Isnin, Disember 27, 2010

17

"Berapa?," soal saya.

"Tujuh belas," kata kakitangan Jabatan Sumber Manusia.

17.

Selama ini, bekerja tetapi seperti bercuti.

Berkunjung ke pelbagai lokasi di seluruh negara, membuat liputan untuk paparan 999. Sambil bertugas, berkesempatan melancong secara tidak rasmi.

Makan-makan, sambil belanja orang, orang belanja kita.

Minum.

Bersembang dengan kenalan dan juga mereka tidak pernah ditemui, strangers tetapi mengenali kita kerana mereka penonton televisyen.

Pernah terfikir apakah rasanya apabila nama kita dipanggil sedangkan kita tidak pernah bertemu dengan si pemanggil? Awalnya agak janggal, kini sudah biasa.

Ada orang memanggil nama penuh 'Mazidul Akmal Sidik'.

Ada juga orang memanggil 'Mazidul Akmal'.

Tidak terkecuali memanggil 'Dul'.

Cuma anak kecil lazimnya memanggil 'Uncle Mazidul'.

Tetapi kekadang ibu bapa mereka berkata, "Pergi salam dengan abang Mazidul".

Barangkali bertujuan untuk menjaga hati, kalau diminta anak memanggil 'pak cik Mazidul' bimbang saya berasa hati tetapi sebenarnya tidak. Itulah sebenarnya panggilan sesuai jika mereka  berusia di bawah  16 tahun.

Untuk rekod, saya berusia 43 tahun.

Kalau remaja berusia di antara 17 dan 25 tahun kena panggil saya apa?

Uncle? Pak Cik? Abang? Bro?

Susah!

(17 tadi, bilangan hari cuti saya belum diambil untuk tahun ini, 2010)

17 ulasan:

  1. Salam Sdr Dul...

    kakcik juga selayaknya dipanggil 'makcik' oleh sebilangan yang singgah di blog kakcik. Tapi... janggalkah panggilan makcik itu di dunia cyber ini? Entah! (^_*)

    17 hari! - cemburu kakcik yang dah tak punya walau setengah hari cuti tahunan untuk tahun ini. :(

    BalasPadam
  2. panggilan terhadap seseorang supaya kita rasa selesa dalam perbualan

    kalau saya yang lebih tua boleh panggil Mazidul saja, kalau yang remaja dan bawah 25 tu eloklah panggil abang atau bro

    kanak-kanak pula memang sesuailah panggil uncle tu

    BalasPadam
  3. as salam abg mazidul..panggilan menunjukkan penghormatan

    BalasPadam
  4. sweet 17 sinonim dgn gadis-gadis comel... :)

    17 hari?banyak tu.tapi sayang sekolah dah nak bukak sem baru.masih ada berbaki lagi kalau nak bawa famili gi jejalan minggu ni.

    en mazidul boleh balik kampung duduk dgn bonda menghabiskan masa bersamanya.saya sangat rindu saat-saat itu kerana setahun saya cuma ada 3 minggu bersama dia dihujung tahun.sedar tak sedar dia dah semakin tua kini.

    semoga saya masih ada waktu seterusnya utk bersama beliau utk masa-masa akan datang.

    BalasPadam
  5. banyak je lagi cuti kauu... bila nak ngabiskan tu?
    tentu2 tak dapat taun ni kan?

    BalasPadam
  6. teringat kisah blogger ondscene yg "baru" berusia 46 kalau tak silap dipanggil "pakcik" oleh seorang gadis cun...hehehe

    mungkin saudara juga akan dipanggil uncle/pakcik w/p patutnya masih boleh dipanggil abang...

    ntah mengapa...
    mungkin lelaki yang dah berkawin dan nampak agak berisi dan boroi termasuk saya juga kelihatan spt pangkat pakcik2 pada mereka yng berumur bawah 30 ni..
    padahal umur saya belum cecah 40 pon..

    BalasPadam
  7. Kalau remaja kena panggil abang mazidul uncle ler... sweet sikit bunyi nyer..kan? kalau saya dah 30an kena panggil abang mazidul, abang kan?

    BalasPadam
  8. lar..jumplah cuti rupenye..ingt ape la td..umur ke ape..hihihi..banyaknya lagi cuti tu..pergi la bercuti bawak family..hehehe

    BalasPadam
  9. saya kena panggil pakcik la kalau mcm ni. hihihi...

    cuti 17 hari tu kalau travel backpack mmg best sangat tu!

    BalasPadam
  10. abang lah..
    sbb abg sy umur 44thn..
    sy panggil abg...
    ikut org la....
    klu die ank sulung yg berusia 20 thn...n parents die umr 40-45..
    better panggil uncle...

    BalasPadam
  11. Saya rasa tak kisah asalkan mengikut umur, cuti 17 hari tu boleh dibawa ke tahun 2011 tak, kalau tidak rugi.

    BalasPadam
  12. Saudara Mazidul,
    Sekarang saudara sudah berumur 43 tahun, ya?
    Masih belum tua lagi dan bukannya masih muda juga.
    Itu dianggap pertengahan umur(usia) le tu....

    Bagi remaja umur 17 hingga 25 tahun panggilan yang manis untuk saudara ialah 'uncle'....

    BalasPadam
  13. Salam Mazidul, Kalau 25 tahun kebawah dia org panggil Pakcik kita tak kisah ... tapi kalau Mak budak umo 40 keatas panggil kita pakcik mmg tak kena :( New Entry "Saya Blogger Pahang"

    BalasPadam
  14. Hahaha..saya masa umoq 25 pun ada yag umoq sebaya panggil uncle....Tak tau macamana rasanya kalau jumpa ngan Bro...sebab selalunya kalau jumpa selebriti, saya tak berani nak tegur, tengok dari jauh je...hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.