Rabu, Januari 19, 2011

Rumah Dalam Handbag

Jenayah berlaku tanpa diduga di lokasi berbeza.

Kejadian samun dan ragut tidak mengenal mangsa tetapi mengikut statistik majoriti wanita. Jadi apakah antara tindakan terbaik untuk menyelamatkan diri andai kejadian menimpa?

Ya lah! Kita faham, wanita dan handbag amat sukar dipisahkan. Selain gincu dan bedak terdapat pelbagai peralatan keperluan lain wanita di dalam handbag. Bagi sebilangan wanita, kalau boleh satu rumah ingin dimuatkan di ruang sempit itu, kan? Senang, raba beberapa kali dapat sofa, raba lagi dapat dapur, raba, raba dan raba ...

Lazimnya begitu idaman mereka (selepas itu terkial-kial mencari kunci rumah).

Logiknya, jika wanita membawa parang panjang sambil berjalan melenggang ke arah kenderaan, mungkin orang di sekitar menganggap dia gila dan jika terdapat aduan, pemilik senjata boeh ditahan pihak berkuasa.

Usaha paling mudah untuk mempertahankan diri, pastikan anda menggenggam bara api. Eh! Itu macam lirik lagu! No! No! Genggam kunci kereta sewaktu berjalan bersendirian. Jika terlihat kelibat individu mencurigakan mengekori, berjalan lebih laju atau berlari ke tempat awam.

Namun jika terpaksa dan anda dipegang atau dipeluk dari belakang, gunakan kunci itu untuk mencederakan penyerang. Muka terutama bahagian mata, sasaran terbaik untuk melumpuhkan pergerakannya.

Panduan ini mudah tetapi tidak ramai mempraktikkan kaedah itu.

15 ulasan:

  1. wow... nice suggestion.. hohohoh

    takpun maksure dapatkan kunci yang hujung dia tajam, boleh melancarkan untuk proses melubangkan muka dan mata si penyerang... wahaa!

    BalasPadam
  2. ada masa handbag juga jadi bakul sampah

    tips yang berguna, tapi selalunya lupa untuk dipraktikkan

    BalasPadam
  3. Aslkm.

    Cantik sangat N3 sdr ni. Tapi kenapa beg berjenama mewah tersangatlah mahal?
    Kenapa kami2 ni teringin beg tgn yg mahal2?

    BalasPadam
  4. hehe.. ada rakan wanita yg dah pun digelar doremon.. kerana dalam beg dia MACAM MACAMMM ADO..

    @mama ju, N3 tu entry ye? sakit kepala memikirkannya..

    BalasPadam
  5. libas dgn handbag pon ok jugak rasanya... :)

    BalasPadam
  6. salam,
    saya mmg jenis yang genggam kunci sampai mencacak2 keluar dari jari setiap kali nak ke kereta atau nak balik rumah. kalau dalam lift kebetulan saya berdua je dgn lelaki asing pun saya buat mcm tu juga. demi keselamatan...

    BalasPadam
  7. n3 yg bagus...tapi takut tak sempat sebab panik..minta dijauhkan sebarang kejadian yang begitu...doa banyak banyak sebelum bergerak...

    BalasPadam
  8. Bagus2...tapi terkadang bukan kata perempuan, lelaki pun sama terlupa lalu tak mengambil perhatian tentang hal demikian...namun mungkin berubah kira sesuatu perkara tak elok berlaku kat diri sendiri atau org yg rapat..

    BalasPadam
  9. Mat Ragut ni memang sampah and duri dalam masyrakat . lebih baik potong tangan mereka yang melakukan dosa .klu penjara je n lepaskan nanti mereka mungkin bukan mungkin ..tp pasti akan ulang perbuatan yang sama . Orang lain bole kerja kenapa mereka tak boleh ? kenapa nak ambil / rampas hasil titik peluh orang ?

    BalasPadam
  10. Satu tips yang bagus dan berguna.

    Sebenarnya memang ada banyak tips utk mengelak menjadi mangsa ragut. Benar, jika boleh dimanfaatkan tepat pada masa, alangkah bagusnya.

    tapi rata-rata ramai panik dan tak tercapai apa saja senjata yang dibawa waima payung pun tak terangkat.

    Kunci, jangan panik dan cekap berfikir.

    *Pengalaman saya diragut, saya nampak peragut datang dari depan, tapi sapa menduga dia berpatah balik dari belakang dan ragut saya?

    Malang tak berbau. Kita tak leh nak guna instinct..

    BalasPadam
  11. tips yg bagus. saya pun suka genggam kunci siap2..terutamanya bila parking kat area sunyi...

    BalasPadam
  12. Pastikan ada kunci kedua di beg bimbit anda jika nak praktik langkah keselamatan ini.. Peragut sebenarnya seorang yang paling nekad; jika kekuatan kita tak seberapa kut dirampasnya kunci.. pelbagai pula kemungkinan terjadi...

    BalasPadam
  13. haa!! nk cederakan mata? rsanya sy sndiri x yakin boleh bt mcm tu :/

    BalasPadam
  14. yup.. itulah yang saya praktikkan walaupun ditempat parking pejabat. Kita bukan tau pun sape baik sape tak baik cuma lebih kepada berhati-hati. Sekurang-kuranya kita berhati-hati.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.