Isnin, Mac 15, 2010

Usah Jadi Batu Dan Kayu

Selamat kembali berkerja kepada semua pembaca. Hari ini Isnin, 15 Mac 2010. Saya bercuti 2 hari kerana menggantikan 2 hari bertugas pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad lalu. 3 hari di Taiping, Perak memberikan saya peluang mengenali negeri kelahiran sendiri secara lebih dekat.

Gambar: Pertemuan 999 dan nelayan tempatan

Sepanjang tempoh 72 jam berada di Taiping, pelbagai keluhan saya dengari. Antaranya, rintihan nelayan Melayu di Sungai Tinggi, Trong. Sebahagian kisah duka mereka saya catatkan di tampalan awal, baca di sini. Bacalah, jika tidak dapat membantu secara fizikal, sekurang-kurangnya, kita bersama berdoa agar nasib mereka berubah. Mereka Islam, mereka sebangsa dengan kita.

Memang tugas saya memenatkan bak kerja dilakukan buruh kasar. Berada 7 jam di laut tanpa makan dan minum bukan mudah.  Duduk di dalam sampai kayu sempit, dibuai dek ombak laut Selat Melaka, bukan pengalaman indah. Alhamdulillah, semua cabaran itu berjaya saya tempuh biarpun agak menyeksakan.

Kekadang terfikir, perlukah saya melalui semua itu jika setiap pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka secara jujur dan ikhlas? 

Dalam kes lambakan nelayan haram dari Myanmar dan Thailand di Sungai Tinggi, jika pihak berkuasa melakukan operasi berkala, memberkas lebih 60 pendatang haram terbabit, pasti nelayan  tempatan tidak merintih. Mereka mampu keluar ke laut, mencari rezeki dengan hati tenang untuk menyara keluarga masing-masing. Lagi pun, bukankah itu hak mereka sebagai warga negara?

Gambar: Nelayan Myanmar

"Selepas ini, susahlah saya nak membeli ais batu untuk menyimpan ikan. Taukeh besar ikan di sini akan boikot, tak akan jual kepada saya. Tapi tak apalah, itu soal kecil, saya akan selesaikan sendiri"

Gambar: Sebahagian daripada ratusan bot sorong

Itu antara keluhan nelayan mengiringi krew 999 sewaktu menyertai operasi bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM, memberkas nelayan asing dan menyita bot mereka gunakan, 2 hari lalu.

"Mat, someone has to do the dirty job. Kalau kita tak perjuangkan hak kita sekarang, sampai bila nasib semua nelayan di sini akan berterusan begini? Hak kita dirampas di depan mata," celah rakannya menaiki sampan bersama saya.

Apa tidaknya, nelayan asing sanggup ke laut biarpun mereka meraih pendapatan RM10 sehari. Jika hasil tangkapan kurang, mereka boleh berhutang wang kos membeli minyak bot dengan taukeh besar tersenyum lebar. Apapun terjadi, taukeh mereka tetap mengaut keuntungan daripada hasil laut 'diperah' menggunakan ratusan bot dilengkapi pukat, menyodok segala khazanah di perut laut samada kecil atau besar. Semua nelayan tahu, penggunaan bot sorong diharamkan pihak berkuasa namun taukeh ikan, pemilik bot terbabit tidak pernah peduli. Asalkan untung, pejamkan mata, jalan. 

Rumah mereka 3 tingkat, majoriti mereka berkereta mewah. 

Undang-undang? Adakah undang-undang di Sungai Tinggi? Saya difahamkan, pihak berkuasa, mereka perlekehkan.

"Ada anggota pihak berkuasa di sini, dia orang panggil, 'anggota rokok sebungkus'. Ada seorang lagi 'anggota sepuluh sen'. Mudah sangat dibeli. Bila ada aduan, dia orang pergi, lepas itu senyap sebab taukeh bagi ikan bawa balik"

Luluh hati saya mendengar dakwaan sebegitu. Luluh seluluh-luluhnya.

Gambar: Bot sorong 'haram' di hadapan mata

Cuma saya difahamkan, kes terbaharu penahanan 2 taukeh ikan kerana cuba menyuap pegawai APMM minggu lalu sedikit mengoyahkan mereka. Kepada pembaca tidak berpeluang menonton siaran 999 minggu lalu, saya ringkaskan kisahnya. 2 minggu lalu krew 999 menyertai operasi APMM menahan nelayan warga asing di Sungai Kerang, Trong dan pihak berkuasa terbabit menyita 7 bot milik 2 taukeh ikan dari kawasan sama. Taukeh terbabit dirakam sewaktu menawarkan imbuhan wang tunai RM35,000 kepada komander APMM Wilayah Utara untuk 'menebus' bot mereka. Bagaimanapun usaha itu gagal, sewaktu pembayaran dibuat di hotel terkemuka di Ipoh, suspek berusia lingkungan 50 dan 60 tahun dicekup kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Di awal pertemuan dengan nelayan 13 Mac lalu, kisah berikut mereka kongsikan.

"Baru-baru ini ada nelayan kita meninggal dunia, bot dia sengaja dilanggar dek bot nelayan Myanmar. Ada barua Melayu jadi orang tengah 'kautim' dengan keluarga arwah, taukeh bagi RM6,000.  Memang RM6,000 banyak bagi orang susah. Tapi, itu kah saja nilai sebenar nyawa dia?"

Saya terkedu. lidah kelu buat seketika. Tidak terfikir langsung nasib nelayan Melayu diperkotak-katikkan sehingga begitu sekali.

Gambar: Penempatan dan bot sorong nelayan warga asing

Semalam saya meminta penerbit 999, Shahnun Hanif untuk merakamkan penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia berhubung penggunaan bot sorong terbabit. Barangkali kakitangan beliau di Trong tidak pernah melihat nelayan asing itu bebas bergerak menakluki Sungai Jarum Mas menggunakan bot haram.

Pada masa sama, saya ingin mendapatkan kerjasama kakitangan Jabatan Imigeresen mengambil tindakan menahan semua pendatang haram kini bermastautin di kawasan sama. Tahan mereka samada di atas bot, di rumah atau sedang menagkap ikan, jika perlu. Bangsat selama ini menghimpit kehidupan lebih 700 nelayan Melayu.

Jika nelayan warga asing boleh mendabik dada dan berlagak bak raja di negara kita, kita ini apa? Batu? Kayu?

Andai ada sebilangan penguatkuasa berhasrat menjadi batu dan kayu, itu mereka, bukan saya. InsyaAllah saya akan mencuba sedaya upaya membantu melenyapkan rintihan duka nelayan sebangsa dengan saya.

17 ulasan:

  1. mmmmmmmmmmmmmmm...
    entahlah

    kdg2 rasa geram ngn semua nih












    pdhal nelayan sumber kekuatan kita skrg
    tanpa mereka...mammpoo ke kite nk mkn ikan?














    ngahahahhaha~

    BalasPadam
  2. Anggota penguatkuasa dipanggil dengan pelbagai nama bukan perkara baru bro....dah lama dahh...pun salah anggota itu sendiri...bukan nak menghina anggota beruniform...tapi majoriti antara kita memang ada pengalaman yang kurang elok dengan mereka....especially 'kuda putih'...

    Sesiapa yang pernah kemalangan dan membuat urusan tanpa 'ulat'....tahu la akibat nya...

    BalasPadam
  3. Salam BRO MAZ..

    selamat bercuti dan selamat berehat...

    Benar, rintihan insan nelayan yang tidak pernah berkesudahan...
    tidak pernah nyaring tapi sayu..
    bukan simpati tapi mengharapkan prihatin...

    Entah bila bakal berubah, sedangkan laut dan pantai itu sudah berdekad berubah-ubah...

    BalasPadam
  4. Sedih betul dengar nasib nelayan kita. Kalau kita sebagai orang awam pun tersentuh inikan pula orang2 penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan mereka. Takkan sanggup jual maruah dengan hanya sebungkus ikan atau sekotak rokok?
    Memang kecewa sangat......

    BalasPadam
  5. krn pekara ini berlaku mnjadi salah satu punca knapa kta masih import ikan dr negara luar.padahal kta malah kanak2 kecil tahu bahawa lautan itu amat luas.ttp dek kerakusan manusia dan juga sibatu serta sikayu di kalangan pemegang kuasa menyebabkan kta mnjadi pengemis dinegara sendiri.

    BalasPadam
  6. gadaikan jawatan itu jika rasa tak ikhlas dan jujur..cukai dari rakyat..kita kita..kerajaan..dari kita.


    masyuk yang diutamakan.rembat selagi dapat,.

    sikap tolong tengok apa yang picang sesama jabatan..bukannya tolong nasihat..

    BalasPadam
  7. cuti? saper approve ni? heheh ok ok selamat bercuti.

    kita ada agensi penguatkuasa ker? Sejak bila? Apa nombor telefon mereka?

    BalasPadam
  8. Hazrey, cuti (sendiri) approved.

    Agensi penguatkuasa eh? Agensi penguatkuasa ... apa tu? Tak berapa nak faham.

    Vic, hebat, gambar masuk Sinar Harian.

    BalasPadam
  9. salam... tiada kata-kata dapat dikeluarkan... hanya rasa simpati terhadap nasib nelayan tempatan... di mana-mana begitulah keadaannya - tertindas...

    BalasPadam
  10. Kadang-kadang, kita memerlukan kedatangan org luar utk mencelikkan mata penduduk tempatan terutama aspek mencari rezeki sekalipun org luar datang dengan 1001 macam punya cara.

    Harap-harap agar penguatkuasa berkenaan tidak memberi jawapan kekurangan anggota sebagai alasan sbb alasan sedemikian layak utk diketengahkan dlm Raja Lawak ajer.

    Tapi la kan, ke mana pergi persatuan nelayan situ (kalau ader la) atau apa yg nelayan tempatan dah buat dlm mempertahankan hak mereka?

    Kalau dah dibuat pelbagai cara menerusi pelbagai saluran, masih tak materialized, then something wrong ngan pihak berkuasa.

    Anyway, keep doing what you are doing Bro...

    Heheeheee...

    BalasPadam
  11. Kesian pada nelayan kita yang merempat dinegara sendiri. Duhai semua pemimpin dengarlah rintihan rakyat, tak perlulah terlalu banyak politiking sedangkan nasib rakyat kita tak terbela. Dah banyak kejadian rakyat kita tidak didahu lukan, moga PM kita boleh memacu perubahan ni. Siapakah nak membela mereka. Tuan mazidul, teruskan usaha mulia tuan.

    BalasPadam
  12. Saya sokong kisah2 sebegini dijolok. Alang2 dijolok biar sampai terperosok si bongok & si tengik. Luruskan mana2 yg bengkok agar yg buruk menjadi elok.

    En. Mazidul, lain kali bwk bekal Kurma okay - Dapat mkan 7/8 biji kurma kosong tanpa Badam boleh cover rasa lapar (Dgn izin ya.. baca : kalau diamalkan 7 biji sehari boleh mematikan virus/kuman di dlm perut & berdiet tanpa disedari).

    BalasPadam
  13. terimakasih Mazidul,
    saya terharu atas semangat anda yg ingin membantu rakyat kita dari merempat di tanah air sendiri. Walau kita tidak mempunyai kuasa tapi kita mempunyai cara. Kalaulah semua rakyat Malaysia mempunyai semangat kenegaraan yang kuat, kes-kes sebegini tak akan terjadi... sungguh memualkan.

    BalasPadam
  14. hmm..malaysia tanah airku..lubuk emas kepada bangsa asing...

    BalasPadam
  15. saya yakin perkara hanky panky yang didedahkan akan mendapat perhatian pihak berkuasa.

    betulke ?

    BalasPadam
  16. ... di mana-mana pun nasib nelayan kita tak jauh bedanya; perairan kita sering dicerobohi; pukat tunda tak dibenarkan di persisiran pantai tapi mereka belasah juga...

    Masalah di Sungai Tinggi ini sebaiknya mendapat perhatian kerajaan kita; ianya melibatkan ancaman kpd nelayan & kehidupan laut di hutan bakau sana. Ini bukan masalah kecil.

    Undang-undang telah ada tetapi ada yang tak telus di sana sini; Tauke (istilah bahasa baku) yang tamak ini kenalah ditangkap demi menjaga periuk nasi kaum nelayan kita.

    Perlu disegerakan!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.