Rabu, Mac 10, 2010

Jika Mahu Menipu Ejaan Biar Betul!

Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS melalui kenyataan Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengharamkan penggunaan sijil dan logo halal dikeluarkan syarikat swasta di Selangor. 

Sebentar tadi saya menerima emel dikirim kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Faedzah Fuad (baca: terima kasih).

Namun kes ini, pada hemat saya tiada hubungkait dengan logo halal dikeluarkan syarikat swasta.

'PPIM telah menerima aduan daripada pengguna berkenaan logo halal 'Jabatan Baru' diambil pada 7 Mac 2010 di Carrefour, Kota Damansara. Sila rujuk lampiran gambar atau laman web PPIM'.

Aduan terbabit berhubung logo halal di bungkusan kentang goreng berikut.


Ok. Di mana salahnya?

Teliti logo halal berikut apabila dibesarkan.


Baca ejaan 'Jabatan Baharu' terbabit.

Haaa! Jangan ketawa!

27 ulasan:

  1. isk-isk...banyak salah eja tu..

    DEPARTMENT atau DEPARTMANT?

    BalasPadam
  2. bahasa melayu eja pun salah,
    bahasa english pun salah jugak..

    BalasPadam
  3. Ini baru betul la yang di katakan gila kentang..
    hi3..

    BalasPadam
  4. Jabatan Kemahjah tu maksudnya...
    "Jabatan Kemas Je Lah" (Produk ko tu)... kemas2 masuk2 lori JAKIM ye....

    BalasPadam
  5. Azrul, 'DEPARKMANT' ejaannya tu. Bahasa apa eh?

    Ju, 'kentang gila'.

    Sue, betul kedua-duanya HANCUR!

    Vic, Jangan buat lawak, boleh tak? Hu! Hu! Hu!

    BalasPadam
  6. dua-dua ejaan salah..
    tapi kalo dah membeli..
    jarang negok menda macam 2..
    maen sauk je...

    BalasPadam
  7. adoii..FAIL!!
    ni penipu tak educated. tunggang langgang ejaan.

    JARATAN KEMAHJAN??
    DEVELOPmANT DEPAKTMANT??

    BalasPadam
  8. Gila kentang la...

    kalau teman sure xsedar ade kesilapan ejaan..

    Vic | mu buat diriku tergelak... ada betulnya

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  9. adoilahaaaiiiiiii bro, banyak betul citer lawak hari ni... tak larat dah nak gelak gulen2 lagi... ni dah nak Kemas Je Lah... huhuhu

    BalasPadam
  10. kantol di situ..seb baik ejaan lain ok..kan tak psl2 'jabatan' jadi 'jambatan' ..lagi haru kan..

    BalasPadam
  11. ya la..lain kali kena peka klu beli brg kan??:)

    BalasPadam
  12. hurmmm...sape la yg x reti ngeja sgt tuh...adoih...

    pasni ku bawak mag glass la pegi beli barang...kut ade eja salah lg bule buat bahan...huhuuu

    BalasPadam
  13. haha..skrg ni mcm2 cara nak menipu.kne bwk kanta pembesar utk cek setiap logo halal.huhu..

    BalasPadam
  14. uish...sekali pandang mmg x perasan
    bila teliti baru perasan...bahaya betul...lepas nie nk beli barang kena betul2 teliti la

    BalasPadam
  15. skali tgk memang org xkan perasan. moral of the story: jangan cek logo halal sambil lewa. asal nampak word halal malaysia je bedal terus.

    BalasPadam
  16. mmg byk logo sbegini, ingatkan salah cetak tupanya cetak rompak ya

    BalasPadam
  17. susah sangat ke urusan nak dapat sijil ori?

    mahal sangat ke nak kena bayar utk dapatkan sijil halal?

    keuntungan sehari akhirnya rugi setahun...

    BalasPadam
  18. apa ciri2 keselamatan cop halal malaysia ni ea?

    cmna org nk bezakan yg ori dgn yg betul?

    yg ni ok lagi.. org tu salah eja.. klu ada yg betul ejaan cmna?

    BalasPadam
  19. mmm..banyak sangat masalah dalaman ni!

    elok jugak penswastaan pengeluaran sijil halal ni dihentikan serta-merta kerana lebih banyak mengundang musibah drp kebaikan.

    BalasPadam
  20. Salam... saya tergelak membacanya tetapi selepas itu saya jadi sedih sebab saya penah beli jenama tersebut tanpa memerhatikan keaslian tanda halalnya... :S

    BalasPadam
  21. umi_e ... harap-harap ianya halal sebab kentang takkan ditaruh lemak pelbagai!

    hati-hati lain kali

    BalasPadam
  22. ni barang syarikat melayu... sokong la orang mly..

    BalasPadam
  23. Apa tindakan yang telah diambil untuk kes ini?

    Ada update?

    Silap-silap produk ini masih dijual, beserta dengan logo pelik ini...?

    BalasPadam
  24. pada pandangan saya, salah ejaan tu MEMANG DISENGAJAKAN! Alasan saya : logo dikeluarkan oleh jabatan yg tidak wujud. Biasalah ni mungkin kerja peniaga cina pada pendapat saya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.