Jumaat, Mac 19, 2010

Katak


Biarpun disahkan hanya 2 premis sahaja di Malaysia mempunyai sijil halal namum masyarakat Islam dilihat masih berkunjung ke kopitiam.

Apapun tidak salah makan dan minum di kopitiam milik pengusaha beragama Islam. Mereka tahu membezakan di antara hidangan halal dan haram.

Terkini, saya menerima pesanan ringkas daripada kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Faedzah Fuad.

Menurut Faedzah, pelanggan membuat aduan kepada PPIM mendakwa terjumpa kaki katak di dalam mee dimakan di kopitiam di Klang, Selangor.  Premis terbabit dilaporkan hanya memiliki sijil halal untuk produk kopi keluarannya sahaja. Perincian kes akan dipaparkan di laman web PPIM dan Facebook beliau malam ini.

Jika dakwaan itu benar, kopitiam itu bukan satu daripada 2 kopitiam disahkan memiliki sijil halal, maka mengapa perlu hairan?

Majoriti pengusaha kopitiam dan pekerja digajikan bukan beragama Islam.  Jadi, jabatan agama negeri mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak berhak menggesa mahupun memaksa pengusaha terbabit memohon sijil  halal. Justeru, biar juadah dihidangkan di kopitiam dimakan pelanggan tidak berkisah berhubung hukum halal dan haram.

Kekadang saya berasa hairan melihat pengguna Islam selamba 'membedal' makanan di kopitiam bagaikan semua restoran milik Melayu sudah ditutup, bankrap.

17 ulasan:

  1. Salam...

    Alhamdulillah saya tidak mempunyai minat untuk ke mana-mana kopitiam (sebab saya tak minum kopi heheheheh) :p

    BalasPadam
  2. Ha'ah.. selepas artikel yg mengatakan hanya 2 kopitiam sahaja yang disahkan halal keluar di dada akhbar vic tertanya2 juga mana nama kopitiam yg pesat beranak pinak mengalahkan starbucks tu? Takkan tak halal kot sebab vic ada perasan logo halal semasa berkunjung ke kopitiam tu.

    Vic memang penggemar kopi. Kesal juga terminum di situ sebenarnya, lebih2 lagi sangat yakin waktu makan di sana memandangkan majoriti pelanggan adalah melayu dan pekerja2 semuanya melayu.

    Satu lagi mula terfikir, ini kopitiam jenama Malaysia yang semakin berkembang pesat. Daripada asyik minum di starbucks atau coffee bean kenapa tidak beri peluang kepada jenama tempatan. Mana tau rasanya sama hebat dan setanding. Tak sangka pula jadi begini. hmmmmmm....

    BalasPadam
  3. Setuju dgn En Mazidul

    Salah satu restoran Kopitiam terkenal iaitu Bandar Tua Kopi Putih memang ada sijil halal.. tapi senarai halal tu minuman je.. xde pun makanan

    Lagipun dah ada beberapa orang Melayu membuat permohonan untuk mengusahakan francaisnya tapi ditolak

    Pada pemikiran saya bukannya sebab racism tapi sebab takut rahsia menu tak halal terbongkar

    Amat setuju dgn perenggan terakhir en mazidul, macam dah takde kedai makanan lain dalam malaysia ni

    boikot kopitiam yang tiada sijil halal!

    Halalan Toyibba!

    BalasPadam
  4. frust jugak bila terdengar berita tu sebab saya penggemar kopi. Isu halal ni masih tak selesai jugak, dah lama berlarutan..kena lebih berhati-hati memilih kopitiam selepas ni.

    BalasPadam
  5. Saya pun hairan! Bila timbul isu jumpa itu ini, baru teringat pasal halal. Sebelum tu dok 'bedal' tak ingat akhirat, walaupun trang tang tang dah nampak ciri-ciri ketakhalalannya!Huh!Kira nasib baik la tu tak jumpa seekor katak terus!entah2 kaki katak tu memang 'secret' resepi kot:D Hihi.

    BalasPadam
  6. kadang2 kita ni pantang nampak logo halal. bila ada halal je teus kita masuk tanpa berfikir secara terperinci adakah barangan dan pekerja2 di kedai itu juga turut halal. ada juga walaupun sudah diberitahu oleh pihak tertentu tentang status halal ke tidak tp kita yang orang islam ni tetap x ambik peduli bila nampak kedai tersebut terpampang logo halal yang belum konfim lagi diluluskan oleh pihak jakim atau x.

    BalasPadam
  7. hahahaaa untuk makluman vic, kopitiam yang vic suka pergi tu takde seorang pun pemilik francaisnya yang beragama islam/melayu walaupun ramai yang mintak... sebab musababnya 'lu pikir laaa sendiri'... keh3

    BalasPadam
  8. Dulu saya pernah makan di OldTown White COffee kat Pandan Indah.
    Masa tu saya order white milk tea, dan kawan saya order peanut butter toast.
    Masa tgh sedap minum, dah abis setengah cawan ni, tiba2 saya nampak 1 benda hitam dlm cawan saya.
    Saya korek2, skali keluar kepala lipas daaaa.
    Saya terus panggil supervisor tmpt tu n tunjuk kepala lipas tu.
    Then supervisor tu bincang apa ntah dgn org dalam, then dia dtg kat saya, kata saya tak payah bayar apa2.
    Sumer yg kami order tu free.
    Haish...silap tak amik gambar masa tu.

    BalasPadam
  9. Mencari yang halal tu fardu bagi setiap muslim. Kalau selalu pergi Kpitiam boleh kurang-kurangkan atau tak pergi langsung. Cuma kekadang ketagih datang meranalah diri menahan gelora.

    BalasPadam
  10. Ye ke iCE. Ko tau ye kopitiam mana yg aku maksudkan? Sebabnya aku selalu minum kopitiam tu di Shah Alam... tempat2 yg dibuka semuanya kawasan orang Melayu. Jadi tak pelik kalau semua customer dia melayu. 3-3 franchise dia kat Shah Alam ni aku perhatikan semua pekerjanya melayu. Kalau ada pun cina cuma seorang je. Jadi aku tak rasa ragu2. Fikir2 balik, takkan la pekerja melayu sanggup hidangkan makanan tak halal pada org melayu. Malah ada pelayannya pakai tudung plak tu.

    Tapi serius aku tatau yang semua ownernya cina. Baru den tau skang... Tobat takkan pergi lagi.

    BalasPadam
  11. vic, pelayan dia maybe melayu tapi tukang masaknya belum tentu lagi melayu/islam pasal ada resepi yang menggunakan benda2 yang tak halal... itu info yang dapat dari kawan2 cina aku yang prihatin tentang status halal ni...

    BalasPadam
  12. vic >> taktik perniagaan mmg mcm gitu.kalau kat tempat combi ni byk kedai mkn pekerja dia mmg pakai tudung tp wallahualam.

    lagi-lagi kat sabah ni susah kita nak pastikan bangsa apa,agama apa sbb dorang lahir dari parents yg kawin campur.

    so kena lebih hati-hati.

    BalasPadam
  13. Starbuck tu takde logo halal tapi ramai sangat org Islam bertenggek kat situ.

    BalasPadam
  14. Salam,

    Starbucks dah ada logo halal Jakim (walaupun lambat sikit dari Coffee Bean).

    Harap maklom.

    BalasPadam
  15. .. dulu pun heboh di kampung saya bab daging katak ini; saya pun suka makan mee kari di kedai yang diheboh-hebohkan itu.. sebut mee hailam memang kedai cina itu juga yang paling sedap!.. ada sijil cop majlis agama.. maka memang org kita pelanggan tetapnya..!

    rupa berulang lagi kes sebegini.. memang sedap kut! daging katak ini!

    BalasPadam
  16. bukan tempat tu sahaja. saya sendiri pernah terminum minuman air kotak bunga yang tidak halal. jika ditengok mcm halal tapi bila saya tersedar dan check dgn kod imnsasi babi di laman web halal islam saya dapati E110 adalah tidak halal. air kotak ni dijual merata2 seluruh pelusuk negara kita. dan anak2 melayu yang minum.

    tak mustahil la banyak orang kita yang sengal, bebal dll. kerana apa yang kita makan/minum itu menjadi darah daging.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.