Jumaat, Oktober 16, 2009

Benarkan Cermin Gelap

Maaf, entry ini panjang sedikit berbanding biasa. Namun kandungannya penting untuk dibaca semua.

“Sebab apa MPV Toyota Alphard banyak pakai cermin gelap?,” soal kenalan.

Diceritakan kepada saya, cermin asal Toyota Alphard ketika diimpot ke Malaysia, gelap. Ejen penjual kenderaan pelbagai guna, MPV, terbabit dikatakan menukar semua cermin gelap kenderaan itu dengan cermin cerah sebelum diperiksa Puspakom. Selesai pemeriksaan, cermin gelap dipasang semula.

Peraturan Kecil Jabatan Pengangkutan Jalan, Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 menetapkan cermin depan kenderaan hendakah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang 50%. Kesalahan pertama, pemilik kenderaan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 minggu. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 1 bulan atau keduanya.

Sebelum ini Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, dilapor berhasrat mengadakan operasi pemeriksaan cermin gelap bermula 1 Oktober 2009 tetapi terpaksa ditangguhkan.

Saya difahamkan sumber boleh dipercayai, JPJ telah mengadakan mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Kementerian Pengangkutan. JPJ mencadangkan pemilik kenderaan di Malaysia dibenar menggunakan cermin gelap kecuali cermin depan mengikut standard diguna pakai di negara Eropah. Bagaimanapun, dilaporkan cadangan itu dibantah keras PDRM atas sebab keselamatan. Mungkin PDRM mempunyai alasan kukuh tidak terfikir dek akal saya.

Andaian saya, PDRM mungkin bimbang jika kenderaan bercermin gelap disalahgunakan penjenayah. Namun, melalui pengalaman, saya tidak pernah melihat kenderaan bercermin gelap digunakan dalam kes rompakan. Hemat saya, penjenayah lebih cenderung menggunakan kenderaan dicuri secara rambang.

Dalam mesyuarat sama, PDRM dilapor menyerahkan tugas penguatkuasaan memeriksa kenderaan bercermin gelap kepada JPJ. Namun, JPJ membuat keputusan mengesan kenderaan terbabit secara rambang melalui rondaan di jalanraya, jika dikesan pemilik diarah membawa kenderaan ke JPJ untuk pemeriksaan. Setakat ini JPJ dipercayai memilki 100 alat pengesan kadar ketelusan cahaya berharga RM30,000 setiap satu. Alat terbabit didakwa mampu merekod bacaan tepat dalam semua keadaan cuaca.

Maklumat penting berikut ingin saya kongsikan bersama pembaca. Hanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan, Tengku Mahkota, Raja Muda, Hakim Mahkamah Tinggi, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara sahaja dibenar menggunakan kenderaan bercermin gelap di negara ini. Individu disahkan Ketua Polis Negeri terancam keselamatan diboleh menggunakan cermin gelap. Begitu juga individu terancam kesihatan akibat cahaya matahari disahkan doktor pakar hospital kerajaan.

Selain daripada golongan itu, tindakan undang-undang boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, melalui pandangan mata kasar majoriti pemimpin politik dan pihak berkuasa didapati menggunakan kenderaan bercermin gelap, antara mereka, Menteri Kabinet, wakil rakyat, pegawai dan kakitangan JPJ, PDRM, Kastam dan Jabatan Imigresen. Kita semua bersetuju, 'no one is above the law', tiada siapa kebal daripada tindakan undang-undang, lalu ramai mempertikaikan tindakan mereka. Namun, sebilangan besar pemilik kereta persendirian mengambil pendekatan berbeza. Bak kata pepatah Inggeris, ‘if you can’t fight them, you join them’, maka, mereka juga menggunakan cermin gelap.

Untuk mengelakkan imej pemimpin politik, pihak berkuasa dan pemilik kenderaan peribadi daripada terus tercalar, saya menyokong semua kenderaan di Malaysia dibenar menggunakan cermin gelap.

64 ulasan:

  1. yeah2!!!

    go for it!

    1 malaysia is behind u.
    I mean all car owner in malaysia are behind u.

    BalasPadam
  2. Hellioz. kita tengok siapa setuju, siapa tidak. Bagaimanapun samada setuju atau sebaliknya, hujah atau alasan harus disertakan.

    Baharulah komen menjadi 'komen membina'.

    Saya pakai kereta tinted gelap ke? Eh! Nanti saya check dulu ... :)

    BalasPadam
  3. Salam, memang betul tu, kalo semua tak leh guna cermin gelap elok semua jgn guna. Jgn plak ada berkecualinya..Wakil rakyat dan sebagaimana contoh yang abang bagi tadi. Entahlah dimana silapnya cermin gelap ni pun tak taulah..Kalo yang dah rabun tu ngada2 nk guna juga mmg tak patutlah..Bukan nak bantah or drop undang2 yang dibuat. Tapi elok dikaji semula lah...Kalo tak jgn bagi Kastam,Bomba,Imigresen dan banyak g lah agensi2 yang gunakan cermin gelap pada kenderaan memasing..Jgn beza2kan..Undang2untuk semua

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan selamat pagi,

    Topik perbincangan pada kali ini sungguh menarik.Saya bersetuju dengan bro mazidul kerana pada pendapat saya banyak perkara berbangkit di lihat pada penguatkuasaan cermin gelap.

    Munkin larangan penggunaan cermin gelap diwujudkan atas alasan dalam usaha berikut;

    a. Membendung potensi kegiatan jenayah
    b. Membendung potensi maksiat.

    Namun/tetapi secara logiknya pemakaian cermin gelap bukan atas dasar kehendak.

    Dilihat pada keadaan iklim kita dan cuaca pada masa kini; rasanya pemakaian cermin gelap seperti contoh 'sun cool' atau 'sun guard' skrg ini amat perlu kerana dapat mengurangkan keadaan panas di dalam kenderaan, lebih-lebih lagi sewaktu pemanduan.

    Bagi saya tidak harus ada pengecualian jika penguatkuasaan ke atas cermn gelap ditetapkan. Maksud saya semua daripada kita, meski golongan VIP sekalipun harus tertakluk kpd undang-undang.

    Keselamatan mereka diutamakan? Bagaimanapula keselamatan rakyat biasa?

    BalasPadam
  5. Saya juga amat bersetuju dengan pendapat ini walaupun saya menggunakan cermin yang telah di" tinted" kan oleh Proton ketika membeli kenderaan tersebut.

    Saya juga mempunyai ramai kenalan yang berstatus VIP, mereka juga menggunakan cermin gelap dengan selambanya. Bila ditanya mengapa, jawapan mereka seperti memperbodohkan saya kembali. "Suka hati akulah" dan "confirm tak kena punya sebab plate number aku single digit" adalah jawapan yang tersangatlah popular dikalangan mereka.

    Saya hanya orang kebanyakan.

    BalasPadam
  6. Bro Mazidul, adik sepupu saya tukar cermin Stream dengan kadar sewa RM300, semata-mata untuk pastikan lulus PUSPAKOM.

    Saya setuju, jika JPJ dan Polis tak mampu nak kawal cermin gelap, benarkan sahaja. lagipun di Malaysia keadaan cuaca panas memerlukan cermin seperti ini, untuk menambahkan keselesaan dalam kabin kenderaan.

    BalasPadam
  7. cuaca di Malaysia panas terik.
    kalau guna cermin gelap, boleh la rasa sejuk penyaman udara.

    BalasPadam
  8. saya teramatlah setuju dgn andaaaaaaaaaa...

    no double standard

    BalasPadam
  9. Ya.. kakcik pun setuju dengan penggunaan cermin gelap secara keseluruhan untuk 1 Malaysia.. bukan yang sana boleh yang sini tak boleh. Lagipun cermin gelap boleh mengurangkan kepanasan dalam kereta. Eh! kalau cuaca terlampau panas, pasang pendingin hawa pun kadangkala tak terasa tau!

    BalasPadam
  10. terima kasih info..

    sokong cermin gelap, alasan menjana ekonomi negara untung cukai.bisnes maju.
    kalau boleh JPJ perkenalkan banyak alat mewah untuk kenderaan mewah, import lagi..

    dulu2 kereta honda import dibenarkan guna pakai cermin gelap, lepas itu buat undang2 tak boleh, ketuk tukar cerah..
    ketuk mengetuk adalah suatu bisnes..

    gubal undang2 supaya memperbanyakkan peralatan tambahan kereta..
    assecori dll.
    bagus ..memang bagus.

    nota:
    saya pakai motosikal

    BalasPadam
  11. saya sokong..

    kenapa ada beza2 pulak.. apa alasan VIP ni buleh guna kereta bercermin gelap.. padahal dorg ni bukan drive pun keta.. dok sedapp je kat belakang tu...

    memang patut pun cermin gelap ni dibenarkan.. cuaca panas di Malaysia ni bukan macam panas di US nun.. kalau x bubuh tinted.. boleh bertukaq warna kulit.. jgn main2.. bayangkan kena drive dari Perlis sampai Johor sepanjang hari panas terik pulak tu.. cermin pulak tak bertinted.. maunya tak bertukar warna kulit..

    BalasPadam
  12. Jika benar 'rakyat didahulukan', InsyaAllah, cadangan ini boleh dilaksanakan.

    Lihat kebanyaan 4-wheel drive JPJ, majoriti bercermin gelap. Selama ini saya tidak terfikir berhubung kesalahan penggunaanya.

    BalasPadam
  13. Memang saya setuju sekiranya pemakaian cermin gelap dibenarkan. Jgn disebabkan segolongan yg menyalahgunakan cermin gelap bagi tujuan jenayah semua orang yang mendapat kesannya.

    Pemakaian cermin gelap biasanya akan membuat pemanduan akan lebih selesa, terutamanya saya yang telah menukar tinted gelap berbanding sebelumnya.

    BalasPadam
  14. ok gak pkai cermin gelap....sakit mata arr bila panas terik...huhuhu..bang mazidul,cuba la ketengahkan isu ni dalam 360.bangkitkan isu ni dengan keras biar panas telinga pihak JPJ,PDRM dan mereka yg spatutnya mencegah orang ramai dari pakai cermin gelap tp diorang lak yg pakai...mcm ketam mengajar anak berjalan...sendiri larang orang pakai,sendiri tak serupa bikin...anyway nice artikel bang.

    BalasPadam
  15. Salam sejahtera kea atas kamu dan selamat pagi..

    Pengalaman kereta dipecah dan gitar eletrik dicuri ketika sedang menjamu selera di Wangsa Maju menyedarkan saya akan kepentingan cermin gelap ni.

    Memang pada mulanya kereta saya hanya dipasang tinted yang tidak berapa gelap tetapi membuang haba "kononnya" tapi selepas dari kejadian kereta dipecah, memang saya akan tinted cermin kereta saya dengan lebih gelap atas tujuan keselamatan supaya orang tidak boleh melihat barang di dalam kereta.

    PDRM mungkin terlalu banyak sangat menonton filem2 luar negara yang menunjukkan penjenayah / mafia berkereta cermin gelap..hehe

    BalasPadam
  16. combi tinted sendiri jek.tapi kereta anak dara combi sudah siap ditinted ketika dibeli.save budget :)

    en mazidul..

    bukan jer kereta vip jer bercermin gelap kekadang kereta anak-anak dorang lagi hebat.sampai tak nmpk ape-ape langsung dari luar.lebih sudu dari kuah:p

    sabo jer aku.

    tapi cermin gelap ni merbahaya jugak mcm kes rogol dlm bas ekspres beberapa tahun yg lalu.org luar tidak nmpk suasana yg berlaku dlm bas tersebut.kemudian mayat dicampak ditepi jln.

    dan kalau tak silap combi 2 tahun yg lalu kes yg sama berlaku dimana 2 org student dapat menarik perhatian seorg lelaki dgn melambai tgn ketika sedang dicabul dlm bas ekspres jugak.

    bahana cermin gelap sgt menakutkan!

    bukan semua org berniat baik mcm kita utk menahan bahang mentari tapi kesempatan dari cermin gelap lebih menguntungkan org yg berniat jahat.

    kena fikir yg negatif jugak kalau kereta dibenarkan bercermin gelap.

    BalasPadam
  17. selingan perniagaan*maaf tuan Blog..

    boleh belajar dari strategi Salesman TOYOTA..

    menembusi jabtan, badan berkanun dan kerajaan dalam jualan kereta MPV toyota banyak cermin gelap.

    DBKL, Kementerian.kesihatan.dll.. banyk Masyukk ..

    BalasPadam
  18. kalo betul serius nak haramkan
    labelkan filem tinted gelap tu mcm dadah, sapa import, kena tindakan undang2.

    cermin gelap tak kasik, tapi materialnya dibenar dijual plak...

    apa mcm?


    p/s: gua seorg yg patuh, cemin keta suam2 gelap je. tapi sakit ati bile tgk org lain tinted gelap gelita, tapi rileks je..dah jd trend pon..asal toyota wish je..semua gelap..asal alphard je..semua gelap..

    BalasPadam
  19. Sangat setuju...kalau boleh tak nak la ada 'double standard' dalam penggunaan cermin gelap ni...

    BalasPadam
  20. Salam bro... saya bersetuju dgn cadangan tersebut memandangkan kebanyakan pengguna menggunakan kenderaan buatan MALAYSIA... kenapa kenderaan dari luar pula yang diberi kelonggaran dek kerana "status" pembelinya? adakah standard buatan MALAYSIA kita ni tiada kualiti? saya sendiri terpaksa menggelapkan cermin walaupun 2 kali disaman dek krn tak tahan panas... itupun tinted murah RM200-RM300. Kalau yg lg bagus ada yyg mencecah RM1600.

    jadi, kita tgk JPJ sendiri la. Kenapa mereka boleh sedangkan kita tak boleh? nyawa mereka saja yang penting ke? nyawa kita ni tak penting?

    tq...

    BalasPadam
  21. saya setuju!!

    mcm saya yg ada baby...kalau panas terpaksa pasang sun protector...agak2 bila hubby nk belok ke..ape ke..kene bukak sun protector tu...sbb ganggu penglihatan pemandu (ni kalau saya duduk depan la)..

    kdg2 saya pakai hand guard masa drive...nak elak rasa panas terbakar kulit masa drive...nak je tinted gelab tp kang kene saman plak...adeiii!!!

    BalasPadam
  22. yeah! setuju sgttt..
    panas sgt kalau xtinted, bleh pitam.. hehe x)

    lagipun penjenayah, kalau nk buat jenayah dier x pikir de tu sume, kalau nk buat, dier buat jgk..

    anti double standard!

    BalasPadam
  23. salam...
    bagi pengguna MPV mcm Odyssey, Wish, Estima (amik bbrp contoh) kena cermin gelap kt blkg - bonet sb nk tutup barang...kalu cermin terang..nmpak barang..nati org mudah nmpak >>>jenayah pecah kereta semata2 nk amik barang..bahaya..

    sekadar pndapt shj sebab keta saye pun MPV...

    BalasPadam
  24. Saudara Mazidul,

    Member saya ejen Toyota Alphad. Memang betul, cermin asal Toyota Alphard ketika diimpot ke Malaysia, gelap. Cermin asal di cabut sebelum dihantar ke Puspakom kemudian dipasang semula, Tak tahu macam mana kereta Recon tu boleh lulus AP.

    Member saya ada beli MPV yang sudah di register dan bercermin gelap.Bila nak dijual selepas 4 tahun kepada member dia kena hantar ke Puspakom , member tu kena tukar semua cermin. Habis RM 6,000. Kalau nak kautim kena RM500. Malaysia Semua Boleh.

    Kita semua pembayar cukai dan kita pilih kerajaan, kita pun ada hak juga. Undang-undang hendaklah sama rata. Ada orang boleh, ada yang tak boleh. Kena adil. Jangan ada pilih kasih.

    Macam yang selalu Saudara Mazidul kata. No one is above the Law.

    Ah Seng, Ah Liang pakai jugak cermin gelap. Mereka tak takut undang-undang.

    Ada tak statistic berapa banyak penjenayah guna kereta cermin gelap. Penjenayah yang guna kereta cermin biasa pun tak dapat tangkap jugak.

    Saya guna kereta kebal Russia – 2nd hand. Turbo. Tak payah cermin gelap.

    BalasPadam
  25. ..ni 1st time saya bg komen ni, dah lama follow blog en.mazidul.

    setuju sesangat pasal cermin gelap ni, cuaca kita panas sgt mmg memerlukan cermin gelap. saya pernah tgk dgn mata sendiri kereta pegawai polis... perghhh tinted gelap habis, boleh pulak.. kita rakyat biasa apsal tak boleh..

    pihak berkuasa kena benarkan saja tinted gelap ni tp depan mesti telus 70% ler... yg side tepi dgn belakang 50% pun dah ok, kita bukan nak tinted 100% pon..

    adios

    BalasPadam
  26. Salam Tuan,

    Kenapakah penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ni terpilih-pilih dan hanya utk golongan tertentu saja? Ini Malaysia yg tiada sistem kasta.

    Saya bersetuju dan menyokong penggunaan cermin gelap sekiranya pihak berkuasa terlalu kecut untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut pada semua rakyat 1Malaysia tanpa berpilih-pilih.

    Cermin gelap tu janganlah sampai 100% cahaya tak leh masuk. At least bersesuaian dgn keadaan cuaca di 1Malaysia ni.

    Nak senang, lantik saja satu supplier di 1Malaysia yg dimiliki oleh kroni bos-bos agensi penguatkuasa terlibat, KERAjaan iktiraf cermin tinted dari sykt tu. Mesti undang-undang ni akan dilonggarkan cepat, kan kan kan

    BalasPadam
  27. AM bersetuju dengan Bro Mazidul.

    Penjenayah biasanya dapat dikesan jika perbuatannya 'mencurigakan'. Ini termasuk memecut bila ternampak kereta polis, membelok dalam keadaan tergesa-gesa, memandu dengan kelajuan yang tidak konsistan (sekejap laju sekejap perlahan) dan beberapa tindak-tanduk lain yang mudah dikesan oleh polis.

    AM tidak fikir, penjenayah akan memakai topeng muka semasa memandu (untuk menunjukkan yang dia adalah perompak),menayang-nayang M16 atau parang supaya boleh dilihat oleh pemandu lain atau menutup mulut mangsa yang mereka culik di dalam kereta yang sedang bergerak.

    Satu-satunya 'jenayah' yang mungkin boleh dilakukan di dalam kereta yang bercermin gelap ialah, beromen (atau lebih dari itu) yang dilakukan oleh pasangan kekasih atau pun makan ketika bulan puasa.

    Banyak kereta perompak (yang selalu keluar dalam akhbar) yang terbabas semasa dikejar oleh polis atau yang berbalas tembakan dengan polis, tidakpun bercermin gelap.

    Jika cermin gelap hendak terus diharamkan, satu hari pihak PDRM perlu juga mengkaji samada mereka harus juga mengharamkan pemakaian cermin mata gelap, kerana kita tidak tahu apa yang sedang dipandang oleh sipemakainya. Dan lagi, rupa orang yang bercermin mata gelap, biasanya tak sama dengan ketika dia tak memakai cermin mata gelap.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  28. selain alasan cuaca panas di malaysia, tinted gelab boleh menghindari dari kereta di pecah oleh peragut ketika sedang berbaris tunggu traffic light hijau.

    BalasPadam
  29. Salam,

    Di KK ni ramai je yg guna kete cermin gelap, tak kira VIP atau org biasa selamba je....sebab "traffic rule" kat sini masih atas kertas je...polis & JPJ jarang buat kerja tahan kete ni...

    BalasPadam
  30. AM tak pasti bagaimana keadaan tinted 100%. Jika persentage itu menggambarkan persen cahaya yang boleh masuk, bermaksud jika 100% tinted, tidak akan ada cahaya yang boleh masuk. Adake tinted 100%?

    Yang diguna oleh tentera dan VVIP juga rasanya tak sampai 100%.

    Jom kita buat kajian sebelum komen.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  31. Salam Bro,
    sokong 100% psal nak pasang tinted ni:
    1. cuaca kat sini memang panas pon.
    2. secure sikit barang lam keta tu..
    * cuma gelap yang melampau tulah yang menjadi punca teori konspirasi tu, sampai tak nampak depa kat dalam.(payah betoi le kalo nak memandu waktu malam ),
    kalo setakat utk sun cool@ sun block bole2 je.. eaa!
    yang herannye... kat jalan raya la ni, masih melambak lg yang gelap2 ni, aiyoo..! ammaaa...! amacan ni Bro?

    BalasPadam
  32. betul2! kalau kata '1 Malaysia', semuanya kenalah adil dan saksama!

    BalasPadam
  33. Salam sdr. Mazidul,

    Saya sokong dan setuju 100% cermin gelap perlu dibenarkan digunapakai pengguna terbanyak!

    1) Cuaca panas
    2) Alasan keselamatan adalah sangat tidak munasabah. Betul, berapa peratus jenayah berlaku kerana cermin gelap.
    3) Cermin gelap bukan 100% gelap. Masih nampak orang kat dalam kan.
    4) Kalau tak boleh, semua tak bolehlah. Kenapa Alpard boleh, menteri boleh, oarang besar boleh. Kata 1 Malaysia kan?

    NIZAM MAT SAARI

    BalasPadam
  34. Setuju sangat... sblm ni saya x pernah guna cermin gelap.. tapi since wife sakit saya terpaksa tinted cermin kereta barulah saya tau bestnya cermin tinted ni.. cool jer dlm kereta... tapi bagi saya kalau tinted tu jangan la terlalu gelap sampai x nampak org kat dalam tu... patut2 la..

    BalasPadam
  35. betul Bro.. semua kita tiada beza. Kalau menteri2 boleh becermin gelap keretanya.. mengapa rakyat tidak boleh. kecuali sultan dan raja serta golongan yang memeng berhak.. kadang-kadang ( bukan menuduh) terdapat juga anggota polis, JPJ yang menggunakan kereta yang becermin gelap. APA BEZA MEREKA DENGAN KITA..

    BalasPadam
  36. saya rasa lg senang semua kereta yang baru dibeli sudah ditinted. Lagi senang. Tak payah susah-susah tinted di kedai aksesori. he..he..he..

    BalasPadam
  37. saya rasalah walau apa pun yg hendak dipersoalkan tentang cermin gelap ni...janganlah ianya digantung terlalu lama tanpa suatu penjelasan...sebab tu orang akan sentisa mempertikaikan....
    terima kasih..

    BalasPadam
  38. Saya salah seorang pengguna wish tetapi saya tak menggunakan cermin gelap (private glass)kerana tidak mahu ambil risiko.Kebanyakkan kereta yang diimport menggunakan cermin gelap (bukan tinted) adalah kerana kemajuan kemajuan teknologi dan insan modal yang tinggi.Mereka (negara maju) lebih mementingkan keselesaan rakyat berbanding kita yang langsung tidak mahu menerima perubahan.Ketika menaiki kereta kawan yang menggunakan cermin gelap , apabila kita didalam kereta ia adalah tidak segelap yang disangka seperti orang luar yang melihatnya dan ia adalah selesa dan nyaman tanpa memerlukan penggunaan hawa dingin yang kuat sekaligus dapat menjimatkan petrol.
    Pada pendapat saya penggunaan cermin gelap mahupun tinted sepatutnya digalakkan tetapi tidak boleh terlampau gelap sehingga tidak tembus mata memandang.Alasan jenayah adalah alasan picisan kerana semua negara maju ada kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding Malaysia.Saya berharap agar saudara dapat memanjangkan perkara in ke pihak atasan..terima kasih

    BalasPadam
  39. Saya salah seorang pengguna wish tetapi saya tak menggunakan cermin gelap (private glass)kerana tidak mahu ambil risiko.Kebanyakkan kereta yang diimport menggunakan cermin gelap (bukan tinted) adalah kerana kemajuan kemajuan teknologi dan insan modal yang tinggi.Mereka (negara maju) lebih mementingkan keselesaan rakyat berbanding kita yang langsung tidak mahu menerima perubahan.Ketika menaiki kereta kawan yang menggunakan cermin gelap , apabila kita didalam kereta ia adalah tidak segelap yang disangka seperti orang luar yang melihatnya dan ia adalah selesa dan nyaman tanpa memerlukan penggunaan hawa dingin yang kuat sekaligus dapat menjimatkan petrol.
    Pada pendapat saya penggunaan cermin gelap mahupun tinted sepatutnya digalakkan tetapi tidak boleh terlampau gelap sehingga tidak tembus mata memandang.Alasan jenayah adalah alasan picisan kerana semua negara maju ada kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding Malaysia.Saya berharap agar saudara dapat memanjangkan perkara in ke pihak atasan..terima kasih

    BalasPadam
  40. Saya salah seorang pengguna wish tetapi saya tak menggunakan cermin gelap (private glass)kerana tidak mahu ambil risiko.Kebanyakkan kereta yang diimport menggunakan cermin gelap (bukan tinted) adalah kerana kemajuan kemajuan teknologi dan insan modal yang tinggi.Mereka (negara maju) lebih mementingkan keselesaan rakyat berbanding kita yang langsung tidak mahu menerima perubahan.Ketika menaiki kereta kawan yang menggunakan cermin gelap , apabila kita didalam kereta ia adalah tidak segelap yang disangka seperti orang luar yang melihatnya dan ia adalah selesa dan nyaman tanpa memerlukan penggunaan hawa dingin yang kuat sekaligus dapat menjimatkan petrol.
    Pada pendapat saya penggunaan cermin gelap mahupun tinted sepatutnya digalakkan tetapi tidak boleh terlampau gelap sehingga tidak tembus mata memandang.Alasan jenayah adalah alasan picisan kerana semua negara maju ada kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding Malaysia.Saya berharap agar saudara dapat memanjangkan perkara in ke pihak atasan..terima kasih

    BalasPadam
  41. Salam semua. Saya amat menyokong cermin gelap dibenarkan. Isu ini sebenarnya berpanjangan kerana ego pihak JPJ dan Polis Traffic. alasannya, takut jenayah berleluasa. Tapi saya lihat kebanyakan kes jenayah bukan kerana cermin gelap. masih banyak kes jenayah yang masih belum diselesaikan contohnya, kes ragut, kes samun dan lain-lain lagi. Dalam kes ragut, peragut kebanyakannya menggunakan motosikal. Tak ada kena mengena dgn cermin gelap. Pihak polis sepatutnya fokus pada banyak kes-kes jenayah seperti kes ragut yang masih banyak berlaku daripada asyik fokus pada penguna seperti kita yg inginkan keselesaan semasa memandu. Lagipun cuaca negara kita panas. Anak-anak kita juga perlukan keselesaan. cermin yang gelap membuat mereka selesa dan nyaman. aircond pun tak payah bukak kuat-kuat. Jimat petrol.

    kenapa undang-undang negara kita terdapatnya double standard? Sepatutnya undang-undang untuk semua. Kenapa hanya melindungi golongan tertentu?

    Negara luar yg jauh maju drpd kita sperti jepun walaupun cuaca mereka tak sepanas kita dibenarkan cermin gelap. Kenapa negara kita yg panas ni, tak dibenarkan menggunakan cermin gelap? Hairan kan undang-undang kita...

    Dari segi keselamatan pula, kalau cermin gelap, penyamun tak kan nampak apa yang ada dlm kereta kita. Cermin kereta yg terang menbuatkan barang-barang seperti handbag atau barang-barang kita atau set audio kereta terdedah kepada penglihatan dari luar. Cermin kereta dipecahkan kerana penyamun-penyamun ni nak ambik barang-barang tu. Rakyat seperti kita juga yg susah. Berapa banyak kes-kes seperti ini tak dpt diselesaikan. Report polis pun tak guna. Sekadar report je..Kalau cermin gelap, penyamun tak nampak apa yg ada di dlm kereta. Kes-kes pecah cermin kereta mungkin akan berkurangan. Polis pun senang.

    Kalau cermin gelap tak dibenarkan, kenapa dibenarkan kedai-kedai aksesori menjual tinted gelap? Tinted bukannya free..perlu dibeli. Senang-senang suruh ditanggalkan. Yg untung pihak yg menjual tinted ni..

    Pendapat saya, buang la ego pihak polis dan JPJ ni..flexible sikit. Jgn gunakan alasan yg tak munasabah seperti kes jenayah. Kes jenayah banyak berlaku bukan kerana cermin gelap pun. Kes-kes ragut mat rempit pun tak selesai lagi..drpd buang masa buat operasi cermin gelap, lebih baik masa yg digunakan utk buat operasi cermin gelap ni digunakan utk selesaikan kes-kes jenayah lain. Bagi la rakyat-rakyat seperti kami ni nak merasa keselesaan. kami pun bayar cukai jugak, jd bagi la kami peluang utk keselesaan.

    Renung-renungkan lah...

    BalasPadam
  42. Entah la bang..
    baru je lepas inspection kete ats kesalahan bercermin gelap, sedangkan kadar yg digunakan ditetapkan jpj. Pemeriksaan dibuat hanya berdasarkan pada pandangan mata kasar dan tiada menggunakan alat pengesan cahaya, mcmna tu?? mean masa ada roadblock jpj tu, mereka hanya melihat pd kegelapan tanpa menggunakan mesin pengukur tinted. Memang hati panas saje, tp apa nak wat, dah kena warning letter t'paksa la buat pemeriksaan JPJ, klu tidak dikenakan tindakan undang2 selepas itu.
    Hrp sgt tinted ini dibenarkan, asalkan jgn x nmpk lgsung pemandu didlm cukup la, sekadar membolehkan keselesaan memandu dah mencukupi..alang2 mandi, biarlah basah kesemuanya. Yg penting jgn di anak tirikan kami ni, 1 Malaysia, klu tak bleh guna, semua orang x boleh guna, puashati.

    BalasPadam
  43. saya 100% sokong isu ini diperpanjangkan!

    baru semalm saya kena surat inspection jpj di Batu Ferringi. Seorang pegawai JPJ muda mengambil masa hampir 15 minit mebelek-belek mpv saya. Kemudian saya disuruh sain surat pemeriksaan jpj tanpa menguji cermin gelap terlebih dahulu! tak patu, tak patu.. Perbualan pegawai itu memang sombong dan menyakitkan hati! nasib baik takder mesingan kat tangan. Saya penah kene saman speeding dekat Melbourne Aus, percakapan officer itu begitu sopan hingga saya rasa macam ok jer kene saman! Memang berbeza lah dengan negara kita ni!

    Kajian tentang tinted kat negara kita nie kurang matang. Alasan tentang keselamatn langsung tak boleh pakai dan tidak cekap! Lawak bila fikirkan penjenayah telepas pasai cermin gelap!

    Pemilik MPV mcm saya memang terpaksa gelapkan cermin belakang, tak kan setiap kali keluar mpv kene kosong kan bonet? jenuhla macamtu? Sebelum pemeriksaan jpj memang saya akan koyakkan tinted saya yg mahal ni.. biar time check tu 100% takde tinted! Lepas tu mmg saya akan tint balik, saya lebih selesa dan selamat dengn tinted! Bende mcm ni pun jpj tak boleh fikir!

    Isu tinted ni 100% pengguna yg tanggung! memang tak adil! knaper legal for kedai jual?? malas dahh nak berbalah.. lu pikirla sendiri!!

    BalasPadam
  44. saya sendiri pernah bertikam lidah dengan pegawai polis... saya tanya "kenapa x boleh cermin gelap?" katanya sebab merbahaya kepada orang ramai dan menyusahkan polis untuk melihat orang didalam kenderaan... logik ke??? merbahaya??? pasal apa??? menyusahkan polis untuk melihat orang didalam??? buat apa polis nak g jenguk intai2 orang dalam kreta??? macam polis tu bawak kereta berhemat sangat??? saya pernah terserempak polis buat U-turn hampir nak langggar kreta orang.... dimana keadilan???

    BalasPadam
  45. 2-3 bulan lepas saya kena tahan ngan JPJ sebab guna cermin gelap. Dapat surat suruh pegi buat inspection..tp smpi skrg lum pegi lagi..Baru semalam kena pulak ngan Polis..pun sama gak..dia bagi surat suruh pegi buat inspection kat Balai polis Jalan Bandar..Polis tu kata, kalau tak pegi..kereta boleh kena sita..dia suruh gi tukar cermin dulu baru gi buat inspection...polis tu ingat nak tukar cermin kete guna air liur ke? Ingat murah ke..5-6 ribu tu..

    lg satu, sy ckp la hari tu dah kena ngan JPJ..dia kata Polis lain, JPJ lain..Tapi yg peliknya..nape bila polis saman..road tax sangkut..bukan ke road tax tu under JPJ..kata lain2..

    kereta tu saya beli dah memang gelap.(Toyota Caldina)..undang2 negara kita memang tak fair..bukan nya nak melindungi rakyat tp menekan rakyat lg..kalau dah memang undang2 tak bagi guna cermin gelap..kenapa benarkan kedai jual keta jual keta cermin gelap..belambak-lambak dan terang-terang lagi..nape tak pegi buat operasi kat situ..? supaya tak lah orang ramai beli keta cermin gelap..macam orang jual dadah..takkan benarkan orang jual dadah lepas tu tangkap orang yg hisap dadah...saman je...boleh ke camtu...?

    Kedai yg jual kete tu untung besar..terlepas dari tindakan..tapi kita rakyat ni yang bawa kete ni yg ditekan ngan macam-macam undang2 yg melindungi segelintir pihak..mana pergi slogan "rakyat diutamankan"...hanya diutamankan golongan yang tertentu...

    lu pikir la sendiri...

    BalasPadam
  46. Ramai org melihat dari sudut negatif. Mari kita lihat dari sudut positif plak.
    Rasanya baik juga larangan bercermin gelap ni utk golongan bawahan mcm saya ni. Bukan apa, sedangkan tanpa bercermin gelap pun, kita masih melanggar undang2 spt cth, tidak memakai tali pinggang keledar. Jd, pd hemat saya, seandainya cermin gelap diluluskan, maka ramailah yg tidak memakai tali pinggang tersebut.
    Dan lagi satu, dengan memakai cermin gelap, amat menyukarkan pihak polis mencari penjenayah2 yg dikehendaki disebalik cermin tersebut. Bayangkan kalau di KL roadblock dilaksanakan, dan setiap pemandu terpaksa menurukan cermin kenderaan yang mana kita sedia maklum, "slow nak mampus" tu, bukankah ini akan menyebabkan jammed yg amat2 teruk! Kalau semuanya rela tersangkut kat jammed tu, boleh la dibenarkan bercermin gelap. Masalahnya, sampai sekarang rakyat Malaysia kurang beretika & kesabaran sewaktu di jalan raya. Habis segala sumpah seranah dihamburkan kepada pihak polis pabila jammed disebabkan roadblock tersebut. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, "saya hanya mematuhi undang2"! Wassalam...

    BalasPadam
  47. SALAM....saya memang setuju sangattt.........yang depa org kerajaan boleh pakai kita tak boleh ..kenapa..??? kalau macam apa gunanya semangat 1 MALAYSIA yang di perkatakan...salam

    BalasPadam
  48. Asalamualaikum Saudara Mazidul.. dan semua.. saya terpanggil untuk memeberi komen sedikit...

    Pada saya apa yang penting ialah Filem penapis haba... bukanya filem penapis cahaya... kalau di selidik ianya 2 benda yang berbeza.. tetapi kebanyakan orang anggap ianya sama..

    keterangan lanjut di blog saya...

    www.karimmj.com

    BalasPadam
  49. Saya setuju... xperlu dibezakan sesama rakyat Malaysia. Cermin gelap skrg dah jadi keperluan. Cuaca panas...x adillh ada yang boleh pakai ada yang x boleh pakai.

    BalasPadam
  50. Saya rasa elok kita utarakan perkara cermin gelap ini kepada semua wakil rakyat kita agar di bawa usul ini untuk di bahaskan di parlimen.

    Isu cermin gelap ini seharusnya di abolishkan kerana ia tidak lagi releven.

    Bercermin gelap tidak bermakna penjenayah. Penjenayah biasanya menggunakan kenderaan curi (kereta / motosikal) untuk mengaburi pihak polis.

    Cermin gelap seharusnya di bolehkan untuk semua jenis kenderaan di Malaysia. Tetapi jalan la sampai gelap sangat sehingga tak nampak orang kat dapat. Nanti terjadi seperti kes rogol dalam bas, kes maksiat dalam kereta dan sebagainya.

    Harap Encik Mazidul Akmar boleh bawakan perkara ini ke wakil rakyat dan di bahaskan di parlimen.

    Pilihanraya sudah dekat, pasti ahli-ahli dewan rakyat semuanya ingin mengambil hati para pengundi.

    BalasPadam
  51. Saya sgt bersetuju agar peraturan cermin gelap di kaji semula...perkara ini menyumbang lebih byk keburukan dari kebaikan.
    Contoh .. 1 menggalakkan Rasuah 2 memberi perniagaan atas angin kepada penyewa cermin 3. Objektif asal tidak tercapai

    Seperkara lagi mengapa kereta import cermin gelap dibenarksn masuk. Ini menunjukkan tiada kesersgsman undang2 dinegsra kita but no one bother to highlight this issue...mengapa?? Sebab tiada kepentingan oleh pihak2 yg berkenaan.

    BalasPadam
  52. Boleh dikatakan kenderaan mpv untuk kegunaan keluarga dan tiada prasangka pada mana2 pihak. Selain keselamatan ia penting ketika cuaca panas di Malaysia.

    BalasPadam
  53. Kebanyakkan menggunakan mpv adalah bekeluarga, selain faktor keselamatan ia juga dapat mengelakkan haba kepanasan matahari. Supaya tiada prasangka diantara kenderaan mewah dak kenderaan biasa.

    BalasPadam
  54. Salam kepada semua,

    Bagi pandangan saya sebagai ahli didalam keselamatan jalan raya... Saya tidak setuju sekirangya pemakaian lapisan cermin hitam dibenarkan pakai tanpa sebarang kawalan... Ini kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku terutamanya pada waktu malam adalah disebabkan gangguan penglihatan didalam pemanduan, yang mana penggunaan tinted glass menurunkan jarak penglihatan, lebih memburukkan keadaan apabila cuaca yang tidak menentu seperti hujan, yang mana plastik akan diselabungi titisan air kecil yang juga akan mengurangkan jarak penglihatan secara drastik.. Apa yang dicadangkan bagi, MEREKA yang mengatakan pemakaian tinted glass gelap untuk menghalang cuaca panas yang dialami adalah dengan memasang sebut photochromic atau photochromatic glass di mana ia mengunakan tindak balas bahan kimia yang mempunyai sifat istimewa untuk berubah kepada warna-warna tertentu apabila lensa cermin mata terdedah kepada pancaran cahaya UV. Maknanya... Cermin kita akan bertukar gelap sekiranya cuaca terik tapi akan cerah/clear sepenuhnya apabila cuaca gelap

    BalasPadam
  55. Apa kata kita tukar undang2 supaya semua kereta di Malaysia tidak dibenarkan menggunakan cermin kereta. Langsung takde cermin. Senang takyah nak tinted bagai. Takde tasa panas sebab hangin masuk dlm kereta. Tapi menteri semua pun kena ikut undang2 yg sama la. Amacam? Boleh?

    BalasPadam
  56. sy setuju..
    juga bole mengurangkan jenayah kes ragut..
    da kalo tak nampak apa dalam kereta.. takkan nak simply pecah cermin nak gagau handbag.. kan kan
    kena plak yg bawak keta tu boucer club ke.. aaa masuk bawah keta la ko.. haha

    BalasPadam
  57. Salam bro...
    Nak up skit isu ni utk 2014, baru dpt notis dari jpj utk pemeriksaan cermin gelap. Rasa2 nya semua dah bagi pandangan yg bernas, cuma macamana nak bawa isu ni keatas. Contoh nya dibentangkan didlm parlimen atau seangkatan dgnnya. Banyak faktor yg boleh diambil kira seperti penjimatan bahanapi dan secara tak langsung boleh mengurangkan pelepasan gas yg tercemar dan menjaga alam sekitar utk cucu cicit nanti. Saya berharap isu ni boleh dibawa keatas dgn kadar segera. Dlm kes ini tiada siapa yg untung kecuali Ah Kau, Ah Seng dan sekutunya. Ia juga boleh mengelakkan rasuah dikalangan kakitangan yg terlibat dan juga rakyat jelata. Saya menyokong penuh segala usaha utk membenarkan penggunaan cermin gelap ini. terima kasih

    BalasPadam
  58. saya adalah bekas anggota tentera...cuba kita lihat kenderaan tentera mejoritinya semua bercermin gelap walaupun kenderaan tersebut digunakan oleh anggota bawahan,dan pihat PDRM mahu pun JPJ tidak pernah mengeluarkan saman tetapi bila kena pada kenderaan persendirian terus saman,kita rakyat malaysia tiada seorang pun yang berdarah berwarna kuning,semuanya merah jadi kementerian berkenaan jangan bezakan kedudukan...

    BalasPadam
  59. Sy setuju penggunaan cermin gelap utk MPV bg row penumpang & belakang..nk crita skit..sy salah seorg pemilik kenderaan import..masa nk bli MPV dr salah sebuah pengedar kenderaan import terkenal di JB, sy mntk tukar cermin gelap ke cermin cerah..saleman ckp tk bleh coz kenderaan tu mmg dh dtg bercermin gelap..so no choice sy terpaksa jg beli coz mmg dh lama idamkan kenderaan tersebut..so kt sini sy suggest pihak berkenaan kena sekat dulu kenderaan bercermin gelap dr masuk ke Malaysia baru kuatkuasa undang2 ttg cermin gelap..we must find the rootcause first..bkn menekan rakyat..pd sy bg kenderaan baru yg original bercermin cerah mmg salah klu menggunakan cermin gelap..tp TIDAK bg import car yg mmg dtg dh bercermin gelap...minta pencerahan pihak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  60. Bersepah-sepah tonto selamba aje pakai cermin gelap, siap ikut Operasi JPJ lagi, tak pula kena tahan. Double Standard betul3..... Kalau x boleh pakai tak payah bawa masuk lagi senang.

    BalasPadam
  61. Cuba kita renungkan apakah kelebihan pemandu yg menggunakan kereta bercermin gelap kepada pengguna yang lain? Kecuali individu yang ber profail tinggi. Apakah kelebihan pemandu yg tidak menggunakan cermin gelap kepada pemandu yang lain juga.Pendapat saya penggunaan cermin gelap memberi ruang pada individu utk melakukan jenayah senjata api, dadah, kongsi gelap, rompak, culik, bunuh dan penjenayah lebih bermaharaja lela dijalanraya bersama pengguna yang lain. Malahan pengguna kenderaan yang lain terdedah kepada risiko diancam, dibunuh malah penculikan oleh mereka2 ini.Bagi mereka yang menggunakan cermin gelap seharusya disaman dengan semaksimun hukuman denda dan direkod data peribadi pengguna tersebut agar tidak berulang lagi. Sebagaimana pengharaman pokok dan daun ketum begitu juga penggunaan cermin gelap. Banyak keburukan dari kebaikan. Tiada alasan yang munasabah buat orang awam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.