Rabu, Mac 03, 2010

Ayuh Goyang Yuk!

Di Facebook, saya kemukakan soalan 'Ramai lelaki Malaysia jatuh cinta dengan perempuan Indonesia. Perempuan kita 'koman' ke?'

Lalu sebilangan perempuan terusik dengan soalan itu, lelaki seperti biasa lebih bertenang melontarkan komen mereka (baca: cool, calm and collected).

Lelaki tempatan mengahwini perempuan Indonesia sebagai isteri kedua. Adakan? Ada. Jadi itu fakta. Sebahagian lagi sanggup menyimpan perempuan Indonesia sebagai kekasih gelap (baca: macam tajuk lagu nyanyian Once) mereka. Adakan? Adakan? Ada. Jadi itu fakta.

Belum lagi kes suami, lelaki tempatan terpikat lalu mengahwini pembantu rumah perempuan Indonesia. Adakan? Ada. Itu juga fakta. Usah sewenang-wenangnya menuduh lelaki itu gatal, miang dan mata keranjang, itu semua sifat nama berbentuk klise.

Andai percintaan dengan perempuan Indonesia ditentang hebat dek isteri pertama, anak  atau ibu bapa, segelintir lelaki Malaysia nekad berulang-alik ke negara jiran untuk memenuhkan tanggungjawab zahir dan batin kepada isteri kedua mereka. Pernah mendengar kes sebegitu? Saya tahu jika anda pembaca perempuan, pasti akan menganggukkan kepala. Stop! Stop! Angguk sekali cukup nanti orang di sebelah menjeling, hairan. 

Bak kata Inul 'Ayuh goyang yuk!'. Namun hakikatnya, bukan semua perempuan Indonesia mahir bergoyang seksi seperti Inul (baca: ibu ibu, bapak, bapak, maafkan lah ...) tetapi mereka tetap mampu menambat hati lelaki tempatan.

Adakah kejadian itu berlaku kerana perempuan Indonesia begitu sinonim dengan pemakanan jamu? Lalu tubuh langsing mereka lebih menarik perhatian lelaki negara ini? Mungkin tidak. Perempuan Malaysia juga tidak kalah memakan jamu malah golongan lebih berkemampuan turut berpeluang membuat rawatan muka, mandi lulur, bersenam di gimnasium elit dan ikhtiar terakhir mereka (baca: bagi kelompok pemalas), mencucuk muka dengan botox. Cucuk! Jangan tidak cucuk! Misi mereka sama, untuk kelihatan jelita. Namun, malangnya perempuan Indonesia juga menjadi buruan lelaki tempatan.

Memang seribu satu alasan boleh dikemukakan.

Terhebat, dakwa sahaja perempuan Indonesia sering menjadi pengamal ilmu hitam, 'mandrem' untuk menarik dan memikat hati lelaki Malaysia. Ha! Ha! Ha! Jangan buat lawak jenaka. Sebilangan perempuan tempatan dilaporkan lebih hebat berkawan dengan syaitan (baca: mengamalkan ilmu hitam dan sihir) malah ada sanggup membomohkan lelaki tetapi hati mereka tetap dimiliki perempuan Indonesia.

Hebatkan perempuan Indonesia?

18 ulasan:

  1. salam... perempuan Indonesia atau Malaysia sama saja kalau pandai menambat hati pasti ada lelaki yang tergoda :p

    * lelaki yang tertawan oleh perempuan Indonesia mungkin kerana hatinya telah dicuri oleh perempuan itu agaknya ;)

    BalasPadam
  2. Salam En Mazidul.
    Tiap hari ikuti tulisan sdr.Mama nak cadang sesuatu..sdr masuk dlm blog aku sebutir pasir..ada kat link mama,.kisah perjalanannya ke 44 negara sungguh menarik..dia jua akan keluat buku travellong turki , nanti ada kat booth G03 dew tun husin pwtc masa pameran buku. Menariklah kalau sdr dan tinjau dan promo buku dia..bkan senang nak tgk anak melayu berkelana di negara Balkan, iceland dll tu..dia skrg kat dublin..Terimakasih, mama ni pengikut sdr..

    BalasPadam
  3. Setuju pmpn Indon ramai kaki mandrem! officemate saya ni dulu cukuplah garang ngan bini dia. Anak dah 2 orang - comel2~!

    Lepas tu dia jatuh cinta dengan pembantu rumah Indon jiran depan. Lepas kahwin ngan Indon tu, dia ceraikan isterinya (kerana isteri tak sanggup bermadu). Semenjak kahwin dengan Indon, dia tak pernah jenguk anak2nya, nafkah jauh sekali. Ibu bapa dan keluarga pulaukan dia kerana marah dengan tindakannya. Dulunya singa skang ibarat tikus, ikut aje cakap bini Indon. Apa je yg dibuat mesti call bini Indon - mcm daily report.

    Duit gaji 80% hantar kampung isteri bina rumah besar di Indonesia. Walaupun banyak duit tapi sentiasa sengkek. Mcm mana la tak konfiden yang dia ni kena mandrem. Kawan2 pmpn ofis dh banyak nasihat, ada yg nak bawa dia berubat tapi tak dilayannya. Balik2 kita yang kena tengking. Apa nak kata..?

    BalasPadam
  4. malas dah ler nak ulas kat sini sebab sy dah ulas panjang lebar kat facebook hehehe ...

    BalasPadam
  5. Salam, bagus artikel ni. Boleh memberi kesedaran + peringatan kepada segenap umat..Saya ada satu contoh terbaik, dia seorang yg ada talian darah dengan saya. Dia mengahwini seorang wanita Indonesia hingga mendapat 2 cahaya mata. Dua tahun lepas mereka bercerai kerana tak ng. Hingga terpaksa berhenti kerja. Sampai la ni masih berubat dan ssehaluan lagi. Malangnya kerana dendam, si isteri telah "witch doctor" kan si suami. Mcm2 dugaan yang datang dan syukur alhamdulillah boleh dikatakan hampir pulih. Begitu lah penangan dendam dari bekas isteri dia..

    BalasPadam
  6. Oooooo kalau lelaki tempatan terpikat dgn pompuan Indon, sbb lelaki2 ini hebat, tak buta dan jgn salahkan mereka tapi kalau pompuan Malaysia terpikat dgn lelaki Indon, depa ni bodoh, buta, diilmuhitamkan dan salah pompuan itu ye Cik Mazidul?

    BalasPadam
  7. Kahwin wanita indonesia ke Malaysia ke, takde apa yang hendak dipelikkan.

    BalasPadam
  8. senang aja dong..wanita indonesia mudah dimantain..tidak demand..kerana kebanyakan yang diterkahwinkan oleh lelaki tempatan adalah wanita indonesia yang asalnya dari pedalaman2..yang datang ke malaysia demi mendapatkan lebih wang atau mungkin juga untuk sara hidup keluarga di seberang..maka mereka bisa melakukan apa saja untuk hidup senang...apa2 an..

    BalasPadam
  9. Baju Kurung, part ini 'tapi kalau pompuan Malaysia terpikat dgn lelaki Indon, depa ni bodoh, buta, diilmuhitamkan dan salah pompuan itu', saya tidak tulis dalam tampalan kali ini.

    Or did I?

    BalasPadam
  10. sbg sorg student yg blaja kt pdg,indo,,,ape yg saya dapat bezakan ialah...perempuan msia yg educated jarang ada yg suka melayan lelaki..kalau kena ngorat pun wat bdo je,,,beza dengan perempuan indo,,kalau yg sama2 medical faculty ni,,nak beli pen kat kedai fotostat pon dekat sejam merengek kat abg kedai mintak kurang harga sebatang pen...bdk msia yg tgk pon naik meluat..itu ant pengalaman sy..bg saya,pompuan indo ni major pandai mrengek manja sedangkan pompuan kt msia kebanyakan perempuan educated jenis xmelayan...jd ant yg manje n xmelayan,,mesti la yg jd pilihan lelaki ialah yg manje kn...

    lg 1..if kat msia,,kbykn laki n pmpn ber "ko" "aku"...kalau ber "saya""awak" cm geli kn...kalau ade hub special je ber saya awak xpun syg abg bla bla bla...hakikatnya kalau berkawan mesti ber ko aku...

    laki mane suke pompuan kasar2 cmtu sedangkan kalo tempat saya belajar ni,,,,ant lelaki n perempuan menggunakan nama bila bercakap..contoh : maryam udah liat nilai ujiannya?fahmi td ke sana ternyata fahmi lulus~..rekaan semata tp tu cara diorg...n pompuan pn cmtu la jugak..

    so laki mane la xsuke pompuan yg manje2 n kalo bcakap bhs sopan je kan~

    jd pompuan msia,,ubah la cara percakapan anda...jgn la kasar sgt ber ko aku,,,mak n abg kandung saya pantang betul dengar pompuan ber ko aku ni...

    BalasPadam
  11. saya setuju wanita indonesia hebat hebat. saya tidaklah kenal dengan ramai wanita indonesia. tapi yang saya kenali, lembut2 tutur katanya. yang lelaki juga begitu. lembut. gentleman. kedengaran sangat berbudi bahasa. mereka tidak kasar2. jika kasar juga, bunyinya juga lembut.

    Mungkin wanit melayu di malaysia boleh pelajari lebeh banyak dari wanita indonesia.

    - ini perempuan jujur-

    salam abang mazidul. baru komen first time

    BalasPadam
  12. BajuKurungPurple - 100% rasanya Encik Mazidul tidak tulis seperti yg dinyatakan. Apa2 pun itu terpulang kepada pandangan + perspektif masing2. Seperi juga didalam komen + pandangan saya sebelum ini, ianya hanya lah satu cerita ingin dikongsi bersama,(bak tagline Encik Mazidul "Perkongsian Hitam Putih Kehidupan"). Ada iktibar yg boleh diambil. Sesungguh nya Allah itu maha berkuasa, maha mengetahui segala yg terjadi di langit dan dibumi.

    BalasPadam
  13. betul tu abg maz! banyak benda yang memang fakta dan tidak boleh disangkal lagi. =)

    BalasPadam
  14. When lust, which driven by satan, gets over logic and conscious thinking, people will start doing illogical, unpractical, unimaginable, unpredictable and unthinkable things.

    Even the greatest Ulama' could fall for satan's trap, who are we for just an indecent servant of God who seldom (and sometimes often) overlooked things?

    What is essential here, protecting ourselves from those lures of lust. How? Go back to our own religion. If we have a strong belief and decent application of it, we won't be drifted away by those allurements.

    I'm not saying that those who were 'infected' are weaklings, nor saying myself perfect. The God calls us to get back to the right track (taubat) countless of times. So, answer the call.

    BalasPadam
  15. "Bad women (or men) are meant for bad men (or women)".

    BalasPadam
  16. Salam ,saya setuju 100% dengan kata2 Maryam dzulkefli tu sebb banyak sangat kawan2 suami yg kawen dengn orang Indo ni bukan kerana mereka lebih rajin ke ,lebih pandai ke atau lebih cantik ke..kalau suami nak cari perempuan lebih muda adat lah dan yang senang dapat ialah perempuan Indo ,mrk ni pun pandai,sebelum dapat memikat sungguh2 dengan macam2 cara ,bila dah dapat mereka ikat betul2...macam biasalah laki2 yang terikat ni bukannya nampak bahagia pun sebb mereka dah tak boleh bebas,best ke?mereka akan jadi cemburu tak tentu pasal dan di perbudakkan. Bak kata orang tua2 kalau ada duit abang disayang tak de duit abang melayang...kesian.Hujung2 bila dah tak ada duit dan tak larat ,bini tua juga yang kena pungut jaga.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.