Khamis, Mac 18, 2010

"Mak Cik Tak Puas"

"Mak cik tak puas jadi kena ada alat bantu"

Itu komen 'pak cik', berusia 52 tahun, pembeli aksesori seks. Maksudnya, barangan dijual di premis tetap mahupun di kaki lima mendapat sambutan pengguna pelbagai usia.

Sejak akhbar Kosmo 'memanaskan' isu penjualan pelbagai gajet seks secara terbuka di pusat membeli-belah, banyak pihak mula membuka mata lebih luas sekaligus mengambil tindakan. 2 hari lalu, polis dan pihak berkuasa tempatan, PBT melakukan serbuan antaranya di Kuala Lumpur, Subang Jaya, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

Untuk rekod, tinjauan terkini wartawan 999 mendapati aksesori sama turut dipasarkan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan secara terbuka di siang hari.

Wah! Tidak kurang hebatnya negeri Cik Siti Wan Kembang.

Berikutan itu saya berasa agak terkejut apabila 2 menteri mendakwa tidak mengetahui kegiatan penjualan gajet seks diimpot dari China dan Jepun kepada pengguna tanpa berselindung.

Jam 9 malam ini, 999 akan menyiarkan laporan khas bertajuk 'aksesori terlarang'. Bertujuan melengkapkan laporan itu, 4 hari lalu saya menghubungi pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL. Kata beliau, penguatkuasa DBKL diarah melakukan pemeriksaan di beberapa premis menjual aksesori terbabit di ibu kota. Bagaimanapun, sehingga kini saya tidak dimaklumkan berhubung perkembangan terkini usaha itu.

"Kita serbu 7 premis di Sungai Wang Plaza. 5 sempat tutup, 2 kedai kita rampas barang anataranya alat menyerupai kemaluan lelaki (baca: dildo dan vibrator), 2 tangkapan dibuat," ujar pegawai polis menelefon saya.

Hairan, DBKL dihubungi, polis membuat serbuan dan tangkapan.

Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM dilapor memulakan siasatan ke atas PBT tetapi Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull enggan mendedahkan PBT mana satu secara spesifik . Dalam pada itu, 2 mufti meminta penjualan aksesori terbabit diberhentikan dengan kadar segera.

Melalui tinjauan 999, patung perempuan plastik, 'doll', lengkap dengan payau dara dan 'organ pembiakan' palsu (baca: boleh dilipat) dijual dengan harga lebih RM1,500. Terfikir, jika tiada pembeli masakan objek itu dipasarkan. Siapa pembelinya? Bila digunakan? Adakah prestasi seks 'doll' itu lebih memberangsangkan berbanding perempuan sebenar?

Mengarutlah.

Benar kenyataan akhbar, sedang pihak berkuasa 'menyelongkar' premis perniagaan tetap, peniaga individu menjual aksesori bantuan seks di Chow Kit Road, Kuala Lumpur tetap tersenyum lebar. Hampir setiap kali, mereka berjaya memboloskan diri sebelum penguatkuasa PBT tiba di lokasi. Hidung mereka tajam, pendengaran mereka bak telinga lintah, barangkali. Mereka tidak memiliki kedai, tutup dan kunci sahaja beg 'James Bond' mengandungi barangan jualan terlarang dan cabut.

Jelasnya, kegiatan penjualan gajet seks sudah lama berlaku, cuma tiada usaha pencegahan secara konsisten dilaksanakan. Fakta itu diketahui umum kerana masyarakat tidak buta dan tuli.

Saranan saya kepada DBKL, selain daripada sibuk menyaman pemilik kenderaan dan peniaga kecil, letakkan beberapa penguatkuasa di Lorong Haji Taib, Chow Kit untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit menjual aksesori seks di kaki lima kedai, biar 'pak cik' belajar cara memuaskan isterinya tanpa menggunakan peralatan palsu pada usia emas.

35 ulasan:

  1. Boleh nyatakan area mana menurut penyiasat 999 kat wakaf che yeh.? Saya telah pergi untuk meneliti bersama beberapa kawan untuk survey sebelum membuat laporan. Ada tengok juga area pasar tapi tiada sebarang jualan, lagipun pasar ditutup menjelang tengah hari.

    BalasPadam
  2. Salam... macam-macam kes kan..

    * tapi ada yang memerlukan alat bantu itu seperti yang dinyatakan oleh si pakcik :p

    BalasPadam
  3. Betul tu Bro Mazidul..
    sangat2 setuju. Pemantauan dan serbuan perlu dibuat hari2. Dengan cara tu baru kita boleh melumpuhkan terus perniagaan haram ni. Bukan buat serbuan kena cucuk je. Tak cucuk tak jalan... kena cucuk bontot baru nak gerak sikit.

    Saya cadangkan buletin tv3 kul 8 malam tu adakan satu segmen khas serbuan penguatkuasa. Jadi tiap2 hari penguatkuasa akan melakukan serbuan tak kira walau apa jenis kesalahan pun. Ini tidak... nak tunggu 999 esscort, 360 escort baru nak buat kerja. Baru dapat tangkap 2 tokey kedai... 800 lagi dah terlepas konon mcm berjaya sangat. Biar hari2 ada serbuan... baru nampak kesungguhannya..

    p/a: sambil2 tu nak taip dan emel surat kat tv3 pasal cadangan segmen serbuan tu.

    BalasPadam
  4. Mazidul! Pak Cik 52 tahun tu patut2nya dah dok kalut pegi cari kitab2 agama, buat tambah bekalan... bukan cari alat bantuan seks! MasyaAllah...

    BalasPadam
  5. Bro,

    Pakcik 52 tahun itu, makciknya umur berapa? Kalau makciknya umur 25... ahem... 25 vs 52, logiklah tak puas...

    Jangan mengidam pucuk muda,
    Jika diri tak berdaya

    Hik... hik...

    BalasPadam
  6. makcik tengah umur 30an ,hhee.

    Wakaf Cheh , umpama barangan Siam Mali..ada Siam ada situ.

    BalasPadam
  7. Abe Joe,

    lokasi pasar Malam Wakaf cheh Yeh., terbuka dan terlindung seumpama ubat dan jamu kuat, cuba susuri semua lorong jualan kain baju, gajet dll.

    Cuti2 sekolah banyak bas Pelancong yang berhenti di tepi jalan ..itu la pasar malam Wakaf Che Yeh.

    BalasPadam
  8. bahagian mane ek kat wakaf che yeh tuh...dah bertahun2 saye "bergelumang" di area wakaf che yeh tuh..tapi tak pernah nampak pon...

    BalasPadam
  9. info:

    Di Mid valley tahun 2000 lagi dijual secara terbuka...masih tak nampak oleh PBT..

    BalasPadam
  10. Lepas ni we should see a program Serbu, hasil cadangan Vic Diana. Rajin sungguh diana.

    Ehh bro, ni bukan the same pakcik kat Kipmart Tampoi ker? lols lols lols

    BalasPadam
  11. di klang parade tingkat 1 ada dua kedai yang menjual alatan seks. satu kedai yang ketara nampak terbuka menjual kondom pelbagai perisa. pernah nampak budak sekolah masuk ke dalam kedai ni. spesies alat lain tak tau ler ada ke tidak sebab tak masuk dalam kedai.

    kedua satu lagi diberi nama notti kalau tak silap. agak terlindung dan rasa malu nak pandang.ada juga alatan sebegitu yang dijual (menurut kata kawan satu office yang penah masuk beramai-ramai tengok)

    BalasPadam
  12. hazrey : vic mmg rajin, takkan baru tau kot.
    :P

    BalasPadam
  13. Alasan demi alasan:

    Jika buat serbuan hari-hari, berapa kos utk bayar pekerja yg kerja lebih masa?

    Begitulah budaya kerja setengah2 jabatan...

    *Kesian Pakcik tu kan? Patut kena belajar dari kita kita ni, kan? kan? hahahahaha!

    BalasPadam
  14. Kedai dekat pusat beli belah d subang jaya itu sudah lama saya perasan berniaga.

    Ingatkan penjualan alat bantu seks tu tidak dilarang, mayb sebab itulah kedai tu masih beroperasi. Tengok skrg, sudah kena serbu.
    (tidak masuk k, tengok dari jauh je) Hoho..

    BalasPadam
  15. doakan Diana agar menjadi Lembaga Pengaran salah satu stesyen TV.Amimmmmm..

    syer is caringg

    BalasPadam
  16. makcik tu bernafus besar sgt kot..takpon masalah kt pakcik tu kot..ala, bkn takat pkcik yg tak gheti nak puas, bdk2 muda pon ramai...

    BalasPadam
  17. he..23x entah2 pakcik tue risau makciknya makan diluar...

    dah berbalik pada kes si isteri curang men dgn laki len he..23x

    pusing2 tang tue gak..

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  18. salam mazidul, sepatutnya pak cik n mak cik menghabiskan masa baca quran, beramal ibadat kerana rumah kata pergi kubur kata mari dalam seusia emas begitu.. itulah gambaran dunia dah dekat nak kiamat..pelbagai iblis menyelinap masuk kedalam otak manusia ni..

    BalasPadam
  19. Nafsu oh Nafsu!
    Walaupun tidak bersuara, ramai yg memperjuangkannya.
    Walaupun sukar menundukkannya, memang ramai yg tunduk kepadanya.

    BalasPadam
  20. En. Mazidul,

    Bersempena dengan tarikh 19hb Mac 2010 ini, Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat En. Mazidul. Semoga semalam, hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang dipenuhi dengan segala macam kisah suka dan duka.

    SUKA akan membuatkan kita gembira, bahagia dan sejahtera.
    DUKA pula akan menginsafkan dan mematangkan diri dan dapat pula diteladani oleh kami, sahabat Bloggers mu.

    BalasPadam
  21. x pernah pulak jumpa n tahu ia pun ada kat wakaf che yeh!! ahakk

    BalasPadam
  22. Chanz,

    jika cerita ini belum keluar TV3 malam tadi,sdr boleh terjumpa sekali dua dalam sebulan di sudut antara jalan belakang pentas Dataran Ilmu pada pagi Jumaat(hari ini)..jika nasib baik.

    BalasPadam
  23. salam boss...

    setau saya pasar wakaf che yeh xjual gajet seks.. tetapi yg bnyaknya ialah ubat2 tahan lama and "kuat" yg dijual secara haram..

    anyway, saya nak tau jgk... knapa gajet seks ni diharamkan penjualanya.. adakah disebabkan konon2nya sentimen masyarakat melayu yg sensitif.. bg saya, ungkapan masyarakat melayu ni sensitif dgn bnda2 ini hanyalah ayat ekploitasi shj..

    tgk lah pakaian anak muda kita skrg.. tgklah cara hidup mereka.. mata kita masih menjamu dan menerimanya.. walpun ianya anak sendiri... kita xpernah sensitif pun...

    BalasPadam
  24. Dulu masa belajar kat UM, jalan2 kat Midvalley tu nampak kedai jual alatan seks...terfikir gak dalam hati, kedai macam ni pun boleh terlepas ke ngan pihak PBT??

    'Makcik' tak puas? ni mesti pakcik tu kahwin dengan pucuk muda..haha

    BalasPadam
  25. syok sendiri ni susah la nak cakap..apa barang kalau tak ada tindak balas dr pihak lawan.. :)

    BalasPadam
  26. Tongkat Ali boleh jual meluas. kacip fatimah juga boleh jual secara bebas. viagra pun boleh, dengan preskripsi doktor. Seks adalah keperluan asasi manusia yang dianugerahkan Allah swt sama seperti deria makan, minum. Tiada seks, tiada kesinambungan keturunan manusia. Kalau makan minum kita selalu menukar menu, asalkan halal, apa bezanya seks, kita tukar cara asalkan halal? Jangan jadi hipokrit, mengatakan pak cik berumur 52 tahun tidak perlu seks, dan disarankan mengaji buku dan kitab ugama. Hidup mesti ada imbangan - ugama, seks, makan,minum , ini semua fitrah manusia. Haramkah menggunakan alat bantuan seks, biar dildo atau patung , kalau ia tidak melibatkan zina? Hukum memakan tongkat ali, kacip fatimah, herba menguatkan daya seks? JAKIM sila jawab...

    BalasPadam
  27. Err...maybe kedua-dua menteri tu tak penah jalan-jalan kat shopping complex cikai2 kot.

    BalasPadam
  28. Isk! Zul ayat Zul ni sama sahaja;

    Jika boleh dikawal untuk pasangan dingin seks sahaja membelinya mungkin okey!; ramai juga pasangan suami isteri yang berumur ini dingin seks; Ini tak dinafikan. Saya pernah baca pakat seksologi pernah bahaskan ini. 80% pasangan dingin seks ini perlukan bahan rangsangan. Tongkat Ali atau Kopi Jantan mungkin tak dapat membantu.

    Isunya jika terlampau dipasarkan bebas banyak akan berlaku perkara buruk!; itu yang VIC marah amat.

    Sebenarnya saya sejak berzaman rasa malu jika dijual kondom di depan kaunter bayaran. Anak-anak suka sentuh kotaknya sebab ianya menarik!.

    Tak boleh ke disyaratkan letak tempat tinggi yang kanak-kanak tak dapat capai untuk jualan kondom ini?.

    BalasPadam
  29. "mak cik tak puas" ni patut dihantar ke israel. kita tengok samaada dia utamakan nafsu atau keselamatan diri atau akhirat

    BalasPadam
  30. Saya takut saya sorang je lain pendapat rupa2nya IDAN pun sama pendapat. Saya dah lama tenguk kedai ni ,tak pernh masuk pun tapi tak pula rasa pelik cuma saya rasa kedai tu advance dan daring.Bila baru2 ni semua kedai tu di serbu saya jadi hairan ,eh eh salahke kedai tu jual barang2 tu atau mungkin ada permasalahn yg lebih besar yg saya tak tahu.
    Tapi kalau tanya saya barang2 tu mungkin bagi sesetengah orang asal tidak disalah gunakan mungkin perlu untuk ransangan dan kepuasan yang jadi salah bila belum kawen pun dah beli benda2 ni ...

    BalasPadam
  31. SDr Idan, Zul,

    undang Lord Read yang pertama diutamakan, Law Islam yang kedua.


    alasan : negara berbilang kaum..

    BalasPadam
  32. Hidup ini kalau dah bertuankan seks, alamat jahanam lah dunia. Sampai budak sekolah pun teringin nak cuba kalau asyik fikir pasal seks 24 jam. Banyak benda lain patut difikirkan...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.