang Sijil SPM. Keupayaan untuk berusaha gigih, berdaya saing dan berani mencuba untuk menggapai kejayaan tiada di dalam subjek sekolah.

    Cemerlang di atas kertas adalah satu bonus sekiranya individu itu turut cemerlang di kanvas kehidupan.

    BalasPadam
  16. Berbanding dengan ibubapa di bandar saya lebih bangga dengan ibubapa dan guru di pedalaman (yang serba kurang) yang ikhlas membimbing anak2 ke arah kecemerlangan hidup dan pelajaran.

    Saya adalah silent reader kepada blog Cikgu Jimi - http://jimi-wiser.blogspot.com/

    Apa yang ditulis banyak mengingatkan kita - tanggungjawab sebagai ibubapa

    BalasPadam
  17. saya tergolong pelajar gagal pada awal dan gagal pada akhir kerjaya, huhuu..(sengaja menagih simpati).

    BalasPadam
  18. ....tahniah kepada pelajar yg mendapat keputusan yg cemerlang teruskan kecemerlangan itu..dan juga tahniah kepada guru2 dan ibu bapa juga.Ini satu titik permulaan banyak lagi cabaran yang harus ditempuh...untung mereka2 ini yg pada peringkat awal lagi sedar pelajaran itu penting untuk terus melangkah kemasa hadapan...tapi satu kerugian bagi mereka yg masih lagi tidur atau khayal.
    ....Pada pendapat saya bukan semua guru menganak tirikan murid tinggalkan yg kurang cemerlang dan tumpukan pada yg cemerlang sahaja..cuba kita lihat dalam kelas itu sendiri..sekurang-kurangnya ada 30 hingga 40 org murid atau lebih ada ...so bagaimana seseorang guru dapat menumpukan pembelajaran kepada semua orang.Lain murid lain perangainya.Murid dulu tidak sama dengan murid dizaman sekarang.Jadi cikgu itu sendiri memerlukan kerjasama murid itu sendiri.Saya percaya cikgu2 ini tidak bersikap sedemikian mereka akan sentiasa berusaha merapatkan jurang perbezaan ini...sekali lagi terima kasih cikgu...

    BalasPadam
  19. ade gak kes 5E masa UPSR... tp semasa di University mendapat 1st class

    ade gak kes 5A masa UPSR... tp semasa di University mendapat 2nd class lower or maybe sekerat jalan dah kne tendang

    p/s- kegagalan pertama selalunya menjadi pemangkin kesedaran sesetengah pihak

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  20. salam..

    saya antara ibu yang anak mengambil UPSR tahun ini.. sebagai seorang ibu, kejayaan anak2 dalam bentuk apa pun pasti akan membanggakan ibu bapa mereka..

    Malaysia ini memang sistem pelajaran berdasarkan exam oriented.. kepada mereka yang cenderung untuk praktikal, memang ler tidak perfom dlam apa2 exam, tapi cemerlang dalam kerja.. begitu juga sebaliknya.. dan sebab itu juga, terbit bebeberapa golongan pelajar/orang yang Bro Mazidul sebutkan di atas.. setiap orang kelahirannya unik.. ada yang kuat side itu tapi lemah side ini.. begitu juga sebaliknya..

    Kadang2.. parents memandu anak2 dengan apa yang parents mahu dalam hidup mereka.. bukan dengan apa yang anak mahu dalam hidup mereka.. ini yang menyebabkan punca2 anak tidak happening dalam hidup mereka.. kita sebagai parents, pernah tak cuba mencungkil kecenderungan anak kat mana?? pernah teliti dimana kekuatan atau kelemahan dia??

    Semasa mengambil slip keputusan anak saya semalam, ada beberapa insiden yang saya tidak berapa berkenan.. telah saya tuliskan serba sedikit dalam blog saya.. saya juga ingin mendengar pendapat orang lain / ibubapa lain dalam hal itu.. semoga setiap info/ pandangan memberi manfaat pengtahuan kepada kita semua.. :) .. silakan..

    www.anndee72.blogspot.com

    wassallam..

    BalasPadam
  21. tahniah kepada guru-guru yang berjaya membimbing anak-anak ini hingga berjaya

    BalasPadam
  22. Salam, tahniah kepada anak2 yang berjaya, yang tidak berjaya, banyak lagi kejayaan lain yang boleh diraih, bak kata framestone kat atas, 5E pun boleh dpt 1st class di universiti jika kita berusaha.

    Sy mengajar student yang dah lepas SPM, kalau yang memang cemerlang senang nak ajar, tp jika yang memang result spm mereka, math 7,8 atau fail, aduh, nak ajar subjek yang berkaitan dgn math memang sakit. Math lemah, jd kira2 lain byk sangkut, kdg2 tambah tolak pun boleh confuse. Kesabaran memang banyak diperlukan. Biasa kalau kelas diploma lebih senang, kelas sijil yang agak masalah. Tetapi insya Allah, kalau kita bimbing dan mereka juga ingin berusaha, result mereka lebih baik. Yang susah adalah student yang tak berapa cerdik dan malas berusaha, aduh... naik tension kita dibuatnya...

    BalasPadam
  23. Tahniah kepada pelajar yang cemerlang...kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, anda masih ada masa untuk memperbaiki diri lagi..

    Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya...

    Keep moving forward...

    BalasPadam
  24. tahniah pada adik2 yang mendapat kejayaan yang cemerlang..Pada yang kurang cemerlang, usaha lagi dimasa akan datang..Insyaallah boleh berjaya..

    BalasPadam
  25. Azieazah,

    "Tauladan yang saya ingat hingga hari ini, anak rakan sepejabat saya, score pangkat 1, cemerlang dlm SPM, tapi di tahun 1 IPTA, gagal dan kini jadi surirumah tangga dengan anak berderet 4.."

    Saya juga score 6 Aggregate untuk SPM, tetapi kini saya surirumah beranak 5 dan sedang menunggu kelahiran anak yang ke 6. Kenyataan anda seumpama menghina kami surirumah. Bukan semua surirumah itu 'terpaksa' jadi surirumah kerana gagal dalam pelajaran. Sekurang2nya kami surirumah memegang tanggungjawab SEPENUHNYA membesar dan mendidik anak2 24 jam tanpa bergantung harap atau melepaskan tanggungjawab pada pembantu rumah atau ibu bapa kami.

    Pada pendapat saya, exam apapun, UPSR, PMR, SPM, ujian bulanan, semua sama penting. Bukan semata-mata untuk jadi doktor atau engineer, tapi dalam membina diri jadi insan bertanggungjawab dalam hidup.

    BalasPadam
  26. Yang pasti, kita sebagai ibu bapa yang terlebih dulu melalui segala pengalaman sebegitu, tidak berhenti mendorong mereka, terus memberi semangat tidak kira samada mereka tidak cemerlang sekalipun..

    kan?

    BalasPadam
  27. Salam,

    segalanya bergantung kepada rezeki masing2... ada yang bernasib baik alhamdulillah. ada yang tak...mungkin belum masanya.

    pengalaman sy sendiri waktu sekolah rendah dulu.. merupakan antara pelajar tercorot. setiap kali exam, orang lain score straight A.. tapi sy straight B @ C.

    setiap hari keluar melangkah dari kelas...terpandang banting yang tercatat 'senarai nama pelajar harapan..cemerlang upsr'.

    terdetik dihati..'kenapala nama aku xde sekali...'

    alhamdulillah...dengan izin Allah, sorang pelajar yang lgsg tak pernah tersenarai as student yg bagus... dapat straight a's. satu2nya dalam kelas tersebut. n salah seorang best student di sekolah. dan jugak tersenarai sebagai salah sorang penerima anugerah yayasan.

    rezeki masing2 kan.. benda yg tak disangka. tapi kalau kita mencuba..insyallah. Allah maha adil lg bijaksana.

    gagal sekali tak bererti gagal selamanya. dan jangan sesekali kita mengecilkan seseorang tu hanya kerana dia pernah gagal sekali. siapa tahu satu hari dia boleh jadi somebody...

    wallahualam~

    BalasPadam
  28. belajar di zaman sekolah x sama ngan belajar di universiti, betul kata bro mazidul, ada yg gagal skrg tp di universiti cemerlang. kekadang sy tertanya2 setiap tahun pelajar malaysia yang mengambil upsr, pmr,dn spm ni bertambah genius ke sehiangga mampu mendapat result yg cemerlang atau pun soalan dah semakin mudah. tp apa pun tahnia pada pelajar yg mendapat 5A. namun sy sendiri pun bukan la pelajar cemerlang. tp Alhamdulillah masih lg mampu sehingga ke universiti. so usaha tangga kejayaan.

    BalasPadam
  29. Berapa pun A yang dapat, itu adalah hasil usaha pelajar itu. Ini baru permulaan. Perbetullan keadaan, cuba lagi dalam peperiksaan akan datang.
    nota: tahniah kepada Nur Sarah bt. Ahmad Ramli (anak buah saya) kerana mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru nie.

    BalasPadam
  30. Framestone.
    Kes sebegitu memang banyak.
    Tapi aku lebih suka melayan kisah-kisah seperti,
    "Dari Anak Nelayan ke Oxford" vs
    "Dari 5A ke Pusat Serenti".
    Ini realiti kehidupan.

    BalasPadam
  31. Salam Mazidul,

    Ilmu merupakan suatu perkara asas yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah perkara pokok pembinaan negara dan ketamadunan.

    Saya amat setuju dengan saudara Mazidul, kejayaan dalam bidang pelajaran bukan penjamin utama kejayaan kehidupan manusia di dunia; ilmu tidak boleh dihadkan hanya kepada maklumat atau data-data semata-mata tapi mampu memimpin diri sendiri dari terjerumus dirinya dengan kegiatan tidak sihat.

    Mereka perlu menjadi lebih cekap serta dilengkapi dengan kemahiran baru yang lebih baik, bahkan juga perlu lebih inovatif, pintar, berdisiplin, mempunyai nilai dan etika kerja yang luhur dan bertunjangkan jati diri yang kukuh.

    Ilmu merupakan suatu perkara asas yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah perkara pokok pembinaan negara dan ketamadunan.

    ‘Soft skills´ seperti kemahiran pengurusan, kemahiran berkomunikasi dan hubungan perseorangan, keterampilan diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan sengketa, kemahiran berhadapan dengan masalah untuk memudahkan penglibatan dan penyertaan dalam pembinaan nusa bangsa serta boleh mengatasi segala halangan yang dihadapi dalam persaingan pembangunan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.

    “Kecemerlangan bukanlah satu perbuatan tetapi kebiasaan.”

    BalasPadam
  32. Bro Mazudul, AM pun menonton rancangan Tun Mahathir itu. Menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat.

    Well, berkenaan dengan kejayaan pada percubaan 'kedua' tidak semanis jika berjaya dalam percubaan pertama, AM mempunyai sebab tersendiri mempercayai teori itu (walaupun AM juga pernah/sering gagal) :)

    Sedangkan bila orang berkahwin dua (walaupun kedua-duanya manis) kita selalu dengar orang yang terlibat berkata "yang pertama juga yang bagus, tiada bandingannya" :)

    Kita selalu mendengar ibubapa menasihati anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh agar boleh berjaya dalam peperiksaan dan tidak pernah kita dengar orang berkata "belajarlah ala kadar, jika gagal boleh cuba lagi"

    Paling tidak, kita kena pastikan (samada diri sendiri atau anak-anak) berusaha bersungguh-sungguh (selain berdoa) agar dapat mencapai kejayaan. Jika gagal, apa boleh buat. Cuba lah lagi.

    Walau bagaimanapun (interm of spirit), AM bersetuju dengan teori Bro Mazidul yang menyatakan kejayaan pada percubaan kedua mungkin lebih manis.

    Sekurang-kurannya kita dapat merasai 'kenikmatan' setelah merasa erti kepedihan akibat gagal pada kali pertama, berbanding jika kita tidak pernah tahu erti kegagalan.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  33. Tapi ramai juga ibu bapa yang menangis kalau anak dia tersingkir dalam program realiti tv...

    BalasPadam
  34. Pernah dengar peribahasa ini?

    Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

    Begitulah hati orang tua-tua, beri semangat kepada mereka yang memang dilahirkan agak lembab tidak sepintar mana otaknya.

    Saya teringat arwah Abg Saudara saya, semasa SPMnya memanglah tak sepandai mana. Sekadar cukup makan sahaja. Tidaklah cemerlang & gah bagai dapat 10A. Dia merantau sendirian ke Kanada, merajuk sebab masalah keluarganya. Di sana dia berkerja & meneruskan pelajaran secara sambilan.

    Tahu-tahu dia balik ke Malaysia telah ada PhD. Dia pernah menjadi pengarah di MARDI. Sikap orang begini punyalah baik & merendah diri. Biar pun bergelar Dr tetapi amat prihatin dengan saudara mara. Orang baik umurnya tak panjang!. Dia meninggal dunia ketika berumur 40an sakit lelah. Saya amat merindui dia.

    Rakan saya seorang ini pula sejak kecil jadi kanak-kanak cemerlang, sekolahnya sekolah baik-baik, Maktab Tentera Diraja Sungai Besi kut!. Muda-muda lagi telah bergelar Prof. Sekarang telah dapat anugerah Datuk & menjadi Pengarah besar. Kerjayanya melompat sana, melompak sini, tak kekal. Semua bersungut di mana dia berkerja mesti ada musuhnya.

    Rumahnya memanglah banglow tetapi berkawat duri gulung macam keliling penjara itu. Dia masih amat baik dengan saya tetapi kalau boleh saya nak lari jika terjumpa dia. Entahlah kenapa!.

    BalasPadam
  35. Sebagai cikgu, saya tertarik dengan tulisan bro yang mengatakan cikgu lebih tertumpu pada pelajar cemerlang. Pada saya murid yang di kelas belakang itu adalah anak emas yang perlu dijaga dengan penuh perhatian dan sangat berharga manakala pelajar cemerlang adalah anak -anak penenang jiwa.

    BalasPadam
  36. ....UPSR bukan penghujung..ia satu permulaan bg yang gagal mendapat keputusan yang baik....malah beribu jutawan didunia ni bermula sebagai pelajar yang gagal (dropouts)..

    BalasPadam
  37. Tahniah kepada yang lulus cemerlang, kepada yang gagal, jangan putus asa. perjalana baru bermula. belum terlambat untuk berjaya juga.

    BalasPadam
  38. Salam.. mungkin terlambat utk maklumkan:

    SK Slim Village berbangga dgn pencapaian tahun ini..

    5 orang mendapat 5A.. dan salah seorang daripada mereka, dr Sg. Bil. Org kampung anda.. I think you know her...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.