Isnin, Disember 20, 2010

Mengapa Sebilangan Perempuan Takut Berkahwin?

Sebilangan perempuan rela tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka.

Mengapa?

Hasil perbincangan bersama rakan, berikut antara sebab dikenal pasti.

- Terlalu memilih

Hanya ingin bersuamikan lelaki memenuhi citarasa tersendiri dari aspek rupa, perlakuan dan layanan diterima.

- Kecewa

Pernah bercinta atau bertunang dan kemudian dikecewakan sebelum pernikahan berlangsung. Berikutan kejadian terbabit perempuan berfikir lelaki seterusnya hadir di dalam kehidupan juga akan membawa kekecewaan di dalam hidup mereka. Mereka menjadi phobia dan terlalu berhati-hati dalam pencarian calon seterusnya sehingga tidak menyedari usia semakin tua.

- Disegani lelaki

"Jangan lah Man oi! Malu mak nak meminang Milah tu. Kau ada diploma, dia ada Phd. Enggang sukar nak terbang bersama pipit," ujar emak lelaki.

Barangkali ramai antara kita pernah mendengar komen sebegitu dilontarkan orang tua. Lalu perempuan terbabit menjadi mangsa keadaan hanya kerana dia berpendidikan tinggi.

- Ego keterlaluan

Sememangnya lelaki sering dikatakan memiliki sikap keegoan tinggi namun sebilangan perempuan zaman sekarang tidak terkecuali.

"He is not my taste!"

Ujar perempuan tanpa menyedari dia juga mungkin tidak memenuhi keinginan lelaki. Kekadang perempuan sebegin kelihatan bergaya, berkerjaya tetapi dari aspek pergaulan, dia terlalu kepingin untuk menang dalam segala hal.

Berasa diri terlalu bijak kekadang membunuh impian lelaki untuk memperisterikannya.

- Lelaki gay

Barangkali bukan sebab utama tetapi tetap wajib diambil kira.

Sebilangan perempuan takut andai terjabak dengan lelaki bergelar suami namun mengamalkan kehidupan songsang di belakang mereka. Bukan semua lelaki gay mampu dikenal pasti dari aspek fizikal dan penampilan harian mereka. Segelintir kelihatan 'keras' tetapi memiliki jiwa hanya menaruh nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Berkahwin hanya usaha mengkaburi mata keluarga dan masyarakat sekeliling.

Ada lagi faktor lain?

23 ulasan:

  1. faktor sekeliling...

    acu selalu menjadi tempat luahan masalah kawan2/saudara setiap kali mereka ada masalah dengan suami...

    masalah2 yang mereka ceritakan,membuatkan acu takut...takut jika acu pun akan melalui perkara yg sama sepertimana diaorang lalui...

    acu sebagai anak yang bongsu biasa nya apa saja yang acu minta akan dipenuhi.sekarang acu dah bekerja & acu tak ada apa2 komitmen jadi acu boleh pergi mana acu suka..beli apa yg acu nak..tanpa bantahan daripada sesiapa..

    timbul di kepala otak acu,seandai nya satu hari nanti acu bertemu jodoh,
    masih bolehkah acu bersuka ria seperti sekarang?
    masih bolehkah acu membeli apa saja barangan idaman?
    masih bolehkah acu melancong ke mana2 tanpa bantahan??

    takuttttt ooooo....

    BalasPadam
  2. ada jugak perempuan yang takut berkahwin sebab dirinya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki.. ada jugak perempuan yang memang suka menjadi lesbian~

    BalasPadam
  3. Mazidul... ada seorang anak dara ni. Nak kawin tapi mengaku sebagai 'janda'. Nak tahu kenapa ? Sila lawat blog saya www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  4. banyak lagi sebab lain. antaranya:
    1-lelaki yang kononnya bf itu nak pegang2, nak ringan2 sebelum kawen - kalau yg macam tu sekaya mana atau sehensem mana pun boleh jalan...kita tak perlu. dan perlu diketahui lelaki2 yg solat 5 waktu tak tinggal pun ada yg berperangai macm ni.

    2-bila tgk kawan2 ada yang dah berkahwin tapi hidup tak bahagia - suami kaki pukul dan tak bagi nafkah, malah hidup lebih sengsara selepas kahwin.

    3- banyak lagi, kalau dihuraikan di sini alamatnya semua lelaki akan lari dari saya. hihi

    BalasPadam
  5. selain belum sampai jodoh atau kata mereka takde jodoh, sebab yang dikenalpasti di atas juga banyak benarnya....

    kepada acu sayang.. jangan takut

    BalasPadam
  6. Bro, jodoh, rezeki, ajal maut semuanya terletak pada kuasa Allah. Allah s.w.t yang tentukan. Renung-renungkan dan selamat beramal (copy-cat ni.. he he)

    BalasPadam
  7. Sebab:
    1. Cinta lelaki tak kekal lama...Nanti kalau bini dan tak cantik bergaya macam dulu... mulalah...
    2. Tak sanggup ditipu. Di depan bukan main sayang... tapi di belakang... dia sayang orang lain..!
    3. Tak suka kongsi2 laki. Lelaki kan tak cukup dgn sorang... Jadi biarlah hidup sorang2 jer
    4. Susah nak percaya lelaki... walaupun mereka bersumpah dengan nama Allah. (Mak aihhh...)
    5. Wanita dah boleh berdikari...
    6. Cinta abadi hanya untuk ALLAH.

    BalasPadam
  8. mungkin sbb komitmen dlm kerjaya..byk perempuan zaman skrg memiliki kerjaya yg bagus2..siang mlm keja smp tak sempat nak bersosial..sudahnya tak berteman idup..

    bley ker alasan serupa itu?

    BalasPadam
  9. faktor lain:

    1)abang tak kuat
    2)duit tak cukup lagi
    3)senggugut berpanjangan
    4)muka tak lawa
    5)low self esteem
    6)baru menjalani pembedahan kosmetik. tunggu luka baik.
    7)adik beradik ramai. anak sulung jadi mangsa. terpaksa sekolahkan adik2 dulu baru leh kawin.
    8)sakit yang tak ada ubat (buatan orang)
    9)bau badab
    10)bau kaki
    11)bau mulut
    12)sibuk dengan kerjaya.

    BalasPadam
  10. Mungkin belum jodoh.....semunya kena fikir semasak-masaknya...perkahwinan bkn utk sehari dua.

    BalasPadam
  11. Mazidul...luar dari topic...kereta adik saya dicuri dari parking lot tesco...4 hari lalu...dan pihak tesco tidak memasang cctv...kereta jenis honda accord..dan mereka tidak membenarkan pihak adik saya untuk melihat cctv yg diluar bangunan..
    aduan telah dibuat kepada pihak polis tentang kehilangan kereta tu...

    BalasPadam
  12. Setuju dengan gadisbunga: bila tengok atau dengar cerita kawan atau sedara tentang pasangan yang dah kahwin tapi akhirnya bermasalah,suami curang, tak bertanggungjawab,tak bagi nafkah,semua tu menyusahkan perempuan..Elok tak payah kahwin kalau macam tu.

    BalasPadam
  13. Benar, jodoh ketentuanNYA, tapi kita harus berusaha bilamana hati telah terbuka.

    Rasanya, ramai yang patah hati, kecewa dan kemudian menderita di jiwa, atau kemudian bangkit lebih kuat dan bersemangat, menjadi lebih berdikari.

    Sehingga satu tahap, mereka tidak lagi melihat lelaki/pasangan sebagai satu yang perlu dlm hidup mereka.

    Apatah lagi, sekarang ramai sungguh lelaki yang tidak memenuhi ciri-ciri lelaki sejati atau bertanggungjawab. Bukan sedikit pula kes dera dan lelaki yang kikis perempuan.

    Alangkah malang, bila institusi perkahwinan semakin tidak murni dilihat orang masa kini, dan alangkah sedih pula bila ramai yang tidak lagi percaya kepada perkahwinan.

    BalasPadam
  14. jodoh adalah qada' dan qadar yang telah ditetapkan sejak alam roh lagi....

    bagi yg belum mejumpainya, itu adalah ketentuan..

    Perdana Menteri Kita Buta Sejarah?

    BalasPadam
  15. rasanyer lebih kepada tajut dengan lelaki:

    a. kaki panas baran
    b. kaki cenburu
    c. kaki pukul
    d. kaki dadah
    e. kaki arak.
    f. gay
    g. kaki simbah asid..

    dan pelbagai kaki lagi....

    saya masih bertahan dengan si kaki pancing.. hehehe...

    BalasPadam
  16. salam..mungkin jodoh belum sampai...p ramai leleki gay dan wanita lesbien sekarang ni..

    BalasPadam
  17. kadang2 keluarga pon ambil peranan..dah bawak calon suami jumpa parent tapi depa tak berkenan, terpaksa la mengandartu :)

    BalasPadam
  18. my sister.. dari segi rupa tak kurang, nak kata kejar kerjaya pon tak juga... sbb selalu suka bercuti, balik kg etc... nak kata pernah putus cinta n dah serik.. tak jugak sbb dia open jer, tak pernah pon ada org yg serius dgn dia.. n tak kisah berkenalan dgn ramai org, tp sampai sekarang tak jugak jumpa jodohnya. So kami pon malas nak bebankan fikirannya... dah takmo nak tanya bila dia nak kawin... kalau ada jodoh nanti.. adalah...

    BalasPadam
  19. Lelaki memang susah untuk dipercaya...! Atau saya yang susah?

    BalasPadam
  20. Salam bro,

    Dari pengalaman saya yang cetek bak pompuan ni rasanya faktor berikut mungkin menjadi sebab:

    1. Dlm usia muda pergaulan sosial yang terlalu extreme membuatkan mereka jeran...!

    2. Ada yang terlampau jinak2 merpati atau malu2 kucing pada awalnya (masa muda) lalu berlanjutan hingga ke status andartu.

    3. Benih cinta pertama dimusnahkan...benih cinta kedua dihancurkan dan cinta ketiga pula dilacurkan sehingga takut menerima cinta seterusnya langsung terlajak...!

    Apa-apa pun saya masih ingat kata2 arwah kawan saya oghang Ganu, "Semuanya kuasa Allah s.w.t. belakaa...!"

    BalasPadam
  21. Tak semua lelaki jahat ( zalim ) dan tak semua juga perempuan baik ( sempurna ).
    Usahlah risau - masih terdapat beribu2 lagi lelaki yang ditakrifkan lelaki sejati berupaya melindungi dan menyayangi wanita2 budiman.
    Jika tidak, dunia ini akan tonggang -langgang.
    Jangan dirisaukan tentang perkara2 yang belum tentu terjadi dalam mendirikan perkahwinan.
    Barangkali belum dipertemukan Allah dengan lelaki yang bertepatan dengan angan2 kosong maka hati belum tersentuh untuk memberi ruang kepada pilihan untuk jodoh.
    Yang patut dirisaukan kita ialah bilamana bertambahnya bilangan wanita2 tak sedar diri - yang masih mengejar keseronokan palsu yang menjahanamkan diri, masa depan dan umat seperti terlibat dengan aktiviti kotor : bergaul bebas - zina, bohsia, GRO, pelacuran, menggadai maruah dengan berpeleseran yang amat berleluasa dikalangan wanita/gadis2 Melayu Islam sekarang.

    BalasPadam
  22. Mungkin sebab pemikiran gini : "Dunia dah nak kiamat dah... tak payah kawin lah..." Ngeee...

    BalasPadam
  23. Jodoh di tangan Allah.

    Allah temukan dengan pelbagai orang untuk menguji keimanan dan kecerdikan akal untuk menilai orang.

    ada orang melepaskan lelaki baik untuk bersama si nakal. ada yang nakal nak bersama si baik sebab nak berubah. ada yang 2-2 nakal, ada yang kejap nakal kejap baik. pilih yang paling memahami kita dan kita boleh memahami dia. yang penting komunikasi. belajar bersikap berterus-terang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.