Rabu, Mac 17, 2010

Kami Tidak Berselindung Di Sebalik Nama Pena

Agak kekok untuk saya menulis tampalan kali ini. Namun demi kebaikan bersama, saya teruskan jua.

Sebelum ini saya pernah dikritik hebat kononnya didakwa memaki-hamun seseorang di lokasi kejadian tanah runtuh mengorbankan 2 nyawa anak kecil di Ulu Yam, Selangor. Seingat minda, ketika itu saya  hanya sekadar bersembang dengan kenalan. Barangkali  berikutan suara kedengaran agak kuat dijalin gaya komunikasi berbeza menyebabkan wartawan duduk di kawasan berhampiran melaporkan kejadian itu kepada rakannya, wartawan hiburan, penulis ruangan pojok di akhbar harian ternama.

Di dalam akhbar sama, saya juga dilaporkan memarahi anggota polis bertugas, the last thing that I wanted to do.

Sehingga kini saya masih gagal mengenal pasti identiti sebenar wartawan itu kerana dia berselindung di sebalik nama pena. 

Biarpun laporan itu tidak tepat, malangnya saya tidak berpeluang menjelaskan kejadian sebenar. Istimewa sungguh 'privilege' dikecapi dek wartawan hiburan terbabit berbanding wartawan membuat liputan kes jenayah di negara ini.

Identiti wartawan jenayah atau 'crime reporters' terdedah. Jika laporan mereka paparkan tidak tepat atau berbaur fitnah, mereka akan dipanggil pihak berkuasa, disiasat, didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman andai sabit kesalahan. Kami tiada nama pena. Justeru mustahil untuk melindungi identiti diri. Mustahil juga untuk kami bersikap membaling batu sembunyi tangan kerana batu itu boleh dibaling kembali ke arah kami.

Di kaca televisyen, TV, sebagai wartawan penyiaran membuat liputan kes jenayah saya akan 'sign off' dengan berkata "Mazidul Akmal Sidik, 999" atau "Mazidul Akmal Sidik, 360". Audio dan visual, sumber penampilan identiti memudahkan saya dijadikan sasaran ugutan dan ancaman kelompok tidak berpuas hati. Lebih membimbangkan, kelompok itu bukan artis cantik menawan dan kacak bergaya tetapi kelompok 'under world', pengedar dadah, taukeh judi mahupun bapa ayam berpengaruh. Sebilangan mereka dipecayai memiliki senjata api dan mempunyai konco ramai mampu bertindak membalas dendam pada waktu sukar dijangka.

Namun, laporan dipaparkan harus telus dan terbuka biarpun kami memperjudikan nyawa.

Minggu lalu dilaporkan ada artis lelaki kononnya ingin membunuh wartawan hiburan seperti dicatatkan di laman Facebook miliknya. Hemat saya, itu hanya sekadar luahan sebahagian daripada kebenciannya kepada wartawan tertentu, bukan semua wartawan. Peringatan saya, artis, pelakon mahupun penyanyi usah terlalu mudah melatah apabila 'diterjah' wartawan. Jawab soalan mereka andai difikirkan perlu atau senyap dan senyum. Wartawan tidak berhak memaksa artis mengeluarkan kenyataan tetapi mereka berhak bertanya.

Sebilangan wartawan hiburan di negara ini dikenali masyarakat manakala sebilangan lagi tidak. Melalui pengalaman, saya dapati segelintir mereka menulis laporan tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak terkait dalam laporan dicetak. Dalam kes saya catatkan di atas, wartawan hiburan itu didapati langsung tidak mengambil inisiatif merakamkan pandangan pihak dikritik, saya. Jadi, sekaligus hak saya sebagai individu untuk membela diri dikesampingkan. Mungkin itu cara dia, biarpun tidak berada di lokasi, dia tetap menulis berlandaskan maklumat sekunder diterima. Jika maklumat disampaikan salah, berita ditulsi juga salah, fitnah.

Tugasan wartawan jenayah berbeza, ada waktunya mereka terpaksa bersengkang mata untuk hadir di lokasi kes  jenayah berlaku, mendapat dan mencatatkan maklumat primer. Setiap maklumat diperolehi  kemudiannya wajib disahkan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum dimuatkan di akhbar atau dipaparkan di kaca TV.

Terbaharu, di laman sosial Facebook, ramai wartawan hiburan media cetak dan elektronik dikritik hebat pelbagai pihak, klik di sini. Pandangan peribadi saya, tindakan itu tidak salah. Teguran membina harus diterima untuk memperbaiki diri sebagai pengamal media  tetapi penggunaan perkataan kesat dan lucah keterlaluan mencemarkan kandungan laman terbabit. Perkataan digunakan wartawan hiburan tidak sekeji itu pastinya.

Beberapa wartawan diterjah pengikut laman itu mendakwa sudah membuat laporan polis. Persoalannya, adakah pihak polis boleh bertindak terhadap pemilik akaun laman terbabit jika tiada kenyataan berbentuk ugutan jenayah dicatatkan? Ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda?

Hemat saya, lebih wajar jika secara berkumpulan mereka menghubungi terus Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. SKMM boleh berbincang dengan pengendali Facebook untuk melaksanakan tindakan sewajarnya.

Secara ringkas, samada wartawan hiburan, jenayah, ekonomi atau politik, mereka semua mesti menulis dan melapor berita di lapangan berteraskan etika kewartawanan.  Jika tidak mengikut etika ditetapkan, mereka bukan wartawan tetapi sekadar penglipur lara atau penggosip.
Semoga Allah memberikan semangat dan kekuatan kepada  saya dan rakan wartawan lain dalam  melaksanakan tugas seharian. Sesungguhnya tanggungjawab digalas wartawan bukan mudah.

Apapun saya amat menghormati Adam Salleh, terutama sewaktu beliau menerajui meja hiburan akhbar Harian Metro. Menulis berlandaskan fakta dan berkeupayaan melontarkan teguran membina khusus kepada golongan artis di negara ini.

30 ulasan:

  1. teruskan usaha.. kami sentiasa menyokong en. mazidul..


    p/s: p'baca mahukan berita yg btl.. bukan hanya karangan semata2 xpeduli sahih atau x.. jgn pikir nak bg paper laku je.. hoho..

    BalasPadam
  2. Please CEASE using the word wartawan if you need to refer to pencerita hiburan.

    Please. Stop.

    As we all know, wartawan writes based on facts, tak pernah menulis berdasarkan hearsay, and entertainment is no exception bro.

    Hearsay boleh, tapi adakah ia disahkan? Hanya seorang sahaja mengesahkan berita itu sudah cukup untuk ditulis di ruangan pojok dan dianggap berita dan penulisnya dianggap wartawan? Hell no!

    Realitinya, mereka bukan wartawan. Period. Malah ada ruangan pojok dijadikan pelepas geram peribadi dan ini sangat jelas. Sungguh jelas.

    Maka, adakah itu wartawan? Hell, no.

    Adam Salleh pernah bertugas sebagai crime journalist maka dia tahu apa itu kewartawanan. Dia tahu gosip boleh mengundang persepsi persundalan terhadap penulisan oleh seorang wartawan.

    BalasPadam
  3. emm..bila tgk berita psl tu smlm, pasti akan ada wartawan yg panas punggung. mula mencari salah. xboleh dijentik. kalo tersinggung sket, kne ban. lebih sudu dari kuahnya. dimana etika mereka?? tp betul la, xsemua wartawan tu buruk.ada yg betul2 menyampaikan berita. bijak menyusun ayat biar maksud sampai tp bak menarik rambut dlm tepung. yg tu semua akan respek..

    BalasPadam
  4. Semalam selepas vic terbaca artikel dalam kosmo pasal fb membenci wartawan hiburan tu terus vic cari laman tu di facebook.

    Jumpa! Gambar2 wartawan yang diambil dari fb masing2 ditempel kemudian dikutuk gila2. Pada hemat saya, memang wajar pun kerana sesetangah wartawan wanita tu berposing mengalahkan artis dengan segalanya tersembul walhal kebanyakan dari mereka bersaiz buldozer.

    Pada saya, memang wajar pun "pencerita hiburan" (bukan wartawan as Hazrey said) ni diberi "peringatan" seperti ini kerana kalau tak sibuk membuka kain orang dan bercerita ttg kurap dan kutil yg ada dalam kain org sedangkan dia sendiri belum benar2 pasti apa yg dia nampak.

    Sedangkan mereka sendiri bergambar dengan pasangan masing2 (belum berkahwin pun), bercuti berdua di pulau peranginan, posing sambil baring2 atas katil macam kegersangan dan dengan sengaja menunjukkan aset2 tertentu untuk tatapan umum yg pada hemat saya lebih keji dari artis. Artis tu sendiri pun kadang2 berpakaian seksi kerana baju ditaja pihak tertentu dan mengikut arahan dari pencerita hiburan. Habis pencerita hiburan ni berposing sakan berdasarkan apa ye?

    Pelik.... pelik....

    BalasPadam
  5. "Setiap maklumat diperolehi kemudiannya wajib disahkan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum dimuatkan di akhbar atau dipaparkan di kaca TV".

    Komen saya:

    Bersyukur anda wartawan yang mengutamakan ketepatan dan integriti maklumat. Pengalaman saya berurusan dengan wartawan bagi tujuan penyebaran berita berhubung inisitif yang berkaitan rakyat agak mengecewakan. Wartawan terbabit tidak langsung berminat untuk mendengar penjelasan saya mengenai perkara tersebut dengan jelas dan terperinci bagi memudahkan penulisan berita berbayar yang ditugaskan kepadanya, sebaliknya berani pula mempersoalkan kewibawaan saya dalam memberikan komen terhadap penulisan beliau yang jelas salah dan menyonsang. Lebih keji lagi, penulisan tersebut disalin-tampal daripada penulisan salah yang pernah diterbitkan sebelumnya. *mengeluh*

    BalasPadam
  6. Saya pernah memberi komen dalam blog Saniboey (yang banyak menulis pasal reporter ruangan hiburan dalam akhbar hari Ahad) pasal reporter vs wartawan (journalist). Dua duanya berbeza. Sadly, seksyen hiburan media massa kita disajikan bahan oleh reporter. Maka adalah ruangan reporter ni menghentam secara peribadi beberapa artis yang tidak mengampu dia, tak beri layan VIP dsb. Mana yang bagus, dipujinya melangit.

    Contoh-contoh yang ada terlampau banyak. Sikap double standard pun ada.

    Saya rindu wartawan veteran macam Juwie, BAM dll. Tulisan mereka lebih menghiburkan dari reporter sekarang.

    BalasPadam
  7. kadang-kadang begitulah..
    sebab nila setitik..
    habis rosak susu sebelanga..

    BalasPadam
  8. saya sentiasa menyokong wartawan yg mengetengahkan isu dan fakta yg benar..
    tp sy sgt benci dgn wartawan yg cubamereka publisiti murahan untuk artis2 picisan..
    satu rancangan baru di tv*, siaran tengah malam.. agak mendatangkan kemarahan pada majoriti rakan2.. kerana cara pendedahan yg ekstream...
    sekadar pandangan saja ye...jgn saman i plak!!

    apepon...mazidul tetap rocks!!!

    BalasPadam
  9. Saya lebih respek kepada wartawan yang memaparkan berita betul berbanding wartawan yang hanya menulis tanpa berlandaskan sumber yang dipercayai.

    BalasPadam
  10. salam.
    setuju dengan pendapat bro Mazidul.
    kadang2 orang menulis, berlindung dengan topeng yang entah apa merosakkan manusia.

    bukan menuduh atau menuding jari melata, tapi hakikatnya, manusia lebih suka cakap belakang tanpa menyelami kehidupan dan hakikat sebenar ceritera.

    BalasPadam
  11. tiap kita akan dipertanggungjawab terhadap yg kita tulis di alam satu lagi.. maka kita berkewajiban menulis sesuatu yg benar biarpun pahit utk sesetengah org... syb egitu kagum dgn wartawan yg mementingkan kebenaran, wapu terpaksa menghadapi tentangan dr pihak lain..teruskan usaha awak kearah kebenaran...

    BalasPadam
  12. Maka itu dalam blog saya saya lebih mengatakan berita itu cuma ceritera; mungkin iyer mungkin tidak mungkin sekadar cerita yang syok diperbesar-besarkan!

    Bayangkan demi menjaga hati sesama kaum adik saya yang meninggal dunia sebab dibelasah oleh kaum lain, perbalahan kaum terpaksa dilaporkan ditemui mati kemalangan. Itu sebenarnya berita yang saya katakan sekadar ceritera.

    Maka berita akan ditulis dinodai atau mengandung bukan disebut bunting! demikian menjaga cantiknya berita tersebut!.

    BalasPadam
  13. Saya harap saya tidak akan disaman bila nak komen ini. Ini pendapat peribadi saya sahaja (Yang tiada kepentingan apa-apa).

    1. Sebab kenapa saya tak suka program TERJAH. Memaparkan betapa dungunya cara approach SETENGAH2 wartawan..

    2. Wartawan hiburan sangat terdesak untuk dapatkan skop yang konon hangat tanpa memikirkan hati dan perasaan (maruah) orang yang ditulis.

    3. Saya pernah dengar orang kata, wartawan KARAM SINGH sentiasa diawasi polis kerana selalu dapat ancaman. Dia pun sorok keluarga, sebab tidak mahu ahli keluarga diapa-apakan.

    4. Benar. Wartawan berhak bertanya (DAH KERJA DIA), tetapi kita berhak untuk tidak menjawab. Sapa bijak provoke dia akan dapat statement yang dia inginkan.

    BalasPadam
  14. Kpd mazidul dan semua wartawan jenayah, tugas anda melaporkan kepincangan dan realiti kehidupan masyarakat amat disanjung tinggi. Risikonya agak ngeri jika difikirkan. Tabah sungguh kalian.

    Kpd wartawan hiburan, hati-hatilah. Laporan anda pun kadang-kadang mengerikan juga, adakala memualkan. Dunia artis hipokrit dan realiti sama naik.

    Perkara yg positif ok juga tapi bab bermegah-megah menayang body, harta benda, cinta dan perkahwinan, fesyen dan segala tok nenek..semakin membuatkan peminat menyampah!

    Bila wardina kata artis tak boleh dijadikan ikon, hangin. Diharap wartawan hiburan berpada-padalah, berlandaslah pada syariat.

    BalasPadam
  15. jika nama pena nak minta HALAL semasa nak menunaikan UMRAH macam mana,

    tak kenal tubuh nak halalkan apa?

    BalasPadam
  16. hahaha..tak pernah baca pun pasal hiburan..ckp sekadar mendgr dr teman..

    BalasPadam
  17. yer betul Jimi,

    tiada kepentingan kerja untuk bergosip dan belayar hiburan, banyak masa lain yang diperlukan untuk membaca.

    BalasPadam
  18. Dulu-dulu, teringin sangat nak menjadi wartawan. Mencari bahan berita dan menulis berita. Tetapi hairan bila kedua yah bonda tak membenarkan. Takut berdosa kerana sering melempar fitnah. Kurang faham pada mulanya, tetapi apabila habis belajar, baru sedar pemikiran ayah bonda rupa-rupanya hanya tertumpu kepada wartawan hiburan.... (sedangkan berminat nak masuk crime desk, last2 berkhidmat untuk kerajaan).

    Teringat subjek media ethics, subjek yang sering jadi perbincangan panas antara kawan2, di mana etika kewartawanan? Apa yang ketara, sekarang ni wartawan meja hiburan atau 'pencerita hiburan' ini semakin hilang nilai etika mereka dek kerana ingin dapatkan cerita. Bak kata haziq, melaporkan hearsay sahaja sedangkan belum tentu kesahihannya. Artis yang tak bercerai, boleh bercerai kerana tajamnya tulisannya. Nak ikut wartawan hiburan di negara uncle Sam, tapi ingatlah, kita ni di Malaysia. Jangan dibawa budaya itu. Akhirnya, masyarakat mengata, tengoklah wartawan malaysia. Semua org kena, tak kira dari meja mana.... Dan lagi satu, terbaca blog, ada yang bagi komen, 'belajar pun mass comm jer, tu yang tak kritikal'. Padahal bukan semua wartawan dari masscomm. Entah kenapa pandangan org sebegitu, x pulak saya tahu. Implikasi yang besar dan berkait-kait.... Tak pulak puak-puak tu fikir yer.

    BalasPadam
  19. sweett.

    tak elok mengata wartawan hiburan , Periuk nasi mereka ...

    TAPI, saya lebih respect pencari kotak dari periuk nasi mereka..periuk nasi juga...

    hendaknya kotor di luar, tiba masa sholat buka baju, mandi tukar kain pelikat..

    BalasPadam
  20. terus terang kadang2 saya agak geram dan meluat dengan sesetengah wartawan hiburan!Serius en.mazidul, kadang2 mereka sangat2 terlebih! Ya, tak salah untuk mencari2 'ceritera' artis,dah tuntutan kerja diorang macam tu, tetapi berhikmahlah sikit... Mereka berani terjah2 artis, tapi pada saya berani tak bertempat. dahsyat lagi keberanian wartawan jenayah macam en.mazidul kita ni:)kerjaya kedua2nya sama jaga 'tepi kain' orang, tetapi bezanya wartawan jenayah pasti bertujuan untuk keselamatan awam. Memang berbaloi2!Dan yang pasti bukan berita 'ceritera':)

    BalasPadam
  21. 10 Mac 2010
    Ya! 1,000,000

    17 Mac 2010 : 10.40pm
    Kami Tidak Berselindung Di Sebalik Nama Pena

    1038150

    7 hari = 38150
    Avr = 5450 p/day

    DASYAT!!!
    Syabas.

    BalasPadam
  22. 17 mac 2010 : 11.50pm

    1038371

    online : 22 org

    sejam dari kiraan 66lyn99

    bermakna sejam jer dah 221 visitors

    mmg dasyat...! :)

    BalasPadam
  23. Bukan semua tajuk berita perlu berakhir dengan tanda soal (???)
    contohnya:-

    1- Blogger Wanita Popular pakai susuk?

    2- Hazrey dan Mazidul Akmal Sidek ada skandal?

    3- ZeqZeq playboy di dunia blogger?

    Kalau semua berita berakhir dengan tanda soal, ini bermakna yang disampaikan bukan fakta, tapi sekadar gosip yang belum ada pengesahan. Sedangkan wartawan kan kerjanya melaporkan fakta. Kalau setakat nak tulis gosip....... tak payah wartawan.... kitorg pun boleh!

    BalasPadam
  24. salam... Masing-masing ada bidang kepakaran tersendiri...

    *janganlah sampai orang hilang keyakinan...

    BalasPadam
  25. teringat kisah wartawan hiburan yang suka ciplak gambar melalui sebuah WEB laman sahabat, ada gadis dan wanita yang suka di up..

    tetiba dia UP isteri orang,, tak semua isteri orang suka di siarkan wajahnya dalam media cetak sekadar nak berhibur.. kena 'sound' terus sepi.

    dan kini..ia mula tukar cuaca/memasuki lokasi pertemuan di'RAWANg' untuk menambah jualan akhbar..

    selamat berhijrah..jasa mu dikenang kepada yang suka di publish gambar..

    )))amboi diana..

    BalasPadam
  26. elok juga terima sokongan salah seorang dari FB,

    ~ kementerian haramkan Terjah.

    ~~ ruangan sisipan Hiburan dijual berasingan kalau boleh rm3.00 senaskah, orang yang suka berhibur sanggup berhabis wang.

    BalasPadam
  27. Sokong wartawan Malaysia yang jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.

    BalasPadam
  28. Mungkinkah silap tafsiran; tak nampak apa tersirat dari yang tersurat itu juga fitnah!...

    Mungkinkah sekadar mencabar atau tergurau lebih juga dikatakan rendah IQ...

    Mungkinkah ramai wartawan hiburan ini juling air (org Perak panggil juling itik) otaknya & fikirannya...

    Tak baik bersangka buruk!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.