Sabtu, Disember 25, 2010

Hantu Tetek

Usia suaminya 45 tahun dan kini didakwa mengabaikan kebajikan anak-anak dan dirinya kerana gilakan amah Indonesia.

Apa kelebihan amah itu berbanding isterinya?

"Kami berkahwin lebih 20 tahun dan kerana jumlah pendapatan suami tidak mencukupi untuk membeli susu tepung, saya menyusukan kesemua anak sehingga mereka berusia 5 tahun. Suami kerap mengutuk payu dara saya kendur dan kelihatan tidak menarik lagi," ujar isteri berusia 43 tahun terbabit.

Itu sebahagian kisah dilaporkan akhbar Harian Metro hari ini.

Amah terbabit dilaporkan memiliki tubuh lebih mantap kerana sering memakan jamu.

"Suami secara terbuka memberitahu dia akan mengahwini wanita itu tahun hadapan," sambungnya isteri itu lagi.

Teringat kisah sewaktu kecil ...

"Jangan merayau bila dah senja nanti kena sorok dek Hantu Tetek. Tetek (payu dara) dia besar dan lanjut (kendur), kalau dia tangkap awak dan sembunyikan di bawah tetek, sampai bila pun orang cari tak akan jumpa," kata orang tua.

Tersilap langkah mangsa boleh lemas dan sesak nafas, begitu gambaran diceritakan.

Sedang manusia lelaki bernafsu melihat payu dara berisi dan tegang, Hantu Tetek terkenal di kalangan manusia kerana memiliki payu dara kendur.

Tidak pernah terdengar suami Hantu Tetek komplen.

Di Malaysia, Hantu Tetek lebih awal dikenali berbanding wanita di bawah.


... Pamela Anderson!

17 ulasan:

  1. Suspen betul tajuk "Post" Saudara Mazidul pada kali ni..

    Saya ingat saudara Mazidul terjah tempat hantu tetek, atau terjumpa hantu tetek..

    Ikhtibar yang dapat saya rumuskan untuk Post pada kali ini adalah kaumpepermpuan perlu bijak menjaga penampilan diri.. Kaum perempuan terutamanya yang ada maid indon di rumah perlu berhias diri dan jaga penampilan diri supaya lebih mengancam di mata suami..

    Bagi kaum lelaki pula, jgn lah fikirkan keseronokan dunia sahaja.. Kenang kembali zaman bercinta masa muda2 dulu, ingat anak2, dan ingat tuhan..

    Bagi yg beragama Islam Buat sembahyang isytikarah dahulu sebelum membuat keputusan utk pasang cawangan terutamanya dgn maid Indon.. Perlu kita sama-sama beringat iaitu apa yang kita rasakan baik pada hari ini belum tentu ia baik pada masa akan datang dan buat selama-lemanya..

    BalasPadam
  2. amah tu dah tayang ke tubuh badan dia yg konon mantap tu depan pakcik tu?... ntah-ntah harap pakai bra je lebih... bila bukak sama je lendut... org perempuan ni bila berpakaian banyak cara nak menayang benda lebih... hakikat dia bila usia cecah ke angka 50 tak banyak beza pun... kecuali la pakai silicon atau cucuk botox... ;p

    BalasPadam
  3. Masa kecil memang pernah juga ditakutkan sebegitu. Sekarang budak2 tak heran lagi. Jangan2 lagi dia tunggu nak tengok Hantu Tetek tu gamaknya. Hehehehe

    BalasPadam
  4. suami tak ingat pengorbanan isteri menyusukan anak2 demi untuk berjimat kos beli susu tepung anak. suami pun tak reti nak cantikkan isteri balik dengan hantar ke salun kecantikan atau pakai korset kasi lawa balik. isteri pun kena pandai jaga kecantikan diri demi memastikan suami tak menjadi nakal dgn org lain.

    err...saya pun rasa risau nak kawin ~tiba2..

    BalasPadam
  5. suka benor deme dgn amah indon.... personaly selagi nama indon selagi itu lah rasa mcm langit dan bumi. selalunyer bangsa cina yg ambik amah indon. Rata2 tak ler lawo sgt....pun heran, tue pun syok ker....hehehehe dunia2...kelazz ke amah Indon...ekkekekeke

    BalasPadam
  6. eri-chan >> risau nak kawin? tiada yg kekal cantek didunia ini semua hanya pinjaman semata.bila dah tua tuhan tarik nikmat mata,nikmat telinga,nikmat deria serta segala yg tegang akan kendur akhirnya dan yg pasti kita akan kembali ke sana bersama kain putih sahaja.

    lelaki punya satu nafsu yakni perempuan,perempuan dan perempuan.pepatah mengatakan "lelaki akan tersungkur jatuh hanya kerana perempuan" tak percaya? perati jer disekeliling kita... @.@

    merry xmas kpd rakan-rakan yg menyambutnya.

    BalasPadam
  7. Salam Mazidul kalau di kampung saya diPahang dia org menyebut Hantu bebek @ kopek sama sahaja maksudnya itu tetek jugak :) Jom Singgah "Jalan-jalan Ke Pahang. "

    New Entry "Jangan Jiplak !"

    BalasPadam
  8. ingatkan encik mazidul terjumpa hantu tetek or sesiapa yang pernah kena sorok dengan hantu tetek. hahaha. :D

    BalasPadam
  9. entah apa2 ntah, dah tak ada benda lain nak tulis ke? atau bro mazidul mengidam tetek :))

    BalasPadam
  10. dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi....

    BalasPadam
  11. masa kecik2 dulu slalu sgtmak sy cerita / takutkn sy dgn hntu ni sbb sy suke main nyorok2 ! ;)

    BalasPadam
  12. "Tidak pernah terdengar suami Hantu Tetek komplen."

    HAHAHAHA! sakit perut saya.. bro mazidul pernah jumpa ke suami dia? hahaha.. kelakar betul posting ni..

    BalasPadam
  13. Kelakar..hehehe..nape ek laki suka mcmtu..eeee

    BalasPadam
  14. inilah pertama kali kami mendengar nama Hantu Tetek. Saspen benar tajuknya.

    BalasPadam
  15. Bro, ini pengalaman saya sendiri, semasa masih bersekolah rendah, pernah ternampak hantu galah, demam hampir seminggu, di Long Beach, ternampak hantu tetek, demam 5 tahun he he he

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.