Sabtu, Februari 27, 2010

PLUS Tunggu Mangsa Ke 10?

Sebelum ini saya mengesyorkan PLUS menunda kenderaan berat rosak (baca: di lebuhraya kendalian PLUS Expreessway Berhad ) ke lokasi lebih selamat, baca di sini, kerana itu tanggungjawab syarikat. Bagaimana kaedah digunakan? Saya tidak berminat untuk tahu kecuali jika PLUS berani membuat kenyataan bahawa menunda kenderaan berat rosak di lorong kecemasan BUKAN sebahagian daripada tugas wajib dilaksanakan.

Untuk rekod, 3 kemalangan mengorbankan 8 nyawa sebelum ini berlaku akibat kenderaan ringan merempuh bahagian belakang lori dan treler (baca: samada pemandu berehat dan kenderaan mereka rosak) di letakkan di lorong sama.

Semalam, insiden berulang lagi. Mohd Fazli Mohamad, 27 tahun maut apabila van dipandunya merempuh belakang lori di Kilometer 331 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah, Perak. Manakala, rakannya Mohamad Ramli Zamri, 30 tahun mengalami kecederaan parah.

Maksudnya, sepanjang bulan Februari sahaja, 9 nyawa melayang akibat kes sama. Memang diakui, ajal maut di tangan tuhan tetapi apa tindakan PLUS untuk mengelakkan kejadian berlaku? Sedangkan PLUS sedar usaha meletakkan kon keselamatan di belakang lori tidak begitu berkesan membendung kemalangan daripada terjadi. 

… atau PLUS sedang menunggu mangsa ke 10 dalam jangka waktu terdekat?

5 ulasan:

  1. Salam ,

    Nak tunggu menteri2 yg berpangkat besar ???baru nak ambil tindakan ????
    apakah nyawa orang awam @ rakyat x bernilai ???? cuba fikirkan jika org terlibat tu anggota keluarga mereka apa tindakan mereka??

    May their soul rest in peace .
    *kemalangan dapat dielakkan ,tapi manusia sendiri yg lalai dan mengendahkannya..

    BalasPadam
  2. Sepanjang pulang dari Segamat (Johor) ke Shah Alam semalam... tak kurang 5 kemalangan yang saya tempuh.

    Paling ngeri melibatkan tak kurang 5-7 buah kereta. Ada mangsa yang tersepit dalam kereta. Walaupun bomba telah sampai terpaksa menunggu bomba untuk mengeluarkan mangsa.

    Tak sampai beberapa km di hadapan. Sebuah kereta dihentam sehingga terbabas ke jalan bertentangan. Rompong sebelah bonet keretanya sehingga semua beg dalam bonet tercampak keluar. Di antara beg boling, teddy bear dan beg pakaian. Bila tengok teddy bear putih yg comel tercampak di tengah jalan, terasa sayu. Mungkinak kecil dalam kereta.

    BalasPadam
  3. Kesian..sungguh malang sekali..

    semoga kejadian sebegini akan membuka mata..yg penting membuka minda pihak2 yang terlibat untuk harus lebih bertanggungjawab..

    Kadang2 ada orang merasa mereka sangat penting, sampai tak fikir nasib orang bawahan, nasib pengguna..

    BalasPadam
  4. Dah terhantuk baru nak terngadah budaya di Malaysia - biasa sangat.

    Tapi dah sampai pecah kepala, putus segala anggota sampai ke alam barzakh tetapi tindakan masih lembab - memang luarbiasa.

    BalasPadam
  5. Bila teguran tak diterima, bila kejadian berulang atas kelalaian kita, bila pihak berwajib sekadar tahu mahu ambil tol sahaja tanpa memikir keselamatan pengguna.

    Apa yang kita boleh buat.

    Apakah terus berkorban nyawa.

    Perkara begini sebenarnya sejak lama telah disuarakan tapi nampaknya tak ada pihak yang ambil tahu. Kecuali keluarga VVIP atau VVIP itu sendiri yang berkait dengan jalan raya terkorban dengan keadaan yang sama!.

    Itu pun belum tentu jika PLUS memang insani yang berdegil.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.