Rabu, Januari 05, 2011

Jual Tisu

Seorang kelihatan buta manakala penemannya celik.

"Tisu, derma ikhlas encik?," kata si buta.

Siapalah mereka?

[ Sent from my Nokia N8 ]

26 ulasan:

  1. lot2 kedai makan sekitar ampang point ramai sangat...nak je panggil duduk belanja makan tanak bg duit..diorang nak tak agak2?

    BalasPadam
  2. taktahu. kena siasat. kadang-kadang jual dadah bungkus dengan tisu. macamlah jugak orang jual burger kat tepi jalan, bungkus tiub ganja dengan burger. tapi, bukan semua macam ni.

    BalasPadam
  3. Fuhhh hebat, cerita ni tak best, sungguh tak best, tapi yang bestnya ialah:

    [ Sent from my Nokia N8 ] !!!! Hebat sekarang!! Dah ada domain sendiri, update pun dari handphone. Ehh bahaya gak ni kalau boleh update from handphone, kena selalu pakai topi dengan cermin mata gelap !! Hehehehe

    BalasPadam
  4. Dulu jika mereka merayau dari meja ke satu meja, tadah tangan orang marah tak suka.

    Sekarang mereka berusaha jual sesuatu, paling mudah (dan ringan) adalah tisu.

    Tak salah kan?

    BalasPadam
  5. kat downtown cheras pun byk.. mula bagi la bgi tp ble dah bg berduyun2 lagi ya dtg... perghh... klu btol xksah, tp menipu y xbestnyer..

    BalasPadam
  6. Salam Mazidul, jual tisu, jual jugak tapi kalau sampai 10 hinggit utk sebgks tisu 50sen tak kena juga. Jom Bersama: "Jom join Blog List akuanakpahang"

    BalasPadam
  7. salam ziarah,

    memang bayak pun mereka nie di pelusuk kedai..di mana-mana.

    BalasPadam
  8. Ye lah, baru tadi tengok iklanNokia C7. Amboiiii rupanya dia dulu dah pakei Nokia N8..

    Mujur I tak perlu pakai topi dan cermin mata gelap, sebab kamera hanfon tak muat nak snap I yang besar nih...

    lain ler si HAZREY yang cute miut tuh...

    BalasPadam
  9. a ah..mslhnye sorg yg sihat walalfiat tu tukang bagi salam n bawak dia jalan tuu..xde nak keje n tolong yg sakit nie g tolong mitak duitplak! aduss konsep xbtol..

    BalasPadam
  10. Di Kampung Baru pun, ramai 'mereka' ini berkeliaran...

    BalasPadam
  11. Ironinya mereka bekerja! Mereka tidak meminta-minta tetapi berniaga - Anda bagi duit berapa yg anda suka & ambil sepeket tisu dari si Buta. Tiada kesalahan. Jika tak mahu katakan tak mahu/menggeleng/tunjuk isyarat tangan tak berminat.
    Semua org perlukan wang untuk meneruskan kehidupan - Jangan pandang rendah kpd org yg bergelut mencari sumber kewangan kecuali si perompak/pencuri/peragut/si penadah tangan yg sihat walafiat.

    BalasPadam
  12. salam

    sblm ni sy pernah terlibat dgn persatuan org buta msia (MAB)selama bbrp bulan.

    sebenarnya OKU drpd persatuan ini sendiri malu dgn tindakan segelintir OKU yg buat kerja-kerja mcm ni, bkn saja memalukan semua OKU tersebut ttp memalukan persatuan mereka sendiri.

    mereka sebenarnya dah terbela dalam persatuan mereka, dah byk xtvt yg dijalankan bg membantu mereka, tp ada juga yg cari jln singkat mcm ni.

    BalasPadam
  13. kat mana2 je asalkan tempat makan memang banyak mcm ni...klu sorg dua tu ok lagi la kn...ni kejap2 ada yg datang...agak2 brpa income diaorg setiap malam...ntah2 diaorg lg kaya drp kita ni hehehe

    BalasPadam
  14. Bro, ada taukey @ dalang di sebalik kegiatan mereka. Mereka cuma makan gaji. Setiap pasangan akan mendapat minumum RM1,000.00 satu malam, kalau sebulan? kalah gaji jurutera wooo. Jom bro, kita buat kebajikan kepada semua orang orang buta, bayar gaji bulan, kita cuma supply 'tissu-paper' dan jadi drebar bas atau teksi mereka.

    BalasPadam
  15. susah nak judge orang camni... anak plk selalu tanya ngapa kita tak tolong org susah/org buta camtuh... emm susah jugak nak jawab

    BalasPadam
  16. kat UPTOWN DAMANSARA HAWKERS tu bersepah.. kadang tu dia seret je makcik yang kurang daya penglihatan tu.. Pastu yang tukar 'seret' tu pegang henpon mahal la jugak kan.. Memang RAMAI sangat...kalau mazidul rasa nak interview..pergi je lepak kat UPTOWN DAMANSARA HAWKERS tu...raaaaammmmai sangat....

    Yang mintak derma masjid dari saya bujang sampai dah nak ada anak ni pun ada... haih,...bila tanya "bukan ke masjid tu dah siap?"

    laju je die jawab

    "Ni menara die belum siap"..

    ntah la...konfius sangat dengan SINDIKET macam ni...

    BalasPadam
  17. konfius jugak..tp klo saya ada duit sy bagi klo xde duit kecik mmg saya gelengkan kepala..mula2 mmg pikir senangnya diaorg dpt duit tu..mesti banyak..tp bila pikir apala nikmat yg dapat mereka kecapi tanpa penglihatan..klo bagi pilihan wang sejuta dgn nikmat penglihatan..tentu kita pilih nikmat penglihatan..ikhlaskan niat dan tawakal je lah...

    BalasPadam
  18. Salam
    Abang Maz..modus operandi yang bersepah kita boleh nampak..tak bagi kesian..memang serba salah
    Hazrey..relek la bang..kalau ada topi dan cermin mata hitam sekalipun, still detectable..hihi..

    BalasPadam
  19. Membeli sambil menderma, apa salahnya.

    Kita pun tahu harga tisu tu, tapi tak ada salahnya kalau nak beri lebih.

    Kalau kita dalam kasut mereka pun pening juga nak fikir apa kerja yang boleh dibuat, sedangkan hidup harus dilangsungkan.

    Entahlah, pendapat kita mungkin tak sama.

    Rasanya tak ada sindiket macam ni.

    BalasPadam
  20. yang memberi lebh baik dari yang menerima..
    -tepuk dada tanya ikhlas ke tak??...
    terpulang... nak beli, kita ikut harga pasaran tisu tu, kalau nak derma bagilah lebih sikit..:)

    BalasPadam
  21. hmmm...

    kalau saya kaya, saya akan bukak satu kilang dan panggil semua org bergelandangan dan meminta sedekah kerja. meminta-minta tak bagus walau yg memberi tak kisah...

    BalasPadam
  22. Salam,

    Betul2 berniaga, megambil kesempatan atas kekurangan diri, malas, cara cepat dpt duit?????

    Kalau anak dia sihat walafiat disebelah..boleh pimpin mak dia merata2 tempat...takkan nak tengok mak dia jual tisu kot? Cari keja.....suruh mak dia dok rumah...

    Kita cari rezeki ni biar sedikit..asalkan berkat.. harap maaf kalau terkasar bahasa..sekadar pendapat..Wallahualam

    BalasPadam
  23. Harap harap mereka tidak di pergunakan oleh pihak lain


    Talian Nur

    BalasPadam
  24. Salam Bang..
    Aku pernah ternampak minah ni promot buku-buku agama kat satu stesen minyak.Bila aku pandang, muka dia sebijik macam muka adik aku yang bongsu.Aduhai..sedihnya..sedih sangat..:'o menitik2 air mata. Kalau adik aku, memang aku tak boleh terima..Budak tu cakap dia masih sekolah, dan belajar di Kedah. Herm..boleh sampai Johor untuk jual buku di stesen minyak??
    (sekadar berkongsi pengalaman..Terima kasih di atas nikmat hidup sebegini yang Allah beri dan tak perlu jadi macam orang lain...Alhamdulillah)

    BalasPadam
  25. salam,sblum ni sy pernah menjadi driver dlam operasi si buta ini.operasi ini selalunya dipangil MENARIK dikalangan sicelik yg menarik si buta.segala pendapatan setiap mlam dibahagi dua antara sicelik dan sibuta.driver kebiasaanya diberi upah rm50-80 satu mlam dan duit mkan serta tol ditanggung oleh sibuta.pendapatan mereka mencecah minima rm300 semalam.lokasi bkumpul operasi mereka dimedan selera 7eleven brickfield biasa jam7mlm

    BalasPadam
  26. Minta sedekah secara tak nampak.
    Duit yang dia dapat bukan untuk untuk sibuta tapi untuk sicelik.
    Sibuta dah cukup dengan bantuan
    RM300 sebulan yang kerajaan bagi.
    Kita yang serba salah bila mereka
    datang ke meja masa kita tengah makan.Tak bagi nampak sangat tak simpati pada orang buta.Kemurahan hati masyarakat diguna sindiket
    untuk cari duit cara senang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.