Jumaat, Disember 31, 2010

Hitam Putih Tahun Berlalu Dan Mendatang

31 Disember, hari terakhir bagi tahun 2010. Esok, 1.1.11 kita melangkah ke tahun baru.

Hakikatnya, tahun berlalu tidak akan berulang kembali., maksudnya, tiada lagi tahun 2010 di masa akan datang. Di sepanjang tahun lalu, pastinya berlaku pelbagai peristiwa di dalam kehidupan kita sebagai manusia. Sebilangan peristiwa duka, sebilangan lagi peristiwa gembira, mewarnai hitam putih kehidupan.

3 peristiwa signifikan berlaku pada tahun 2010 dalam hidup saya, abah meninggal dunia, kelahiran anak saudara pertama, Muhammad Rayyan, kini berusia 11 bulan dan anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq meraih keputusan cemerlang dalam UPSR.

Pembaca juga menempuh pelbagai peristiwa sepanjang tahun lalu. Antara peristiwa hitam dan putih dilalui?

Kongsikan bersama saya dan pembaca lain.

Apapun, tahun 2011 InsyaAllah bakal kita tempuhi dengan ketabahan.

Kepada semua pembaca blog ini, selamat menyambut tahun baru!

MBPJ Mengambil Tindakan

Dalam tampalan ini, saya mendedahkan perihal sikap sebilangan pengusaha restoran di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sewenang-wenangnya menggunakan ruang parkir untuk meletakkan meja dan kerusi.

Berikut komen Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Faiuzi Maarop ketika dihubungi pada petang 28 Disember lalu.

"Bang, saya tengah bercuti tetapi saya akan hantar penguatkuasa untuk mengambil tindakan"

Sehari kemudian Fauzi menghantar pesanan ringkas kepada saya, gerai bergerak, meja, kerusi dan tong gas antara barangan disita MBPJ dari 3 restoran terbabit.

"Sebenarnya kita dah ambil tindakan berulang kali, sekali kompaun RM500. Hari ini kita letakkan penguatkuasa statik di lokasi sama," tambah beliau.

Berikut gambar premis pertama saya rakamkan Selasa lalu.


6 ruang parkir digunakan restoran terbabit untuk meletakkan meja, kerusi dan gerai menjual kepak ayam.

Berikut gambar saya rakamkan malam semalam.


Keadaan berubah seperti sediakala, ruang parkir untuk tempat meletakkan kenderaan bukan peralatan perniagaan.

Gambar di premis kedua sebelum ini ...


Kemudian menjadi begini ...
 

 Di premis ketiga, sebelumnya ...


Semalam ...
 

Saya merakamkan terima kasih atas tindakan pantas pihak penguatkuasa MBPJ.

Samada gerai kecil milik Melayu atau restoran besar milik bangsa lain, jika mereka melanggar peraturan ditetapkan, tindakan sama wajib dilaksanakan tanpa memilih bulu.

Kita tidak mahu mendengar masyarakat berbisik "Mengapa restoran Cina besar, selamba meletakkan kerusi dan meja di ruang parkir dan pejalan kaki sedangkan kalau gerai atau restoran Melayu, buat begitu, cepat sahaja barang kena sita'"

Saya percaya tindakan pengusaha mematuhi undang-undang terbabit hanya bersifat sementara sahaja. Selepas ini ruang parkir akan dipenuhi meja dan kerusi kembali. Namun mujur kamera digital Canon G9 saya menggunakan memori kad mampu memuatkan ribuan gambar.

Jika mereka engkar, saya akan merakamkan kembali visual premis perniagaan mereka dan aduan akan dikemukan sekali lagi kepada MBPJ.

Peniaga warga Indonesia sebelum ini selamba berniaga biarpun ditegur juga sudah tidak kelihatan di tapak asal, di ruang parkir.


Jika kita warga tempatan boleh menghormati undang-undang, mengapa tidak mereka? Berdegil, konon.

Sabil The Problem Solver

Net book saya dirawat Sabil.

Pada mulanya Internet Explorer tidak berfungsi, kemudian untuk mengakses blog sendiri mengambil masa lama.

"Saya check dulu, kalau tak boleh juga, saya format," kata bapa kepada 2 anak terbabit.

Bagi saya, dia manusia kreatif, amat komited dengan tugasan dipertanggungjawabkan. 

Ringkasnya, Sabil mampu membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah berhubung komputer, a problem solver.

Jika ada di kalangan pembaca ingin membuat laman web untuk diri sendiri atau syarikat dengan harga berpatutan, boleh menghubungi Sabil di talian 017 256 3850.

Khamis, Disember 30, 2010

Harimau Apa?

Malaysia menang pertandingan bola sepak.

Semua orang membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen tahu esok hari cuti.

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya!

Ops! Harimau Malaya atau Harimau Malaysia?

Baca di sini.

I Pun Ada Banyak Hutang

Majoriti kita, peminjam.

Kita membuat pelbagai loan, antaranya loan kereta.

Hakikatnya, matahari tidak selalu bersinar cerah, mendung  berarak, secara tiba-tiba lalu ribut melanda. Dalam erti kata lain, ada waktunya kita tidak mampu melangsaikan semua ansuran bulanan pinjaman.

Kemudiannya, kita mula menjadi insan buruan, diburu pengutip hutang samada dari bank mahupun ejen dilantik institusi kewangan.

Pagi tadi saya menghubungi  kenalan berpengalaman 12 tahun bekerja sebagai collector.

"Bila dia orang (collectors) call. dia cuma  nak tahu bila you boleh bayar? So, cakap sahajalah, hujung bulan., bagi dia tarikh. Bila ada tarikh, at least dia boleh report kepada bos dia," ujarnya.

Di kalangan mereka ditugaskan sebagai collector, wujud kerjasama.

"Bila saya call tanya bila boleh bayar tunggakan, customer marah. Kita akan dapatkan bantuan rakan setugas lain, bercakap lembut dengan dia. Maksudnya, kita ada pendekatan psychology berbeza untuk mendekati customer supaya dia bayar," sambungnya lagi.

Saya juga dimaklumkan sebilangan bank terpaksa melantik ejen pengutip hutang bagi kes loan tidak berbayar terlalu lama.

"Ejen memang makan komisyen, if tak ada collection, tak ada gaji"

"So, bagaimana nak berhadapan dengan panggilan telefon dia orang in kekadangan memang berbentuk harassment. Dia tak dapat call handphone kita, dia cari nombor rumah keluarga atau  pejabat. Siap dedahkan butiran pinjaman dan nama bank dia wakili kepada kawan di pejabat kalau kita tak ada. Boleh ke macam itu?," soal saya.

"Tak boleh. Bank tak akan berikan kebenaran kepada ejen untuk mendedahkan maklumat pinjaman kepada third party," jelasnya.

"Jadi, bagaimana kaedah berurusan sebenar dengan ejen?," tanya saya.

"Alah! Dia orang bukan boleh buat apa pun. Kalau jumlah tunggakan di bawah 5 ribu ringgit, bila ada duit bayar sebab menjelaskan hutang wajib kepada orang Islam"

Namun perlu diingati ejen pasti sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk mengutip hutang tertunggak untuk menerima komisyen dibayar pihak bank. Pelbagai kaedah mereka applikasikan, antaraya memalukan penghutang.

"Dengan dia orang memang dah tidak boleh negotiate, no flexibility at all. By hook or by crook dia orang tetap cuba paksa bayar," sambung kenalan.

Saya pernah menerima panggilan ejen terbabit mencari rakan sepejabat.

"Sorry, dia tak ada di meja," jawab saya.

"Dia pergi mana? Macam mana saya nak bercakap dengan dia?," soalnya.

"Encik, so far saya tidak menjaga jadual dia but you can always call," jelas saya.

"Dia ni ada buat pinjaman ..."

" Oh! Ok! Dia bukan bunuh orang kan? Cuma buat pinjaman?," soal saya.

"Ya lah, buat pinjaman tetapi tak bayar ..."

"Stop! I tak mahu dengar cerita fasal hutang orang, I sendiri pun banyak hutang and I don't think that you have the right to expose details mengenai pinjaman orang kepada pihak ketiga, thank you, bye!," celah saya.

Sambung kenalan saya ...

"Bila dia introduce sahaja diri, collector, cakap kepada kepada dia, 'Bos! I baru nak call you tadi. Nak bagi tahu ada masalah sikit. Hujung tahun banyak pakai duit, anak nak sekolah, beli barangan semua. Tapi not to worry, hujung bulan saya bayar'. Maksudnya kita bagika alasan, pada masa sama kita commit kepada dia tarikh pembayaran akan dibuat. Dia pun at least lega sebab ada harapan untuk menuntut wang tunggakan"

Ugutan Bunuh

Akhirnya, mereka mengalah.

Sedar pun.

Peliknya, biarpun didakwa menerima pelbagai ugutan bunuh, Seksualiti Merdeka tidak memaparkan berita aduan polis dibuat.

Rabu, Disember 29, 2010

Huh! Bogel! Bogel! (Updated)

Jam 6.46 petang semalam saya bersama krew 999 menyertai pegawai serta anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor menyerbu pusat urut di Dataran Mentari.

Lihat gadis ini, kelihatan bersopan dan pemalu.


Hampir 20 minit pasukan serbuan dan kami  agak kebingunggan mencari  wanita ini. Sewaktu lelaki penjaga premis ditanya, dia mendakwa kononnya semua tukang urut warga asing terbabit berjaya memboloskan diri sebaik menyedari kehadiran kami di premis beroperasi tanpa lesen ini.


"Dia olang sulah lali ikut itu tingkap loooor," ujarnya menyakinkan saya.

Namun dari raut wajah dan keadaannya kelihatan agak tertekan, saya dapat menghidu dia berbohong lalu saya pantas meninjau tingkap diperkatakannya.


Tidak logik! Memang tidak masuk akal  jika wanita tukang urut  terbabit sangggup menggadai nyawa meniti belebas di tepi tingkap!

Jadi di manakah mereka?

Setalah diperiksa, mereka tiada di bilik sedangkan kurang 5 minit sebelum itu mereka melayan 3 pelanggan termasuk 2 krew 999.

Hairan.


Melalui pengalaman, tukang urut warga China terbabit tidak berpeluang melarikan diri kerana wartawan  pelatih dan jurukamera 999 terlebih dahulu memasuki premis sama menyamar pelanggan.

"Masa urut tadi dia dah bogel, ini baju dia," ujar jurukamera tenang.

Urutan body to body tetapi tidak dapat dinikmati krew 999 kerana mereka bertugas sebagai pemberi maklumat dari dalam premis sebelum serbuan dilakukan.

Jam 6.50 petang ketua operasi, ASP Nasir Ismail dan saya mula mengetuk dinding  di dalam premis terbabit untuk mengesan ruang kosong berkebarangkalian dijadikan lokasi mereka bersembunyi.

Beberapa minit kemudian ruang persembunyian mereka berjaya dikesan. Kabinet tempat penyimpan tuala ini kemudian dipecah menggunakan tangki pemadam api.


Hasilnya ... tidak sia-sia.


Sabar! Sabar! Bukan pembaca sahaja ingin melihat 'hasil' terbabit malah semua wartawan dan jurugambar turut berpusu-pusu cuba merakamkan visual.
Bersedia?


"Huh! Bogel! Bogel!," jerit rakan wartawan.

Runsing melihat keadaan, mengapa wanita China tidak bercukur?

3 tukang urut menawarkan urutan body to body dengan bayaran RM150  ditahan terbabit berusia di antara 25 dan 40 tahun.

Mereka akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/53 kerana menyalahgunakan pas lawatan soial.

Saya kemudian memanggil pengacara 999, Hazlin Hussain untuk masuk ke ruang dilengkapi saluran udara, dianggar mampu memuatkan 10 orang ini.


Dalam kesibukan membikin liputan, kami berpeluang merakamkan gambar bersama wanita diberkas.


Lelaki penjaga premis pada awalnya cuba mengelirukan pihak berkuasa kemudian ditahan digari.


... dan pastinya semua wartawan dan jurugambar media elektronik bertugas berpuasa hati dengan operasi dilakukan.


Berapa Score?

Laser.

Penyokong bola sepak Indonesia menjadi emosi kerana itu sekaligus melemparkan pelbagai tuduhan terhadap penyokong pasukan negara.

Persetankan itu semua!

Wanita ini berkata pasukan Malaysia lebih unggul berpeluang muncul pemenang Piala Suzuki AFF 2010.


Dia, Syahrini, 27 tahun, model dan penyanyi seksi Indonesia sebelum ini dikaitkan dengan komposer, Anang Hermasyah.

Mesti ramai wak buruh binaan di Kepong, Selangor bakal marah membaca kenyataan Syahrini di akhbar Kosmo hari ini.

Kepong?

Lokasi terlintas secara spontan di fikiran.

Perlawanan pusingan akhir kedua bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, jam 8 malam ini. Sebelum ini di Stadium Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya menumbangkan pasukan Indonesia 3-0.

Kali ini, berapa score?

110 Tahun

110 tahun.

Barangkali sudah bosan makan ...

Bosan tidur ...

Bosan bekerja ...

Tetapi tidak bosan untuk hidup bersama mahkluk ciptaan Allah bergelar wanita.


Jika wanita berusia sama, masihkah kepingin mendampingi lelaki? Mengapa?

Jawablah sejujur-jujurnya ...

Selasa, Disember 28, 2010

Saya Bercuti!

Saya bercuti sehingga 7 Januari 2011.

Petang tadi, saya meminta krew 999 melaksanakan projek khas saya rencanakan di Sunway Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Jika maklumat tidak bocor, InsyaAllah esok akan dirakamkan operasi bersama pihak polis.

Sewaktu krew menjalankan tugasan mereka, saya merayau di kawasan sekitar PJU 5/9 dan memasuki premis ini.


"Wah! Berani you orang jual VCD, DVD cetak rompak?," soal saya.

"Berniagalah bos," ujar pekerja di kaunter.

5 minit selepas saya keluar kejadian berikut berlaku.


Saya hanya merakamkan gambar, mereka malu?

Tidak jauh dari lokasi itu, say terlihat ini ...


7 ruang parkir kereta digunakan restoran untuk meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan.

"Macam mana kereta mahu parking? Tengok sana terpaksa double park," ujar saya kepada penyelia kedai.


Kurang 5 minit kemudian kejdian berikut berlaku ...


Tetapi wanita ini, berbeza reaksinya.


"Orang mana?," soal saya.

"Orang sini," ujarnya.

Loghatnya kedengaran seperti warga Indonesia. Pemilik gerai berdiri di kawasan sama kemudian mencelah ..

"Saya orang Minangkabau, dah 25 tahun duduk sini," katanya.

"Tetapi itu bukan lesen untuk berniaga di lokasi tidak dibenarkan. Hairan peniaga tempatan takut takut berniaga tanpa lesen, engkau orang berani," balas saya.


Mereka terus berniaga di ruang parkir.

Selepas itu saya meninjau kawasan sekitar dan terlihat ini!


... dan ini!


Ya! Lebih banyak lebih 60 ruang parkir 'diambil alih' 2 restoran, diletakkan meja dan kerusi.

.... Ok! Ok! Ok! Saya bercuti!

Biar penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya bekerja!

Sebelum pulang ke rumah, saya terjeling ini ...


Tidak jelas?


Ha! Nampak pun ...