Rabu, Disember 22, 2010

Kelas Pengucapan Awam 2 - Siri Ketiak Basah

Seperti cikgu janjikan sebelum ini, kita sambung kelas ke dua.

Apapun, terima kasih kepada semua pelajar baru mendaftar, Kak Zaa, Azeeda, Hahn, Andeh, Cik Ceria Corner, Sahrom Nasrudin, Nadia Harnisa, Peace 289 dan My Life My World.

Welcome to my class!

Kepada pelajar sudah berasa hebat dalam bidang komunikasi, bukan tujuan cikgu untuk mengajar orang bijak pandai, cuma sekadar berkongsi pengalaman tidak seberapa bersama pelayar sudi membaca, itu sahaja. Tampalan ini ditulis  khusus untuk mereka tidak berpeluang menghadiri kursus berhubung komunikasi seperti orang lain.

Andeh, Nadia, Kak Zaa, duduk properly ... Thank you.

 ... kita berasa gementar sewaktu berdiri di hadapan khalayak kerana bimbang melakukan kesilapan  samada dari aspek penampikan atau pengucapan.

Justeru, saranan cikgu mudah, sebelum tampil sebagai speaker, pastikan anda mengenakan pakaian selesa, bergaya dan sederhana. 

"Selesa, bergaya dan sederhana, maksudnya apa cikgu?"

Oh! Cik Ceria Corner bertanya. Begini, maksudnya sebilangan perempuan memiliki spare tires di kiri dan kanan pinggang dan bonjolan di pinggul contohnya, cuba pakai attire longgar tetapi presentable agar kita berasa selesa. Lelaki berperut boroi, elakkan memakai kemeja terlalu sempit, sehinggakan susah membutang baju sekaligus menyukarkan kita menarik nafas sewaktu berdiri di hadapan orang ramai.

Keselesaan itu untuk diri kita, bergaya itu untuk sedap mata audiance memandang manakala  penampilan sederhana membantu diri kita untuk berasa lebih yakin.

Ingat, kalau otak kita asyik berserabut, memikirkan hal berhubung penampilan diri maka percakapan kita juga berkebarangkalian besar bakal terganggu.

Seperkara lagi, kekadang cikgu berasa sakit mata setiap kali melihat speaker ketiak berpeluh. Murid-murid semua pernah tengokkan? Bahagian ketiak baju, mcam ada swimming pool, you know what I mean ...

Amboi! Azzeda, tersenyum kamu ya? Sahrom tersipu-sipu sebab apa?

Hish! Awak berdua ni ...

Kalau tahu akan berdiri di khalayak ramai, penampilan kita bakal menjadi tumpuan banyak mata, guna lah deodorant, biar ketiak kering. Pelbagai jenis deodorant ada di pasaran, tidak semahal harga Ferrari harganya. Orang dahulu guna Odorono atau cikai cikai pun Bedak Cuticura.

Jangan kata lelaki, speaker perempuan pun dua kali lima, sama.

Bukan apa, nanti instead of mendengar apa kita ucapkan, audience asyik sibuk tersenyum dan ketawa sebab melihat ketiak basah speaker, yuks!

Selain itu, jika tahu saliva, air liur selalu overflow, pastikan bawa sapu tangan, simpan di dalam kocek.  Sesekali lap air liur berkumpul di tepi kiri dan kanan mulut. Jadi audience pun selesa sikit memandang sewaktu kita bercakap.

Cikgu tengok, sebilangan menteri menghadapi masalah sama tetapi mungkin pembantu khas beliau tidak pernah menegur bosnya.

Kepada perempuan tidak bertudung, rambut kena ikat kemas bukan berjurai. Masa bercakap, terkuis sana, terkuis sini, rimas melihat dia menolak rambut menutup muka ke tepi.

Namun, cikgu tidak pasti jika sebilangan speaker perempuan menganggap perbuatan itu, seksi. Bagi cikgu, kalau dia berada di tepi pantai, rambut ikal mayang, dihembus angin senja sepoi-sepoi bahasa, itu kelihatan memberahikan.

Ish! Cikgu cakap apa pula ni? Tetapi tak apa, kamu semua murid tua bukan di bawah usia 16 tahun, kan?

Kesimpulannya, satu daripada faktor mempengaruhi keselesaan kita sewaktu berucap di khalayak, harus diambil kira, penampilan diri.

Baiklah, anak-anak cikgu, 2 orang sedang bergembira bercuti di Pulau Langkawi.

'Ayah, jangan lupa bagi makan kura-kura, kalau air dalam bekas kurang, please tolong tambah. Jangan lupa ikan laga dan puyu, kena bagi makan sekali'

Hanya itu pesanan ringkas dihantar kepada cikgu semasa cikgu masih mamai baru bangun tidur awal pagi tadi.

Lalu cikgu membalas pesanan ringkas terbabit, begini ...

'Ok, Ayah tengah lunch, masak sendiri, bosan makan di kedai mamak. Ayah ada simpan lauk, kura-kura goreng berlada, ikan laga masak sweet and sour dan ikan puyu masak singgang. Nanti balik, just keluarkan dari peti ais dan panaskan'

Kurang 2 minit pesanan ringkas itu dijawab ...

'Ayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!!!'

Boleh begitu?

Ada masa, dalam tampalan berikutnya cikgu akan kongsikan lagi beberapa panduan, tips untuk berucap secara selesa di khalayak.

Class dismissed!

Jumpa lagi!

18 ulasan:

  1. nak mula bercakap tu yg gugup... mcm mana cikgu?

    BalasPadam
  2. wokeh, sy mngaku ada mslh 'kolam' tu. tp masa tgh present jarang la jadi, kalau jadi pun kepit je. toksah duk angkat tgn. satu soalan, bknkah deodoran utk mengelak bau je? ke sy yg salah? spnjang sy pakai & tukar deodoran, xde pun yg boleh elak peluh. jln byk sikit mst peluh. org lain ok je. sy je pelik skit. huhh!

    BalasPadam
  3. Salam
    Cuma berkongsi pandangan
    Azween, untuk mengelakkan dari ternampak kolam tu, gunakan baju yang mempunyai corak semasa membuat presentation. Selain itu, blazer juga boleh digunakan sebab walaupun berkolam, tapi dia telah dicover oleh blazer tersebut..wallahuaklam

    BalasPadam
  4. merepek je..kure2 goreng berlade lak..huhu..

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana sudi berkongsi lagi.
    huhuhu kadang-kadang banyak yang kita terlepas pandang bila tengah bercakap di khalayak.

    boleh tak kongsi bersama teknik 'bahasa tubuh' yang dapat menarik perhatian khalayak, serta 'bahasa tubuh' yang perlu di elakkan ketika berucap.

    BalasPadam
  6. Eja, sebaiknya sebelum mula bercakap, sila buat scanning, perhatikan audience beberapa saat untuk menyesuaikan diri dan berasa lebih selesa.

    Nanti saya akan huraikan dalam kelas akan datang.

    BalasPadam
  7. cikgu, eye contact penting semasa berucap bukan? tapi saya ni jenis takut nak pandang wajah audience.. tak kan nak pejam mata @ pakai sunglasses.. mcm mana tu?

    BalasPadam
  8. Auch..camtu yerk..huu...stil xbpe konfiden nak ckp kat depan tapi leh guna taktik2 baru ni..

    Jom sini,
    Bukan warewolf versi twilight?

    BalasPadam
  9. Salam..

    satu lagi cara untuk lindungkan 'kolam' adalah dengan memakai t-shirt di dalam.

    Dengan itu, yang jadi 'kolam' hanyalah t-shirt kat dalam dan bukannya kemeja...

    Betul tak Cikgu...

    Kalau salah tolong betulkan...

    BalasPadam
  10. Terimakasih Cikgu..!

    jommmmm! Kawan-kawan! kita pegi makan aiskrim kat kantin. Hari ni makcik kantin masak Nasi goreng ikan bilis! Bil masuk akaun cikgu!

    BalasPadam
  11. salam cikgu
    maaf lambat masuk kelas...
    hujan lebat..harap harap boleh lagi belajar yek

    BalasPadam
  12. JINKAMEN, sila tinggal kasut kat luar. Penuh selut. Kalu degil, saya tulis nama nanti!

    BalasPadam
  13. Maaf cikgu! Kelas pertama dah missed! Kelas kedua dah bermula... murid2 lain boleh pinjam nota? yang pasti bukan dari Naisofon X... dia terlalu bijak pandai...

    BalasPadam
  14. dah duduk cikgu..
    selamat pagi..!

    tapi kan cikgu..kalo saya kat depan audience , saya jadi keras kejung..pandang je kedepan...erkkkk...erkkkk....

    nak wat cemana tu cikgu..?
    baju serasa basah..mcm mandi..

    BalasPadam
  15. slm cikgu.. :)
    bedak cuticura tu yg mencuit senyuman hehehe..
    okeh nervous dh ilang, penampilan dh smart.. next?

    sementara tu gi makan eskrem kat kantin dlu ye cikgu!

    BalasPadam
  16. assalamualaikum dan selamat pagi cikgu...
    heheheh..cikgu terima kasih atas pelajaran tadi..sangat berguna..
    bestla cikgu..bile nak sambung kelas lagi?cikgu..sy selalu neves xtentu pasal..mcm mana nak buang rase neves tu?hehehe

    BalasPadam
  17. Nasib baik di tepi mulut cikgu tak ada buih... kalau tidak, mesti saya tak dapat beri tumpuan dalam kelas.... ;-)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.