Sabtu, Januari 29, 2011

Katanya Semua Surat Khabar Penipu (Updated)

Sila baca laporan akhbar Kosmo! berikut.



Jam 6.41 petang semalam sewaktu dalam perjalanan ke utara Semenanjung, saya dan krew berhenti di stesyen minyak di Slim River, Perak.

Sewaktu pemandu mengisi minyak saya terlihat kelibat gadis ini.


Saya menghampirinya dan merakamkan gambar berikut, pantas dia menutup wajah menggunakan peralatan dijual. Apa pun seperti sebelumnya, saya tidak berhasrat memaparkan gambar mereka terbabit dalam jualan amal.


"Adik dari mana?," soal saya.

"Yan, Kedah," jawabnya.

Melalui temubual ringkas bersama gadis berusia 21 tahun itu saya difahamkan rumah amal di Kedah terbabit mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Bukan ke kisah Pusat Tahfiz ini dah keluar dalam surat khabar Kosmo?," tanya saya untuk mendapatkan kepastian.

"Kami tak baca surat khabar, semua surat khabar penipu! Allah tahu apa kami buat," jelasnya.

Berikut, gambar barangan dijualnya.


... buku, minyak angin dan kismis.

"Nah tengok ni resit jualan, ada sekali," jelasnya.


"Garangnya, takut," usik saya.

Kita menginginkan semua pelajar pusat terbabit diberikan pendidikan sempurna kerana mereka anak-anak warga negara kita.

Pada masa sama, kebajikan mereka harus diambil kira.

Kemas Kini

Harian Metro hari ini memuatkan berita pusat tahfiz di Port Dickson diarah tutup, baca di sini.


26 ulasan:

  1. Persoalannya... siapa sebenarnya mereka ini ?

    Saya pernah 'interview' seorang budak yang mengaku dari sebuah pusat Tahfiz. Yang peliknya, saya minta dia bacakan (tanpa teks)beberapa Surah yang mudah pun dia tak reti...

    Apakata kalau Mazidul bongkar isu ini sampai ke akar umbi..?

    BalasPadam
  2. Masih tergantung entri ini.
    Apapun isu ini susah nak berakhir selagi ada pihak “atas” yang mendalangi kegiatan mereka.

    Kesian budak2 ini. Letih juga berjalan dari satu premis semata-mata nak jual barang yang dlm lingkungan RM10 sahaja.

    Berapalah komisen mereka dapat sehari? Haruslah bergantung kepada jumlah jualan.

    Mungkin minda mereka sudah di“set” bekerja itu suatu amalan, wpun tengah panas terik. Tak berbaloi.

    Hak kanak-kanak tidak dipedulikan.

    BalasPadam
  3. kalau lepak di kampung baru, kl... dalam setengah jam anda akan encounter sekurang-kurangnya 5 orang golongan yang mencari duit dengan modus operandi sedemikian rupa.

    Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

    BalasPadam
  4. dorang semua ni xda keluarga ke??? mana keluarga dorg?? xkan xtau aktiviti anak2 dorg?? kalau dorg anak yatim sekalipun xkan pihak berwajib berdekatan xtau aktiviti dorg...masy boleh membantu tp jgn sampaikan mengeksploitasi kanak2...

    BalasPadam
  5. kesian bila anak-anak dipergunakan..cubalah bongkar yer mazidul

    BalasPadam
  6. Salam,

    Saya juga tidak berkenan dan sedih melihat anak-anak gadis remaja ni menunggu di stesen2 minyak untuk menjual barangan mereka.

    Selain tidak manis, ianya merbahayakan keselamatan mereka, apa jadi kalau orang yang mereka hampiran tu ada niat jahat. Mereka boleh menarik gadis2 ni ke kereta dan bawa lari.

    BalasPadam
  7. Sedih tengok budak2 ni berkeliaran dipaksa mencari rezeki tatkala kanak-kanak seusia yang lain sibuk menuntut ilmu... :(

    Demi Zaquan

    BalasPadam
  8. Pakcik, kami ni diajar untuk berniaga. Itu kan sunnah Rasulullah SAW. Selain belajar, kami dapat pahala.

    Umur saya 13 tahun, pakcik.

    "Kalau ada orang datang naik van tetiba tarik awak naik?"

    Kita berserah saje.

    Abang Zul, benda ni kami dah buat dulu dalam 360, dan penguatkuasaan macam suam suam air tahu kat pasar malam.

    BalasPadam
  9. saya pernah bertanya kepada seorang pelajar yang menjual seperti ini..sudah makan ke belum...jawabnya belom..padahal dah tengahari...jadi saya hulur duit suruh makan...tapi dia kelihatan takut-takut.. macam diperhatikan...

    BalasPadam
  10. Ha ha ha...Tau takpe....
    Surat khabar memang lah menipu juga kalau yang melibatkan politik & isu hiburan tanahair (60%-80%), kerana wartawan2 itu juga dibayar upah untuk memburukkan atau menaikkan individu/parti tertentu.
    Tapi banyak juga isu2 yang boleh dipercayai(90%)- berita sukan, ekonomi, berita luar negara, nombor 4-D judi dan rencana2. Ini semua patut sudah dimaklumi...

    BalasPadam
  11. kesian kat diaorang. jalan dari pagi sampai petang. kalau yg style duduk depan bank tu, sampai bank tutup, baru beredar.. diaorang makan tak? minum tak? sebotol air mineral pun tak nampak ada kat diaorg.

    selamatkan budak-budak tu..

    BalasPadam
  12. saya juga rasa xtvt ni seakan satu sindiket juga... saya pernah memberi duit kepada seorang kanak-kanak yang menjual CD, tapi dia tak mahu ambil cuma kanak-kanak itu minta saya belikan sebotol air mineral saja.. saya ikutkan dan sempat tanya kenapa... dia cuma menjawab 'takut'

    elok juga dibongkar isu ini

    BalasPadam
  13. semua surat khabar penipu,semua tv propaganda.ramai saya dah jumpa puak macam gini.

    bagus dok dlm gua berjiran dgn kelawar :p

    BalasPadam
  14. Susah juga yer pihak berkuasa nak basmi ..perkara ini, agaknya tak cukup kakitangan...kalau sehari petrol pump diserbu 5 hari dah berapa?

    Kalau semua orang cakap/pegang yakin/amal Allah saja tau, Allah saja nampak apa yang kita buat,,aman dunia.

    Allah juga nampak makan gaji juga.

    BalasPadam
  15. Jatuhkan hukuman paling berat kepada
    sesiapa yang menggunakan kanak-kanak
    untuk berniaga(minta sedekah).Lelaki(ustaz) tu patut disebat saja.

    BalasPadam
  16. sekali fikir bagus juga mendidik anak2 dengan info suratkhabar menipu.

    bab sukan dan beberapa muka surat sahaja boleh baca dan percaya.

    yang lain boleh baca percaya belum tentu, baca on line beli belum tentu.

    asalkan jangan beli suratkhabar semata-mata nak masuk peraduan.

    macam2 cara orang makan gaji.

    BalasPadam
  17. dosa besar mempergunakan anak2 yatim. apalah yg mrk boleh buat selain menurut perintah mudir/ketua/warden tempat mrk berlindung!!!

    pihak rumah anak2 yatim WAJIB berusaha sendiri mencari dana utk menjaga anak2 yatim ini kerana bukanlah tugas kanak2 mencari duit. mereka sepatutnya belajar & bermain tanpa dibebani maslah orang dewasa!!!! tanggongla..

    BalasPadam
  18. Tulis saya ::
    Apa kata kalau Mazidul bongkar isu ini sampai ke akar umbi..?

    Tulis Hazrey ::
    Abang Zul, benda ni kami dah buat dulu dalam 360, dan penguatkuasaan macam suam suam air tahu kat pasar malam.

    Tulis zeqzeq ::
    Susah juga yer pihak berkuasa nak basmi ..perkara ini, agaknya tak cukup kakitangan...kalau sehari petrol pump diserbu 5 hari dah berapa?

    Ada tiga maksud berbeza. Terima kasih atas pendedahan dalam 360 dulu. Saya rasa kalau setakat serbu dan cekup budak-budak tu, tak kan menjejaskan apa-apa.

    Saya pohon kalau ada ikhtiar Mazidul sebagai seorang yang punya kredibiliti yang tinggi, untuk selongkar isu ni "sampai ke akar umbi".

    Saya hanya orang biasa (dreba lori sebenarnya) tanpa apa-apa kepentingan selain dari rasa simpati pada anak-anak itu.

    BalasPadam
  19. Dulu abang aku pun dok kat pusat tahfiz.Tapi dulu tak kener pun meniaga.Siang malam belajar agama.Tak boleh menghafal berbirat badan kena rotan.Sekarang pusat tahfiz dibuka anak-anak masuk terus kena berniaga.

    BalasPadam
  20. FYI, pusat tahfiz amal juga ade anta 'tenteranya' ke terengganu. ini betul2 menggangu saya. bukan menggangu kerana meminta sedekah, tp kesian kat budak2 tu. mereka ada yg yatim, ade yg tidak. sy selalu borak sblm menghulur duit. mereka mcm takut2 utk beri maklumat sedangkan soalan sy hanya dr mana diorg dtg, family duk mane etc.katanya dtg ngan cikgu2.tp tade satu pon diberi fon atau ape2 kemudahan utk tlelfon guru jika ade berlaku kejadian x dingini. saya de mintak no tepon cikgu yg anta mereka ke situ,tp depa kata xde.kalo x, sy maki dah cikgu xbertanggungjawab ni.dihantarnya pagi dan dipungut waktu petang.wtf??xdijenguk pon ape yg berlaku kat diorg.ntah berjalan2 cikgu diorg menikmati keindahan tganu. persoalannya, knapa tanggungjawab utk mencari duit kewangan pusat tahfiz di tanggung oleh student mereka. mereka dtg utk belajar. ini mcm peksa kerja ni.

    sudah tertera no tepon pusat tahfiz amal ni.tp try tepon xde sapa angkat plak.

    BalasPadam
  21. Saya dok NS, kerja Melaka. Mmg tiap kali isi minyak, ada je mereka2 ni. Marah tu, tak lah. Cuma rimas dgn kehadiran mereka2 ni.
    Bila saya dah senyum sambil geleng kepala, mana2 budak yg paham terus ckp "terima kasih bang.Assalamualaikum".
    Mana yg tak paham2, sambil mengulang dialog diaorang tu, habis je berckp, masa saya plak utk membebel, sampai lah budak tu ckp "terima kasih bang, assalamualaikum".
    Tp sbnrnya dlm hati, kesian tgk budak2 ni dipaksa melakukan kerja2 amal (kononnya la!) mcm ni. Pikir secara logik la, ada ke mana2 budak2 kat atas muka bumi ni yg sanggup buat kerja ni kalau tak didera?????

    BalasPadam
  22. Ketika mengisi minyak di Shell selepas tol jalan duta, saya pernah didatangi oleh remaja dari tahfiz ini, bila saya Tanya, ni sama ke dengan tahfiz yang masuk suratkhabar tuh…dia kata tidak (saya tak tau sebenarnya yang masuk paper tuh tahfiz negeri mana, tak ingat masa tuh)…saya Tanya asal mana, dia kata dari Yan kedah, saya cakap jauhnya.....dia kata a ah 4,5 jam baru sampai, kami buat masa cuti sahaja….tanpa saya Tanya lagi dia jawab …mak bapak saya pun suka saya buat kerja-kerja macam nie kutip derma untuk tahfiz…so saya bagi derma sebab nak ambil resitnya…konon nak siasat laa..tapi bila tengok blog en. Mazidul nie…eh sama plak resit tuh...kesian laa muda2 buat kerja macam tuh, sedangkan dia patutnya belajar dan masa cuti berehat atau ulang kaji pelajaran….saya sokong sangat kalau en. Mazidul ‘kejar’ kes nie…

    BalasPadam
  23. Salam, saya ada upload video temuramah dengan kanak-kanak ini. Berikut adalah playlist di YouTube.

    http://www.youtube.com/playlist?list=PLF78DC23E091F70AE

    BalasPadam
  24. kes yg sama, ari tu singgah R&R TERMERLOH, odw balik kg.borak2 dapat phone no cikgu die,
    cikgu muslim, 0193893544
    rase kesian kat bebudak tu, kecik2 da kne eksploitasi

    BalasPadam

  25. Baru sebentar tadi, kira2 jam 10 malam saya melihat gadis yang bentuk tubuh sama dan memakai baju sama dalam gambar ini di stsn petronas semenyih berhadapan simpang ke bukit broga. saya bertanyakan soalan kepadanya "adik dari mana ?" di jawab seperti mesin kerana mungkin sudah menghafal jawapan. katanya dari tahfiz di kedah.. "adik x belajar di sekolah ke?" tanya saya lg. dia menjawab siang sekolah di transit di sg buloh, malam guru hantar belajar berniaga. kemudian saya mencelah kerana sidih tambah hiba bila melihat remaja belasan tahun seperti ini dijadikan alat sesetengah pihak. ujar saya " adik kecil lg, x perlu uztaz mintak adik belajar berniaga sehingga lewat malam sebergini. melihat wajahnya yang sedih dan penuh derita, saya tahu kebanyakkan remaja seperti gadis ini tidak rela dijadikan hamba untuk meminta sedekah sebergini. mungkin mereka dari rumah kebajikan atau anak yatim piatu.

    BalasPadam
  26. harap abg mazidul bongkar sampai ke akar umbi..kesian kat budak-budak tuu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.