Rabu, Disember 22, 2010

Hati Batu Berteraskan Keegoan

Setiap kita melakukan kesilapan di dalam meniti kehidupan seharian.

Sekaligus berkebarangkalian menyinggung perasaan insan lain samada disedari atau sebaliknya.

Itu hakikat sukar disangkal. 

Hanya segelintir kita bingkas memohon maaf sebaik menyedari kekhilafan  terjadi, mengguris perasaan insan lain dan berharap kesilapan kita dimaafkan.

"Maaf, saya telah melakukan kesilapan, membuat awak marah"

Malangnya hanya segelintir kita berkemampuan mengungkapkan kenyataan sebegitu. Sebilangan lagi terus mendiamkan diri samada kerana dihantui perasaan malu atau kerana memiliki hati batu berteraskan keegoan tebal.

Sukar benarkah untuk memohon maaf?

9 ulasan:

  1. Salam,

    Pendapat saya, kita tak tahu bila kita akan mati.

    Jadi kalau boleh, selalulah minta maaf...kot-kot tak sedar kita dah menyebabkan kemarahan orang lain...

    Mohon maaf jika tersalah bagi pendapat....

    BalasPadam
  2. Bukan sukar untuk memohon maaf... cuma berat nak melafazkan... sebabnya x pasti... yang pasti bukan hati batu berteraskan keegoaan tebal... itu saya... :p

    BalasPadam
  3. Benar apa yg dikatakan....ego mengatasi semuanya. Selagi bernama manusia selagi itulah melakukan kesilapan. Perkataan maaf biasanya kedengaran bila hari raya sahaja.....itu pun memang dah jadi adat.
    Ucapan maaf pada masa hari lebaran mewakili kesalahan yang dilakukan sebelumnya.

    BalasPadam
  4. Hahaha somehow me and Ustaz Azhar will love this entry of yours!! Nanti we can pinjam and email it to someone. lols !! Thank you bro.

    BalasPadam
  5. Minta maaf biar ikhlas.

    Kalu boleh nyanyi macam Bujang Lapok (merujuk MAZ, HAZREY dan AZHAR) hahahaha..

    “Maafkan kami!”

    “Maafkan kami!”

    “Maafkan kami!”

    ehhh Maafkan saya...!

    BalasPadam
  6. Salam...

    Kemaafan sukar dipohon sesama insan kerana ego..

    Memberi maaf pula terhalang oleh dendam...

    BalasPadam
  7. Kebanyakan orang yang telah melakukan kesilapan terhadap seseorang berasa malu untuk merendahkan diri bagi memohon maaf diatas kesalahan tersebut kerana dibayangi perasaan ego dan berasa wajar diatas tindakan mereka tersebut yang kononnya untuk 'mengajar' tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyakiti dan merenggangkan hubungan baik diantara mereka.

    Tetapi banyak pula pihak yang telah disakiti tadi enggan memaafkan kesalahan orang lain yang ingin memohon maaf / berdamai, kerana juga atas dasar ego yang turut bertujuan untuk 'mengajar'
    orang tersebut. Semua pihak masing2 memiliki ego

    BalasPadam
  8. salam..
    abg mazidul..
    bagi sy tiada gunanya ego yg terlalu tinggi..buangkan ego..maafkan saja..heheh..bile maafkan org ati kita jadi lapangkan..:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.