Isnin, Januari 10, 2011

Perisik Siber Saya Kata "It's a hoax"

Sebelum ini sewaktu membongkar identiti pemilik blog gay terbuka saya mendapatkan bantuan Perisik Siber, PS saya.

Malam semalam PS menghantar pesanan ringkas, SMS kepada saya berhubung berita penutupan Facebook pada 15 Mac 2011. Berikut SMS beliau saya muatkan di tampalan ini.

'Salam bro, berita fasal Facebook tu dipanggil hoax, berita palsu. Ada link di Google. The news is not to be taken seriously. World Weekly News, WWN used to be a supermarket tabloid and renowned for weird stories, like how to sell your soul to the  devil and alien spaceships to attack earth on 2011'

Maka kepada sebilangan pemilik akaun Facebook, usah risau, masih boleh membazirkan masa di pejabat mengemaskini status atau berborak secara online.

Terima kasih PS.

10 ulasan:

  1. dah agak itu berita palsu.

    ingat dulu masa zaman friendster pun heboh dikatakan ahli tak aktif akan ditamatkan keahlian. tapi sampai ke sudah takde apa2 pun. last2, kite sendiri yg close account. heheh~

    BalasPadam
  2. bagus juga boleh memanjang cerita borak2,,benda positif..

    untung juga yerr jadi PS.,mana tau dapat upah banyk..

    mcm PI yang mengupah nak dapat no fon dan info peribadi dari Telco dan terus JPN serta mendapatkan butiran sehingga alamat ayah dan ibu sasaran..kaya kaya..Papa dia..

    BalasPadam
  3. haha.. mendalam betol ayat tu..
    kalau ditutup, alangkah bagusnya..

    BalasPadam
  4. baca sekali pun kita dah tau ianya hoax. Satire news, cuma sedih ramai Malaysians yang mudah percaya

    BalasPadam
  5. gelihati melihat sebilangan mereka yang terus percaya sebelum siasat..
    huhuhu

    BalasPadam
  6. Memang pun.. sebab founder Facebook takde la sebodoh tu nak tutup terus.. baik dia pegi jual kat Google ke Microsoft ke..

    Ada lagi satu website, saya tak ingat URL penuhnya tapi ada la perkataan "onion" dalam URL tersebut, pun banyak hoax news..

    BalasPadam
  7. hehe tu la bro mazidul...takkan la dah untung billion-billion mcm tu, senang-senang je nak tutup kan?

    BalasPadam
  8. Salam abang Mazidul, saya dah buat coverage di blog kami pasal hal ni. Saya mendapati pihak Facebook dah keluarkan kenyataan bahawa laman mereka Facebook.com tidak akan ditutup kerana para staff tidak menerima apa-apa notis mengenai penutupan Facebook. Saya ke blog rasmi Facebook tapi tak ada apa-apa berita terbaru, kemudian bila saya ke Official Page Facebook, syukur pada Allah saya menjumpai status update mengatakan Facebook tak akan ditutup..Facebook amat bermakna sebab ia mendekatkan keluarga, lebih dekat dari sekadar sebuah kiriman sms. Gambar-gambar family kat situ menceritakan seribu makna.

    BalasPadam
  9. teman juge sekapey dgn iAwani.. keeping in touch with femili + fren yg jauh d mate.. opis teman mmg kene blok.. yg heghannye blog en. MAS pon dibloknye juge apekehey? saborjele.. udah kughang bhn2 bacaan sarapan pg teman :P

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.