Jumaat, Mac 19, 2010

Siapa Kenal Kamsiah?

Tahun 1972, abah bekerja sebagai 'jaga' (baca: pengawal keselamatan) di lombong bijih timah di Kundang, Selangor, saya dihantar bersekolah di tadika Cina di Rawang. Hanya ada 2 pelajar Melayu di kelas saya mula belajar ABC, saya dan pelajar perempuan bertahi lalat di bawah bibir kiri, Kamsiah. Nama itu masih saya ingati biarpun wajahnya sudah lama hilang ditelan zaman. Jika masih hidup, mungkin Kamsiah juga  tidak mengingati nama dan rupa saya, barangkali.

Apapun, ketika di sekolah tadika, keselamatan terjamin. Kejadian paling malang, saya tercekik mee kuning sewaktu makan pagi, bukan keracunan makanan. Sewaktu dalam proses mula belajar mengenal angka dan huruf, tidak pernah kedengaran kes guru mencabul kehormatan pelajar, jauh sekali kisah sekolah tadika diceroboh individu dan mengetuk kepala pelajar menggunakan tukul besi seperti kejadian di Muar, Johor tempoh hari.

Lebih menarik, biarpun majoriti pelajar dan guru berbangsa Cina, saya dan Kamsiah tidak pernah disisihkan. Layanan sama rata diberikan kakitangan dan guru samada di kelas, papan gelungsur atau di kantin selama setahun kami menuntut di sekolah itu. Justeru, saya merasakan 'bangsa' itu hanya sekadar perkataan, bukan faktor pembeza sesama manusia.

Masih segar di ingatan, setiap hari abah mengayuh basikal Raleigh menghantar saya ke stesyen bas di jalan besar melalui jalan berpasir halus sambil saya duduk di palang hadapan. Tiada hiruk-pikuk bunyi kenderaan, tiada kesesakan jalan raya, jauh sekali pencemaran udara.

Sewaktu pulang dari sekolah, jika bas sampai awal, saya berjalan kaki bersendirian di bawah sinaran matahari kurang 1 kilometer dari rumah. Indahnya, tidak pernah terdetak biar sekalipun perasaan takut diculik penjenayah atau dicederakan dek orang gila. Selalunya, sebelum sampai ke rumah, abah berbasikal sempat menjemput saya di pertengahan jalan.

Menjelang petang, cuaca redup, saya dan abah keluar meninjau taut (baca: pancing bersaiz besar) dipacak di tepi lombong sejak awal pagi. Hasilnya jarang mengecewakan. Ikan haruan sebesar betis dijual di pekan Kundang untuk abah menambah pendapatan harian. Sungai mengalir di hadapan rumah, biarpun berair keruh, lubuk udang galah bermain. Berbekalkan hampas kelapa ditabur di permukaan sungai, sekali tebaran jala sudah cukup menangkap udang lemak digoreng. Manakala, tanah subur di sekeliling rumah ditanam abah dengan kacang panjang, peria, cili padi dan sayur sawi. Dalam erti kata lain, sumber lauk dan sayuran tidak pernah putus malah semuanya segar dimakan. Maka, emak tidak pernah menghidangkan saya dan abah ikan pecah perut atau sayur sawi berdaun layu.

Pada waktu malam, saya dan emak tidur di palung menemankan abah bertugas. Biarpun tidak bertilam embuk dan berselimut tebal, kami berasa cukup selesa melelapkan mata di pangkin kayu kerana tahu abah selamat meronda malam berseorangan. Saya difahamkan, tiada kes kecurian bijih timah dilaporkan sepanjang abah bekerja di lombong itu. Apatah lagi kejadian pengawal keselamatan diikat dan dibunuh kejam penjenayah, tidak pernah berlaku.

Abah menjaga senapang patah dan ratusan peluru penabur cap rusa secara rapi biarpun dia hanya dibayar gaji RM170 sebulan.

"Senapang ini nyawa, tak boleh buat main-main," ujarnya berulang kali.

Justeru, tiada kes senjata api pengawal keselamatan terjatuh lalu tertembak orang awam berada di kawasan berhampiran tercatat di akhbar.

Ketika bermalam di palung, hati emak dan abah tidak pernah gusar meninggalkan rumah papan kami tidak berpenghuni tanpa pengawasan kamera litar tertutup berikutan tiada kes pecah rumah pernah berlaku. Betapa tenang dan aman kehidupan buat kami sekeluarga ketika itu.

Namun semua saat manis itu sudah 38 tahun berlalu, hanya tinggal kenangan terpahat di ingatan. Ketika itu saya berusia 5 tahun. Hari ini usia saya genap 43 tahun.

48 ulasan:

  1. tahniah!!! selamat hari jadi. semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat selalu...emm..kehidupan sekarang dah x macam dulu..makin meningkat usia semakin terancam dek keadaan sekeliling

    BalasPadam
  2. Kalaulah boleh diundurkan masa...hmm...ke mana hilang diri kita yang sebenar...

    BalasPadam
  3. Salam, Selamat Hari Lahir semoga dipanjangkan umur saudara dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati Allah...

    BalasPadam
  4. Aku rindukan masa kecil-kecil dulu.Suasana yang nyaman,sejuk dan keadaan yang sejahtera.

    Gadis sunti mandi bogel bersama-sama rakan lelaki pun tiada siapa yang teringin nak merogol. Adakah orang zaman dulu terlalu jahil dan kolot lantas tak mengenali erti 'perlakuan jenayah'?

    BalasPadam
  5. Peredaran masa telah membuatkan dunia menjadi semakin pesat berkembang.... dan gejala sosial, jenayah dan maksiat berkembang pesat seiring dengan peredaran zaman. Mungkin itulah kisahnya.

    BalasPadam
  6. amin moga panjang umur murah rezeki berkat berbakti.

    BalasPadam
  7. By the way bro Mazidul... seiring dengan peredaran zaman juga, sedar tak sedar hari ni dah pun hari jadi bro. Bertambah setahun lagi dalam umur. Tapi takpe... umur hanyalah satu nombor.

    Vic nak ucapkan selamat hari jadi untuk bro Mazidul Akmal Sidek, semoga dipanjangkan umur dan dilimpah ruahkan rezeki.

    Vic punya birthday Ahad ni... tp pagi td datang ofis dh ada hadiah atas meja dari kawan2 sepejabat. Maklumlah... Ahad kan cuti umum. hehehe

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Lahir Bro Mazidul~ semoga panjang umur, murah rezeki, dan dirahmati-Nya. Amin...

    BalasPadam
  9. salam mazidul,seronok baca kenangan manis masa kecil2 dulu..masa tu kita tak pernah risau akan kekurangan makanan sebab semuanya ada disekeliling kita hanya rajin/malas saja..we were self sufficient at that time..hidup aman n tak perlu risau tentang jenayah/rogol/pencuri dll ..kita membesar dalam keadaan aman..alangkah seronoknya kalau2 anak2 n cucu2 kita dapat membesar dalam suasana begitu.

    BalasPadam
  10. selamat hari lahir... memang zaman indah tahun-tahun 70an sukar dilupakan...

    BalasPadam
  11. happy birthday bro... semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki...!!!

    BalasPadam
  12. Saudara Mazidul,

    Selamat meenyambut Hari Lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan saya sekeluarga mendoakan semoga saudara Mazidul sentiasa sihat walhafiat agar sentiasa dapat 'membuka' mata masyarakat.

    Amin.....

    p/s : anak saya pun menyambut hari lahir hari ini...

    BalasPadam
  13. Selamat Ulangtahun Kelahiran (yang seumur) BRO MAZIDUL..

    semoga sejahtera selalu dan diberikan kesihatan yang baik.

    Memang sungguh indah kenangan di zaman kecil, bersama ayahbonda. Beruntung masih, agak mudah untuk ke sekolah.

    Rasanya untuk mencari KAMSIAH tidak susah (try FACEBOOK) sebab memandangkan sudah 23 tahun, tidak lah terlalu lama. Saya sendiri sudah dapat mengesan beberapa orang kawan seusia.. dengan jarak perpisahan yang sama juga. 23 tahun..

    Pasti seronok mengenang kembali saat-saat ada sorang budak tadika yang tercekik mee kuning..! hahahaha.. gelojoh sangat ker masa tu BRO? hehehehehe..

    BalasPadam
  14. The good ol' days. The price we have to pay for development.....higher crime rate....jiran pun dah x kenal antara satu sama lain....sentiasa bimbang tentang keselamatan diri, keluarga dan harta.

    Masa kanak2 saya bebas bermain di luar rumah, 'merayau' serata kampung. Tapi kini, anak2 hanya boleh bermain di dalam kawasan pagar rumah sahaja dengan dikawal rapi....nak pergi bertandang ke rumah kawan2 sebaya mereka memang saya tidak benarkan kerana bimbangkan keselamatan mereka. Pembangunan menyebabkan kita hidup dalam 'penjara'?

    BalasPadam
  15. salam, mak saya bernama Kamsiah..so, saya kenal siapa bernama Kamsiah...cuma bukan Kamsiah yang abang cari...hehe...
    itu dulu kan? tiada apa yang nak dirisaukan. sekarang, duduk dalam rumah sendiri pun boleh takut + kecut perut.

    BalasPadam
  16. salam cik mazidul... kire besday la hari nih ek (kalau salah tolong betulkan)... selamat hari lahir.... moga panjang umur.. dimurahkan rezeki... dan berbahagia selalu......

    BalasPadam
  17. Selamat Hari Lahir yang ke 43. Semoga diperbanyakkan rezeki, diberkati Allah dan dipanjangkan usia.

    Memang zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah. Malah, 15 tahun dulu saya berani meredah tengah malam di tengah-tengah Kuala Lumpur bersama rakan. Semenjak menginjak ke abad 21, saya tidak lagi berani oleh kerana banyak sekali kes-kes yang berlaku.. walaupun malam masih awal!

    BalasPadam
  18. en. Mazidul, selamat hari lahir. best kan mengimbau nostalgia lama...

    so kak faz masak xtra sedap ke ri ni?

    BalasPadam
  19. Hunny, dia akan ke Jakarta dan Bandung, esok.

    BalasPadam
  20. Salam kat semua
    Selamat hari lahir abang Mazidul..semoga Allah memberkati abang Mazidul sekeluarga dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya..

    BalasPadam
  21. selamat hari lahir yg ke 43.

    bestkan masa dulu2..semuanya happy sangat.

    BalasPadam
  22. Malam tadi dah wish awal-awal... Pagi ni nak wish sekali lagi...

    SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-43 (^_^)

    BalasPadam
  23. bro mazidul ,

    selamat hari lahir yang ke 3 ..selepas mengambil kira kehidupan kita orang lelaki yang bermula pada umur 40 tahun ...cheers

    BalasPadam
  24. epi besday bro mazidul..
    moga terus maju dan berjaya~

    BalasPadam
  25. tu belum kira pengawal keselamatan yg menggunakan senapang patah untuk kepentingan diri sendiri(baca:bukan semua)..

    apapun, selamat hr lahir bro..

    BalasPadam
  26. ...Selamat Panjang Umur, Bro!..saya naik kapal No. 43 ni..45 hari yg lalu...selamat datang!

    balik kpd kisah keselamatan zaman dulu..mmg lain sgt...sekarang nk bagi anak2 keluar main kt taman permainan pun...kadang2 bila saya ada masa nak jadi pengawal keselamatan diorang..nasib budak2 sekarang...sbb tu duk mengadap game/internet kt rumah. Mereka pasti tk dpt merasa hidup mcm kita..bebas!

    BalasPadam
  27. Selamat Harijadi bro..

    Semoga terus diberkati.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  28. WAHHHH, PANJANGNYA INTRO NAK BGTAU HARIJADI YOP HARI NIH! HE HE HE HE

    BalasPadam
  29. Bro, Selamat Hari Lahir yg ke - 43..
    Semoga terus sukses dan berjaya..

    BalasPadam
  30. selamat harijadi...

    inilah kesan daripada pembangunan yang tidak seimbang....pengagihan kekayaan yang tidak sama..dimana yang kaya akan terus kaya...dan yang miskin akan terus miskin....
    perubahan dan pendedahan budaya menyebabkan simiskin berasa untuk turut terbang sama...tp faktor kewangan menyebabkan jenayah berlaku...selain itu sekarang juga sudah berlaku keruntuhan moral yang teruk....masih ada lagi lelaki muslim duduk dipejabat semasa yang lain sembahyang jumaat...

    mungkin ini juga menandakan dunia kita sudah diakhir zaman...

    BalasPadam
  31. eh..19 yer.ingat 20hb :)

    hepi besday en mazidul..

    kenangan lama en mazidul menggamit memori zaman kecil combi jugak.ayah combi seorg kakitangan kerajaan so kami selalu berpindah randah.

    tapi apa yg best kami pernah tinggal disebuah pekan kecil yg mana berhampiran dgn kebun getah.

    setiap petang kami berkebun bersama dan ayah memberi kami biji benih pokok utk ditanam.sesiapa yg pokoknyer mengeluarkan buah ayah akan memberi hadiah.

    tahu tak apa hadiahnyer??hanya sekeping duit syiling 20 sen sahaja.tapi betapa kami adik beradik berlumba utk menang.ya allah indahnyer kenangan itu!

    kami jugak bersama dgn ayah ke sungai berhampiran mencarik kayu api dan berkubang sehingga lewat ptg.ayah sgt setia menjadi pengawal kami adik beradik walaupun seperti kata en mazidul tiada penculik kanak2.

    sayang sekali anak2 combi tak merasa semua itu lagi.

    * ngape tak ikut maam gi bandung??

    BalasPadam
  32. selamat hari lahir. Moga Allah memberkati usia anda selama 43 tahun ini dan dimurahkan rezeki olehNya selalu.

    BalasPadam
  33. Selamat hari lahir mazidur...semoga diberkati selalu...dan teruskan perjuangan..akak sokong 100%

    BalasPadam
  34. happy birthday Bro..!! Semoga Allah memberi kesihatan yg berpanjangan agar Mazidul dapat terus memperjuangkan kebenaran yg selalu dilepas pandang orang2 yg sepatutnya bertanggungjawab!

    BalasPadam
  35. Salam, secebis puitis dihari jadimu..

    "Allah selamat kan kamu......"
    "Allah selamat kan kamu......."
    "Allah selamat kan Mazidul Akmal.."
    "Allah selamat kan kamu....."

    Semoga sukses selalu.`! :)

    BalasPadam
  36. selamat hari lahir..dan semoga terus diberkati Allah..

    BalasPadam
  37. selamat hari lahir... semoga hidup diberkati dan diredhai serta diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.. amin.. =)

    BalasPadam
  38. Syukur, Bro Mazidul masih sihat.. Bro, daftarlah ke Mekah.. sementara masih kuat.. Bukan kerana nak dapat title 'Haji', tapi kerana tuntutan agama..

    Moga sentiasa dlm rahmat Allah hendaknya..

    BalasPadam
  39. Selamat Ulang Tahun... Semoga terus dilimpahi rahmat oleh Allah SWT...

    * Indah sungguh menyingkap kenangan lama *

    BalasPadam
  40. selamat hari jadi, semuga Allah memberi keberkatan dlm apa dibuat dan dirancang.

    BalasPadam
  41. selamat menyambut ulangtahun yg ke 43 bro..masih muda lagi bro,masih byk lagi tenaga dan idea

    BalasPadam
  42. Selamat Ulang Tahun, semoga hari yang mendatang lebih ceria dan bermakna.

    BalasPadam
  43. salam. tahniah kerana allah memberi sehari lagi kehidupan kepada saudara. bergembiralah dengan rezekinya itu.
    tapi saya nak usik Miey kerana kalaulah masa boleh undur...sebenarnya dalam entri saudara mazidul tekah berlaku pengunduran masa. jika tidak masakan beliau boleh imbas dan imbas detik paling manis bagi dirinya walaupun ketika itu baru berusia lima tahun.
    ada yang langsung sukar mengingati memori di kala usia lima tahun...
    apapun tahniah semoga terus berkarya...

    BalasPadam
  44. SELAMAT HARI LAHIR KE-43 Bro ~ semoga panjang umur, murah rezeki, dan dirahmati-Nya. Insyallah...

    BalasPadam
  45. maaf bro.. sya betul2 tersentuh hati...

    yup beza sungguh berbeza

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  46. Tahniah dah kepas border!... tiga tahun agar terusan menjadi lelaki yang disegani!.

    Catatan tentang kenangan lalu mengingatkan kampung saya di Lembah Kinta. Tak jauh beza penuh dengan lombong jenis dedah begitu.

    Tapi di kampung saya asyik keluar masuk lokap anak mudanya! suka curi bijih timah!.

    Agar Kamsiahnya ditemui; saya pun amat teringin jumpa kenalan lama. Tapi tak pernah berjumpa alasannya malu nak jumpa saya katanya dia telah gemuk montel.

    Sekarang saya dah boroi! takkan nak malu lagi!... kan?.

    Peliknya sahabat begini tak pula pernah terjumpa di blog! atau FB Sedangkan nama pena saya sejak berzaman memang tak pun berubah!.

    BalasPadam
  47. salam sejahtera En. Mazidul.Slmt ulang thn ke 43.smoga terus bjaya dlm karier.Saya rasa pcarian mgenai Khamsiah akan tjwb sekiranya faktor d bwh ni ada psamaan.
    1)Tadika Cina tu di kaw Tmn Garing yg bnama Tadika Yoke Ming.
    2)Cikgu Bah.adalah Pn Ramlah.
    3)Pakaian uniform warna biru.laut.
    4)Romb Tadikanya ke Tugu Negara.
    5)Keenakkan mee goreng yg bwarna merah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.