Selasa, Mac 09, 2010

Tutup kedai Aksesori Seks!

Jam 12 tengahari tadi saya menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Othman.

“Aksesori seks dijual boleh mengundang kemudaratan fizikal dan minda. Tengok, keselamatan alat diimpot dari China itu tidak dapat dipastikan. Kalau alat dijual (baca: dildos atau alat kelamin tiruan lelaki) digunakan perempuan, mereka boleh dijangkiti pelbagai penyakit termasuk kanser servik,” ujar beliau.

Untuk rekod, banyak premis di pusat membeli-belah kini dikenal pasti menjual pelbagai aksesori seks secara terbuka.

“Senario sama juga boleh mendorong sebilangan mereka terbabit dalam seks songsang, sex deviation, contoh, sardism (baca: seks ganas) dan orgy (baca: seks berkumpulan). Lebih dahsyat lagi, kalau ada antara pengguna enggan berkahwin. Mengapa perlu ada commitment dengan lelaki atau perempuan, jika ada ‘alat’ pemuas nafsu, sendiri pegang, sendiri guna,” sambung beliau lagi.

Saya tersenyum, sebelum ini saya pernah mendengar kenalan wanita berstatus janda berkata …

“Lelaki tidak perlu, di rumah ada (baca: dildo), boleh layan diri sendiri”

Pagi tadi saya menghubungi pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ melalui sistem pesanan ringkas.

‘Nanti saya semak’.

Itu jawaban dihantar kepada saya apabila diajukan berhubung status lesen perniagaan premis menjual aksesori seks di Petaling Jaya.

Jam 4 petang tadi saya dimaklumkan, pegawai perhubungan awam MBPJ, Haniza Abd Hamid menafikan pihaknya mengeluarkan lesen kepada premis terbabit. Bagaimanapun beliau akan merujuk hal dibangkitkan kepada bahagian perundangan MBPJ.

Justeru, saya telah meminta 999 untuk membuat susulan berhubung perkara itu untuk paparan laporan khas minggu hadapan, 18 Mac 2010.

Manakala pegawai perhubungan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Zurida Hashim saya hubungi berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan lesen perniagaan kedai menjual aksesori seks di ibu kota.

“Mungkinlah, pengusaha menjalankan perniagaan berselindung di sebalik lesen perniagaan lain. Nanti saya akan dapatkan laporan daripada penguatkuasa telah diarahkan membuat pemeriksaan di premis itu,” kata beliau lagi.

Ringkasnya, tanpa lesen dikeluarkan MBPJ dan DBKL, premis terbabit semestinya beroperasi secara haram. Maka kegiatan mereka harus diberhentikan dengan kadar segera. Saya percaya 999 mampu membantu mempercepatkan proses itu dengan kerjasama pihak berkuasa. InsyaAllah, wartawan 999 akan berada di beberapa lokasi berbeza untuk menjalankan tinjauan mereka sekaligus membuktikan kenyataan berhubung kewujudan premis tebabit bukan satu rekaan.

Berikut laporan awal wartawan Zulhazri Abu Bakar dari Johor Baharu, Johor.

"Di sini kedai itu jual kondom tetapi aksesori seks semua dijual menggunakan katalog, kena order"

"Bagus. Tinjaulah, rakam sekali kenyataan pekedai. Mungkin dia orang takut kerana kegiatan itu bercanggah dengan undang-undang. Tanya polis, boleh ambil tindakan atau tidak?," jawaban saya.

Saya yakin Hazri mampu melakukan tugasan itu dengan sempurna. Kita lihat hasil tinjauannya kelak di dalam 999 minggu hadapan.

Apapun minuman Sparkling Tongkat Ali X10 dipegang sahabat saya itu (baca: rujuk gambar) tiada hubungkait dengan kandungan tampalan ini.

2 Mac lalu, Bernama melaporkan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng berkata guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana kekurangan latihan profesional dalam subjek itu.

Kini saya bimbang andai remaja dan pelajar sekolah cuba mendapatkan pendidikan seks di premis menjual aksesori seks dipercayai semakin bertambah bilangannya di negara ini.

17 ulasan:

  1. wah!!!! tindakan yang amat cepat!! syabas bro...oh ya saya nak tanya bro, bro buat tak sisatan tentang kegagalan majikan untuk membayar gaji pekerja,epf? bukan sebulan gaji x dibayar, tapi dah masuk 2 bulan. ramai dah yang berhenti kat syarikat tuh. yang sakit hatinya id dimiliki oleh warga singapura, dtg berniaga kat tempat kita, pas tu aniaya warganegara kita dgn tak byar gaji!! kalau bro ada buat liputan tu saya ada maklumat penuh tentang syarikat tu.

    BalasPadam
  2. Pelik bin Ajaib. Dah beroperasi begitu lama tak ada penguatkuasa yang perasan.

    BalasPadam
  3. ....sblum tutup kena pegi candid dulu ni...bahaya utk anak2 zaman skrg...

    BalasPadam
  4. Natasha,
    setahu saya kalau kes berkaitan caruman kwsp, laporkan terus perkara ni kepada EPF. Setahu saya sekiranya terdapat aduan dan maklumat lengkap majikan terbabit, mereka akan membuat pemeriksaan dan tangkapan dengan cepat. Lagipun selaku pihak yang selalu berurusan dengan kwsp, saya memang tahu kwsp adalah satu badan yang tegas menyaman dan mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak mencarum pekerjanya. Pantang bab duit mahsyuk ni diabaikan. hehehe...
    Walau apa pun jangan terjah je.. pastikan pekerja tersebut bukan dalam kategori pekerja kontrak. Itulah kepentingan Surat tawaran kerja. Kalau memang tertulis ada tetapi tiada caruman, itu mmg ada kes.

    Bro Mazidul....
    siapa agaknya ye tokey kedai ni yang telah berjaya bertapak selama bertahun2, membuka berbelas2 cawangan dan selama ini amat kebal dengan pihak penguatkuasa walaupun kedainya telah lama bertapak, banyak cawangan merata di 'hot spot' area. Tak mungkin PBT terlepas pandang kan? Pelik laaaaa...

    BalasPadam
  5. Dekat jalan pasar pudu diaorg jual rileks jer..walhal dah berapa kali masuk TV..beli???..tidak sama sekali...itu belum masuk lagi yg tempah online...mcm mana nak banteras..

    BalasPadam
  6. Tutup kedai? Ya, saya pasti ramai setuju itu bukan jaminan tapi mungkin dapat kurangkan pendedahan..

    Jangan lupa, di pasar-pasar..(esp. pasar pagi) penjual kaki lima pun ada yang jual barangan aksesori seks ni..

    BalasPadam
  7. "pegawai perhubungan awam MBPJ, Haniza Abd Hamid menafikan pihaknya mengeluarkan lesen kepada premis terbabit. Bagaimanapun beliau akan merujuk hal dibangkitkan kepada bahagian perundangan MBPJ."

    "pegawai perhubungan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Zurida Hashim saya hubungi berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan lesen perniagaan kedai menjual ekesori seks di ibu kota."

    Maknanya kedai ini beroperasi secara HARAM lah?? Begitu berani mereka...Apa yg membuatkan mereka begitu nekad dan berani membuka premis sebegitu walaupun tanpa lesen??

    BalasPadam
  8. VIC@ D.I.A.N.A> aduan ke FPF dah dibuat, tapi setakat ni dorg cuma perintahkan untuk syrkat bayar, tapi masih gagal lagi, mcm tak efisien jer.

    tentang gaji pulak dah 2 bulan, saya kesian melihat nasib pekerja kat c2..sampaikan da ada yg berhenti pon tapi masih lagi x dapat gaji bulan terakhir yang mereka berkerja....

    BalasPadam
  9. siasatan akan dijalankan seberapa cepat yang boleh...

    (keputusannya belum tau cepat atau lambat)

    BalasPadam
  10. aksesori sex haram eh ? nape cam ada kedai ok jer dgn brg2 sek di dalam ?

    BalasPadam
  11. keprihatinan bro pada masalah sosial remaja amat saya setuju..
    jangan sampai nasi menjadi bubur baru kerajaan nak bertindak, nnt klu dah x dapat nak handle nnt diorg bilang makbapak tak reti nak jaga anak2.....saya tau beberape kedai yg menjual peralatan seks dari china di sekitar lembah klang....klu masa valentine days kedai2 ini siap ada promosi lagi..sekarang bdk sekolah pun tau apa itu dildo...mereka tak perlu ke oversea utk membeli...kat kl pun bersepah..

    BalasPadam
  12. salam... negara kita bertambah maju!

    * Harap perniagaan kedai jual peralatan seks ini tidak terus berkembang...

    BalasPadam
  13. Welcome back to zaman jahiliyah dan zaman batu !! oppsss lupa, cuba tengok sekeliling, ada tak bangunan yang langsung tidak diperbuat dari batu ? Jika tiada, kita semua adalah penghuni dalam batu dan ini bermakna kita semua adalah termasuk dalam golongan orang batu.. orang batu, memang perangainya begitu .. hihi

    BalasPadam
  14. Negara kapitalis macam kita sepatutnya mengamalkan dasar bebas perniagaan. Seks ini sesuatu yang normal untuk semua makhluk. Seks satu keperluan. Itu hakikat. kedai sebegini ada peranannya. Kalau penggunaan alat seks dapat meningkatkan kerukunan rumah tangga dan memberi satisfaksi kepada suami isteri, apa salahnya? Yang salah ialah jika ia digunakan oleh pasangan yang belum menikah.

    Jangan takut kepada seks dan berpura anda tidak menyukainya.

    BalasPadam
  15. seingat saya lah..13 tahun lepas semasa saya tinggal di melaka, kedai seumpama yang diceritakan telah pun wujud di Mahkota Parade [tp tak tau lah masih wujud lagi ke tak sekarang]
    kesahnya sama aja..yg selalu kelihatan di situ adalah pelajar sekolah menengah yg masih berpakaian sekolah

    BalasPadam
  16. Kebetulan semalam ke sunway pyramid.... dan kebetulan juga lalu di depan kedai aksesori seks ni. Skang mereka dah pandai.. di bahagian luar kedai letak keychain la... teddy bear la.. permainan budak2 la... tapi dalam kedai ada dildo, breast tiruan, pam anu, kondom dengan pelbagai corak, pelincir berperisa dan macam2 lagi la..

    Saya rasa strategi bodoh ni lagi kurang ajar sebabnya... bila budak2 datang dekat dengan kedai sebab tertarik dengan permainan yang dipamerkan di bahagian luar, tak mustahil mereka masuk untuk meninjau bahagian dalam. Apa jadi? Alamatnya budak kecik cepat baligh (mimpi) le gamaknya. hehehe

    p/s: saya telah dijeling tajam oleh tukang jaga kedai gara2 mengambil gambar kedai di bahagian luar menggunakan hp.

    BalasPadam
  17. Diana masuk saja tinjau, kita kan dah dewasa. Saya memang suka bab pelik begini. Bukanlah kemaruk seks tetapi ada ketikanya nak tahu juga; bila sebut Deluxe Tiger kita ternganga; rupanya rakan kita sebelah dah berzaman guna.

    Cumanya penjaja ini kenalah faham janganlah kasi budak sekolah masuk apatah lagi menjadi pelanggan.

    Jika tak silap Persatuan Perancangan Keluarga di Malaysia pun banyak menyediakan aksesori seks tapi bukanlah dildo & bebenda pelik yang tak sesuai. Saya pernah terbaca iklan di akhbar tentang aksesori pembesaran zakar & lain-lain.

    Maknanya aksesori seks ini memang mudah dibawa masuk ke negara ini. Kerajaan kena mengawal kebanjiran aksesori seks ini jika ianya telah silap dipasarkan.

    Cumanya buat kata Sdr Zulkifli jika aksesori seks ini memberi satisfaksi kepada suami isteri apa salahnya.

    Maknanya Majlis Fakwa Kebangsaan kenalah mengkaji semula penggunaan kondom & aksesori seks yang boleh menyekat percantuman janin kita. Ramai ulama membenarkan suami memakai kondom atas pelbagai alasan tapi yang nyata kondom ini memang menyekat kelahiran manusia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.